Kenali mereka

Thursday, June 14, 2012

Rahman Palil Ada Telo. Cayalah Tapi Kenapa Khaled Nordin Lari?

Rahman Palil Ada Telo! Cayalah Tapi Kenapa Khaled Nordin Lari?

Zelmey, Rahman Palil, Aku di Lodge Paradize sekitar jam 3.30 pagi.
Semalam masa aku tengah menulis artikel tentang Kuyem dengan Kamal Hisham (Part 29) tetiba Zelmey (klik) call aku lebih kurang 6.54 petang. Dia kata  temujanji dengan Rahman Palil 'on' kul 11 sampai 12 malam. Aku dengar suaranya agak happy tapi nadanya seperti kucing nak terkam tikus. Dalam hati aku, masaklah rahman malam ni.

Pendekkan cerita aku sampai opis dia sekitar kul 10.21 malam. Dia nampak 'epi bangat' bila dia tengok muka aku. Tapi bila aku tenung matanya, nampak merah semacam tapi aku buat tak tahu mungkin dia tak cukup tido agaknya.

Kami bertiga pergi ke Lodge Paradise. Lupalak nak beritau, aku ajak sekali 'sayang' temankan aku...hu hu.

Sampai jer kat sana Zelmey tegur aku Khaled Nordin ada kat table hujung. Dalam hati aku lepas dapat 'port baik' pastu nak jumpa dia dan nak bertanya khabar untuk buang bahasa? 

Tak sampai 5 minit lepas aku order makanan bila aku nak jumpa dia jer tetiba semua makhluk yang bersama Khaled Norden hilang! Bila aku tanya waiter mana VIP tu dengan kuncu-kuncunya, dia jawab 

"Datuk, baru jer balik. Dia lepak kat sini sejak dari pukul 5.00 petang tadi."

Adakah ianya berlaku secara kebetulan memang dia nak balik/meeting tempat lain atau 'something wrong somewhere'. Kalau ianya kebetulan takperlah tapi kalau dia 'melarikan diri' semata-mata nampak aku, si Khaled Norden ni memang xgfssfxnay!

Elo Dol, ko ni pehal ha? Kenapa blah macam tu jer? Lu ingat lu besar sangatke? Aku janji dengan korang semua sekiranya aku terjumpa dia kat mana-mana sekali pun, sumpah aku mesti sound tepek kat dia! Ko ni memang cari penyakit arr!

Satu ilmu yang bapak aku ajar, 'Sometimes you have to be cruel to be kind'.

Tak sampai 5 minit kemudian Rahman Palil sampai bersama wakil peribadinya. Zelmey bangun dari tempat duduk dan sambut bertanya khabar. Tika aku tengah blur memikirkan perangai Khaled yang macam lahanat tu tetiba aku dengar suara sayang.

'Abang, bangunlah dan salam dengan Datok'

Aku pun salamlah dalam kedaan terpinga-pinga tapi agak kecewa bila salaman aku disambut dengan lemah (tidak genggam erat) dan tidak memandang muka aku.

 Pada aku, PR orang politik yang paling terbaik adalah Datuk Zahid Hamidi. Sentiasa tersenyum, bila bersalam dia genggam tangan kita dengan erat dan pandang muka dengan tepat wajah kita dan yang paling mahal dia akan sentuh bahu kita. Benda-benda macam ni yang buat aku cair dengan dia. Aku tahu Uncle Zahid ni masih panas lagi dengan aku (mungkin kot..entahlah) sebab aku pernah cuit dia tahun lepas.  
Lek Lu, Sap Kok Tang Lu...nak jadi TPM tak bolehlah marah lama-lama sangat. Biasa la menteri pertahanan kena la bertahan, Yang bocor-bocor sana sini tu cepat-cepatlah tampal.

Hati aku dah mula terbakar...panasss...dalam hati aku si Rahman ni mesti 'disekolahkan'!

Pendekkan cerita pada awalnya aku lebih suka memandang wajah dan perhatikan gaya percakapannya. Setelah lebih kurang 30 minit aku dapat kesimpulan yang si Rahman Palil ni seorang yang berkaliber rupanya, ilmunya tinggi dan sebenarnya kalau tahu caranya dia boleh terima pandangan dan kritikan orang!

Kenapa aku cakap macam tu? Rahman Palil tahu yang aku dah bantai dia 2 artikel (klik) (klik) tapi dia cool jer macam takder apa-apa yang berlaku dan siap cakap

'Biasalah, orang politik kenalah terima pelbagai kritikan'

Tang ni aku memang tabik kat dia. Cayalah!

Ada lagi yang 'tak lepas geram' pasal dia salam tak tengok muka dengan macam acuh tak acuh jer. Bila kami semua dah habis makan jer, aku pun cakap kat Rahman Palil.

'Datuk, boleh saya cakap dan tegur sesuatu?"

Dia pandang tepat muka aku dan seperti bersedia menerima teguran. Apalagi...aku sekolah kan dia tak bagi can langsung. Macam-macam aku sound dan provok siap keluar perkataan BANGANG lagi tapi dia rileks dan senyum jer. Pergh...memang aku kagum siot dengan Rahman Palil ni...

Dia banyak beralah dan mengakui kesilapannya. Selalunya orang besar ni jarang nak mengakui kesilapan diri tapi dia ni lain sikit.

Black dari kumpulan wing pun ade semalam kat belakang meja kami.. cool bro, bila aku tegur, dia bangun dari kerusi dan bersalam dengan aku walaupun berambut panjang dan berimej rock tapi ade budi bahasa tak macam khaled Nordin. Jangan marahlah kalau pelajar-pelajar universiti perangai macam dia.

Banyak isu yang kami persoalkan dan dia jawab semuanya dengan tenang. Rahman Palil ni boleh pergi jauh tapi dia kena banyak berubah. Kesilapan yang paling besar semalam ialah aku terlupa nak rakam perbualan kami semua. Kalau korang tengok, korang pasti terkejut dengan perubahan mendadaknya. Mungkin tuah cucunya yang pertama diterimanya semalam. Mungkin...

'Sayang' berbisik kat telinga aku,

"Abang, muka datuk ni kalau tengok lama-lama kesian pulak."

Wah! ini petanda sangat baik bagi orang politik. Undi dari orang perempuan boleh dapat banyak tuu..

Pendekkan cerita pukul 3.30 pagi kami pun bersurai setelah 4 jam kami bersama. Beliau menggenggam erat tanganku dan aku memeluk dan mencium pipinya.

Ada 2 benda yang aku belajar dengan dia dan mungkin kita boleh berkonsi bersama.

Kalau berselisih faham dengan isteri jangan sesekali samada suami atau isteri kunci pintu dan salah seorang kena beralah walaupun diri tidak besalah sebab bila pintu dikunci banyak keburukan dari kebaikan. Yang kedua, bila terasa hati panas pada pasangan masing-masing sebaik-baiknya pergilah mandi sejukkan badan. Apa yang dia cakap tu ada logiknya dari segi fakta.

'Sayang' order kuay teow

Aku order ayam goreng pandan tapi makan seketulnya jer yang lain difaraid bersama.

Rahman Palil order yang ni

Selepas dua jam kemudia aku order yang ni plak. Grilled Lamb Chop ini memang sedap terbaek diladang! Sedap

Jumlah keseluruhan RM270.30. Rahman Palil yang bayar. Adakah beliau seorang Tangkai Jering Tahi Hidung Masin seperti aku tulis dalam artikel yang lepas atau kerana dia jemput datang dia kenalah 'open table' atau kerana dia lebih berusia dari kami semua atau ini adalah 'daun politik' kerana kami datang sebagai blogger.

Walaubagaimanapun Zelmey menjemput beliau semula ke Saufiville Janda Baik untuk perbincangan selanjutnya.

Sebenarnya aku tidak suka rapat sangat dengan mana-mana orang politik atau orang besar kerana takut termakan budi nanti aku tak boleh bantai lagi kalau dia orang ZALIM atau ianiya orang terutama orang bawahan. Setakat nak belanja aku makan rasanya takder hal kot.

Buat Datuk Rahman atau abang Rahman, persahabatan yang Datuk/abang Rahman hulurkan pada saya biarlah hanya setakat sebangsa dan seagama sahaja, sebab saya takut tidak boleh berkata benar nanti bila sampai waktunya.

Segala permasalahan dengan Zelmey selesaikanlah dengan segera.

Kemarahan dan dendam Zelmey selama 10 tahun akhirnya selesai juga semalam.

Salah satu tugas dan tanggungjawab aku sebagai manusia dan hambaNYA settle.

TUTUP FAIL

3 comments:

Kak Uda ila said...

Boleh sy komen merapu tak? hehe
Dulu-dulu masa saya masih di alam sekolah. masa tu Wings sangat popular. Asal bukak Radio, dengar lagu Wings jer, berlari ambil buku tulis salin lirik haha.. (Sekarang, surf jer, mudah betul)

Tapi yang sy nak komen ni, dulu banyak-banyak ahli kumpulan Wings, Blacklah yang saya paling minat sangatttt. haha... Dia pukul Drum nampak sangat macho... Luv u bro black

Anonymous said...

Uncle, gua nak tanya sikit knape lepas Rahman jumpa lu tutup kes..!

Anonymous said...

Salam Uncle..

Saya sebenarnya kagum dengan Uncle..saya rasa mcm apa yg uncle tulis ni semua benr2 belaka..tapi rupa2nya tak da la bijak sangat...Uncle ni main puji je..mentang2 la dapat belanka sedap2 palil yg bayor..

UNCLE..gua duduk kat parlimen kapar..org2 kapar semua kenal dia..dia ni mmg la senyum memanjang..sebab muka dia TEBAL bro.. UNCLE tau x dia pernah rasuah competitor dia dari PKR sebanyak RM1juta sewaktu penamaan calon???? baik kaaaa mcm tu..jahat kot si palil ni..jangan kerana belanja x seberapa uncle dah puji melambung!