Kenali mereka

Sunday, August 31, 2008

Siaran TV Mistik Tempatan 24 Jam

Siaran TV Mistik Tempatan 24 Jam

video



Kosmo!-31-8-08
Amree Ahmad

Team PSI bakal ada saluran televisyen sendiri
SELEPAS kejayaan melalui program bercorak eksentrik, Seekers di stesen ntv7 dan Expose Mistik di Astro Ria, kumpulan penyiasat paranormal (PSI) melangkah setapak lagi apabila berpeluang mempunyai saluran televisyen sendiri.

Ketua Penyelidik PSI, Syed Abdullah Syed Hussien Al-Attas atau lebih dikenali sebagai Uncle memberitahu, para penonton bakal disajikan pelbagai program menarik di saluran itu.

Wartawan AMREE AHMAD berkesempatan menemui beliau yang mengadakan perjumpaan dengan penyedia saluran khas itu di Shah Alam, Selangor bagi meninjau persiapan awal menjelang pelancaran siaran tersebut pada September ini.

Kosmo! Ahad: Bagaimanakah PSI mendapat idea menubuh kan stesen ini?


SYED ABDULLAH: Alhamdulillah sebenarnya pun tidak terfikir namun apabila beberapa rakan pelawa PSI diberi ruang saluran televisyen sendiri, kami memang teruja. Kebetulan kami memang ada Team PSI Productions Sdn. Bhd.
Syarikat ini baru ditubuhkan untuk menerbit pelbagai program ke pada stesen TV. Namun idea itu mendapat perhatian SyQic Capital Sdn. Bhd., syarikat penyedia kandungan jalur lebar bertaraf Koridor Raya Multimedia di Shah Alam.
Mereka memiliki fasiliti canggih dan telah melancarkan stesen TV web interaktif www.yoonic.tv secara percuma, Jun lalu. Buat permulaan, ia menyediakan lebih 20 saluran televisyen dari serata dunia sebelum naik kepada 3,500 saluran dalam masa terdekat dengan caj bulanan hanya RM9.90, Insya-Allah.

Apakah menariknya saluran TV PSI berbanding stesen lain?

Ia bakal diberi nama sebagai Channel 99 Debar. Berbeza daripada stesen lain, penonton dihidangkan dengan pelbagai rancangan paranormal terbitan eksklusif PSI sendiri selama 24 jam sehari. Ia dapat ditonton di seluruh dunia.
Apa yang perlu hanya set TV atau komputer riba dan langganan jalur lebar. Tidak perlu pasang antena di bumbung rumah atau cakera parabola, sebaliknya cuma layari la man web yoonic.tv kemudian daftar butiran diri dan terus tonton.
Saluran PSI ini memaparkan ke jadian aneh di Nusantara dan merungkai perkara tidak dapat dilihat tetapi dijelaskan dengan kajian saintifik. Penonton akan diajak berfikir dan mendapat jawapan tepat mengenai dunia paranormal.

Bagaimanakah dari segi pengisian kandungan?

Ini memang tugas berat kerana selama ini PSI cuma menghasilkan program dengan tempoh siaran satu jam selama satu musim atau 13 minggu, tetapi kali ini 24 jam tanpa henti seperti saluran National Geog raphic dan Discovery Channel.
Setiap bulan kami memperun tukkan kira-kira RM40,000 untuk kos sewa siaran dan RM200,000 bagi pengisian kandungan meliputi program bertemakan alam mistik, dokumentari, rancangan realiti, bual bicara paranormal, serta dra ma dan filem seperti siri penyia satan popular Barat, X-Files.
Kita ada siri Paranormal bersifat info mengupas 50 perkara misteri kepercayaan kaum Melayu seperti susuk, histeria, santau, bigfoot dan kebal dan lain-lain. Juga Jelmaan Makhluk Halus Mitos mengimbas kepercayaan terhadap 99 hantu popular dan Jejak yang mengkaji tempat sejarah berkaitan para normal seluruh Malaysia
Kita turut jemput tetamu mem bicarakan rahsia alam ghaib termasuk mengupas dunia mistik bomoh, penggali kubur, penjaga rumah mayat selain selebriti dan kenaamaan tertentu bercakap tentang isu paranormal.

Siapakah yang patut menonton saluran ini?


Channel 99 Debar ini diwujudkan khusus untuk peminat alam mistik termasuk masyarakat antarabangsa yang ingin mendalami dunia paranormal Nusantara.
Saluran ini juga sesuai untuk kategori belia berusia dari 17 tahun hingga 30 tahun merangkumi pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira kaum, agama, budaya dan fahaman politik asalkan berminat serta tidak mudah lemah semangat ketika menonton.
Justeru kami mempelawa pengiklan khasnya syarikat produk remaja untuk segera mengiklankan barangan serta perkhidmatan masing-masing di saluran ini.

Apakah harapan PSI terhadap Channel 99 Debar?

Penubuhan saluran ini membuktikan keyakinan pihak luar terhadap kemampuan PSI selama ini dalam tugas-tugas pengkajian dunia paranormal di samping membolehkan kami mempelbagaikan aktiviti se lain penerbitan buku dan jurnal.
Saya berharap melalui saluran TV ini walaupun dalam format televisyen Internet, masyarakat ada platform mendapat jawapan berhubung rahsia dunia misteri.
Selama ini, masyarakat hanya tahu mengenai hantu yang diceri takan turun-temurun tanpa dokumentasi yang mungkin momokan, tetapi melalui saluran TV ini, kita merekodkan segala isu berkaitan paranormal secara sistematik.

Saka - Kisah Benar - Makan kuat tapi badan makin melidi (2)
Mekanik dakwa lihat tiga kepala lembaga pelik
Demam nampak pocong - Penduduk dua kampung gempar kemunculan lembaga putih
Lokasi paling berhantu
Jerat bomoh temberang
Seekers terbit koleksi enam buku mini hantu tempatan
Seekers goes online
Siaran TV Mistik Tempatan 24 Jam
PSI bukukan kajian tentang makhluk halus
Dunia Hantu Uncle Seekers

1 comment:

cobraeite said...

UNCLE, saya bercadang untuk tamatkan ekspedisi ini pada 16 September, sempena hari penubuhan Malaysia dan penutup bulan kemerdekaan. Saya bercadang penamatnya di Janda Baik, sila uruskan pihak media untuk penutup ekspedisi ini di tempat UNCLE, boleh tak