Kenali mereka

Tuesday, June 5, 2012

Alam Semesta Berbentuk Trumpet?

Alam Semesta Berbentuk Trumpet?

The universe is not round, say scientists - it is shaped like a trumpet - Profesor Frank Steiner (klik)

Pada hari trompet ditiupkan, dan terkejutlah sesiapa sahaja di langit dan di bumi, kecuali siapa yang Allah mengkehendaki, dan tiap-tiap seorang datang kepada-Nya dengan merendahkan diri. (27:87) Surah AN-NAML (semut) ayat 87

Dia yang mencipta langit dan bumi dengan benar pada hari Dia berkata, "Jadilah", lalu jadilah ia. Ucapan-Nya benar, dan bagi-Nya Kerajaan pada hari trompet ditiupkan; Yang tahu yang ghaib, dan yang nampak; Dia Yang Bijaksana, Yang Menyedari. (6:73) Surah AL-AN'AM (Binatang Ternak) ayat 73

Pada hari itu, Kami membiarkan mereka menyerbu satu sama lain, dan trompet ditiupkan, dan Kami mengumpulkan mereka berkumpul-kumpul. (18:99) Surah AL-KAHF (Gua) ayat 99

Pada hari trompet ditiupkan; dan Kami mengumpulkan orang-orang yang berdosa, pada hari itu, dengan mata-mata merenung dengan tepat, (20:102) Surah THA HA (Tha Ha) ayat 102

Maka apabila trompet ditiupkan, pada hari itu tidak akan ada pertalian kekeluargaan lagi antara mereka, dan mereka tidak saling bertanya.. (23:101) Surah AL-MUKMINUN (Orang-Orang Mukmin)ayat 101

Pada hari trompet ditiupkan, dan terkejutlah sesiapa sahaja di langit dan di bumi, kecuali siapa yang Allah mengkehendaki, dan tiap-tiap seorang datang kepada-Nya dengan merendahkan diri. (27:87) Surah AN-NAML (Semut) ayat 87

Dan trompet ditiupkan; kemudian tiba-tiba, mereka melongsor dari makam-makam mereka kepada Pemelihara mereka.. (36:51) Surah YA SIN (Ya Sin) ayat 51

Dan trompet ditiupkan, dan sesiapa sahaja di langit, dan sesiapa sahaja di bumi akan pengsan, kecuali siapa yang Allah mengkehendaki. Kemudian ia ditiup sekali lagi, dan tiba-tiba, mereka berdiri memerhatikan..(39:68) Surah AZ-ZUMAR (Kumpulan) ayat 68

Dan trompet ditiupkan; itulah Hari Ancaman..(50:20) Surah QAF (Qaf) ayat 20

Maka, apabila trompet ditiupkan dengan sekali tiupan, Dan bumi dan gunung-gunung diangkat, dan dihancurkan dengan satu pukulan, (69:13,14) Surah AL-HAQQAH (Yang Pasti) ayat 13,14

Kerana apabila trompet dibunyikan, Hari itu hari yang besar..(74:8,9) Surah AL-MUDDATSTSIR (Yang Berselubung) ayat 8,9

Pada hari trompet ditiupkan, dan kamu datang berkumpulan-kumpulan, Dan langit dibuka, dan menjadi pintu-pintu, Dan gunung-gunung diperjalankan, dan menjadi fatamorgana. (78:18,19,20) Surah AN-NABA' (Berita) ayat 18,19,20

Kecik jer matahari kalau dibandingkan dengan yang lain!

Takder satu pun nama malaikat Israfil dalam firmannya? Cuba baca balik semua firman diatas. Errmmph...Kalau Allah tak beri nama, pasti manusia yang beri. Saper ek?

Aku suka baca artikel (klik) sebab banyak kebenaran dan info yang aku tak dapat dari Ulamak Dunia, penulisnya juga lebih telus dan menulis tanpa mengharapkan sebarang bayaran dari manusia lain atau kerajaan. Beliau juga tidak seperti para mufti, ulamak, pak imam atau usetat yang masih mengharapkan gaji, elaun, duit ceramah, atau pencen setiap bulan mahupun pengiktirafan dari manusia atau universiti serta terbabit dalam politik.

Aku mengalu-alukan pihak yang alkononnya arif dalam bab agama, bolehkan anda meletakkan jawatan anda sekarang dan buangkanlah segala pangkat atau pingat yang ada, sampaikanlah ayatNYA waima yang pahit sekalipun demi menegakkan kebenaran! Dijamin korang tak berani punya sebab saper nak kasi anak bini makan kan? Jadi, tak payahlah nak gebang besar sangat atau salah guna kuasa selagi  tak yakin sepenuhnya bahawa rezeki ditangan tuhan dan bukannya ditangan manusia.

Pergilah meniaga barulah tak terikat dengan sesiapapun. Mana boleh jual ayatNYA dengan harga yang murah!

Selagi kita disuap selagi itu kita tidak merdeka.

Soal agama janganlah sesekali dipaksa atau menggunakan kekerasan sebab yang beri hidayat hanya DIA. Apa saja dalam dunia ini yang menggunakan kekerasan akan menghasilkan 'KEBENCIAN' dan 'DENDAM'!

Tugas kita hanya menyampaikan saja. Lagipun kita ni banyak sangat dosa yang merapu samaada yang nampak atau tidak. Dengan anak bini sendiri pun kita gagal nak sekolah  apatah lagi dengan orang ramai.

Bila dah tak ada kuasa nanti dan dah nak mampus barulah nampak kebenaran dan menyesal. Dah terlambat bro...

Aku pencinta ayatNYA seperti juga Tun Mahathir (klik). Bila seseorang itu sedang bercinta, cakaplah apapun kita memang tak nak dengar punya.

Aku tak cintakan hadis ciptaan manusia atau Bible atau si Midah anak makcik Bedah! Kalau korang nak bercinta dengan sesiapapun..ADA AKU KESAH


Tetapi, aku juga PENCINTA WANITA namun aku bukan buaya...hu hu

No comments: