Sunday, April 11, 2010

Seks Dalam Islam (Part 2) (Seks adalah emosi dan keperluan manusia tetapi bukan identiti agama)

Seks Dalam Islam (Part 2)
(Seks adalah emosi dan keperluan manusia tetapi bukan identiti agama)

Artikel isu panas ini disambung semula dengan tajuk dibawah.

1. Isteri telan sperma (air mani) suami JSS

Memandangkan budaya barat telah menular dikalangan umat Islam & bangsa Melayu, banyak halaman tentang seks didedahkan secara sengaja dalam internet. Memandangkan sifat manusia yang suka mencuba, sifat ambil tahu dan bangga dengan apa saja budaya barat kebanyakan antara kita juga seperti mereka.

Saya juga mengambil kesempatan ini mencari maklumat yang termampu tentang isu ini.

Terdapat 13 ayat yang berkaitan dengan sperma dalam Quran.

16:4. Dia mencipta manusia daripada setitis mani; dan tiba-tiba, dia menjadi penentang yang nyata.

18:37. Berkata temannya sedang dia berbual-bual dengannya, "Adakah kamu tidak percaya (kafir) kepada Dia yang mencipta kamu daripada tanah, kemudian daripada setitis mani, kemudian membentukkan kamu sebagai seorang lelaki?

22:5. Wahai manusia, jika kamu dalam keraguan mengenai Kebangkitan, maka sesungguhnya Kami telah mencipta kamu daripada tanah, kemudian daripada setitis mani, kemudian daripada dadih darah, kemudian daripada seketul daging, berbentuk dan tidak berbentuk, supaya Kami memperjelaskan kepada kamu. Dan Kami menetapkan di dalam rahim-rahim apa yang Kami mengkehendaki hingga satu tempoh yang dinyatakan, kemudian Kami mengeluarkan kamu sebagai bayi, supaya kemudian kamu sampai dewasa; dan antara kamu mati, dan antara kamu dikembalikan kepada umur yang paling hina hingga mereka, setelah mengetahui sesuatu, tidak mengetahui apa-apa. Dan kamu melihat bumi kehitaman, kemudian apabila Kami menurunkan air kepadanya, ia bergetar dan menggelembung, dan menumbuhkan tiap-tiap jenis yang menggirangkan.

23:13. Kemudian Kami membuat dia setitis mani di dalam satu bekas yang kukuh,

23:14. Kemudian Kami menciptakan daripada setitis mani, dadih darah; kemudian Kami menciptakan daripada dadih darah, seketul daging yang kecil; kemudian Kami menciptakan daripada seketul daging yang kecil, tulang; kemudian Kami mengelubungkan tulang dengan daging; kemudian Kami menumbuhkan dia sebagai ciptaan yang lain. Berkatnya Allah, pencipta yang paling baik!

32:8. Kemudian Dia membuatkan keturunannya daripada pati air yang keji,

35:11. Allah mencipta kamu daripada tanah, kemudian daripada setitis mani, kemudian Dia membuat kamu berpasangan. Tiada perempuan yang mengandung, dan tiada juga yang melahirkan, kecuali dengan pengetahuan-Nya; orang-orang yang berumur panjang tidak dipanjangkan umurnya, dan tidak juga dikurangkan umurnya melainkan ia adalah di dalam Kitab. Sesungguhnya itu, bagi Allah, mudah.

36:77. Sudahkah manusia merenungkan bagaimana Kami menciptanya daripada setitis mani? Kemudian tiba-tiba, dia menjadi penentang yang nyata.

40:67. Dia yang mencipta kamu daripada tanah, kemudian daripada setitis mani, kemudian daripada segumpal darah, kemudian Dia mengeluarkan kamu sebagai bayi, supaya kemudian kamu menjadi tua, dan antara kamu ada yang mati sebelum itu, dan supaya kamu sampai tempoh yang dinyatakan, supaya kamu faham.

53:46. Daripada setitis mani, apabila ia ditumpahkan,

75:37. Bukankah dia setitis mani yang ditumpahkan?

76:2. Kami mencipta manusia daripada setitis mani, satu percampuran, mengujinya; dan Kami membuatkan dia mendengar, melihat.

80:19. Daripada setitis mani, Dia menciptanya, dan menentukannya,

Dari segi saintifik secara ringkas boleh lawati (http://en.wikipedia.org/wiki/Semen) atau (http://en.wikipedia.org/wiki/Sperm).

Saya terkejut apabila membaca beberapa artikel tentang isu ini bahawa air mani memberi beberapa manfaat tertentu dalam kesihatan manusia. Adalah lebih baik pembaca laporan ini secara teliti!

1. Antidepresan (Antidepressant) - Gordon Gallup (2002), "Does Semen Have Antidepressant Properties?", Archives of Sexual Behavior 31: 289–293, ISSN 0004-0002

2. Muller, Melissa; Kurt J. Sales, Arieh A. Katz and Henry N. Jabbour (2006). "Seminal Plasma Promotes the Expression of Tumorigenic and Angiogenic Genes in Cervical Adenocarcinoma Cells via the E-Series Prostanoid 4 Receptor". Endocrinology (The Endocrine Society) 147 (7). doi:10.1210/en.2005-1429. (http://endo.endojournals.org/cgi/content/abstract/147/7/3356?maxtoshow=&HITS=10&hits=10&RESULTFORMAT=&author1=Jabbour&searchid=1&FIRSTINDEX=0&sortspec=relevance&resourcetype=HWCIT). Retrieved 2009-08-13.

Saya terjumpa beberapa catatan tentang isu ini dari beberapa ulamak tetapi di sini saya cuma siarkan satu saja artikel yang paling popular dalam internet

Mufti Saudi Arabia bahagian Selatan, Asy-Syaikh Al`Allamah Ahmad bin Yahya An-Najmi menjawab sebagai berikut,
"Adapun hisapan isteri terhadap kemaluan suaminya (oral sex), maka ini adalah haram, tidak dibolehkan. Ini Kerana ia (kemaluan suami) dapat memancarkan mani, mazi dan lain-lain. Kalau memancar, maka akan keluar darinya air mazi yang ia najis menurut kesepakatan (ulama'). Apabila (air mazi itu) masuk ke dalam mulutnya lalu ke perutnya maka boleh jadi akan menyebabkan penyakit baginya.

Dapatkah anda membezakan kenyataan mufti ini dengan kajian saintis?

Saya juga teringat pada bulan November 2008 ketika mencari bahan untuk program ‘seksologi’ untuk siaran hypp.tv ada beberapa rakan-rakan bertanya tentang benarkah dengan menelan sperma boleh meredakan stress wanita, antikesar, gemuk dan memutihkan gigi.

a) Menggemukkan? (http://www.askmen.com/dating/dzimmer_100/117b_love_answers.html)

b) Memutihkan gigi?

(http://translate.googleusercontent.com/translate_c?hl=en&ie=UTF-8&sl=en&tl=ms&u=http://ezinearticles.com/%3FSemen-Can-Whiten-Your-Teeth---Fact-Or-Fiction%3F%26id%3D1974261&prev=_t&rurl=translate.google.com.my&twu=1&usg=ALkJrhj8VOMQ7Xt4i96H_6zBJf7agvheig)

c) Meredakan stress/antikanser? (http://en.wikipedia.org/wiki/Female_sperm)

Mungkin tajuk ini agak memualkan serta menjijikkan tetapi kita harus tempuh sealiran dengan zaman. Saya tahu yang membaca laman ini terdiri dari pelbagai lapisan umur dan masyarakat terutama mereka yang cerdik pandai.

Untuk memasuki gelanggang laman ini saya mengambil masa enam tahun untuk mengkaji (2 jam sehari meneliti artikel-artikel dalam laman ini sehingga ada beberapa tajuk terpaksa dibaca berulang kali) dan paling mendebarkan adalah takut menghantar artikel dilaman ini. Seperti sedia maklum nama saya ‘panas’di luar akibat kontroversi-kontroversi sebagai ‘pembongkar yang bermulut laser’.

Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengurus laman kerana sudi menyiarkan artikel-artikel saya yang masih amatuer. Terima kasih sekali lagi. Muaah!

Berbalik isu di atas saya terjumpa satu sumber yang mencatatkan bahawa "beberapa perempuan memuji rasa" dari air mani (Staines, L. What women want Rodale, 2000, ISBN 1579540937 , p.236) tetapi jikalau kita amati semula (http://en.wikipedia.org/wiki/Semen) di bawah tajuk “taste and quantity” terdapat beberapa fakta menarik “..the taste of semen can be altered by diet. Higher red meat and dairy intake may increase its generally salty taste. Asparagus notoriously causes bitterness, while parsley, celery, cinnamon, and many kinds of fruit (especially tropical) are noted to sweeten it. The semen of heavy smokers and drinkers tends to carry a more acrid taste.”

Saya bukan saintis tetapi mengikut logik akal, air mani bukanlah sejenis minuman yang menyedapkan seperti jus mangga ais. Tapi kalau makcik-makcik, kakak-kakak dan adik-adik tak mampu nak beli atau susah nak jumpa jumpa ubat stress dan anti kanser yang terbaik dipasaran dan dah baca semua fakta saintifik secara teliti tetapi masih nak juga nak minum JSS (jus susu suami) jugak, saya rasa baca artikel ini (http://www.e-bacaan.com/album950720b.htm) buat kali terakhir sebalum buat keputusan mukmatad. Oops.. sori, muktamad!

Bersambung part 3 (Meliwat Isteri!)

Sila lawati http://www.e-bacaan.com/emaile55.htm

Kiamat tahun 2280?
Seks Dalam Islam (Part 1) (Seks adalah emosi dan keperluan manusia tetapi bukan identiti agama)
Seks Dalam Islam (Part 2) (Seks adalah emosi dan keperluan manusia tetapi bukan identiti agama)
Seks Dalam Islam (Part 3) (Seks adalah emosi dan keperluan manusia tetapi bukan identiti agama)
Seks Dalam Islam (Part 4) (Seks adalah emosi dan keperluan manusia tetapi bukan identiti agama)
Syaitan Dari Golongan Jin Dan Manusia
Syaitan dibelenggu dan dirantai?
(Qareen) Teman yang dipercayai
Bunuh Cicak dengan Lembing
Makan..Makan..Makan..
Ahlul Bait VS Ahlul Quran
Ahlul Bait vs Ahlul Quran -Respon 3
Ahlul Bait vs Ahlul Quran -Respon 5
Quran dicatat di pelepah pohon tamar dan batu? Ye Ke Ni..
Jumlah Ayat Dalam Quran Sebanyak 6666 adalah Karut! Sila Kira Baik-Baik
'Amin' Islam, Kristian dan Yahudi
Siapa Yang Berpuasa?
Benarkah Jodoh, Maut, Rezeki ditangan tuhan?
Allah suka orang yang bersih
Sudahkah anda diuji pada tahun ini?
Kau dan Aku (Part 1)

No comments:

Post a Comment

Salam!
Bermula 10-8-2011 semua komen akan ditapis.

1- Anonymous tak akan dilayan. Sila tinggalkan nama (nama samaran pun dah kira ok supaya senang nak sebut sekiranya ada perbincangan).

2- Tolong beri komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.

3- Komen merapu, Hit and Run akan diPADAM. Minta Maaf.