Kenali mereka

Saturday, January 17, 2009

Trailor Seksologi - episod 7 – HIV

Trailor Seksologi - episod 7 – HIV

Bila sebut saja penyakit ini sudah terbayang di ruang mata dan minda kita bahawa maut akan menjelma. HIV sudah dikenali sejak dulu lagi, sehingga kini tiada lagi ubat yang dapat mengubati penyakit ini malah maut saja yang bakal di tempah oleh penghidapnya. Bagi mengetahui lanjut lagi tentang penyakit ini Adeekseeker dan Brother Joe telah bertandang kerumah Dr. Ismail Thamby untuk mengetahui tentang penyakit ini. Walau pun sedang berehat setelah seharian bertugas Dr. Ismail tidak pernah menolak pertanyaan yang diberikan oleh Adeekseekers dan Brother Joe. Penerangan yang panjang lebar serta nasihat mengenai penyakit ini di sampaikan oleh Dr. Ismail Thamby dengan penuh semangat kerana ramai yang diluar masih tidak mengetahui akan penyakit yang merbahaya ini. Di samping itu juga pendapat orang ramai dipaparkan untuk dijadikan pedoman untuk semua.
Sila tonton program sepenuhnya di www.hypp.tv.

No comments: