Kenali mereka

Thursday, May 28, 2009

Lokasi paling berhantu

Lokasi paling berhantu

uncleseekers mufti perak kosmo hantu

uncleseekers mufti perak kosmo hantu

Lokasi paling berhantu
Oleh AMREE AHMAD

Kawasan perkuburan, rumah tinggal, tempat penyembelihan haiwan dan lokasi kejadian bunuh dikenal pasti paling tinggi dengan aktiviti hantu. Mungkinkah lokasi terbaru adalah lebuh raya berikutan kemunculan misteri hantu kebaya merah di Gurun, Kedah?

MUNGKIN ada yang tersenyum menonton iklan terbitan Proton yang memaparkan adegan puntianak ditegur ibunya kerana tidak memakai tali keledar penumpang belakang.
Akibatnya dia terhumban ke jalan raya apabila pemandu wanita kereta Proton itu terkejut sewaktu menekan brek kecemasan.

Iklan 30 saat itu cukup popular sekitar akhir 2007 kerana ia dipaparkan dalam bentuk lucu biarpun sekadar kempen kerajaan berhubung kesedaran pemakaian tali pinggang keledar.

Ironi, ramai pasti seram sejuk jika paparan sedemikian adalah realiti dalam kehidupan sebenar.
Namun ada juga yang pesimis kononnya hantu tidak wujud dan sekadar mainan perasaan semata-mata. Malah berdasarkan rekod saintifik, belum pernah ada manusia mati akibat dibunuh oleh hantu.

Terbaru, kawasan Gurun di Kedah mendapat perhatian ramai ekoran pendedahan beberapa pihak yang mendakwa melihat hantu hingga mereka terlibat dalam kemalangan.
Anehnya, lembaga eksentrik itu dikenali berdasarkan jenis pakaiannya - baju kebaya merah.

Kisahnya bertambah menarik apabila 'wanita kebaya merah' itu dipercayai roh jelmaan mangsa kemalangan maut yang tidak tenteram.
Kawasan lebuh raya makhluk itu berlegar kebetulan pernah mencatatkan banyak nahas ngeri suatu ketika dulu.

"Hakikatnya sejak dulu lagi manusia mudah takut kepada hantu akibat pengaruh filem cereka yang sebetulnya tidak berasaskan logik," jelas Ketua Penyelidik Kumpulan Pengkaji Paranormal terkenal tempatan atau PSI, Syed Abdullah Hussien Alattas.
Popular dengan gelaran Uncle Seekers, beliau mendedahkan Malaysia kemungkinan besar ialah negara yang paling banyak memiliki hantu.

Lebih menarik, perkara itu disahkan pula ramai pengkaji Barat berdasarkan kepada buku tulisan mereka sejak tahun 1896 hingga 1960-an.

Peliknya dalam tempoh kurang 100 tahun itu, ribuan buku penulis asing bercakap mengenai hantu di Malaysia mendedahkan negara kita 'mewah' dengan lebih 700 jenis hantu. Itu setakat jumlah yang baru sahaja dikenal pasti dan didaftarkan di dalam katalog.

"Angka sebenar mungkin banyak lagi tetapi mujur Malaysia selepas dibentuk pada 1963, menyaksikan semakin kurang penulisan ilmiah berkaitan hantu.

"Jika tidak tentu jumlah hantu negara kita sudah mencecah lebih 1,000 jenis," terang beliau dalam nada berseloroh.

Mengulas mengenai kepercayaan kepada hantu, masyarakat Orang Asli dikenal pasti paling tinggi memiliki jumlah hantu.

Ini berkait rapat dengan faktor kehidupan mereka yang banyak bergantung kepada alam sekeliling kerana mereka tinggal di dalam hutan.
Manakala kaum Melayu, ujar Syed Abdullah, tidak ketinggalan mempercayai sejumlah besar hantu, menjadikan mereka sebagai bangsa bertamadun moden yang 'meriah' dengan pelbagai makhluk halus.

Setakat ini, bilangan hantu dalam masyarakat Melayu dianggarkan ada 300 jenis.
Ini berdasarkan kajian beliau selama 19 tahun sejak 1989 dengan sokongan 17 penyelidik tetap dan 26 lagi separuh masa yang membentuk kumpulan PSI.
Mereka turut mendapat bantuan daripada sembilan bomoh dan 85 sukarelawan yang menjelajah ke seluruh negara.

Tidak hairanlah tema hantu juga menjadi pilihan pembikin filem genre seram bermula dengan Pontianak pada 1957 membawa kepada 33 filem. Antaranya Sumpah Orang Minyak (1958), Badang (1962), Si Tora Harimau Jadian (1964), Puaka (1974) dan Toyol (1981).
Namun, hantu biarpun sering dikaitkan dengan orang mati tetapi berdasarkan tinjauan Uncle sendiri ke atas bilik mayat Hospital Kuala Lumpur mendapati para petugasnya langsung tidak bimbang diganggu oleh makhluk halus itu walaupun bekerja keseorangan pada lewat malam.

Jurnal yang sempat menemu bual beberapa pekerja mortuari awam di sebilangan hospital kerajaan turut terkejut melihat mereka bertugas seperti biasa. Bagi individu terbabit, tiada apa yang perlu ditakutkan apatah lagi momokan hantu.

"Mengarutlah, mana mungkin orang mati boleh hidup!" Itu jawapan standard mereka.
Namun, sebagai langkah berjaga-jaga, ada juga yang mengamalkan petua tertentu seperti membaca ayat Kursi selain tidak takbur dan yang penting, jangan panik!
"Mungkin sudah biasa bertugas di situ namun pemerhatian pasukan saya menunjukkan tiada aktiviti paranormal di sekitar bilik mayat atau kejadian aneh meskipun dipenuhi dengan ribuan mayat termasuk yang mati dibunuh, lemas atau terbakar," terang beliau lagi.

Bagaimanapun, pada umumnya kawasan perkuburan dan jirat Cina merupakan tempat paling banyak aktiviti hantu dicatatkan diikuti rumah tinggal atau bangunan terbiar lama, tempat penyembelihan haiwan ternakan, lokasi kejadian bunuh dan langgar lari mati.

Bercakap mengenai makhluk halus, Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria menjelaskan bahawa umat Islam perlu mempercayai kewujudan hantu sebagai ciptaan Allah berpandukan kepada pelbagai dalil al-Quran dan hadis Nabi.

"Namun Islam sebagai agama yang lengkap berasaskan sumber kitab Allah dan sunah Rasulullah mendidik umatnya menitikberatkan soal ilmu.

"Ini bermakna kita perlu melakukan banyak kajian tertentu berhubung kehadiran hantu di alam dunia," katanya.

Justeru beliau merujuk usaha pihak tertentu menggunakan teknologi canggih untuk mengesan makhluk halus yang boleh dianggap sebagai pendekatan sesuai bagi mendedahkan masyarakat dengan kewujudan hantu secara ilmiah selain memperbetulkan salah tanggapan umum selama ini.


Saka - Kisah Benar - Makan kuat tapi badan makin melidi (2)
Mekanik dakwa lihat tiga kepala lembaga pelik
Demam nampak pocong - Penduduk dua kampung gempar kemunculan lembaga putih
Lokasi paling berhantu
Jerat bomoh temberang
Seekers terbit koleksi enam buku mini hantu tempatan
Seekers goes online
Siaran TV Mistik Tempatan 24 Jam
PSI bukukan kajian tentang makhluk halus
Dunia Hantu Uncle Seekers

Saturday, May 23, 2009

Buku "99 Jelmaan Makhluk Halus"

Buku "99 Jelmaan Makhluk Halus"




"...Buku ini adalah usaha berani dengan kesanggupan menongkah arus adat dan kepercayaan dalam masyarakat Melayu yang sudah berakar umbi sejak ratusan tahun dahulu..."
Datuk Seri Haji Harussani Haji Zakaria
Mufti Kerajaan Negeri Perak


"...Buku ini bukan cerita hantu tetapi berkenaan pengalaman para pengkaji paranormal semasa berada ditempat-tempat yang dikatakan berhantu..."
Profesor Madya Hanapi Dollah
Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu
Universiti Kebangsaan Malaysia


Kajian tentang budaya Melayu berhubung dengan hantu secara ilmiah dan tersusun telah banyak ditulis oleh pengkaji-pengkaji barat. Penulis merupakan Orang Melayu pertama yang membongkar rahsia ini secara ilmiah serta lebih lengkap dan secara langsung menambah koleksi pembendaharaan ilmiah negara secara umum dan masyarakat Melayu secara khusus.

Abdullah Hussien Alattas atau lebih dikenali sebagai Uncle tampil menghidangkan kepada khalayak dengan "99 Jelmaan Makhluk Halus" untuk mengajak pembaca berfikir mengenai kewujudan makhluk halus. Pemikiran dan persepsi masyarakat berkenaan makhluk halus akan berubah sesudah membaca buku ini yang sarat dengan sejarah, fakta dan penyelidikan saintifik, serta penemuan-penemuan yang belum pernah didedahkan.

Jangan membaca buku ini untuk menafikan, mengelirukan, mempercayai, menerima bulat-bulat atau mencari inti perbualan dan perbincangan tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai.

BIBLIOGRAFI

1. Malay Magic, Walter William Skeat, 1866.
2. Shaman, Saiva and Sufi, R.O Winstedt, 1925.
3. “The Malay Magician” from Shaman, Saiva and Sufi by R.O Winstedt, 1951.
4. The Malayan Branch Royal Asiatic Society – Vol. I Part II – November, 1924.
5. The Malayan Branch Royal Asiatic Society – Vol. VIII Part I – September, 1930.
6. The Malayan Branch Royal Asiatic Society – Vol. X Part I – January, 1932.
7. The Malayan Branch Royal Asiatic Society – Vol. XXIV Part III – October, 1951.
8. The Malayan Branch Royal Asiatic Society – Vol. XXVII Part III – June, 1955.
9. Straits Times, 14/02/1954 dan 16/02/1954.
10. McHugh J.N 1959, Hantu-Hantu : An Account Of Ghost Belief In Modern Malaya, Donald Moore For Eastern University Press, Singapore.
11. Malay Poison and Charm Cures, John D. Gimlette, Oxford University Press, Kuala Lumpur, 1971.
12. Malay Superstitions and Beliefs, Hj. Mohtar bin Hj. Mohd Dom, Federal Publications, Kuala Lumpur, 1979.
13. The Bomoh and The Hantu, Hj. Mohtar bin Hj. Mohd Dom, Federal Publications, Kuala Lumpur, 1979.
14. Malay Folk Beliefs : An Integration of Disparate Elements, Mohd Taib Osman, 1989.
15. An Analysis of Malay Magic by Kirk Michael Endicott – American Anthropologist, New Series, Vol. 74 (February – April, 1972) pp 28 – 30.
16. Katalog Pameran Terokai Hantu Misteri dan Budaya, Kamarul Baharin A. Kasim dan Dr. Paulette V. Dellios, 2003.
17. The Encyclopedia of Ghosts and Spirits, Rosemary Ellen Guiley, 1992.
18. The Gale Encyclopedia of The Unusual and Unexplained, Brad E. Steiger and Sherry Hansen Steiger, 2003.
19. Hood Hj. Mohd Salleh – Prinsipal Fellow at The Institute For Environment and Development (LESTARI), Universiti Kebangsaan Malaysia.
20. ‘Deathscape’ of The Malay Martial Artist – Douglas Farrer, page 19, 2005.
21. Bomoh – Poyang : Traditional Medicine And Ceremonial Art of the Aborigines of Malaysia by Roland Werner, University of Malaya Press, Kuala Lumpur, 1986.
22. Jah-Het of Malaysia Art and Culture, Roland Werner, University of Malaya Press,Kuala Lumpur, 1975.
23. Mah Meri of Malaysia Art and Culture (Second Edition), Roland Werner, University of Malaya Press, Kuala Lumpur, 1997.
24. Prinsip Asas Perubatan Melayu dalam Dewan Budaya April1996 oleh Hashim Awang A.R, Kuala Lumpur – Dewan Bahasa dan Pustaka.
25. Kunyit dalam Dewan Budaya Mei 1992 oleh Ahmad Abdul Rahman, Kuala Lumpur – Dewan Bahasa dan Pustaka.
26. Temu dalam Dewan Budaya Jun 1992 oleh Ahmad Abdul Rahman, Kuala Lumpur – Dewan Bahasa dan Pustaka.
27. Utusan Melayu, 8 Ogos 1951.
28. Kesenian Kuda Kepang oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Malaysia, 1978.
29. Kamus Dewan Edisi Keempat, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
30. Kepercayaan Orang Melayu Berhubung Dengan Pertanian oleh Amat Juhari Moain, Kuala Lumpur – Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990.
31. Agama Dan Kepercayaan Orang Melayu Dalam Masyarakat Melayu : Struktur, Organisasi dan Manifestasi oleh Mohd Taib Osman, Kuala Lumpur – Dewan Bahasa dan Pustaka, 1989.
32. Masyarakat Dan Budaya Melayu oleh Ismail Hamid, Kuala Lumpur - Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988.
33. M. Douglas 1966, Alam Pemikiran Primitif Dalam Agama : Analisis dan Interpretasi Sosiologi – Roland Robertson, Penterjemah : Fadilah Ali, halaman 75-102, Kuala Lumpur – Dewan Bahasa dan Pustaka.
34. Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu, 1999, Kuala Lumpur – Dewan Bahasa dan Pustaka.
35. Hikayat Inderaputra – A Malay Romance, Mulyadi S.W.R (ed), Foris Publications, Holland, 1993.
36. The Complete Vampire Companion, Rosemary Ellen Guiley with J.B Macabre, New York, Mcmillan 1994.
37. A Dictionary of Malay Medicine, John D. Gimlette and H.W Thompson, Oxford University Press, 1939.
38. Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Johor Darul Takzim.
39. Terjemahan Hadis Sahih Muslim.
40. “Eksklusif ! Telefon ajaib,rakam janin dalam perut budak lapan tahun”, mukasurat hadapan, “ Telefon kamera rakam gambar misteri, budak lapan tahun mengandung”, mukasurat tiga akhbar Kosmo! 17/01/2007.
41. “Barangan aneh suami ganggu Lisa”, mukasurat dua, akhbar Kosmo! 21/01/2007.
42. “Api misteri kembali marak – Insiden api misteri merosakkan kehidupan satu keluarga”, mukasurat hadapan, “Api misteri kembali membakar”, mukasurat dua akhbar Kosmo! 23/04/2007.
43. “Api mungkin akibat gas semulajadi - Pakar”,mukasurat tiga akhbar Kosmo! 25/04/2007.
44. “Belum ada tanda-tanda api misteri padam”, mukasurat dua, “Gangguan semakin menjadi-jadi”, mukasurat empat akhbar Kosmo! 27/04/2007.
45. The Powerful and Deadly Spells of Javanese, Lau Soon Wah, Finnbar, 1986.
46. Perguruan Metafisika As-Salam, Al-Barqi – www.as-salam.com
47. Perubatan Bumiputra Tradisional, Bahasa Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Kuala Lumpur – Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Malaysia.
48. Sebahagian Dari Rawatan Pesakit menurut Al-Quran dan Sunnah, Dato’ Dr. Harun Din dan Amran Kasimin, Percetakan Watan Sdn Bhd, Kuala Lumpur.
49. Common Malaysian Wild Flowers, M.R Henderson, Longman, Great Britain, 1961.
50. The Medicine Book of Malayan Medicine, Ismail Muhshi (trans), Grads Bull Str., 1930.
51. Apotik Hijau Tumbuhan Obat-Obatan, R. Seepardi, Jakarta, 1965.
52. Obat-obatan, Ramuan Asli P.P.P.K (Anak-anak), Surya Endra, Usaha Nasional Surabaya.
53. Mantera Melayu, Analisis Pemikiran – Haron Daud.
54. A Dictionary of Malayan Medicine, John D. Gimlette, edited and completed by H.W Thompson, Oxford University Press, 1939.
55. Oxford Advance Learner’s Dictionary of Current English, A.S Hornby, Sally Wehmeier, Colin McIntosh, Michael Ashby and Joanna Turnbull.
56. Culture of Healing In Malaysia, Malay Culture of Healing Sub – Series, Vol. II – Medicines in Malay Villages by Roland Werner – A Botanical and Linguistic Update of Malay by T.H Burkill, University of Malaya Press, 2002.
57. Culture of Healing In Malaysia, Malay Culture of Healing Sub – Series, Vol. I – Royal Healer – The Legacy of Nik Abdul Rahman Bin Hj. Dir of Kelantan by Roland Werner, University of Malaya Press, 2002.
58. Transcultural Healing (The Whole Human)-Healing System Under The Influence of Abrahamic Religions, Eastern Religions and Beliefs, Paganism, New Religions and Mixed Religious Form by Roland Werner, University of Malaya Press,1993.
59. Kamus Dwi-Bahasa Oxford Fajar Edisi Ketiga – Joyce M. Hawkins, Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd, 2004.
60. Pengalaman Rohaniyyah Muhammad Isa Dawud – Berdialog Dengan Jin Islam, Pustaka Al-Hidayah, Bandung, Indonesia dan Pustaka Syuhada, Kuala Lumpur, Malaysia 1996.
61. Bomoh, Antara Haq dan Bathil – Kesesatan Dalam Perubatan Tradisional Melayu, disusun oleh Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama Islam Perak Darul Ridzuan.
62. The Greater Key of Solomon : A Clear and Precise Exposition of King Solomon’s Secret – Its Mysteries and Magic Rites, translated from ancient manuscripts in The British Museum, London by S. Liddell MacGregor Mathers, Emperor Norton Books, Cincinnati, Ohio, 1999.
63. Aina E Amaliyat, Part III by Sufi Mohammad Azizur Rehman Sahib (Panipati).
64. Practical Magical Evocation by M. McGrath, Finbarr International, 1994.
65. Aji-Aji Kesaktian, Pengasihan dan Petunjuk Perlaksanaan – Panduan Belajar Ilmu Langkah Milik Pinih Sepuh / Pendekar Jaman Dulu Yang Jarang Dibuka / Disebarkan Pada Masyarakat Luas, hakcipta Sing Ngae Urip oleh Perguruan Metafisika As-Salam, Jawa Timur, Indonesia, 1999.
66. Pedoman Inti Rahsia Penguasaan Ilmu – Ilmu Ghaib Sebagai Perisai Diri Untuk Setiap Muslim oleh Perguruan Metafisika As-Salam, Jawa Timur, Indonesia.
67. Bezoar Stones, Knowledge Paper One to Paper Twelve, copyright – Bezoar Stones, 2001.
68. The Magic of Armadel, Electronic Version Prologue.
69. Malay Fishermen Superstitions, Ishak Ahmad, 1941.
70. Malay Festivals and Some Aspects of Malay Religious Life, Zainal Abidin Ahmad, 1949.

Buku "99 Jelmaan Makhluk Halus"
99 Jelmaan Makhluk Halus
Pembeli Pertama Buku Termahal di Malaysia RM1,000!
Tokey hantu dan lawyer hantu di janda baik
BUKU 99 JELMAAN MAKHLUK HALUS DENGAN ANTROPOLOGI MELAYU
Katalog 99 Jelmaan Makhluk Halus
Toyol (Versi Penuh)
Orang Bunian - Versi penuh
Mati Anak - Versi Penuh
Lembaga Hitam - Versi Penuh
Hantu Hala - Versi Penuh
Hantu Air - Versi Penuh
Hantu Amukan - Versi Penuh
Hantu Budak - Versi penuh

Thursday, May 21, 2009

Hantu Jepun


Hantu Jepun

Hantu Jepun mula diperkatakan oleh masyarakat Melayu pada tahun 40-an. Ia dikaitkan dengan kekejaman tentera Jepun terhadap orang Melayu ketika mereka mula menjajah Semenanjung Tanah Melayu pada 8 Disember 1941...

Keterangan lanjut mengenai jelmaan Hantu Jepun, sila dapatkan buku ‘99 Jelmaan Makhluk Halus’ dipasaran...

Hantu Anak Gua Batu


Hantu Anak Gua Batu

Kononnya, gua batu kapur adalah tempat kediaman Hantu Anak Gua Batu sejak beratus tahun lamanya. Jelmaannya berupa objek seperti kapas, mempunyai sepasang mata yang unik (tajam dan tirus di hujungnya) dan terapung.

Keterangan lanjut mengenai jelmaan Hantu Anak Gua Batu ini, sila dapatkan buku ’99 Jelmaan Makhluk Halus’ dipasaran...

Hantu Uri



Hantu Uri
Hantu Uri atau semangat uri dipercayai akan mengganggu kaum keluarga atau bayi itu sekiranya perkara-perkara di atas tidak dilakukan dengan sempurna…

Keterangan lanjut mengenai jelmaan Hantu Uri, sila dapatkan buku ‘99 Jelmaan Makhluk Halus’ dipasaran...

Toyol



Toyol
Rupa bentuk Toyol dikatakan mirip seperti seorang budak kecil yang berbogel, ketinggiannya sekitar paras pinggang orang dewasa, berkepala botak, berwajah bulat, dahi menonjol, bermata merah, gigi yang tajam, mulut besar, telinga dan kepala yang besar, perut buncit, tubuh berwarna hijau dan ada pula yang menyatakan berwarna hitam, tangan kecil, mata besar agak terkeluar sedikit tetapi redup, berkaki itik, tidak berjantina dan berbau darah. Sifatnya dikatakan mirip seperti anak kecil yang suka dibelai, nakal, suka mengomel, licik dan pandai menjerumuskan manusia mengikut telunjuknya. Bunyi seperti orang berjalan menggunakan terompah dan bunyi seakan-akan...

Keterangan lanjut mengenai jelmaan Toyol, sila dapatkan buku ‘99 Jelmaan Makhluk Halus’ dipasaran...

Hantu Tinggi



Hantu Tinggi
Ada kekeliruan di kalangan umum di antara mitos Hantu Tinggi dengan Hantu Galah. Hantu Tinggi menjelmakan diri berupa seorang lelaki yang boleh berkata-kata dan hanya akan mengubah ketinggiannya apabila dicabar atau dirinya diperkecil-kecilkan. Manakala Hantu Galah pula berupa...

Keterangan lanjut mengenai jelmaan Hantu Tinggi, sila dapatkan buku ‘99 Jelmaan Makhluk Halus’ dipasaran...

Hantu Tindih



Hantu Tindih
Hantu Tindih sering diperkatakan oleh pelbagai masyarakat di Asia Tenggara. Ada yang menyatakan rupa bentuk Hantu Tindih berupa lembaga seperti manusia yang berwarna hitam. Mangsa Hantu Tindih dikatakan sukar bernafas...

Keterangan lanjut mengenai jelmaan Hantu Tindih, sila dapatkan buku ‘99 Jelmaan Makhluk Halus’ dipasaran...

Hantu Tepok



Hantu Tepok
Hantu Tepok dikatakan berpunca daripada semangat seorang lelaki yang mati lemas di lombong semasa...

Keterangan lanjut mengenai jelmaan Hantu Tepok, sila dapatkan buku ‘99 Jelmaan Makhluk Halus’ dipasaran...

Hantu Tenggelung




Hantu Tenggelung
Hantu Tenggelung dikatakan jelmaan seorang lelaki yang tidak mempunyai kepala, tidak berbahaya kerana apabila terserempak dengannya…

Keterangan lanjut mengenai jelmaan Hantu Tenggelung, sila dapatkan buku ‘99 Jelmaan Makhluk Halus’ dipasaran...

Hantu Tangga



Hantu Tangga
Menurut kepercayaan masyarakat Melayu, Hantu Tangga dipercayai bermata merah dan suka menyorok di...

Keterangan lanjut mengenai jelmaan Hantu Tangga, sila dapatkan buku ‘99 Jelmaan Makhluk Halus’ dipasaran...

Hantu Sungai




Hantu Sungai
Hantu Sungai dianggap sebagai hantu yang ganas kerana sifatnya yang dikatakan suka menyerang manusia. Kononnya, Hantu Sungai suka mengganggu kanak-kanak yang kerap kencing di tempat tidur dan suka mandi air hujan dalam keadaan berbogel. Hantu Sungai hanya dikaitkan dengan kawasan perairan. Ia dipercayai akan menghantui kawasan yang...

Keterangan lanjut mengenai jelmaan Hantu Sungai, sila dapatkan buku ‘99 Jelmaan Makhluk Halus’ dipasaran...

Hantu Songkei



Hantu Songkei
Hantu Songkei adalah sejenis hantu yang mempunyai struktur tubuh badan yang kecil atau kerdil. Ia dikatakan tidak mempunyai leher, hidung yang besar dan panjang. Manakala soket matanya pula boleh dikeluarkan bagi melihat...

Keterangan lanjut mengenai jelmaan Hantu Songkei, sila dapatkan buku ‘99 Jelmaan Makhluk Halus’ dipasaran...

Saka Haiwan



Saka Haiwan
Bagi memiliki Saka Haiwan, seseorang itu perlu membaca mantera...

Keterangan lanjut mengenai Saka Haiwan, sila dapatkan buku ‘99 Jelmaan Makhluk Halus’ dipasaran...

Saka



Saka
Saka adalah “hantu belaan” yang diwarisi secara turun menurun nenek moyang daripada satu generasi ke seterusnya. Ada Saka yang diwarisi dengan cara mendapat persetujuan terdahulu daripada individu dalam keluarga itu sendiri. Ada juga Saka yang...

Keterangan lanjut mengenai Saka, sila dapatkan buku ‘99 Jelmaan Makhluk Halus’ dipasaran...

Sang Kelembai



Sang Kelembai
Sang Kelembai dikatakan mempunyai kuasa sakti yang boleh menyumpah sesiapa sahaja menjadi batu atau objek-objek lain. Sang Kelembai didakwa amat benci pada bunyi bising yang dibuat oleh manusia atau haiwan yang berada di dalam hutan.

Keterangan lanjut mengenai jelmaan Sang Kelembai, sila dapatkan buku ‘99 Jelmaan Makhluk Halus’ dipasaran...

Hantu Rimba



Hantu Rimba
Menurut kepercayaan masyarakat Melayu, Hantu Rimba kononnya berpunca daripada seorang lelaki yang sesat di dalam hutan akibat mencari ...

Keterangan lanjut mengenai jelmaan Hantu Rimba, sila dapatkan buku ‘99 Jelmaan Makhluk Halus’ dipasaran...

Hantu Ribut



Hantu Ribut
Seperti namanya, Hantu Ribut adalah sejenis hantu yang seringkali dikaitkan dengan kejadian ribut. Ia sejenis lagi hantu yang dipercayai berjantina perempuan. Kononnya, sekiranya sesiapa yang terserempak dengan hantu ini akan...

Keterangan lanjut mengenai jelmaan Hantu Ribut, sila dapatkan buku ‘99 Jelmaan Makhluk Halus’ dipasaran...

Hantu Raya



Hantu Raya

Ada beberapa tujuan seseorang itu membela Hantu Raya seperti menjaga diri, keluarga, harta benda, binatang ternakan, dan hasil tanaman daripada diganggu atau dicuri. Kononnya, Hantu Raya mampu melakukan tugas-tugas berat serta dikatakan mempunyai kekuatan 10 orang manusia dewasa. Sesiapa yang memelihara Hantu Raya, dipercayai menjadi...


Keterangan lanjut mengenai jelmaan Hantu Puteri, sila dapatkan buku ‘99 Jelmaan Makhluk Halus’ dipasaran...

Hantu Puteri




Hantu Puteri
Hantu Puteri mempunyai rupa paras yang sangat menarik dan mampu menggoda lelaki yang melihatnya. Hantu Puteri akan memperdaya mangsa dengan mengajak ke…


Keterangan lanjut mengenai jelmaan Hantu Puteri, sila dapatkan buku ‘99 Jelmaan Makhluk Halus’ dipasaran...

Hantu Pusaka



Hantu Pusaka
Menurut kepercayan orang Melayu, Hantu Pusaka adalah semangat nenek moyang yang sudah meninggal dunia. Segelintir masyarakat Melayu satu masa dahulu akan meminta pertolongan daripada Hantu Pusaka sekiranya...

Keterangan lanjut mengenai jelmaan Hantu Pusaka, sila dapatkan buku ‘99 Jelmaan Makhluk Halus’ dipasaran...

Hantu Puaka



Hantu Puaka
Menurut kepercayaan orang Melayu, Hantu Puaka akan menghantui sesebuah kawasan apabila berlaku kemalangan yang tragis seperti...

Keterangan lanjut mengenai jelmaan Hantu Puaka, sila dapatkan buku ‘99 Jelmaan Makhluk Halus’ dipasaran...

Pontianak



Pontianak
Pontianak atau Kuntilanak (seperti yang dikenali masyarakat Indonesia, juga dikenali dengan panggilan “Kunti” sahaja) ialah sejenis hantu penghisap darah yang paling popular dalam kalangan masyarakat Melayu. Pontianak dikatakan berpunca daripada...

Keterangan lanjut mengenai jelmaan Pontianak, sila dapatkan buku ‘99 Jelmaan Makhluk Halus’ dipasaran...

Polong



Polong
Polong dikatakan dapat mengetahui rahsia musuh dan memaklumkan kepada pemiliknya, melakukan kerja-kerja berat serta membantu pemiliknya apabila berada dalam kesusahan. Polong boleh menjelma menjadi...

Keterangan lanjut mengenai jelmaan Polong, sila dapatkan buku ‘99 Jelmaan Makhluk Halus’ dipasaran...

Hantu Pisang



Hantu Pisang
Hantu Pisang adalah semangat yang menghuni pohon-pohon pisang. Selalunya, Hantu Pisang akan menjelma apabila diseru. Pokok pisang yang mempunyai jantung dipercayai...

Keterangan lanjut mengenai jelmaan Hantu Pisang, sila dapatkan buku ‘99 Jelmaan Makhluk Halus’ dipasaran...

Hantu Perakang



Hantu Perakang
Hantu Perakang dikatakan menjelma sebagai seorang manusia yang mempunyai kulit yang bersisik berwarna merah, telinganya seperti sirip ikan dan matanya berwarna merah hati. Asal-usul hantu ini dikatakan bermula…

Keterangan lanjut mengenai jelmaan Hantu Perakang, sila dapatkan buku ‘99 Jelmaan Makhluk Halus’ dipasaran...

Hantu Penyakit



Hantu Penyakit
Hantu Penyakit adalah sejenis hantu yang dipercayai membawa penyakit. Suatu masa dahulu, sesetengah masyarakat di kawasan pedalaman pantai timur Semenanjung Malaysia berpendapat, sekiranya seseorang itu mengalami penyakit...

Keterangan lanjut mengenai jelmaan Hantu penyakit, sila dapatkan buku ‘99 Jelmaan Makhluk Halus’ dipasaran...

Penunggu



Penunggu
Hantu Penunggu atau lebih dikenal sebagai Penunggu adalah sejenis hantu yang mendiami...

Keterangan lanjut mengenai jelmaan Penunggu, sila dapatkan buku ‘99 Jelmaan Makhluk Halus’ dipasaran...

Penanggal



Penanggal
Di sesetengah tempat, Penanggal juga dikenali sebagai Penanggalan atau Manananggal. Di Sabah pula dikenali sebagai Balan-Balan atau Berbalan manakala di Kedah dikenali dengan nama Hantu Tenggelung. Apabila Penanggal terbang pada waktu malam, ia kelihatan seperti segumpalan tali berapi yang sedang terapung di awang-awangan. Apabila keadaan bulan terang, dapat dilihat dengan jelas keadaan Penanggal yang terbang melintasi pohon-pohon kelapa dalam usaha mencari rumah yang ada perempuan yang…

Keterangan lanjut mengenai jelmaan Penanggal, sila dapatkan buku ‘99 Jelmaan Makhluk Halus’ dipasaran...

Hantu Pemburu




Hantu Pemburu
Hantu Pemburu dipercayai berpunca daripada seorang manusia biasa yang mengalami kisah-kisah yang tertentu sehinggakan dia bertukar menjadi Hantu Pemburu. Kononnya, Hantu Pemburu boleh mendatangkan penyakit dan gemar mengganggu orang yang sesat dan “bermalam” di dalam hutan…

Keterangan lanjut mengenai jelmaan Hantu Pemburu, sila dapatkan buku ‘99 Jelmaan Makhluk Halus’ dipasaran...

Pelesit



Pelesit
Polong dan Pelesit adalah dua jenis hantu yang mempunyai persamaan dalam fungsi penggunaannya. Perbezaan mereka hanyalah bergantung…

Keterangan lanjut mengenai jelmaan Pelisit, sila dapatkan buku ‘99 Jelmaan Makhluk Halus’ dipasaran...

Hantu pelak



Hantu Pelak
Hantu Pelak dikatakan berasal daripada semangat orang yang mati dibunuh. Hantu Orang Mati Dibunuh dan Hantu Daguk menjelma semula untuk membalas dendam kematiannya, manakala Hantu Pelak pula menjelma untuk…

Keterangan lanjut mengenai jelmaan Hantu Pelak, sila dapatkan buku ‘99 Jelmaan Makhluk Halus’ dipasaran...

Pari-Pari



Pari-Pari
Pari-Pari dipercayai mempunyai masyarakat tersendiri dan kononnya hidup seperti Orang Bunian. Pari-Pari tidak dipelihara oleh manusia dan dikatakan hidup bebas di dalam hutan. Pari-Pari dikategorikan sebagai hantu yang baik kerana tidak mengganggu manusia. Pari-Pari dipercayai mempunyai..

Keterangan lanjut mengenai jelmaan Pari-Pari, sila dapatkan buku ‘99 Jelmaan Makhluk Halus’ dipasaran...

Hantu Pari



Hantu Pari
Hantu Pari dikatakan berjantina wanita dan menghuni di pohon-pohon besar yang tinggi seperti Langsuir. Ada juga yang menyatakan mereka hidup bermasyarakat seperti Orang Bunian. Rupa bentuk Hantu Pari dikatakan sangat cantik, berambut hitam dan panjang, bermata bulat dan hidungnya dikatakan pesek tetapi tajam dihujungnya. Pakaiannya.........

Keterangan lanjut mengenai jelmaan Hantu Pari, sila dapatkan buku ‘99 Jelmaan Makhluk Halus’ dipasaran...

Hantu Pancur


Hantu Pancur

Hantu Pancur adalah sejenis hantu yang berkaitan dengan air. Ia dipercayai berada di kawasan tali air terutamanya di kawasan air terjun. Hantu Pancur dikatakan menjelma...


Keterangan lanjut mengenai jelmaan HantuPancur, sila dapatkan buku ‘99 Jelmaan Makhluk Halus’ dipasaran...

Hantu Pancur



Hantu Pancur

Hantu Pancur adalah sejenis hantu yang berkaitan dengan air. Ia dipercayai berada di kawasan tali air terutamanya di kawasan air terjun. Hantu Pancur dikatakan menjelma...


Keterangan lanjut mengenai jelmaan Hantu Pancur, sila dapatkan buku ‘99 Jelmaan Makhluk Halus’ dipasaran...

Hantu Orang Mati Dibunuh

Hantu Orang Mati Dibunuh

Hantu Orang Mati Dibunuh dikatakan muncul bagi membalas dendam kepada orang yang membunuhnya sahaja. Kononnya, ada beberapa cara bagi menghindari daripada gangguan hantu ini seperti...

Keterangan lanjut mengenai jelmaan Hantu Orang Mati Dibunuh, sila dapatkan buku ‘99 Jelmaan Makhluk Halus’ dipasaran...

Mati Anak


Mati Anak

Menurut kepercayaan masyarakat Orang Asli, Etnik Semelai yang mendiami kawasan sekitar Tasik Bera, Pahang, Mati Anak berpunca daripada seorang wanita yang sedang sarat mengandung lalu meninggal dunia bersama-sama anak di dalam kandungannya, sama ada semasa hendak melahirkan anak ataupun disebabkan “hal-hal lain” seperti kemalangan ataupun penyakit. Mati Anak dipercayai mempunyai dua buah cangkuk di bahagian belakang badannya untuk berbuai di pokok-pokok besar.

Keterangan lanjut mengenai jelmaan Mati Anak, sila dapatkan buku ‘99 Jelmaan Makhluk Halus’ dipasaran...

Mambang Tali Arus


Mambang Tali Arus

Mambang Tali Arus juga dikenali sebagai makhluk halus yang suka membantu dalam kalangan Orang Seletar atau “Sea Gypsies”. Orang Seletar tinggal di dalam perahu di persisiran pantai selatan Johor dan Utara Singapura. Mereka masih lagi mengamalkan kepercayaan animisme dan ada juga antara mereka yang sudah menganut agama Islam.

Keterangan lanjut mengenai jelmaan Mambang Tali Arus, sila dapatkan buku ‘99 Jelmaan Makhluk Halus’ dipasaran...

Mambang Putih


Mambang Putih

Mambang Putih dikatakan mirip seperti Orang Bunian atau Pari-Pari kerana mempunyai sistem masyarakat yang lengkap. Mambang Putih berbeza dengan Mambang Kuning dan Mambang Tali Arus kerana Mambang Putih dikatakan suka menolong manusia. Kehadiran Mambang Putih dipercayai disertai dengan...


Keterangan lanjut mengenai jelmaan Mambang Putih, sila dapatkan buku ‘99 Jelmaan Makhluk Halus’ dipasaran...

Mambang Kuning



Mambang Kunung

Perkataan “mambang” dipopularkan dalam filem arahan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee berjudul Pendekar Bujang Lapok yang ditayangkan di pawagam pada tahun 1959. Dialog Allahyarham Tan Sri P.Ramlee “Hai mambang kuning, mambang merah, mambang putih, mambang biru, mambang coklat, mambang hitam, mambang biru air laut.” Dialog S. Samsuddin “Hai mambang tanah, mambang air, mambang angin, mambang mabuk minum brandi.”

Keterangan lanjut mengenai jelmaan Mambang Kuning, sila dapatkan buku ‘99 Jelmaan Makhluk Halus’ dipasaran...

Mambang Hitam


Mambang Hitam

Mambang Hitam dikatakan makhluk halus yang dapat membantu ahli persilatan untuk menjadi pendamping di gelanggang silat sekiranya diseru. Suatu masa dahulu, upacara membuka gelanggang silat dilakukan oleh guru silat yang selalunya merupakan seorang bomoh supaya pelatih-pelatih di gelanggang itu tidak mendapat sebarang kecederaan parah semasa ber-latih. Darah ayam dan kambing daripada upacara penyembelihan kambing atau ayam hitam itu dilumur pada tapak kaki pelatih (bukan semua persilatan). Guru silat akan menyeru nama-nama panglima-panglima tertentu seperti Panglima Hitam dengan membaca mantera di bawah: Hai............................

Keterangan lanjut mengenai jelmaan Mambang Hitam, sila dapatkan buku ‘99 Jelmaan Makhluk Halus’ dipasaran...

Hantu Lubang


Hantu Lubang

Hantu Lubang dikatakan suka menghuni di dalam lubang-lubang yang dalam dan gelap. Mereka dikatakan berkumpul dalam sebuah kumpulan pada setiap lubang. Rupa bentuk Hantu Lubang dikatakan seperti...

Keterangan lanjut mengenai jelmaan Hantu Lubang, sila dapatkan buku ‘99 Jelmaan Makhluk Halus’ dipasaran...

Hantu Lenong


Hantu Lenong

Hantu Lenong pula dipercayai hantu atau semangat yang tinggal di antara langit dan bumi, bergerak seperti..

Keterangan lanjut mengenai jelmaan Hantu Lenong, sila dapatkan buku ‘99 Jelmaan Makhluk Halus’ dipasaran...

Hantu Lembung


Hantu Lembung

Hantu Lembung dipercayai menetap di dalam gelembung..

Keterangan lanjut mengenai jelmaan Hantu Lembung, sila dapatkan buku ‘99 Jelmaan Makhluk Halus’ dipasaran...

Lembaga Hitam


Lembaga Hitam

Lembaga hitam adalah salah satu hantu yang sering diperkatakan oleh masyarakat Melayu. Sejak dahulu, ada pelbagai tanggapan dan pendapat berkenaan cerita dan rupa bentuk Lembaga Hitam...

Keterangan lanjut mengenai jelmaan Lembaga Hitam, sila dapatkan buku ‘99 Jelmaan Makhluk Halus’ dipasaran...

Lelembut

Lelembut


Ada yang memanggil Lelembut ini “Sang Lelembut”, tetapi lebih ramai yang menyebut Lelembut sahaja. Kehidupan seharian makhluk halus ini dikatakan mirip seperti bunian, mempunyai keluarga dan...

Keterangan lanjut mengenai jelmaan Lelembut, sila dapatkan buku ‘99 Jelmaan Makhluk Halus’ dipasaran...

Wednesday, May 20, 2009

Hantu Laut


Hantu Laut

Hantu Laut juga dikenali sebagai Hantu Raya Air. Seperti juga namanya, Hantu Laut mengganggu dan menyerang mangsa semasa berada di laut. Hantu ini dikatakan akan..

Keterangan lanjut mengenai jelmaan Hantu Laut, sila dapatkan buku ‘99 Jelmaan Makhluk Halus’ dipasaran...

Hantu Langut

Hantu Langut


Hantu Langut dikatakan mirip dengan Hantu Pemburu. Perbezaannya hanya terletak pada rupa bentuk dan asal-usul kejadian. Nama “langut” diberikan kepada hantu ini mungkin kerana..

Keterangan lanjut mengenai jelmaan Hantu Langut, sila dapatkan buku ‘99 Jelmaan Makhluk Halus’ dipasaran...

Hantu Kum-Kum

Hantu Kum-Kum


Asal usul Hantu Kum-kum dikatakan bermula apabila seorang wanita yang hodoh memohon pertolongan daripada seorang bomoh untuk menjadikannya seorang yang cantik jelita. Bomoh itu membekalkan wanita itu dengan air minuman...

Keterangan lanjut mengenai jelmaan Hantu Kum-Kum, sila dapatkan buku ‘99 Jelmaan Makhluk Halus’ dipasaran...