Ahlul Bait VS Ahlul Quran
Salamun Alaikum kepada saudara yang saya kagumi semuga berbahagia disamping keluarga tercinta serta semua golongan ahlul bait.
Mungkin isu yang akan dipaparkan disini agak sensitif tetapi biarlah ana luahkan juga walaupun ana tidak pakar didalam hal ini.
Tujuan ana menulis isu ini agar dapat pengurus laman dan sahabat-sahabat lain perbaiki maklumat yang dibentangkan disini agar dapat minimakan hati yang terluka terutama pencinta ahlulbait & keturunannya akibat coretan ini.
Ahlul bait – Isi rumah (Kamus Dewan Bahasa & Pustaka edisi keempat cetakan 2005)
1. Nabi tinggalkan dua perkara
"Wahai manusia! Sesungguhnya aku telah meninggalkan kepada kamu sesuatu yang jika kamu berpegang kepadanya nescaya kamu tidak akan sesat buat selama-lamanya: Kitab Allah dan keluargaku iaitu Ahlul Baitku" *
Di dalam carian ana secara rambang, terdapat 32 kenyataan tentang hadis diatas. Persoalannya, selepas nabi wafat 200 tahun kemudian barulah kenyataan-kenyataan sebegini tersebar. Adakah Nabi sendiri pernah mengesahkannya didalam AlQuran? Sila rujuk (sini) Terima kasih.
2. Suci lagi menyucikan
33:32. Wahai isteri-isteri Nabi, kamu tidaklah seperti perempuan-perempuan lain. Jika kamu bertakwa, maka janganlah hina dalam ucapan kamu, supaya orang yang di dalam hatinya ada penyakit berkeinginan; tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik.3:33. Hendaklah kamu tetap di dalam rumah-rumah kamu; dan janganlah menunjuk-nunjukkan perhiasan kamu seperti dilakukan orang-orang jahiliah dahulu. Dan lakukanlah solat, dan berikanlah zakat, dan taatlah kepada Allah dan rasul-Nya. Wahai ahli Rumah, Allah hanya menghendaki untuk menghilangkan kotoran daripada kamu, dan untuk membersihkan kamu, sebersih-bersihnya.
33:34. Dan ingatlah apa yang dibacakan di dalam rumah-rumah kamu daripada ayat-ayat Allah, dan Kebijaksanaan; sesungguhnya Allah adalah Halus, Menyedari.
Ana mohon kepada semua yang senasab dengan ana (golongan syed & syarifah) jujurlah pada diri sendiri! Adakah anta semua merasakan ayat di atas ditujukan pada anta semua? Sorilah..Ana rasa ana belum buta lagila beb. Ana tak menafikan kekuasan Allah hendak membersihkan sebersih bersihnya samaada luaran atau dalaman kepada isteri-isteri nabi atau kepada Sayidina Ali a.s, Sayidatina Fatimah a.s, Sayidina Hasan a.s dan Sayidina Husain a.s, termasuklah Rasulullah SAW sendiri, tetapi yang nyata ayat tersebut bukanlah untuk kita semua. Ayat tersebut hanya untuk datuk & nenek moyang kita sahaja beb!
Anta semua jangan lupa pada lirik lagu kumpulan Raihan. (Apakata kita nyanyi sama-sama lagu ini supaya dapat feelnya sekali)
“Iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertakwa..
Ia tak dapat dijual beli, Ia tiada di tepian pantai ..”
Ia tak dapat dijual beli, Ia tiada di tepian pantai ..”
Adakah anta semua merasakan diri anda bersih sebersihnya? Lu pikirlah sendiri! Tolonglah jangan perasan tahap maksima…Kalau bersih, bersih dari segi mana? Luaran atau dalaman! Berapa banyak kes di dalam dunia ini yang jadi tunggang terbalik angkara kita semua! Dengki sesama habaib sendiri, khianat, berebut harta, zalim menzalimi, bakhil, riak, makan duit anak yatim dan melakukan segala kemungkaran di muka bumi ini hanya kerana yakin atas kenyataan bahawa cucu nabi dijamin masuk syurga! Podah!
Ada seorang teman saya dari Indonesia sangat menyintai kaum keluarga ahlul bait pernah berkata kepada saya ada kenyataan yang mengatakan air kencing ahlul bait adalah suci. Apabila saya katakan ada tak firman yang mengatakan sedemikian, dia berkata surah AlAhzab ayat 33. Saya terus katakana padanya. “Sekarang anta buka mulut luas-luas, sebab ana nak kencing kat mulut anta kerana ana ahlul bait” Dia terus terdiam lalu tersenyum malu!
Cubalah renungkan perkara ini secara mendalam! Kenapa perkara sebegini boleh berlaku? Angkara siapa? Kenapa memuja ahlul bait begitu jauh sekali. Perkara sebegini boleh menjerumuskan golongan yang merasakan dirinya ahlul bait menjadi tunggangan iblis.
Seperkara lagi ingin saya nasihati diri saya sendiri dan yang senasab dengan saya. Adalah lebih baik anta semua tukar saja gelaran alkohol bagi penggemar arak atau alpacino kepada kaki harem (perempuan) atau kalau dah rasa dekat dengan penguasa alam lebih baik tukar kepada AlQuran.
Beb, kalau setakat keturunan nabi tapi perangai macam babi pun tak guna beb! Hagal harem sana sini dengan menggunakan lesen mutaah. Anta suka tak kalau anak perempuan atau adek beradek anta asyik kena mutaah seumur hidup?
3. Khumus
8:41. Ketahuilah bahawa apa sahaja rampasan perang yang kamu ambil, satu per limanya kepunyaan Allah, dan kepunyaan rasul, dan kepunyaan sanak saudara yang dekat, dan kepunyaan anak-anak yatim, dan untuk orang-orang miskin, dan musafir, jika kamu percaya kepada Allah dan apa yang Kami menurunkan kepada hamba Kami pada Hari Pembeza, hari dua kumpulan bertemu; dan Allah berkuasa atas segala sesuatu.
Tentang khumus memang ana tak arif langsung tentang bab ini. Lebih baik sahabat-sahabat di sini yang jelaskan. Pada ana senang aja, tak perlulah anta semua tak habis-habis nak memperjuangkan hak 20% yang anta semua merasakan patut pihak berkuasa beri pada golongan syed atau syarifah di Malaysia. Anta semua kena yakin pada rezeki yang Allah beri. Tak silap ana ada 123 ayat tentang rezki. Cuba anta semua rajin selak-selak laman ni (klik) syukran beb.
Ana rasa kalau anta masih tak puas hati dengan sistem pentadbiran di Malaysia yang tak beri duit khumus pada anta semua, ana cadangkan anta minta taraf kerakyatan Negara Iran. Kalau benar khumus diberikan pada golongan syed atau syarfah disana, pasti tak ada satu pun ahlul bait yang hidup melarat kat Iran.
4. Ulul Amri adalah Ahlul Bait?
(4:59) "Wahai orang-orang yang percaya, taatlah kepada Allah, dan taatlah kepada rasul, dan ulil amri antara kamu. Jika kamu berbalah dalam sesuatu, kembalikanlah ia kepada Allah dan rasul jika kamu mempercayai Allah dan Hari Akhir; itu yang lebih baik, dan kesudahan yang lebih baik."
Ana rasa lebih baik anta baca artikel ini (klik) supaya mata kita jadi terang sikit. Jangan taksub sangat beb dengan kenyataan-kenyataan yang selalu bersyair ditelinga kita bahawa menyintai ahlul bait ada tiket masuk syurga. Cukuplah dengan cerita hikayat Pak Kaduk dan Pak Pandir zaman dulu. Takkan kita nak buat satu lagi cerita zaman milineum hikayat Pak Angguk. Apa kata kita layan lagu kumpulan ahli fikir dulu
Angguk angguk geleng geleng
Tunduk tunduk ikut telunjuk
Angguk angguk geleng geleng
Tunduk tunduk ikut telunjuk
Tunduk tunduk ikut telunjuk
Angguk angguk geleng geleng
Tunduk tunduk ikut telunjuk
Memanglah anta semua suka sebab kenyataan-kenyataan atau hikayat-hikayat sebegini menguntungkan ahlul bait sepanjang hari dari pagi sampai ke malam yakin sangat masuk syurga!
5. Salawat
(33:56) "Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya merahmati Nabi. Wahai orang-orang yang percaya, rahmatilah dia, dan berilah dia penghormatan dengan penghormatan yang sebenar."
Satu ketika dahulu ana juga rasa confident masuk syurga! Kononnya setiap kali umat islam dalam dunia ini solat atau salawat (Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya..) ana dapat pahala, rupa-rupanya ana perasan! Cuba anta sejukkan kepala dan dada. Kalau dah ok cuba umpil sedikit artikel ini (klik).
Ada satu lagi segelintir masyarakat di luar terutama yang percaya sangat tentang syafaat dari syed-syed macam kita. Apakata anta kalau ada masa sikit saja lagi baca artikel terakhir ini tentang syafaat (klik)
Sebelum ana akhiri isu ini, ana nasihatkan diri ana dan ahlul bait di luar sana tak payahlah jadi bujang tua dek kerana tak dapat kahwin dengan syarifah. Banyak saudara-mara ana menegur kerana dua kali ana berkahwin (kahwin cerai) dua kali juga tak kahwin dengan syarifah. Bila ana tanya kenapa mesti kahwin dengan syarifah? Kebanyakan anta semua kata, “Famili kita banyak yang cantik beb lagipun dia orang lambat putus haid” Biarlah ana jawab di sini, kalau setakat cantik, berlambaklah masyarakat di luar sana yang lebih cantik dari syarifah sekarang dan kalau setakat lambat putus haid, lebih baik ana cari pucuk muda beb!
Tak larat nak seterika! Tak begitu sahabat-sahabatku yang lain?
Tapi kalaulah ada wanita yang berstatus syarifah… tuuutnya… ada berlian bernilai RM1 juta, sekarang juga ana nak kahwin dengan syarifah!
Anta semua jangan marah yer beb..Kalau ditakdirkan jodoh ana dengan syarifah satu hari nanti, terpaksalah ana terima walaupun tanpa berlian…he he
Salam
Uncleseekers aka Abdullah bin Hussien bin Alwee bin Abdullah bin Abu Bakar bin Abdullah bin Talib bin Hussien bin Umar bin Abdurrahman bin Aqil bin Salim bin Abdullah bin Abdurrahman bin Abdullah bin Abdurrahman Assaqaf bin Muhammad Maula Dawilah bin Ali bin Alawi bin Al-Faqih Al-Muqaddam Muhammad bin Ali bin Muhammad Shahib Mirbath bin Ali Khali' Qasam bin Alwi bin Muhammad bin Alwi bin Ubaidullah bin Ahmad Al-Muhajir bin Isa Arrumi bin Muhammad Annaqib bin Ali Al-Uraydhi bin Ja'far Assadiq bin Muhammad Al-Baqir bin Ali Zain Al-Abidin bin Husain bin Ali bin Abi Thalib, (suami kepada Fatimah Azzahra) binti Rasullullah S.A.W.
Sila baca selanjutnya di(klik)
Kiamat tahun 2280?
Seks Dalam Islam (Part 1) (Seks adalah emosi dan keperluan manusia tetapi bukan identiti agama)
Seks Dalam Islam (Part 2) (Seks adalah emosi dan keperluan manusia tetapi bukan identiti agama)
Seks Dalam Islam (Part 3) (Seks adalah emosi dan keperluan manusia tetapi bukan identiti agama)
Seks Dalam Islam (Part 4) (Seks adalah emosi dan keperluan manusia tetapi bukan identiti agama)
Syaitan Dari Golongan Jin Dan Manusia
Syaitan dibelenggu dan dirantai?
(Qareen) Teman yang dipercayai
Bunuh Cicak dengan Lembing
Makan..Makan..Makan..
Ahlul Bait VS Ahlul Quran
Ahlul Bait vs Ahlul Quran -Respon 3
Ahlul Bait vs Ahlul Quran -Respon 5
Quran dicatat di pelepah pohon tamar dan batu? Ye Ke Ni..
Jumlah Ayat Dalam Quran Sebanyak 6666 adalah Karut! Sila Kira Baik-Baik
'Amin' Islam, Kristian dan Yahudi
Siapa Yang Berpuasa?
Benarkah Jodoh, Maut, Rezeki ditangan tuhan?
Allah suka orang yang bersih
Sudahkah anda diuji pada tahun ini?
Kau dan Aku (Part 1)
Uncle..bukti mana bukti?? Sila tunjuk bukti.. setakat tambah bin itu bin ini George Bush pun bleh buat. Masalahnya skrg ni keperibadian ko tu membuktikan yg ko ni putar alam. apa daaa
ReplyDeleteAssalamualaikum..Uncleseekers, kok ye pun nak post hadith jgnlah main hentam jer tulis, dosa besar, untuk buat rujukan hadith cariklah sumber yang sahih..istighfar banyak2, hukuman paling berat adalah org memfitnah agama Allah dan RasulNya..kalu dah sesat tu tak payahlah menyesatkan org pula..Wassalam(sekadar menasihati sesama saudara Islam)
ReplyDeletehuiyohhh...byk giler rujukan uncleseekers utk hadith tu...gila rajin baca, tu pun salah hadithnya...mintak ampun byk2 pada Allah..disebabkan moto hidup uncleseekers ialah "To seek the truth", meh saya syorkan uncle supaya baca "BUTIR-BUTIR MUTIARA HIKMAT" tulisan Drs Rasihin Abdul Gani. Nak seek the truth kan??
ReplyDeletelaah kowang nie...dah uncle nk tegur tu..,terima lah...yg kowang belagak sangat tu pehal...??ish3..takabbur betul...ish3...apew yg uncle tegur tu..kite terime laa...bkn dye sruh wat benda yg salah pun...jgn pandang pade keturunan uncle tu...,tp pndglah apew yg ditulis oleh uncle...Allah3...
ReplyDeletesalahlah der, bukan ahlul baitku..yg btulnyer ialah :
ReplyDeleteal quran dan sunnah nabi
lu maen buat ja hadith sendiri..buat dosa jer..lu masuk tanah je la
Ada hadis Nabi yang berkaitan ahlul bait itu:
ReplyDelete‘Nashr bin Abdurrahman al-Kufi menceritakan kepada kami, Zaid bin al Hasan – iaitu al Anmathi – menceritakan kepada kami, daripada Ja’far bin Muhammad, daripada ayah Ja’far iaitu Muhammad, daripada Jabir bin Abdullah, ia berkata: Aku pernah melihat Rasulullah saw melaksanakan ibadah haji pada hari Arafah, saat itu beliau sedang berkhutbah di atas untanya; al Qashwa. Aku mendengar beliau bersabda: Wahai manusia, sesungguhnya aku telah meninggalkan (sesuatu) untuk kalian, sepanjang kalian berpegang teguh kepada sesuatu itu nescaya kalian tidak akan pernah tersesat, iaitu kitab Allah dan itrati keluargaku.’ Lihat Sahih Sunan at-Tirmidzi, hadis nombor 3786, bab sifat-sifat utama keluarga Nabi saw.
Cuma yang saya hairan, bila uncle kata rujukannya pada Shahih Muslim pada hadis no. 6175-6177. Saya check Shahih Muslim, hadisnya sampai 2521 sahaja. Boleh uncle jelaskan?
salam.. apa apa pun.. iman itu tidak boleh diwarisi.. apa lagi utk dikongsi.. hanya sekadar pengetahuan..jika tanpa penyaksian.. alhamdulillah..
ReplyDeleteAyuh mari pelajari teknik bunuh hantu, syaitan, jin dan sekutu sekutunya.
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteUncle, kenapa rujukan uncle kebanyakan dari web e-bacaan? Web 2 salah laa, mereka seperti anti hadis, mereka hanya menerima dari quran sahaja.. Tetapi kita mesti blandaskan Al-Quran dan Sunnah..
ini uncle bangang punyer olang maa kalu ini olang dekat itu iraq ka iran ka turkey ka mesir kaa sudah lama kasih sembelih laa...kalau aku ader kebijaksanaan pasal i.t ni dah lame aku blog kau dr website dr tv kalo boleh bg campak pi somalia ka pulau buangan kaa kandang buaya kaa...bg interpol datang tangkap terus..menyampah gua tengok lu beb
ReplyDeleteERm... pendapatnye yang nabi maksudkan tu ade tersirat dan tersurat.. dan nampaknye memang ade benar yg uncle nak sampaikan.. lgpun pemahaman yang berbeza je jadi penyebab kekeliruan dan kebanggaan..
ReplyDeletebetul ape sume ckp uncle nih..bnyak gile syed atau syarifah yang terlampau membanggakan keturunan,sanggup tak kawan ngn orang slain keturunan,riak dengan keturunan,sampaikan ape yang dibuat sume betulllll jer..takde salah...bile bab2 keturunan..ikut hadis nabi..tapi bile bab solat,haji,sedekah,berbuat baik kepada kaum keluarga..tak penah di ikutnyaa...! ape kes laa keturunan mcam ni taksub sgt..sape yang sebarkan mende macm ni tah P/s : kadang2 aku malu gak jadi orang yang sama keturunan ni...
ReplyDeleteSalam ,
ReplyDeleteSebelum kita memperkatakan apa saje tentang Kebenaran yang diturunkan ALLAH kepada Nabi Muhammad (S.A.W)
saya nasihatkan kita semua terlebih dahulu perbanyakkan muhasabah diri setiap malam dan ..."BACA BANYAK-BANYAK,BANYAK-BANYAK BACA...Gunakan akal fikiran yang diberikan, jangan terlalu cepat menyalahkan pihak lain. BENAR dan BETUL pun banyak maknanya.....Amin