Kenali mereka

Showing posts with label Bakat Baru. Show all posts
Showing posts with label Bakat Baru. Show all posts

Tuesday, June 19, 2012

Salam.. Boleh tak Uncle tolong promo?

Salam.. Boleh tak Uncle tolong promo?



Assalamualaikum Uncle..

Apa khabar, harap Uncle sihat sejahtera. Lama tak jumpa sejak Danny nyanyi-nyanyi main gitar kat rumah Uncle hari tu. Bila nak tolong promo band Danny, Loka ni? Tengok posting baru Uncle pasal lagu band tu, teringat bila Uncle nak tolong Danny pulak hehe..

Danny ada banyak lagu, tapi Danny nak mintak pembaca blog Uncle dengar lagu kitorang. Lirik-lirik ada di bawah ni..

MUNGKIN KAU TERLUPA
Lagu: Dan Azreen
Lirik: Juan Danza

Kau curi senyumku
Separuh padamu
Tinggal sisa yang keruh
Di bibir kelabu

Belum kata frasa benci
Belum mahu tutup hati
Menjelma hakiki

Buka mata buka telinga
Dengarkan suara
Di saat pertama

Bukan aku yang dulu
Buka dengan terbuka
Hujung jari berbunyi

Pantas semua berlari
Belum kata frasa benci
Belum mahu tutup hati
Menjelma hakiki

Buka mata buka telinga
Dengarkan suara
Di saat pertama

Buka mata buka telinga
Dengarkan suara
Mungkin kau terlupa

*Lagu ni Danny buat pukul 4 pagi dengan penulis lirik lagu ni, Abang Juan di Kayu Nasi Kandar Kota Damansara. Masa ni tengah JK (jiwa kacau) sebab baru lepas kecewa. Tapi taknak ulas lanjut sebab taknak JK lagi haha! Lagu ni pasal nak ingatkan kembali dekat 'orang tu' saat pertama kitorang bermula, dan nak bagi peringatan yang semua benda mesti berpandukan sejarah supaya tak terus ikut emosi dalam buat keputusan. Walaupun keadaan tak kembali seperti biasa, tapi lagu ni juga boleh mengingatkan kepada semua pasangan yang nak 'break' suapaya ingat balik susah senang dan siapa pasangan tu sebelum ambil keputusan melulu.

Aku paling suka sangat bila dia sebut "Buka mata buka telinga"

Komen aku - Aku memang minat giler dengan suara Danny ni. Muka budak ni katogeri encem gak arr. Berbudi bahasa dan menghormati yang lebih tua. Umo dia kalau tak silap 20 tahun. Aku dengar citer Danny nak perfom kat Solaris Publika, Jalan Duta pukul 3 petang sampai kul 6 ptg. For Art Of Speed,First time event kereta Over Power di malaysia. FREE beb! Ayah Danny akan join sama. Korang nak tahu saper bapak dia?

Danny bersama ayahnya Andy Flop Poppy

Masih ingat lagi Andy Flop Poppy? Tu lah bapak dia.

assalamualaikum uncle, boleh promo lagu baru saya?

assalamualaikum uncle, boleh promo lagu baru saya?


salam uncle, saya hisham dari kepong KL, dalam rangka promosi single terbaru saya, kalau boleh nak mintak jasa baik uncle tepek video lagu saya kat blog uncle. dan kalau ada masa lapang mohon ulas sekali lah. segala budi baik uncle didahului dengan terima kasih.

di sini di lampirkan lagu yang sedang hangat di stesen stesen radio tempatan iaitu Dendanganku terima kasih admin.



Nama Band : The Pangkren
Bandar : Kuala Lumpur
Anggota : Hisham - one man band (vocal, background vocal, gitar, bass, keyboard, dram, sinth, kerincing e.t.c.)
Tahun Ditubuhkan : April 2011
Konsep Band : D.I.Y. Pop
Influence : 60's & 80's Pop
Label : Studio Kuda Belang (label saya sendiri )

Lagu : Dendanganku
Lirik : Hisham
Lagu : Hisham

Bersinar terang bintang-bintang
Gambar keindahan wajahmu
Seirama cinta
Untuk kau dendanganku


Dan bukanhanya kata-kata
Seisi maya bandingannya
Untuk kulukiskan
Seikhlasnya cintaku


c/o :


Masih terdengar lagi
Melodi rindumu sayukan malamku
Masih ku terasa
Hangatnya sentuhanmu

* ni link video lagunya uncle terima kasih (klik)


Komen Aku - Aku ni bukan Juri Awam bro. Tapi macam best jer lagu. Pembaca budiman (bodek tuu..) korang komen lah sikit.