Thursday, October 7, 2010

Ahlul Bait vs Ahlul Quran -Respon 5

Ahlul Bait vs Ahlul Quran -Respon 5

Salamun alaikum pengurus laman dan para sahabat yang ana hormati,

Pada hari Sabtu bersamaan 2hb Oktober 2010 sekitar 1.30 pagi ketika ana bersama Team PSI yang dianggotai oleh Adeek, Mona, Tuty dan Lawrence sedang buat kajian paranormal di Penjara Pudu seperti yang diminta oleh History Channel disel 111 dan beberapa lokasi lain membuktikan samada terdapat aktiviti paranormal yang dikatakan ‘keras’ oleh banduan dan para warden satu ketika dahulu (akan disiarkan pada bulan Disember 2010 nanti – kalau tak silap ana, hanya 10% saja bangunan penjara pudu yang dirobohkan beberapa bulan yang lalu) tetiba ana teringat akan artikel Tuan Syed Hasnan (kena hormat sikit kat dia…).

Beb, ana ada 5 soalan untuk anta jawab.

1. Adakah anta yakin dijamin masuk syurga? sebab ayat dibawah kata DIA beri kepada sesiapa dia kehendaki. Kalau Bruce Lee, Elvis Presley, Michael Jackson mohon keampunan mungkin mereka juga masuk syurgakan? Kan.. .kan… kan…

Berlumba-lumbalah kepada keampunan daripada Pemelihara kamu, dan sebuah Taman (Jannah) yang luasnya luas langit dan bumi, disediakan untuk orang-orang yang percaya kepada Allah dan rasul-rasul-Nya. Itulah pemberian Allah; Dia memberinya kepada sesiapa yang Dia mengkehendaki; dan Allah mempunyai pemberian yang besar. (57:21)

2. Adakah anta rasa mulia sangat? Tolonglah beb, jangan cakap lebat sangat..Kentut ada bau perfumeka? Podah!

Wahai manusia, Kami mencipta kamu lelaki dan perempuan, dan membuat kamu berbangsa-bangsa, dan bersuku-suku, supaya kamu mengenali satu sama lain. Sesungguhnya yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah yang paling bertakwa antara kamu. Sesungguhnya Allah Mengetahui, Menyedari. (49:13)


3. Abu Lahab tu atok kita dan isterinya juga nenek kita jugakkan? Agak-agaklah beb!

Binasalah tangan-tangan Abu Lahab, dan binasalah dia! Hartanya tidak berguna kepadanya, dan tidak juga apa yang dia mengusahakan, Dia akan dipanggang di api yang menyala-nyala, Dan isterinya, pembawa kayu api, Pada lehernya seutas tali rami palma. (111:1-5)

amalan taksub keterlaluan terhadap keturunan.

4. Atau adakah kerana anta yakin sangat dengan ayat ini. Beb, cub a baca betul-betul. Ayat ini bukan ditujukan pada kitalah beb. Sendiri baca sendiri fahamlah

Wahai isteri-isteri Nabi, kamu tidaklah seperti perempuan-perempuan lain. Jika kamu bertakwa, maka janganlah hina dalam ucapan kamu, supaya orang yang di dalam hatinya ada penyakit berkeinginan; tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik. Hendaklah kamu tetap di dalam rumah-rumah kamu; dan janganlah menunjuk-nunjukkan perhiasan kamu seperti dilakukan orang-orang jahiliah dahulu. Dan lakukanlah solat, dan berikanlah zakat, dan taatlah kepada Allah dan rasul-Nya. Wahai ahli Rumah, Allah hanya menghendaki untuk menghilangkan kotoran daripada kamu, dan untuk membersihkan kamu, sebersih-bersihnya. (33:33)

5. Ana mohon anta renung sekejap…berapa ramai syed atau syarifah dalam dunia ini yang sentiasa buat pelbagai kezaliman terhadap sesama keluarga dan sesama Islam. Adakah ini dinamakan mulia?

Sebelum ana menutup tirai ini, ana nak komen sikit perangai anta yang tidak ‘gentelmen’ sebab ana tak kenal siapa anta sebenarnya. Anta boleh tau latar belakang ana di http://uncleseekers.blogspot.com dan dibawah ini ana sertakan susur jalur ana. (bukan membangga diri tapi nak minta anta bukti pada ana pula kalau benar anta keturunan nabi yang anta selalu bangga-banggakan)

Uncleseekers aka Abdullah bin Hussien bin Alwee bin Abdullah bin Abu Bakar bin Abdullah bin Talib bin Hussien bin Umar bin Abdurrahman bin Aqil bin Salim bin Abdullah bin Abdurrahman bin Abdullah bin Abdurrahman Assaqaf bin Muhammad Maula Dawilah bin Ali bin Alawi bin Al-Faqih Al-Muqaddam Muhammad bin Ali bin Muhammad Shahib Mirbath bin Ali Khali' Qasam bin Alwi bin Muhammad bin Alwi bin Ubaidullah bin Ahmad Al-Muhajir bin Isa Arrumi bin Muhammad Annaqib bin Ali Al-Uraydhi bin Ja'far Assadiq bin Muhammad Al-Baqir bin Ali Zain Al-Abidin bin Husain bin Ali bin Abi Thalib, (suami kepada Fatimah Azzahra) binti Rasullullah S.A.W.

Allah diSanjung!

baca seterusnya (klik)

Kiamat tahun 2280?
Seks Dalam Islam (Part 1) (Seks adalah emosi dan keperluan manusia tetapi bukan identiti agama)
Seks Dalam Islam (Part 2) (Seks adalah emosi dan keperluan manusia tetapi bukan identiti agama)
Seks Dalam Islam (Part 3) (Seks adalah emosi dan keperluan manusia tetapi bukan identiti agama)
Seks Dalam Islam (Part 4) (Seks adalah emosi dan keperluan manusia tetapi bukan identiti agama)
Syaitan Dari Golongan Jin Dan Manusia
Syaitan dibelenggu dan dirantai?
(Qareen) Teman yang dipercayai
Bunuh Cicak dengan Lembing
Makan..Makan..Makan..
Ahlul Bait VS Ahlul Quran
Ahlul Bait vs Ahlul Quran -Respon 3
Ahlul Bait vs Ahlul Quran -Respon 5
Quran dicatat di pelepah pohon tamar dan batu? Ye Ke Ni..
Jumlah Ayat Dalam Quran Sebanyak 6666 adalah Karut! Sila Kira Baik-Baik
'Amin' Islam, Kristian dan Yahudi
Siapa Yang Berpuasa?
Benarkah Jodoh, Maut, Rezeki ditangan tuhan?
Allah suka orang yang bersih
Sudahkah anda diuji pada tahun ini?
Kau dan Aku (Part 1)

No comments:

Post a Comment

Salam!
Bermula 10-8-2011 semua komen akan ditapis.

1- Anonymous tak akan dilayan. Sila tinggalkan nama (nama samaran pun dah kira ok supaya senang nak sebut sekiranya ada perbincangan).

2- Tolong beri komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.

3- Komen merapu, Hit and Run akan diPADAM. Minta Maaf.