Monday, August 8, 2011

Syaitan Dari Golongan Jin Dan Manusia

Syaitan Dari Golongan Jin Dan Manusia

(Gambar Hiasan)
...syaitan-syaitan daripada manusia dan jin...

Musuh Bagi Tiap-Tiap Nabi
Surah AL-AN'AM (Binatang Ternak) ayat 112

"Kami mengadakan bagi tiap-tiap Nabi suatu musuh, syaitan-syaitan daripada manusia dan jin, yang mewahyukan ucapan palsu yang indah-indah kepada satu sama lain, untuk menipu; dan sekiranya Pemelihara kamu menghendaki, tentu mereka tidak membuatnya. Maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka mengada-adakan."

(Gambar Hiasan)

Musuh Bagi Manusia
Surah FATHIR (Pemula) ayat 6 & Surah AL-BAQARAH (Lembu) ayat 208

"Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu; maka ambillah ia sebagai musuh. Ia menyeru golongannya hanya supaya mereka menjadi di kalangan orang-orang Menyala."

"musuh yang nyata bagi kamu"

16 perbuatan syaitan yang terdapat dalam Quran

(Gambar Hiasan)

1. CADANGAN JAHAT
(Surah AL-MUKMINUN (Orang-Orang Mukmin) ayat 97)

"Wahai Pemeliharaku, aku berlindung pada Engkau daripada cadangan-cadangan jahat syaitan-syaitan

(Gambar Hiasan)

2. Menyucuk Orang Tidak Percaya
Surah MARIAM ayat 83

"Tidakkah kamu melihat bagaimana Kami mengutus syaitan-syaitan terhadap orang-orang yang tidak percaya (kepada ayat-ayat Allah) untuk menyucuk mereka, dengan cucukan?"


(Gambar Hiasan)

3. Menyuruh Pada Kesumbangan Dan Mungkar
Surah AN-NUR (Cahaya) ayat 21

"sesungguhnya ia (syaitan) menyuruh pada kesumbangan dan mungkar,"

(Gambar Hiasan)
4. Menyebabkan Permusuhan Dan Kebencian
Surah AL-MAIDAH (Meja Hidangan) ayat 91


"Syaitan hanya menghendaki untuk menyebabkan permusuhan dan kebencian antara kamu dalam arak dan judi."

(Gambar Hiasan)

5. Menghasut Dan Memanjangkan Angan-Angan
Surah MUHAMMAD ayat 25

"Orang-orang yang kembali (murtad) ke belakang mereka setelah petunjuk menjadi jelas bagi mereka, syaitanlah yang menghasut mereka, dan memanjangkan angan-angan mereka."

(Gambar Hiasan)

6. Provokasi
Surah AL-A'RAF (Benteng) ayat 200 dan Surah BANI ISRAIL ayat 53

"Jika suatu provokasi daripada syaitan memprovokasikan kamu, berlindunglah pada Allah; sesungguhnya Dia Mendengar, Mengetahui."

(Gambar Hiasan)

7. Makanan Dan Minuman
Surah AL-BAQARAH (Lembu) ayat 168 dan Surah AL-MAIDAH (Meja Hidangan) ayat 90

"Wahai manusia, makanlah apa yang di bumi, yang halal dan baik, dan janganlah mengikuti langkah-langkah syaitan; ia adalah musuh yang nyata bagi kamu."


(Gambar Hiasan)

8. Riba
Surah AL-BAQARAH (Lembu) ayat 275

"Orang-orang yang memakan riba tidak akan berdiri lagi, melainkan semasa dia berdiri, dia ditundukkan dengan sentuhan syaitan,"

(Gambar Hiasan)

9. Pembicaraan Rahsia
Surah AL-MUJADILAH (Yang Berdebat) ayat 10

"Pembicaraan rahsia adalah daripada syaitan, supaya orang-orang yang percaya bersedih; tetapi ia tidak memudaratkan mereka sedikit pun, kecuali dengan izin Allah, dan kepada Allah hendaklah orang-orang mukmin mempercayakan (tawakal)."

(Gambar Hiasan)

10. Mengubah Ciptaan Allah
Surah AN-NISA'(Perempuan) ayat 119


"Dan sungguh, aku akan menyesatkan mereka, dan memenuhi mereka dengan khayalan, dan aku akan menyuruh mereka dan mereka akan memotong telinga binatang ternak; aku akan menyuruh mereka dan mereka akan mengubahi ciptaan Allah,"



(Gambar Hiasan)

11. Mengajar Sihir
Surah AL-BAQARAH (Lembu) ayat 102

"Dan mereka mengikuti apa yang syaitan-syaitan membacakan semasa kerajaan Sulaiman. Sulaiman bukan tidak percaya (kafir) tetapi syaitan-syaitanlah yang tidak percaya, dengan mengajar manusia sihir,"


(Gambar Hiasan)

12. Peperangan
Surah ALI IMRAN (Keluarga Imran) ayat 155

"Orang-orang antara kamu yang berpaling pada hari dua kumpulan bertemu, syaitan menggelincirkan mereka kerana sebahagian apa yang mereka mengusahakan,"


Surah ALI IMRAN (Keluarga Imran) ayat 175

"Itu adalah syaitan yang menakut-nakutkan wali-walinya (sahabat-sahabatnya), maka janganlah takut pada mereka, tetapi kamu takutilah Aku, jika kamu orang-orang mukmin."

Surah AL-ANFAL (Rampasan Perang) ayat 48

"Dan apabila syaitan menampakkan amalan-amalan mereka indah bagi mereka, dan berkata, 'Pada hari ini, tiada manusia akan menang terhadap kamu kerana aku jiran kamu.' Tetapi apabila kedua-dua pasukan berlihat-lihatan, ia berundur di atas tumit-tumitnya, dengan berkata, 'Aku berlepas diri daripada kamu, kerana aku melihat apa yang kamu tidak melihat. Aku takut kepada Allah; dan Allah keras dalam pembalasan sewajarnya.'"

(Gambar Hiasan)

13. Janji
Surah AL-BAQARAH (Lembu) ayat 268

"Syaitan menjanjikan kamu kemiskinan (dalam memberi nafkah), dan menyuruh kamu pada kesumbangan, tetapi Allah menjanjikan kamu keampunan-Nya dan pemberian-Nya; dan Allah Merangkumi, Mengetahui."

Surah AN-NISA' (Perempuan) ayat 120

"Ia menjanjikan mereka, dan memenuhi mereka dengan khayalan, tetapi tiadalah yang syaitan menjanjikan mereka melainkan tipuan."

Surah IBRAHIM ayat 22.


"Dan syaitan berkata, apabila perkara telah diputuskan, 'Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu satu janji yang benar; dan aku menjanjikan kamu, kemudian aku memungkiri kamu, kerana aku tidak ada kuasa terhadap kamu, melainkan aku menyeru kamu, dan kamu menyahuti aku.'


(Gambar Hiasan)

14. Nampak Indah
Surah AL-AN'AM (Binatang Ternak) ayat 43

"Kalaulah, apabila bencana Kami datang kepada mereka, mereka merendahkan diri! Tetapi hati mereka keras, dan syaitan menampakkan indah bagi mereka apa yang mereka buat."


Surah AN-NAHL (Lebah) ayat 63


"Demi Allah, sesungguhnya Kami telah mengutus kepada umat-umat yang sebelum kamu, tetapi syaitan menampakkan indah bagi mereka amalan-amalan mereka; ia adalah wali (pelindung) mereka pada hari ini, dan bagi mereka, azab yang pedih."

(Gambar Hiasan)

15. Sangka Dapat Petunjuk
Surah AL-A'RAF (Benteng) ayat 30

"Segolongan Dia memberi petunjuk, dan segolongan wajar dengan kesesatan; mereka mengambil syaitan-syaitan sebagai wali-wali (sahabat-sahabat), selain daripada Allah, dan mereka menyangka bahawa mereka mendapat petunjuk."


Surah AZ-ZUKHRUF (Perhiasan) ayat 36-37


"Sesiapa yang membutakan diri daripada Peringatan Yang Pemurah, kepadanya Kami menentukan syaitan untuk menjadi teman yang dipercayai, Dan mereka menghalangi mereka daripada jalan, dan mereka menyangka bahawa mereka mendapat petunjuk."

(Gambar Hiasan)

16. Lupa
Surah AL-AN'AM (Binatang Ternak) ayat 68

"Apabila kamu melihat orang-orang yang terjun pada ayat-ayat Kami, berpalinglah daripada mereka sehingga mereka terjun pada hadis (pembicaraan) yang lain; dan, jika syaitan menjadikan kamu lupa, janganlah duduk setelah teringat bersama kaum yang zalim."


(Gambar Hiasan)
Surah AL-MUKMINUN (Orang-Orang Mukmin) ayat 97-98)

"Wahai Pemeliharaku, aku berlindung pada Engkau daripada cadangan-cadangan jahat syaitan-syaitan, Dan aku berlindung pada Engkau, wahai Pemeliharaku, daripada mereka hadir padaku."

Kiamat tahun 2280?
Seks Dalam Islam (Part 1) (Seks adalah emosi dan keperluan manusia tetapi bukan identiti agama)
Seks Dalam Islam (Part 2) (Seks adalah emosi dan keperluan manusia tetapi bukan identiti agama)
Seks Dalam Islam (Part 3) (Seks adalah emosi dan keperluan manusia tetapi bukan identiti agama)
Seks Dalam Islam (Part 4) (Seks adalah emosi dan keperluan manusia tetapi bukan identiti agama)
Syaitan Dari Golongan Jin Dan Manusia
Syaitan dibelenggu dan dirantai?
(Qareen) Teman yang dipercayai
Bunuh Cicak dengan Lembing
Makan..Makan..Makan..
Ahlul Bait VS Ahlul Quran
Ahlul Bait vs Ahlul Quran -Respon 3
Ahlul Bait vs Ahlul Quran -Respon 5
Quran dicatat di pelepah pohon tamar dan batu? Ye Ke Ni..
Jumlah Ayat Dalam Quran Sebanyak 6666 adalah Karut! Sila Kira Baik-Baik
'Amin' Islam, Kristian dan Yahudi
Siapa Yang Berpuasa?
Benarkah Jodoh, Maut, Rezeki ditangan tuhan?
Allah suka orang yang bersih
Sudahkah anda diuji pada tahun ini?
Kau dan Aku (Part 1)

4 comments:

  1. Salamun Alaikum,

    Sentiasa yang terbaik apabila ianya dari AlQur'an semata!!!

    Allah diSanjung!!!!!!!!!!!


    **proquran

    ReplyDelete
  2. Hi tuan rumah.

    Surah Manusia (114)

    "Katakanlah bahawasanya aku berlindung kepada pemilik sekalian alam. Yang menguasai seluruh manusia. Yang ada hak pada sekalian manusia.Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam dalam jiwa manusia. Yang melemparkan bisikan dan hasutan ke nurani manusia. DARI KALANGAN JIN DAN MANUSIA."

    Syaitan itu ada JIN.
    Manusia juga ada yang SYAITAN.

    ReplyDelete
  3. mane artikel kata lelaki bkn dr tulang rusuk wanita?kata nk kerat jari?dh delete ek..takut cacat?

    ReplyDelete
  4. mohon share kat fb uncleseekers...

    ReplyDelete

Salam!
Bermula 10-8-2011 semua komen akan ditapis.

1- Anonymous tak akan dilayan. Sila tinggalkan nama (nama samaran pun dah kira ok supaya senang nak sebut sekiranya ada perbincangan).

2- Tolong beri komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.

3- Komen merapu, Hit and Run akan diPADAM. Minta Maaf.