Kenali mereka

Tuesday, March 10, 2009

Jerat bomoh temberang

Jerat bomoh temberang

Kosmo - 1-3-2009
Oleh AMREE AHMAD

Ramai diperdaya pelbagai rahsia penipuan bomoh palsu.


RAMAI rakyat Malaysia masih mempercayai bomoh walaupun 95 peratus daripada mereka dikatakan bomoh palsu. - Gambar hiasan

SABAN malam, Mbah (nama panggilan popular) tidak 'menang tangan' apabila terpaksa melayan puluhan pelanggan yang datang untuk berubat. Teratak buruknya di Kampung Janda Baik, Pahang sudah umpama sebuah klinik kesihatan desa.

Biarpun bomoh berasal dari Batam, Indonesia itu bergigi rongak, pelanggannya tidak jemu-jemu menunggu giliran. Mereka datang dengan aneka hajat daripada merawat sakit, mencari jodoh, tangkal pelaris hinggalah kepada mendapatkan nombor ekor judi.

Namun di sebalik kehebatan Mbah yang tidak berpelajaran tinggi, ramai yang tidak menyedari bahawa mereka telah ditipu hidup-hidup. Apa tidaknya, segala macam rawatan yang dilakukan sebenarnya adalah palsu. Kaedah rawatan itu boleh dipelajari sesiapa sahaja.

Sinopsis tipikal yang dipaparkan itu adalah antara beberapa babak menarik yang disiarkan program Hipotesis menerusi Channel 99 Debar. Penonton dapat mengikutinya secara eksklusif hanya melalui siaran televisyen Internet terbaru Hypp.TV.

Realitinya ada ribuan 'Mbah' atau bomoh palsu di negara kita. Malangnya, bomoh temberang seperti 'Mbah' masih lagi dipercayai oleh sesetengah orang.

"Secara kasar dianggarkan 95 peratus daripada bomoh atau pawang atau dukun di Malaysia hari ini adalah palsu. Lebih teruk, ada yang tergamak mencabul atau memperkosa wanita yang menjadi pelanggan mereka," kata Syed Abdullah Hussien.

Mengetuai pasukan penyelidik paranormal terkenal, PSI Seeker, Syed Abdullah mengakui ada juga bomoh tulen tetapi bilangannya tidak ramai. Bahkan bomoh asli kurang dikenali kerana mereka tidak gemar mencari publisiti atau membangga diri.

Mahir rawat tulang patah

Pada umumnya bomoh ‘betul’ cuma mengkhusus kepada satu jenis perkhidmatan. Misalnya, jika mahir dalam merawat tulang patah, itulah sahaja yang dia tahu. Ironinya bomoh palsu mendakwa diri mereka pakar dalam serba-serbi.

“Sejak usia 20-an saya sudah berkawan dengan ratusan bomoh tradisional di seluruh Malaysia sehingga mereka meninggal dunia. Nyata ada banyak perbezaan antara mereka dengan bomoh moden yang muncul akhir-akhir ini,” kata Syed Abdullah mengimbau pengalamannya.

Katanya, bomoh zaman dulu didapati suka berdamping dengan dua atau tiga jin sebagai pembantu. Mereka hidup sederhana dan ada juga yang miskin. Bomoh zaman dulu berbeza dengan bomoh sekarang yang tinggal di banglo dan memandu kereta mewah.


TELUR merupakan alat perbomohan paling lazim di negara ini.

Lebih pelik, bomoh moden yang kononnya mampu mengubat pelbagai jenis penyakit itu mengenakan bayaran untuk rawatan. Malah untuk membuat temu janji pun ada caj tersendiri dan pesakit perlu datang berkali-kali bagi sesi rawatan tertentu.

“Walhal seingat saya pada tahun 1960-an, pesakit yang datang berjumpa bomoh sekali sahaja sudah sembuh. Bayarannya pula cuma memberi sekuntum bunga bagi pesakit perempuan atau sebiji buah berongga jika pelanggannya lelaki,” jelas Syed Abdullah.

Tidak hairanlah bomoh dulu cukup disegani tetapi mereka masih merendah diri.

Syed Abdullah pernah bertemu bomoh yang mampu menjadikan keris berdiri dan terbang tetapi pada zahirnya penampilan bomoh itu seperti orang kebanyakan.

Sambil menyifatkan bomoh moden sebagai tidak ubah bomoh dalam filem komedi Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, beliau kesal kerana kerjaya bomoh kini tidak lagi dihormati.

“Sesiapa saja boleh menjadi bomoh asalkan tahu pelbagai teknik helah ala silap mata.

“Ini menyebabkan masyarakat tidak percaya untuk berjumpa bomoh kerana bimbang ditipu atau lebih malang menjadi mangsa jenayah seksual. Padahal kita masih ada bomoh jujur yang sedia membantu tanpa mengharapkan apa-apa balasan,” tegasnya.

Saka - Kisah Benar - Makan kuat tapi badan makin melidi (2)
Mekanik dakwa lihat tiga kepala lembaga pelik
Demam nampak pocong - Penduduk dua kampung gempar kemunculan lembaga putih
Lokasi paling berhantu
Jerat bomoh temberang
Seekers terbit koleksi enam buku mini hantu tempatan
Seekers goes online
Siaran TV Mistik Tempatan 24 Jam
PSI bukukan kajian tentang makhluk halus
Dunia Hantu Uncle Seekers

1 comment:

Anonymous said...

SALAM UNCLE!, KALAU NAK COVER PC NI UNTUK SEKSOLOGY BOLEH LAH

Tarikh: 10 Mac 2009
Kepada: EDITOR / KETUA BIRO / WARTAWAN / JURUGAMBAR, Media Cetak dan Elektronik

Tuan / Puan,
SIDANG MEDIA KES ADUAN MELIBATKAN SEORANG WANITA BERUSIA 40AN TERBABIT DENGAN HUBUNGAN CINTA SEJENIS DENGAN KAKAK ANGKATNYA.

Merujuk perkara di atas Sekretariat Pembelaan Masyarakat Pemuda UMNO Malaysia menerima aduan membabitkan seorang wanita berusia 44 tahun melarikan diri daripada keluarga dan terbabit dengan hubungan songsang cinta sejenis bersama kakak angkatnya. Justeru itu pihak kami menjemput Tuan/Puan hadir ke sidang media pada tarikh dan tempat seperti berikut:
Tarikh: 11 Mac 2009
Tempat : Pejabat Sekretariat Pembelaan Masyarakat Pemuda UMNO Malaysia, 66, Jalan Kampung Attap, 50460 Kuala Lumpur.
Masa: 3.00 petang

Sidang media ini akan dipengerusikan oleh Pengerusi sekretariat YBHG Dato’ Abdul Azeez Abdul Rahim.
Kehadiran Tuan/Puan sangat-sangat kami hargai dan diharap mendapat perhatian serta pertimbangan sewajarnya daripada pihak Tuan/Puan.
Sekian. Terima Kasih.
Yang benar,

MATT NAZRIEE HASSAN, BKM
Setiausaha Media & Komunikasi.