Thursday, June 24, 2010

Orang Bunian - Versi penuh

Orang Bunian
(Versi penuh)


Ilustrasi Orang Bunian

Masyarakat zaman dahulu percaya, makhluk halus seperti jin mendiami dunia ini sebelum manusia menghuninya. Dalam lagenda Melayu, Orang Bunian dikatakan makhluk halus daripada golongan jin mirip dengan “elf” dalam lagenda masyarakat Barat. Hantu Bunyi-bunyian atau lebih dikenali dengan nama Orang Bunian dikategorikan sebagai hantu kerana ia tidak dapat dilihat dengan mata kasar manusia. Dipercayai perbuatan atau aktiviti yang mereka lakukan boleh didengar oleh pancaindera pendengaran manusia. Antara aktiviti Orang Bunian yang sering didengar ialah suara seperti orang yang sedang berzanji, bermain kompang, berbual, bergelak ketawa, bunyi periuk belanga riuh-rendah seakan-akan majlis kenduri sedang berlangsung di
Mitos Elf masyarakat Barat mirip dengan kehidupan masyarakat Orang Bunian.

dalam hutan atau bunyi-bunyi seperti perahu melalui kawasan sungai. Namun apabila cuba menghampiri bunyi itu, tidak ada kelibat manusia pun yang berada di kawasan itu. Fenomena ini sering dikaitkan dengan Orang Bunian.

Orang Bunian juga dikatakan mampu menyesatkan laluan atau perjalanan manusia. Ada juga kejadian menceritakan Orang Bunian gemar menculik orang-orang yang mereka minati.

Periuk tembaga, cerek tembaga dan talam tembaga

Orang Bunian dikatakan mempunyai kuasa yang luar biasa, gemar berkawan dan suka menolong manusia terutamanya pawang atau bomoh. Orang Bunian dikatakan membantu bomoh dalam tugas-tugas yang berkaitan dengan rawatan tradisional.

Sering juga kita terdengar kisah peralatan atau perkakas perkahwinan seperti pinggan mangkuk, periuk, talam, cerek yang dipinjamkan oleh Orang Bunian kepada bomoh untuk upacara kenduri-kendara hendaklah di pulangkan semula dalam keadaan bersih dan sempurna supaya mereka tidak marah. Sekiranya ada keretakan atau sompek pada perkakas itu, hendaklah di- serahkan juga supaya mereka tidak merajuk atau berkecil hati. Sekiranya tidak, mereka dikatakan tidak akan meminjamkan lagi perkakas itu pada masa akan datang. Orang Bunian dipercayai wujud dalam komuniti atau masyarakat yang besar.

Antara kehidupan Orang Bunian dengan manusia biasa tidak banyak berbeza. Cuma Orang Bunian dikatakan mempunyai kuasa ajaib dan mereka tidak dapat dilihat oleh manusia. Mereka juga dikatakan mempunyai barisan pemimpin seperti sultan, permaisuri, orang-orang besar istana, panglima dengan nama dan gelaran yang tersendiri. Selain hidup bermasyarakat, mereka dipercayai mendirikan rumah dan kawasan penempatan sama seperti manusia. Juga dikatakan, Orang Bunian turut menunaikan haji dan juga mempunyai kenderaan di alam mereka. Perkara yang membezakan Orang Bunian dengan manusia ialah dari segi pakaian. Kaum lelaki dan kaum perempuan Orang Bunian dikatakan memakai satu warna sahaja walaupun rekaan (fesyen) bajunya berbeza-beza.

Ada pendapat yang menyatakan bahawa Bunian adalah hasil gabungan daripada hubungan sejenis manusia dan jin. Teori lain pula menyatakan ada kaum yang sangat alim, tetapi lalai dan melakukan kejahatan sehingga melanggar perintah Tuhan.

Kaum ini disumpah menjadi Bunian. Sementara versi lain mendakwa kononnya Bunian berasal daripada segolongan


KERATAN AKHBAR
New Straits Times, 8-10-2006. Benarkah manusia boleh berkahwin dengan Orang Bunian dan mempunyai zuriat? Bagaimanakah mereka melakukan hubungan jenis mengikut logik akal?

manusia yang berdoa kepada Tuhan supaya kewujudan mereka tidak dapat dilihat manusia lain. Mereka berasa malu dan rasa bersalah kerana telah menghidangkan daging yang tidak halal kepada seorang ulama.

Makanan yang sepatutnya dihidangkan untuk ulama itu sudah habis kerana keha- diran tetamu yang sangat ramai. Dalam keadaan terdesak mereka terpaksa menyembelih haiwan yang tidak sepatutnya untuk dihidangkan kepadanya.

Rupa paras serta fizikal Orang Bunian dikatakan sama seperti manusia malah lebih cantik dan kacak berbanding dengan manusia biasa. Kaum wanita dikatakan amat cantik, berkulit putih lagi halus dan semuanya berambut panjang paras pinggang. Manakala kaum lelaki bertubuh sasa dan berkulit kuning langsat.

Mereka juga mempunyai keluarga, rumah dan hidup bermasyarakat atau perkampungan dengan pelbagai kemudahan seperti yang ada di alam nyata. Kawasan perkampungan mereka terletak jauh di dalam hutan atau jauh dari kawasan penempatan manusia. Tulisan Orang Bunian juga dikatakan agak unik. Ini kerana mereka menggunakan tulisan jawi purba dan agak sukar untuk dibaca.

Orang Bunian dikatakan gemar bermain kompang pada setiap malam Jumaat, sekitar jam 2.00 pagi sehingga ke subuh.

Selain itu, ada juga sebilangan Orang Bunian yang tinggal berhampiran dengan kawasan tempat tinggal manusia atau di dalam rumah manusia itu sendiri. Kejadian pelik seperti bau nasi hangit atau bau nasi menggelegak yang sangat kuat baunya atau buaian bayi yang berbuai dengan sendiri sering dikaitkan dengan manusia

yang terpaksa berkongsi rumah dengan Orang Bunian. Orang Bunian juga dikatakan gemar meminjam buaian yang terletak di halaman rumah manusia sekiranya penempatan mereka berdekatan dengan perkampungan manusia.

Kejadian perempuan yang kehilangan janin (bayi) di dalam rahim semasa hamil semasa sedang tidur turut dikaitkan dengan Orang Bunian yang mengambil bayi. Sebelum kehilangan itu disedari, mereka mendakwa bermimpi didatangi orang tua yang meminta izin supaya bayi di dalam kandungan itu diserahkan kepadanya. Apabila sedar daripada mimpi (terjaga), perutnya menjadi kempis secara tiba-tiba dan bayi di dalam kandungan disahkan hilang apabila diperiksa oleh doktor.

Kain baju dan selimut kepunyaan manusia amat digemari Orang Bunian dan ada juga antara mereka yang sanggup mengambilnya.

Sekiranya mereka memulangkan semula barang-barang itu, pakaian dan kain selimut akan berbau sangat busuk walaupun dicuci berulang kali. Sehingga kini, tiada sesiapa tahu sebab Orang Bunian suka pada pakaian dan dan selimut manusia.

Ada pendapat yang menyatakan bahawa segelintir Orang Bunian yang mempelajari ilmu tertentu mampu menzahirkan diri sebagai manusia biasa seperti manusia yang memiliki ilmu tertentu untuk melihat atau memasuki alam kehidupan Orang Bunian. Pendapat yang menyatakan segelintir kanak-kanak mampu melihat alam bunian adalah disebabkan mereka masih suci. Perkara ini disangkal oleh sesetengah pihak kerana mendakwa tubuh kanak-kanak itu telah ditumpangi Orang Bunian sehinggakan mereka mampu melihat alam Bunian.

Alam Bunian dikatakan amat tenang dan cuacanya sentiasa redup. Peredaran masa di alam itu dikatakan amat berlainan dengan dunia sebenar. Sehari di alam Bunian bersamaan seminggu, sebulan atau 10 tahun di alam manusia. Seringkali terjadi, apabila seseorang itu dibawa masuk ke alam Bunian untuk beberapa lama dan kemudian kembali ke alam nyata, banyak perubahan berlaku akibat perbezaan peredaran masa itu. Ada juga lelaki atau wanita yang dipercayai berkahwin dengan Orang Bunian sehingga mendapat zuriat.

Ada yang mengikut pasangan mereka

Allahyarham Tan Sri P.Ramlee
Seri Bunian Indah nian istana Bunian,
Putri Bunian manis menawan,
Berat rasa nak ku tinggalkanlah sayang,
Kerna hati dah tertawan,
Bagai bulan jatuh di tangan,
Wahai puteri Seri Bunian.
Nyanyian Allahyarham Tan Sri P.Ramlee

terus menetap di alam nyata namun hanya orang yang berkahwin dengan Orang Bunian sahaja yang dapat melihat pasangan serta anak-anak hasil perkahwinan itu. Manusia lain hanya dapat mendengar perbualan atau senda gurauan mereka dari luar rumah. Manusia yang berkahwin dengan Orang Bunian dipercayai dikurniakan kuasa ajaib. Kononnya sekiranya seseorang manusia yang tinggal di alam Bunian, tidak dibenarkan balik ke alam biasa (manusia).



Buku "99 Jelmaan Makhluk Halus"
99 Jelmaan Makhluk Halus
Pembeli Pertama Buku Termahal di Malaysia RM1,000!
Tokey hantu dan lawyer hantu di janda baik
BUKU 99 JELMAAN MAKHLUK HALUS DENGAN ANTROPOLOGI MELAYU
Katalog 99 Jelmaan Makhluk Halus
Toyol (Versi Penuh)
Orang Bunian - Versi penuh
Mati Anak - Versi Penuh
Lembaga Hitam - Versi Penuh
Hantu Hala - Versi Penuh
Hantu Air - Versi Penuh
Hantu Amukan - Versi Penuh
Hantu Budak - Versi penuh

1 comment:

Salam!
Bermula 10-8-2011 semua komen akan ditapis.

1- Anonymous tak akan dilayan. Sila tinggalkan nama (nama samaran pun dah kira ok supaya senang nak sebut sekiranya ada perbincangan).

2- Tolong beri komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.

3- Komen merapu, Hit and Run akan diPADAM. Minta Maaf.