Kenali mereka

Monday, September 27, 2010

Ahlul Bait vs Ahlul Quran -Respon 3

Ahlul Bait vs Ahlul Quran -Respon 3

From: Syed Hasnan
To: ebacaan@yahoo.com
Sent: Sat, September 25, 2010 1:43:22 PM
Subject: "Pengkianat Rasul Allah daripada anak cucu rasul Allah Hari Ini vs Ahlul Quran"


jawapan tuan dulu,

Salamun alaikum,

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menulis kepada kami. Kali ini kami juga merasakan sesuai untuk menukar tajuk, buat sementara waktu, kepada berbunyi "Pengkianat Rasul Allah daripada anak cucu rasul Allah Hari Ini vs Ahlul Quran".

Pertama, kami ingin tegur "salawat" di atas iaitu ALLAH HUMASALI ALA SYEDINA MUHAMMAD WAALA AHLHI SYEDINA MUHAMMAD. Kami berpendapat ia bukan suatu yang suci dan benar, kerana tidak ajar atau disuruh Allah. Bermkasud, tidak juga diajar atau disuruh oleh Rasul Allah.



Salam sejahatera,

"Pengkianat Rasul Allah daripada anak cucu rasul Allah Hari Ini vs Ahlul Quran dan dengan mudah tuan megaku pulak yang tuan ini ahlul quran sedang kan Al quran di zaman nabi tidak ada cuma firman Allah yang disampaikan kepada nya dan dia samapaikan kepada pengikut nya semua secara lisan iaitu qur kata an ana dan itu lah istilah qur ana sebana nya, dan bukan tulisan dan setelah wafat khalifaah abu bakar dan omar lah yang mengumpul segala ayat ayat al quran yang nabi sampai kan dari para sahabat menjadi kan sebuah kitab yang ada pada hari ini ingat tuhan tidak meyampaikin firman nya dalam bentuk buku tapi dari whayu melalui malaikat jibarail jadi pembohangan atau kumpulan tuan pun adalah satu ajaran baru termasuk mahasab yang ada hari ini mahazab ahli quran.

Amat mudah orang macam tuan mengatakan anak cucu rasulullah mengkhianati rasulullah maka hari ini kita dah nampak orang melayu yang mencuri ugama telah berdusta lagi mengatakan siti fatimah sudah kianati nabi, syediana Ali, syedina hassan, syedina husaain dan cicit dia syed zainal abdin telah mengkinati nabi seperti apa yang tuan telah bagi dalam tajuk baru tuan

Inilah yang dikata melayu yang mengaku berugama islam walahal islam pun bukan ugama jauh sekali, apabila kita menceritakan kebaikan datang dari keluarga rasulullah mereka cepat cepat kata palsu dan apabila ajaran yang tiada kena mengena gan rasulullah mereka kata betul.

Cuba kita ada anak lepas tu anak kita orang benci termasuk menantu kita orang kata palsu kita suka tak, mesti kita tak suka agak agak orang yang menghina anak cucu rasulullah ni rasulullah akan suka kat diorang tak jangan harap sebab mereka ini lah orang yang paling munafik dianatara semua munafik dan orang paling fasik diantara semua fasik dan juga mereka inilah yang tak berhukum berutus dan berurus dengan apa yang Allah firman kan dan tak menjujung imanah rasul dan mebelakangi ajaranan anak cucu rasul Allah dan kedaan mereka inilah yang difirman kan didalam Alquran barang siapa tak berutus berurus dan berhukum dengan apa yanag Allah perintah kan dan rasul tinggal kan maka termasuk lah mereka ini didalam golongan zalimim (firaun) munfikin, berpura dan fasik (degil) dan orang macam ini lah yang akan kekal didalam neraka buat selama lama nya sia sia jer orang macam ini berugama dan bersolat kerana solat mereka penuh pendustaan, kerana setiap solat mereka diakhiri dengan selawat nabi dikatakan tidak terdapat didalam alquran maka keluarga nabi dikatakan pengkhiAnat cuma DENGAN memehon ALLAH mensejahtera dan berkat kan ahli muhamad menjadikan hati mereka benci dan menfitnah kerturunan nabi tapi kebanyakan mereka amat benci dengan kelurga nabi muhammad. terutama orang sentisa menghukum hadith palsu walahal mereka tahu mereka lah sebenar nya duduk dalam kepalsuan dan kekal didalam kepalsuan mereka buat selama lama nya sekian salam sejahtera kepada yang berselawat dan yang menyangjungi nabi kita dan kerturunan nya... terima kasih.......... kepada yang mebenci boleh cari kerturunan lain selain dari kerturunan nabi muhammad SAW......ATAU CARI PENGASAS SALAMUN ALAIKUM UNTUK BERTERIMA KASIH DAN DI MUALIKAN SEKIAN..........SALAM SEJHATERA

Salamun alaikum,

Kerana malas hendak meneliti dan memberi komen terhadap karangan seorang "istimewa" tapi tidak tahu kandungan Qur'an (yang disampaikan moyangnya) dan bersikap angkuh pula (orang Melayu mencuri agama, antara katanya) kami telah forwardkan emelnya kepada UNCLE SEEKERS yang lebih mengetahui tentang mentaliti orang jenis ini.

Jawapan daripada UNCLE SEEKERS telah diterima dan diturunkan di bawah ini (terima kasih sahabat):

From: UNCLE SEEKERS
To: Pengurus Laman

Sent: Sat, September 25, 2010 10:16:16 PM
Subject: Re: Fw: "Pengkianat Rasul Allah daripada anak cucu rasul Allah Hari Ini vs Ahlul Quran"


Salam Syed Hasnan,

Ana hanya baca ‘sepintas lalu’ artikel anta sebab artikel anta “merapu kepundeng marang skeper”… (dialog S.Samsuddin dalam filem Ali Baba Bujang Lapuk)

Maaf Zahir Bathin... he he

Artikel anta mirip dengan mamat yang tulis artikel bertarikh 13-2-2010 bertajuk Ahlul Bait vs Ahlul Quran –Respon (http://www.e-bacaan.com/emaile43.htm).

Jangan ikut nafsu nanti lesu, nanti ikut rasa nanti binasa, jangan ikut hati nanti mati.

Oleh kerana anta menulis ringkas ana pun jawab dengan ringkas juga.


1. Cara anda selawat juga ‘tidak berapa kena’ dengan syed-syed yang berpegang ‘mazhab ahlulbait’. Anta pergi belajar dengan mereka dulu lepas tu baru anta boleh main snooker kat sini.


2. 1. Anta tulis “Tuhan tidak menyampaikan firmannya dalam bentuk buku”

Jawapan - Cuba anta baca sepuluh kali firmanNYA

"Dan Kami menurunkan kepada kamu al-Kitab, penjelasan bagi segala sesuatu, dan petunjuk" (16:89)

"Sekiranya Kami menurunkan kepada kamu sebuah Kitab di kertas, lalu mereka menyentuhnya dengan tangan-tangan mereka, tentu orang-orang yang tidak percaya akan berkata, 'Tiadalah ini, melainkan sihir yang nyata.'" (6:7)

"Mereka tidak mempertimbangkan Allah dengan pertimbangan-Nya yang sebenar ketika mereka berkata, 'Allah tidak menurunkan sesuatu kepada mana-mana manusia.' Katakanlah, 'Siapakah yang menurunkan Kitab yang Musa mendatangkan sebagai satu cahaya dan satu petunjuk bagi manusia? Kamu meletakkannya di kertas-kertas, dengan menampakkannya, dan menyembunyikan kebanyakannya; dan kamu diajar apa yang kamu tidak tahu, kamu dan bapa-bapa kamu.' Katakanlah, 'Allah.' Kemudian tinggalkanlah mereka bersendiri bermain-main permainan penerjunan mereka." (6:91)

"Dan sebuah Kitab yang tertulis,
Dalam kertas kulit bergulung yang terbuka," (52:2-3)


"Kitab itu, di dalamnya tiada keraguan, petunjuk bagi orang-orang yang bertakwa (takut kepada Tuhan)," (2:2).


3. 2. Anta tulis “…dan setelah wafat khalifaah abu bakar dan omar lah yang mengumpul segala ayat ayat al quran yang nabi sampai kan dari para sahabat menjadi kan sebuah kitab…”

Jawapan - Yang Maha Halia Tuan Syed Hasnan, Kitab suci ini telah pun dikumpulkan atau disusun, oleh Tuhan semasa Nabi masih hidup lagi. Ini buktinya beb…

"Atas Kamilah untuk mengumpulkannya," (75:17)


4. 3. Anta tulis “Orang Melayu yang mencuri ugama”.

Jawapan - Yenade tambi, lu ingat Islam ni untuk bangsa kita ajer ke! Tolonglah…


5. 4. Anta tulis “Cuba kita ada anak lepas tu anak kita orang benci..”

Jawapan – Kalau anak kita baik dan merendah diri, ramai orang sayang beb tapi kalau anak kita berlagak bukan setakat orang benci, mak bapak pun bengang beb!


6. 5. Anta tulis “ blab bla bla bla…..”

Jawapan – Beri ana satu bukti firman (satu jer bukan sepuluh) tentang kesemua ayat-ayat yang terakhir anta”


7. 6. Anta tulis “…kepada yang membenci boleh cari kerturunan lain selain dari kerturunan nabi muhammad SAW…”

Jawapan - Beb, janganlah angkuh sangat kerana anta dilahirkan sebagai SYED! Dalam dunia ini banyak perkara kita boleh pilih tetapi kita tidak boleh memilih “siapa kedua ibubapa kita”

Ana rasa kalau atok kita (Nabi Muhammad) baca tulisan anta, ana gerenti anta kena PELEMPANG dengan dia. Habis kuat pun dia cubit paha ana jer sebab kutuk anta. Ahakz..

Boleh ana tahu siapa walid anta dan jalur anta dari mana? (Alkohol, almari, aluminium. alfonso, alaluya atau alalalale...)

sila baca artikel seterus (klik)


Kiamat tahun 2280?
Seks Dalam Islam (Part 1) (Seks adalah emosi dan keperluan manusia tetapi bukan identiti agama)
Seks Dalam Islam (Part 2) (Seks adalah emosi dan keperluan manusia tetapi bukan identiti agama)
Seks Dalam Islam (Part 3) (Seks adalah emosi dan keperluan manusia tetapi bukan identiti agama)
Seks Dalam Islam (Part 4) (Seks adalah emosi dan keperluan manusia tetapi bukan identiti agama)
Syaitan Dari Golongan Jin Dan Manusia
Syaitan dibelenggu dan dirantai?
(Qareen) Teman yang dipercayai
Bunuh Cicak dengan Lembing
Makan..Makan..Makan..
Ahlul Bait VS Ahlul Quran
Ahlul Bait vs Ahlul Quran -Respon 3
Ahlul Bait vs Ahlul Quran -Respon 5
Quran dicatat di pelepah pohon tamar dan batu? Ye Ke Ni..
Jumlah Ayat Dalam Quran Sebanyak 6666 adalah Karut! Sila Kira Baik-Baik
'Amin' Islam, Kristian dan Yahudi
Siapa Yang Berpuasa?
Benarkah Jodoh, Maut, Rezeki ditangan tuhan?
Allah suka orang yang bersih
Sudahkah anda diuji pada tahun ini?
Kau dan Aku (Part 1)

Monday, September 13, 2010

Benarkah Jodoh, Maut, Rezeki ditangan tuhan?

Benarkah Jodoh, Maut, Rezeki ditangan tuhan?

Lamaranku ditolak!

“Tidak ada kesalahan ke atas kamu mengenai lamaran kepada perempuan-perempuan yang kamu menawari, atau menyembunyikan di dalam diri kamu. Allah mengetahui bahawa kamu akan mengingat-ingati mereka, tetapi janganlah berjanji dengan mereka secara rahsia tanpa kamu mengucapkan perkataan yang baik, dan jangan kamu memutuskan untuk ikatan perkahwinan sehingga kitab (kepastian) sampai tempohnya; dan ketahuilah bahawa Allah mengetahui apa yang di dalam diri kamu; maka takutilah kepada-Nya, dan ketahuilah bahawa Allah Pengampun, Penyantun”. (2:235)

Pada 27hb Februari 2010 pukul 6.45 petang ana terima sms dari teman istimewa (bukan syarifahlah tapi orang kebanyakan - Melayu) momohon maaf atas kesilapannya. (Abg saya minta maaf…Maaf kan saya..) Tetiba hati ana terbuka untuk bernikah beb! Jeng… Jeng… Yelah, 14 September ni umur ana nak masuk 44 tahun! Tak kan ana nak habiskan sisa hidup ini sebagai duda terlajak. Dalam otak dah buka plan, macammanapun kena kahwin juga selewat-lewatnya tahun depan (2011). Ana terus telefon walidnya(ayah) yang berumur 82 tahun minta izin untuk melamar anaknya (takut rombongan malu kalau kena reject nanti!) Rupa-rupanya orang tua tu dah lama tunggu ana masuk minang!

Plan pertama cantek. Plan nombor dua kena minta restu dengan walid ana pula. Abah cakap, “Alhamdulillah, terbuka juga hati kau akhirnya”

Plan nombor tiga. Hantar sms kat umi dia (umi dan walid dia tidak duduk bersama kerana walidnya duduk dengan isteri pertama kerana faktor kesihatan dan usia yang lanjut). Selepas dua jam sms yang diberi tidak berbalas. Hati dah rasa macam ada benda yang tak kena ni.

Keesokan harinya ana berjumpa dengan walidnya di Gombak. Beliau menerima ana dengan senang hati sebagai menantunya dan menyuruh ana memujuk isterinya terima pinangan ana. Selepas setengah jam beramah mesra. ana terus ke rumah bakal ibu mertua (perasan). Aura dalam rumah agak negatif. Memang ana dah bersedia dengan apa juga keputusan malam tersebut. Memang benar kata hati, uminya reject sebab salah satu tanggapannya adalah ana bermazhab wahabi (ana tersenyum panjang…) dan peluk anjing. Klik

“Sesungguhnya Allah membela orang-orang yang percaya; sesungguhnya Allah tidak menyukai setiap pengkhianat, yang tidak berterima kasih (kafir)”. 22:38.

Selepas ‘disekolah’ (brainwash) lebih kurang 20 minit, ana keluar rumah dengan perasaan yang kacau bilau. Entah macammana tetiba terkeluar lagu Salim bertajuk “Tinggal kenangan” di mulut ini. Sebiji macam cerita sedih dalam filem Hindustan cuma versi Melayu saja.

Kata-kata terakhir yang keluar dari mulut uminya “Jodoh, maut dan rezeki ditangan tuhan”


Sungai bertambah kering!

Sampai saja di Janda Baik ana tidak terus masuk ke pejabat tapi lepak di tepi sungai. Sedang asyik mencari ilham untuk menulis artikel ini ana terperasan air sungai tepi pejabat ini semakin hari semakin susut. (Air sungai ni kena telanke?)

“Dan dikatakan, "Wahai bumi, telanlah air kamu; dan langit, berhentilah!" Dan air pun surut, dan urusan disempurnakan, dan kapal bertenggek di atas al-Judi, dan dikatakan, "Nyahlah kaum yang zalim!" (11:44)

Ana masih ingat lagi pada 23hb Oktober 2007 lebih kurang 10 malam adalah malam pertama ana berpindah pejabat dari Taman Tar, Ampang Jaya ke tempat orang tua ana yang dikenali sebagai Pondok Pak Habib. Tudung penutup gelas (besi) kalau dibiarkan diatas meja selepas jam 11 malam, selepas satu jam kemudiannya akan kelihatan berwap akibat cuaca yang dingin dan harus memakai stokin selepas jam 8 malam

Tujuan saya duduk di tepi sungai adalah kerana ingin menyejukkan badan, kepala dan hati yang sedang hangat akibat lamaran yang telah ditolak tadi tapi hampa kerana cuaca waktu malam disini juga tidak sedingin dahulu.

Banyak pokok-pokok telah ditebang dan diganti dengan penanaman sayur oleh rakyat Bangladesh yang menyewa tanah dengan hanya tak sampai RM60 sebulan untuk satu ekar dari orang kampung ini.

“Dan apabila dia berpaling, dia berusaha di bumi untuk membuat kerosakan padanya, dan untuk memusnahkan tanaman, dan anak-anak pokok; dan Allah tidak menyukai kerosakan”. 2:205.

Hujan tak turun!


Kalau tiga tahun dulu, Kampung Janda Baik tak sepanas 2010 ini. Sejak bulan Januari sampai Mac 2010 jarang sangat hujan turun. Dia orang kata El Nino, tapi kita masih ingat lagi kenyataan dari Datuk Douglas Uggah Embas dalam akhbar Utusan Malaysia (Klik) bulan Jun 2009 mengatakan cuaca panas yang berlaku pertengahan tahun tersebut akan berakhir pada September 2009. Tak kan El Nino (Klik)berlaku 2 kali setahun? Bukankah El Nino berlaku setiap 2 tahun sekali.

“Dan Kami menurunkan dari langit air, menurut ukuran, dan Kami menempatkan ia di dalam bumi; dan Kami berkuasa untuk menghilangkannya”. (23:18)

Adakah kita kena minta ampun pada tuhan sepertimana kaum Hud

“Dan, wahai kaumku, mintalah ampun kepada Pemelihara kamu, kemudian bertaubatlah kepada-Nya, dan Dia akan mengutus langit dengan hujan lebat kepada kamu, dan Dia akan menambahkan kamu dalam kekuatan ke dalam kekuatan kamu; dan janganlah kamu berpaling sebagai orang-orang yang berdosa”. (11:52)
Untuk pengetahuan pembaca semua, rasanya dah lebih 90 hari (Januari sampai Mac) di Janda Baik ini tiada kilat! Awan yang tebal pun punyalah laju kena tiup dengan angin.

“Tidakkah kamu melihat bagaimana Allah menjalankan awan, kemudian mengumpulkan mereka, kemudian membuat mereka satu kelompok, kemudian kamu melihat hujan keluar dari celah-celah mereka? Dan Dia menurunkan dari langit, gunung-gunung, yang di dalamnya hujan batu, supaya Dia menimpakan kepada siapa yang Dia mengkehendaki dengannya, dan memalingkannya daripada siapa yang Dia mengkehendaki; hampir-hampir sinar kilat-Nya menghilangkan penglihatan”. (24:43)

Dimana singgahsana tuhan?

Setelah lima belas minit duduk lepak di tepi sungai, hati ana mula sejuk dan redha dengan keputusan tersebut. Ana mohon pada Allah agar beri kekuatan atas ujiannya yang sangat kecil ini. (tak kanlah kerana satu awek pun nak bunuh diri beb! Siapa yang tak sedih). Umur dah nak masuk 44 sen, tak kan nak tunjuk depan cucu yang atok dia tengah frust menonggeng. Malu beb.. Nak tak nak kena mengadu kat DIA juga sebab DIA paling dekat dengan kita.

“Sesungguhnya Kami mencipta manusia; dan Kami mengetahui apa yang jiwanya membisikkan kepadanya, dan Kami lebih dekat dengannya daripada pembuluh-pembuluh leher”. (50:16)

Saya teringat ketika berada di Pulau Redang pada 19hb Oktober 2009 sekitar jam 9 malam. Tetiba ada satu persoalan yang muncul dikepala. Seperti sedia maklum semasa kecil kita telah diajar bahawa singgahsana tuhan kita berada di Arasy.

“Sesungguhnya Pemelihara kamu ialah Allah yang mencipta langit dan bumi dalam enam hari, kemudian Dia duduk di atas Arasy, menutup siang dengan malam yang mengikutinya dengan cepat; dan matahari, dan bulan, dan bintang-bintang ditundukkan dengan perintah-Nya. Sesungguhnya, bagi-Nya ciptaan dan perintah. Berkatnya Allah, Pemelihara semua alam! “(7:54)

“Dan malaikat-malaikat berdiri di sempadannya, dan pada hari itu, lapan membawa di atas mereka Arasy Pemelihara kamu”. (69:17)

“Dan kamu akan melihat para malaikat mengelilingi Arasy, mereka menyanjung dengan memuji Pemelihara mereka; dan dengan adil perkara diputuskan antara mereka; dan dikatakan, "Segala puji bagi Allah, Pemelihara semua alam”. (39:75)

Arasynya pula dimana? Kebetulan di resort tersebut ada laluan internet. Ana terus cari maklumat dan ketemu jawapannya. Air!

“Dia yang mencipta langit dan bumi dalam enam hari, dan Arasy-Nya di atas air, kerana Dia hendak menguji kamu, siapa antara kamu yang lebih baik dalam amalannya. Dan jika kamu berkata, "Sesungguhnya kamu akan dibangkitkan setelah kematian kamu", orang-orang yang tidak percaya berkata, "Tiadalah ini, melainkan sihir yang nyata”. (11:7)

Maklumat lanjut sila layari (Klik)

Air yang sangat enak

Ana masuk kepejabat dan terus mengambil segelas air masak untuk menghilangkan dahaga. Lega sangat rasanya. Ana masih teringat kata-kata rakan ana yang bernama Abdul Rahim yang menetap di Kuala Kubu Baru. “Abang, air gunung rasanya lain”. Boleh dikatakan satu perempat kehidupannya dihabiskan didalam hutan. Ana cuba mencari kebenaran tentang ceritanya. Nah!

“Tidakkah Kami membuatkan padanya gunung-gunung yang tinggi? Memberi kamu minum dengan air yang sangat enak? “(77:27)

Percintaan & Kasih Sayang


Tanpa membuang masa ana terus kebilik air untuk mandi. Badan dan perasaan yang lesu segar kembali apabila air dijiruskan keseluruhan badan. Inilah kelebihan air!

“Dan daripada ayat-ayat-Nya ialah bahawa Dia menciptakan untuk kamu, daripada diri-diri kamu sendiri, teman-teman hidup, supaya kamu berehat pada mereka, dan Dia mengadakan antara kamu, cinta dan pengasihan. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi kaum yang memikirkan”. (30:21)

Ayat di atas inilah yang menyuntik semangat dan buat hati ana terbuka semula untuk ana mempunyai teman hidup. 3 perkatan yang paling menusuk hati

1. Berehat

2. Cinta

3. Pengasihan

Cinta dan saling mengasihi adalah kurniaan Allah yang sangat indah kepada manusia. Perasaan tersebut menjadi tunggak dalam perkahwinan.

Itulah sebabnya ana nak kahwin sangat dengan wanita yang percaya sebab Allah akan meletakkan rasa kasih sayang.

“Sesungguhnya orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan, kepada mereka Yang Pemurah akan meletakkan rasa kasih saying”. (19:96)


Berpasangan

Selepas habis mandi ana duduk depan komputer, buka lagu dan tatap gambar teman istimewa ana. Imbas kembali kenangan lama. (cewah, frust konon! Buruk siot dah 44 sen camni pun masih tangkap lagu lentok). Semua ciptaanNYA berpasangan.

“Dan daripada segala sesuatu Kami mencipta dua jenis; supaya kamu mengingati”. (51:49)

“Dia disanjung, yang mencipta semua pasangan daripada apa yang bumi menumbuhkan, dan daripada diri-diri mereka sendiri, dan daripada apa yang mereka tidak tahu”. (36:36)

Menurut hukum ilahi dan norma-norma, tak ada yang sesuatu yang boleh melakukan tugasnya seorang diri. Arus elektrik yang tidak mampu dilihat oleh mata manusia juga berpasangan termasuk atom (elektron dan proton)

Cuba tambah sikit ilmu sedia ada tentang cinta, suka dan kasih sayang dalam artikel ini (Klik)

6 Jenis Nikah?

Mana satu nikah yang harus ana pilih? Cuba baca artikel ini dahulu (Klik) dan (klik) sebagai maklumat tambahan.

1. Nikah Mahalil/Tahlil (cina buta)

Pada pertengahan tahun 1998, ana menemani guru silat ana di Hotel Plaza Jalan Raja Laut untuk menemaninya di ruang tamu hotel sementara menunggu isterinya yang baru dinikahi petang itu.

Sebuah kereta Mercedes S500 muncul didepan pintu hotel. Ana lihat seorang lelaki sekitar 50an dan seorang wanita sangat cantik sekitar 40an keluar dari kereta. Mereka berdua tersenyum apabila melihat guru ana mendekati mereka. Ana lihat senyuman lelaki itu agak tawar…

Lelaki itu mendaftarkan bilik untuk guru ana sempena malam pengantinnya. Selepas urusan tersebut selesai ia terus mendakati wanita itu dan berpesan. “Besok pagi jangan lupa ye..”

Guru ana membisikkan kepada ana supaya membeli ‘ubat kuat’ di Chow Kit untuk menikmati malam pengantin barunya. Sekitar satu jam kemudian, selesai saja beli barang yang diminta, ana bergegas semula ke ruang tamu tetapi guru ana tidak kelihatan!

Ana terus ke meja pendaftaran dan bertanyakan nombor bilik. Setelah dimaklumkan ana terus begegas ke biliknya. Dia mengadu bahawa lelaki tersebut kerap menelefon bekas isterinya dan meminta ana menasihati lelaki itu agar jangan berbuat demikian. Saya tahu perasaanya tetapi nak buat macamana. Nasi dah jadi bubur.

Setelah semuanya selesai, ana pulang kerumah di Taman Perwira 1, Gombak Batu 6, Selangor. Keesokkan petang harinya kami berjumpa. Dia kata, “Semuanya dah settle. Inilah kali pertama dan terakhir aku kahwin cina buta!”

Kalau sekiranya guru ana terbaca artikel ini, mohon hubungi ana semula secepat mungkin sebab sudah 16 tahun kami tak berjumpa.
"Jika dia menceraikannya, dia (isteri) tidak halal baginya sesudah itu sehingga dia berkahwin suami yang lain. Kemudian jika dia (suami baru) menceraikannya, maka tidaklah bersalah ke atas mereka untuk kembali kepada satu sama lain, jika mereka menyangka bahawa mereka akan melakukan had-had Allah. Itulah had-had Allah; Dia memperjelaskannya bagi kaum yang mengetahui." (2:230)

2. Nikah Mutaah

Kali pertama ana tahu lebih mendalam tentang nikah mutaah adalah pada pada bulan Julai 1995. Ketika famili ana menjaga kesemua anak-anak dan isteri-isteri Abu Thalib dari Singapura. Saya mula tertarik dengan mazhab Syiah Imamiyah sebab ada ‘nikah mutaah’ kerana ada jalan penyelesaian apabila naluri seks memuncak tanpa nikah yang biasa yang memerlukan tanggungjawab zahir pada isteri yang dinikahi serta ajarannya yang mudah berbanding mazhab syafie.

Maklumat tentang mutaah (klik)

Firman tuhan yang selalu digunapakai untuk bermutaah adalah seperti dibawah

“Dan perempuan-perempuan yang bersuami, kecuali apa yang tangan-tangan kanan kamu memiliki. Demikianlah Allah mengkitabkan (menetapkan) untuk kamu. Dihalalkan bagi kamu, selepas yang demikian itu, adalah bahawa kamu mencari, dengan menggunakan harta kamu, dalam ikatan perkahwinan, bukan dalam perzinaan. Isteri-isteri yang kamu bersenang-senang dengannya, berilah mereka upah mereka sebagai satu ketentuan; dan tidaklah bersalah ke atas kamu terhadap apa yang kamu saling mempersetujukan dengannya daripada apa yang sudah ditentukan. Sesungguhnya Allah adalah Mengetahui, Bijaksana”. (4:24)

Kalau tak silap pada tahun 2006 ana dapat panggilan dari rakan Abu Talib (nama tak ingat) ditangkap semula atas tuduhan mencabul anak sendiri. Bila saya bertanya ayat apa yang beliau gunakan sampai sanggup jadi haruan makan anak. Rakannya berkata, Abu Talib menggunakan ayat diatas dan dibawah ini (tangan-tangan kanan kamu memiliki)

“Jika kamu takut bahawa kamu tidak akan berlaku adil terhadap anak-anak yatim, maka kahwinilah perempuan-perempuan yang nampak baik bagi kamu, dua, dan tiga, dan empat; tetapi jika kamu takut bahawa kamu tidak akan berlaku adil, maka satu sahaja, atau apa yang tangan-tangan kanan kamu memiliki; maka ia lebih dekat bagi kamu untuk tidak membuat aniaya”. (4:3)

Saya katakan pada rakan Abu Talib. “Beb, tolong pesan kat Abu Talib kalau anta ziarah dia dalam penjara , katakan, Abu Talib adalah sex maniac. Kalau 10 orang bini tu susunya dah jadi yogurt, carilah susu yang fresh. Bini dia mesti kasi punya .Takkan tergamak anak sendiri pun nak sebat!”

Kalau Abu Talib baca artikel ini paling kurang sepuluh kali tentang maksud tangan-tangan kanan kamu memiliki di (klik) ana rasa dia tak honeymoon di changi prison sekarang ini.

3. Nikah Misyar

“Perkahwinan misyar ialah perkahwinan di mana pengantin lelaki tinggal di rumah pengantin perempuan tetapi pengantin perempuan tidak pula berpindah ke rumah pengantin lelaki. Ia selalunya berlaku ke atas isteri kedua kerana si lelaki mempunyai isteri lain (isteri pertama) yang tinggal di rumah si lelaki dan menerima nafkah daripada lelaki tersebut.” (lihat: al-Qaradawi, Hawl Zawaj al-Misyar)

Ana mula mengenali perkataan nikah misyar ini apabila kolumis Utusan Malaysia dan pengarang Majalah Al Islam iaitu saudara Astora Jabat membangkit isu ini. Astora Jabat pernah ziarah, makan malam dan bersembang mesra di pejabat ana di Taman Tar malah pernah bersama Team PSI (dulu dikenali sebagai Seekers) mengkaji fenomena paranormal bersama-sama di jirat cina Ampang, banglo tinggal dan loji air terbengkalai di Shah Alam. Walaupun kami pernah berjumpa beberapa kali tapi hajat untuk bertanyakan tentang isu ini tak berkesampaian. Antara firman (kalau tak silap ana) yang digunakan dalam isu ini adalah seperti berikut.

“Dan berilah perempuan-perempuan mas kahwin mereka sebagai satu hadiah yang rela, tetapi jika mereka, dengan suka hati, menawarkan kepada kamu sesuatu daripadanya, makanlah ia dengan selera yang sihat”. (4:4)

Selepas beliau tiada lagi memegang apa-apa jawatan dalam utusan, ana lihat isu nikah misyar ini semakin sejuk dan tidak diperkatakan lagi oleh mana-mana mufti didalam akhbar atau majalah. (Mungkin tersilap pandang. Maafkan ana). Bukan untuk menggalakkan tapi ingin tau perkembangan terkini. Isu ini macam biskut chipsmore. Sekejap ada sekejap takde.

Sila lawati blog ini untuk mengetahui lebih lanjut (klik)

4. Nikah Sirri (Nikah rahsia, you and me)

Nikah ini agak popular oleh segelintir masyarakat di Indonesia selepas beberapa isu panas terbongkar dalam media tentang beberapa artis mereka yang mengamalkan Nikah Sirri. Saya terbaca artikel tentang penyanyi dangdut Machica Mochtar & Dewi Perssik pernah meluahkan kekecewaan tentang perkahwinan mereka melalui perkahwinan sebegini.

Tak lama lagi menular di Malaysialah jawabnya..keh..keh..keh

5. Nikah sighar (Nikah tukar suka sama suka tanpa mahar)

Nikah ini tak popular macam dulu sebab pembaca kenalah cari sendiri maklumat. Takkan saya saja… (sebab takder pengalaman hidup dan infonya kurang serta pada saya, buang masa)

6. Nikah Daim (Nikah permanent)

Nikah macam yang selalu diamalkan oleh masyarakat Melayu dan orang Islam seluruh dunia yang perlukan ijabkabul, dua orang saksi, lelaki & perempuan dan wali. Harap pengurus laman dapat memberikan sedikit idea bagaimanakah yang sebenarnya pernikahan menurut Quran kalau nak jadi menantu senang senanglah sikit. Tak gitu abah? He he

Pada 6hb Mac 2010, lebih kurang 7.46 malam , semasa baru hendak menulis artikel tentang nikah daim ini, tetiba dapat panggilan dari abang Bakri (tuan punya kuda yang terbesar di Janda Baik, Highlander).

“Aku nak tumpang budak aku, fahmi nak nikah tempat kau malam ini, sekejap lagi aku sampai”

Ana terkejut, serious beb! Mudahnya warga Indonesia nak kahwin? Abang Bakri sampai bersama isteri kesayangannya dan anak tunggal perempuannya lebih kurang lapan setengah malam. Mereka bergegas membersihkan pentas yang terdapat di taman ini.

Lebih kurang sembilan malam, pengantin lelaki dan perempuan sampai bersama tuan kadi bersama saksi yang juga berasal dari Indonesia. Pernikahan berlangsung tak sampai 10 minit. Ana dah nikah dua kali, tapi tak pernah tengok begitu mudahnya pernikahan orang-orang Indonesia di Malaysia. Kenapa disini susah sangat nak kahwin? Adussss (tak perlu kursus, laporan makmal, pengesahan tok penghulu, nak kena isi borang yang panjang berjela dan macam-macam lagi). Maksiat makin berkembang lagi adalah dengan segala syarat yang tak pernah dibuat zaman nabi pun.

Tanggungjawab & Tugas Suami Isteri

Tanggungjawab suami

Tak tau nak nikah cara mana yang mana satu? Yang penting bertanggungjawab selepas berkahwin. Tak gitu sahabat? Sendiri punya bini sendiri jagalah. Apesal orang lain pula kena take over. Sedap nak…tanggungjawab, bini yang kena cari. Apa punya spesis jantan korang ni? Takder perasaan kesianke tengok bini kena cari duit, jaga anak, jaga kau orang? Ada orang cakap kat saya, suami yang makan duit isteri ibarat ‘makan hasil lendir’.

“Lelaki-lelaki adalah pengurus-pengurus urusan perempuan, dengan sebab Allah melebihkan sebahagian mereka di atas sebahagian yang lain, dan kerana mereka menafkahkan daripada harta mereka. Maka wanita-wanita yang salih ialah yang patuh, yang menjaga yang rahsia kerana Allah menjaganya, dan mereka yang kamu takut akan menjadi derhaka, tegurkanlah mereka, dan asingkanlah mereka daripada tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Jika mereka kemudiannya mentaati kamu, maka janganlah mencari-cari sebarang jalan terhadap mereka; sesungguhnya Allah Dia adalah Tinggi, Besar”. (4:34)

Tugas suami isteri

“Dan orang-orang lelaki mukmin, dan orang-orang perempuan mukmin, adalah wali-wali (sahabat-sahabat) satu sama lain; mereka menyuruh yang baik, dan melarang kemungkaran; mereka melakukan solat, dan memberikan zakat, dan mereka mentaati Allah dan rasul-Nya. Mereka itu, kepada mereka Allah mengasihani; sesungguhnya Allah Perkasa, Bijaksana”. (9:71)

Keturunan

Kalau Nabi Ibrahim dan Zakaria sendiri teringinkan anak apatah lagi kita?

“Wahai Pemeliharaku, buatlah aku seorang yang melakukan solat, dan daripada keturunanku. Wahai Pemelihara kami, dan terimalah doaku”. (14:40)

“Wahai Pemeliharaku, berilah aku yang termasuk orang-orang salih”. (37:100)

“Kemudian Kami memberikan dia berita gembira dengan seorang anak lelaki yang penyantun,” (37:101)

“Dan Zakaria, apabila dia memanggil Pemeliharanya, "Wahai Pemeliharaku, janganlah meninggalkan aku sendirian, dan Engkau yang terbaik daripada pewaris-pewaris.” (21:89)

“Allah membuatkan untuk kamu daripada diri-diri kamu isteri-isteri, dan Dia membuatkan untuk kamu daripada isteri-isteri kamu, anak-anak dan cucu-cucu, dan Dia merezekikan kamu daripada benda-benda yang baik. Apa, adakah mereka mempercayai yang palsu, dan adakah mereka tidak percaya kepada rahmat Allah? “(16:72)

Bukanlah semata-mata berkahwin itu mahukan zuriat tetapi sebagai manusia kita ingin ada kesinambungannya.

Keputusan untuk berkahwin

Terbukanya hati ana untuk berkahwin semata-mata tetapi memenuhi pelbagai tujuan dari segi spiritual, ketenangan dan kedamaian dan kerjasama. Naluri manusia berpasangan seperti fizikal, spiritual, intelektual, emosi, tolak ansur, kesesuaian pemikiran dan sebagainya sangat penting dalam perkahwinan.

"Janganlah mengahwini perempuan-perempuan yang menyekutukan sehingga mereka mempercayai" (2:221)

Adalah difahamkan ayat di atas menyebut mengenai tidak berkahwin dengan isteri yang tidak percaya! Yang dah terkahwin tu sendiri mau jawablah beb! Satu utara satu selatan.

“Wahai orang-orang yang percaya, apabila wanita-wanita mukmin datang kepada kamu sebagai penghijrah, ujilah mereka. Allah sangat mengetahui keimanan mereka. Kemudian, jika kamu mengetahui bahawa mereka adalah wanita-wanita mukmin, janganlah kembalikan mereka kepada orang-orang yang tidak percaya. Mereka adalah tidak halal bagi orang-orang yang tidak percaya, dan tidak juga orang-orang yang tidak percaya halal bagi mereka. Berilah orang-orang yang tidak percaya apa yang mereka telah menafkahkan (membelanjakan); dan tiada kesalahan ke atas kamu untuk mengahwini mereka, apabila kamu memberi mereka upah mereka. Janganlah kamu berpegang pada ikatan dengan wanita-wanita yang tidak percaya, dan mintalah apa yang kamu telah menafkahkan, dan biarlah mereka meminta apa yang mereka telah menafkahkan. Itulah putusan Allah; Dia menghakimkan antara kamu; dan Allah Mengetahui, Bijaksana.” (60:10)

Kalau diamati ayat di atas, DIA mengisyaratkan supaya berkahwin dengan mereka yang percaya. Uji..jangan tak uji…

Nafsu Shahwat

Selalunya kaum hawa tersinggung kerana kaum lelaki lebih cenderung terhadap seks apabila berkahwin. Nak buat macamana dek non, dah tuhan jadikan kaum kami (lelaki) camni. Tuhan jadikan harimau mengaum, tak kan lah nak suruh mengiyau pulak macam kucing. Adusss….

“Dinampakkan indah bagi manusia ialah kecintaan hawa nafsu (syahwat) daripada perempuan-perempuan, dan anak-anak, dan menimbunkan timbunan emas dan perak, dan kuda-kuda yang ditanda, dan binatang ternak, dan tanaman. Itulah kesenangan kehidupan dunia; tetapi Allah, di sisi-Nya tempat kembali yang terbaik”. (3:14)

Kalimat hawa nafsu di dalam al-Qur'an (klik)

Kebersihan diri

Ana nak kongsi pengalaman dengan sahabat-sahabat di sini. Kebanyakan kita memang suka kalau bini kita bersih dan wangi (sebab ada juga kalangan kita yang suka bau ori. He he) tapi diri sendiri mulut bau longkang dan ‘bau keti’ melekat kat kerusi kereta. Come onlah bro…tak adil lah macam tu… (sikit-sikit bau tu kira oklah) sebab kajian menunjukan kebanyakan wanita suka bau ketiak lelaki kerana boleh menurunkan tekanan, memberikan ketenangan dan melancarkan perjalanan haid wanita). (klik) Tuhan pun menyukai orang yang bersih. Mana boleh bau bersih kalau pengotor!

“Janganlah berdiri di dalamnya selama-lamanya. Masjid yang didirikan atas takwa sejak hari pertama adalah lebih wajar untuk kamu berdiri di dalamnya; di dalamnya terdapat lelaki-lelaki yang suka membersihkan diri mereka; dan Allah menyukai orang-orang yang membersihkan diri mereka”. (9:108)

Tak mampu nak kahwin


Zaman ini kalau takder paling kurang RM15,000 lupakan saja niat nak kahwin. Lepas kahwin nak kena sewa rumah, kenderaan, makan minum, duit topup, sakit pening, kenduri kendara, tanggungjawab kedua ibubapa tak boleh tinggal macam tu saja.

Kita kena kerja kuat beb kalau nak kahwin selepas itu tuhan suruh bersabar. Dia tahu niat suci kita nak dirikan masjid.

“Dan hendaklah orang-orang yang tidak mampu untuk berkahwin menahan sehingga Allah memberi kecukupan kepada mereka daripada pemberian-Nya. Mereka yang tangan kanan kamu memiliki yang menginginkan kitab (pembebasan), maka adakanlah perjanjian dengan mereka, jika kamu mengetahui ada kebaikan pada mereka; dan berilah mereka daripada harta Allah yang Dia memberikan kamu. Dan janganlah kamu memaksa hamba-hamba pemudi kamu untuk melakukan pelacuran, jika mereka menghendaki kesucian, kerana kamu mencari keuntungan kehidupan dunia. Sesiapa yang memaksa mereka, maka sesungguhnya Allah, setelah mereka dipaksa, Pengampun, Pengasih”. (24:33)

Mandul
Bila ana terjumpa ayat di bawah ana termenung panjang. Memanglah kali ini kahwin nak empat orang anak (dua lelaki dua perempuan) tapi kalau dapat isteri mandul macamana? Tak kan nak kahwin lagi… tak baiklah macam tu.

“Atau Dia menjodohkan mereka, lelaki dan perempuan; dan Dia membuat siapa yang Dia mengkehendaki mandul. Sesungguhnya Dia Mengetahui, Berkuasa”.(42:50)

Isteri bangsa apa dan bagaimana?

Kalau boleh nak kahwin dengan orang Melayu juga sebab senang sikit dari segi makan minum, pertuturan dan budaya. Lagipun wajah perempuan Melayu ni kalau diamati dalam-dalam ada keayuan dan air mukanya lembut. Saya setuju dengan lirik lagu Jamal Abdillah.


Siapa bilang gadis melayu tak menawan
Tak menarik hati, tiada memikat
Kalaulah memang tak mungkin aku tertarik
Kalaulah sungguh tak mungkin aku kan jatuh

Aduhai... lemah lembut gayanya
Serta manis senyumnya
Hitam pekat rambutnya
Ayuh ambil si dia

Di antara gadis gadis seluruh dunia
Tiada yang sehalus mulus oh setulus dia
Di antara gadis gadis seluruh dunia
Tiada yang sehalus mulus oh setulus dia
Budi bahasanya, pandangan matanya
Sentuhan jiwanya membuatku terlena

“Wahai manusia, Kami mencipta kamu lelaki dan perempuan, dan membuat kamu berbangsa-bangsa, dan bersuku-suku, supaya kamu mengenali satu sama lain. Sesungguhnya yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah yang paling bertakwa antara kamu. Sesungguhnya Allah Mengetahui, Menyedari”. (49:13)

Kalau sampai penghujung tahun depan kalau tak dapat juga orang Melayu ana pun tak kisahlah, janji isteri mesti spesis perempuan.

Isteri yang bagaimana?

Kalau boleh nak kahwin dengan perempuan yang tak banyak songeh (kalau bolehlah) sebab ana sendiri tak tau diri ana yang sebenarnya. keh keh keh

“Yang berkata, "Wahai Pemelihara kami, berilah kami kegembiraan daripada isteri-isteri kami, dan keturunan kami, dan buatlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa. (25:74)

Memanglah kalau boleh nak yang cantik tapi bila teringat pepatah lama. “Sedap dimata sakit dihati” ana kena fikir sepuluh kali.

"Sesudah itu, perempuan-perempuan tidak dihalalkan untuk kamu, dan tidak juga kamu boleh menukar isteri-isteri kamu dengan mereka, walaupun kecantikan mereka menarik hati kamu, kecuali apa yang tangan kanan kamu memiliki; Allah menjagai atas segala sesuatu." (33:52)

Jangan amik bini orang beb, buruk padanya! Cantik-cantik bini orang, cantik lagi bini aku. (itulah falsafah ana masa ada bini dulu). Kalau nak tengok exwife ana. (klik)

Isteri yang derhaka pada suami

Ana akan ‘frame’ ayat ini dalam hati dan gantung kat dinding bilik tidur sekiranya dah ada bini balik. Kes besar macamanapun ‘penyelesaian adalah lebih baik’ seperti saranan ayat di bawah.

“Jika seorang perempuan takut akan kederhakaan, atau palingan daripada suaminya, tidaklah bersalah ke atas keduanya jika mereka membetulkan antara mereka; dan penyelesaian adalah lebih baik; dan jiwa condong kepada kehalobaan. Jika kamu berbuat baik, dan bertakwa, sesungguhnya Allah menyedari apa yang kamu buat”. (4:128)

Ana terbaca satu artikel di akhbar Berita Harian menyatakan seorang saintis lelaki curang selalunya kurang cerdik (klik)

Teman Rahsia (Skandal)

Remaja zaman sekarang sangat bangga kalau ada teman rahsia atau ‘skandal’. Terdapat dua kata tentang ayat ini. Ayat 4:25(klik). Seperti sedia maklum skandal condong kepada kancah perzinaan dan melalui perkahwinan saja boleh melepaskan diri dari terus terjebak ke dalam gelaran ini.

Makanlah ia dengan selera yang sihat?

Minta jasa baik pengurus laman dan sahabat sekelian agar dapat terangkan sikit ayat di bawah! Blurrr…

“Dan berilah perempuan-perempuan mas kahwin mereka sebagai satu hadiah yang rela, tetapi jika mereka, dengan suka hati, menawarkan kepada kamu sesuatu daripadanya, makanlah ia dengan selera yang sihat”. (4:4)

Bercerai!

Allah tidak pernah berbohong. Memang benar kata-katanya. Selepas ana bercerai DIA memberi rezeki yang ana tak sangka!

“Dan Dia memberi rezeki kepadanya dari arah yang dia tidak menjangkakan. Dan sesiapa mempercayakan (tawakal) kepada Allah, Dia akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya. Sesungguhnya Allah mengadakan ukuran bagi segala sesuatu.” (65:3)


Allah uji sekali atau dua kali setiap tahun

"Tidakkah mereka melihat bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun? Namun begitu, mereka masih tidak bertaubat, dan tidak juga mereka mengingati." (9:126)

Ana telah pun diuji awal tahun 2010. Tinggal satu saja lagi kalau ada lagilah dari DIA. Anta semua dah kena uji ke?

Sila rujuk halaman ini. (klik)

Mati menurut AlQuran


1. (klik)

2. (klik)

3. (klik)

Rezeki

Ayat-ayat al-Qur'an yang mengandungi perkataan "rezeki" adalah seperti di laman ini (klik)

Kalau tiada Jodoh

Kalau ada jodoh dengan manusia kat planet bumi ini, ana akan jemput pengurus laman sekeluarga sekelian datang makan. Kalau ditakdirkan tak ada juga, ana harap sangat ada jodoh di sana nanti. Cewah…

“Begitulah; dan Kami menjodohkan mereka dengan pengiring-pengiring yang bermata lebar”, (44:54)

“Mereka bersandar di atas sofa-sofa yang berderet dalam barisan-barisan, dan Kami jodohkan mereka dengan pengiring-pengiring yang bermata lebar”. (52:20)

“Di dalamnya perawan-perawan yang menahan gerlingan mereka, yang belum disentuh sebelum mereka oleh manusia atau jin.”( 55:56)

“Cantik seperti batu delima, jelita seperti merjan.” (55:58)

“Di dalamnya mereka yang baik-baik, cantik-cantik,”( 55:70)

“Pengiring-pengiring yang berpingit di pavilion yang dingin”, (55:72)

Walid dia sayang sangat kat ana dan berharap sebelum dia tutup mata ana jadi menantu dia. Umi dia sedia maklumlah. (Hati orang perempuan, biasalah.. Selalunya kalau dia orang tak suka, sampai mati dia tak suka). Tapi ada juga pepatah Melayu “Hati perempuan bagai kerak nasi

Ana berharap teman istimewa ana mendengar nasihat uminya.

Artikel seterusnya (klik)

Kiamat tahun 2280?
Seks Dalam Islam (Part 1) (Seks adalah emosi dan keperluan manusia tetapi bukan identiti agama)
Seks Dalam Islam (Part 2) (Seks adalah emosi dan keperluan manusia tetapi bukan identiti agama)
Seks Dalam Islam (Part 3) (Seks adalah emosi dan keperluan manusia tetapi bukan identiti agama)
Seks Dalam Islam (Part 4) (Seks adalah emosi dan keperluan manusia tetapi bukan identiti agama)
Syaitan Dari Golongan Jin Dan Manusia
Syaitan dibelenggu dan dirantai?
(Qareen) Teman yang dipercayai
Bunuh Cicak dengan Lembing
Makan..Makan..Makan..
Ahlul Bait VS Ahlul Quran
Ahlul Bait vs Ahlul Quran -Respon 3
Ahlul Bait vs Ahlul Quran -Respon 5
Quran dicatat di pelepah pohon tamar dan batu? Ye Ke Ni..
Jumlah Ayat Dalam Quran Sebanyak 6666 adalah Karut! Sila Kira Baik-Baik
'Amin' Islam, Kristian dan Yahudi
Siapa Yang Berpuasa?
Benarkah Jodoh, Maut, Rezeki ditangan tuhan?
Allah suka orang yang bersih
Sudahkah anda diuji pada tahun ini?
Kau dan Aku (Part 1)