Kenali mereka

Thursday, June 25, 2009

Demam nampak pocong - Penduduk dua kampung gempar kemunculan lembaga putih

Demam nampak pocong - Penduduk dua kampung gempar kemunculan lembaga putih






Oleh AZELI ALI
mohdazeli.ali@kosmo.com.my
BAYAN LEPAS - Dalam keadaan semakin ramai warga Lembah Klang bimbang dan demam kerana wabak influenza A (H1N1), situasi yang sama dialami penduduk dua buah kampung di sini, bezanya mereka bukan takut virus selesema babi itu tetapi lembaga putih yang didakwa pocong.

Beberapa penduduk mendakwa pocong itu mula dilihat di Kampung Masjid di Teluk Kumbar, di sini dan Kampung Baru Sungai Ara yang terletak kira-kira 15 kilometer dari situ sejak bulan lalu.

Kisah pocong itu tersebar cepat dan meluas sehingga orang ramai mula fobia untuk keluar malam, baik di kalangan pekerja yang tamat syif di kilang-kilang berdekatan mahupun remaja bermotosikal yang dulu selalu berkonvoi ke Pekan Bayan Lepas.

Di Kampung Masjid, pocong itu didakwa pertama kali muncul bulan lalu tidak jauh dari kawasan kubur kira-kira pukul 3 pagi.

Ia disusuli dengan cerita penduduk lain yang turut ternampak lembaga yang sama di sekitar kawasan itu pada lewat malam dan awal pagi.

Antara yang mendakwa ternampak lembaga itu dekat perdu buluh di kampung tersebut pada kira-kira 1 pagi, 28 Mei lalu ialah Azril Idris, 25.

Pada waktu itu Azril berehat bersama rakannya, Syed Fadzil Syed Mohdin sebelum dikejutkan dengan kemunculan seorang jiran wanita menjerit-jerit mengatakan terserempak lembaga dekat rumahnya.



Pocong tidak ada jasad dan wajah
KUALA LUMPUR – Kewujudan hantu pocong di kalangan masyarakat Melayu kononnya dikaitkan dengan wanita yang meninggal dunia selepas melahirkan anak.
Menurut penulis buku 99 Jelmaan Makhluk Halus, Abdullah Syed Hussien Alattas, lembaga itu mempunyai gelaran lain seperti hantu bungkus, kocong, punjut dan bunjut kerana ia dibaluti dengan kain kafan.
“Ada pihak yakin dalam lilitan kain kafan ini adalah kosong tanpa jasad atau wajah,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Semalam sebagai mengulas dakwaan penduduk dua buah kampong di Pulau Pinang kononnya diganggu hantu pocong sejak bulan lalu.
Abdullah yang juga Ketua Kumpulan Paranormal Scene Investigation menjelaskan menjelaskan, pocong dikatakan suka termenung, memerhatikan bulan mengambang dan muncul di tengah jalan.
“Menurut kepercayaan orang Melayu, hantu ini boleh meloncat-loncat sampai jarak sejauh 100 meter dan mengeluarkan bunyi dentuman jika singgah dirumah penduduk,” ujarnya.
Jelas Abdullah, terdapat dua kaedah untuk menghindarkan diri daripada hantu ini iaitu menanggalkan kain kafannya atau lari dalam keadaan bersilang.
“Ada juga yang mengatakan hantu ini muncul kerana mahu ikatan kain kafannya dibuka”.
“Kebiasaannya kain kafan jenazah dibuka sebelum dibuka sebelum dikebumikan tetapi mungkin lembaga ini tidak dibuka kain kafannya itu,” jelas beliau.



Info
HANTU POCONG

Dikenali sebagai hantu punjut, hantu bungkus, hantu bunjut atau hantu kocong
Makhluk berbentuk seperti mayat yang dibungkus seperti mayat yang dibungkus dengan kain kafan
Kewujudannya dikatakan berasal daripada seorang perempuan yang mati semasa melahirkan anak sulung
Bergerak dengan meloncat dan sering mengekori kenderaan untuk mengusik manusia
Suka memerhatikan bulan mengambang
Mereka yang berjaya menangkap hantu pocong dikatakan mampu mendapat kekayaan kerana banyak harta dalam bungkusan tersebut
Mangsa usikan perlu berlari bersilang-silang dan melucutkan pakaian untuk mengelakkan diri dari diganggu
Sumber : Buku 99 Jelmaan Makhluk Halus

Saka - Kisah Benar - Makan kuat tapi badan makin melidi (2)
Mekanik dakwa lihat tiga kepala lembaga pelik
Demam nampak pocong - Penduduk dua kampung gempar kemunculan lembaga putih
Lokasi paling berhantu
Jerat bomoh temberang
Seekers terbit koleksi enam buku mini hantu tempatan
Seekers goes online
Siaran TV Mistik Tempatan 24 Jam
PSI bukukan kajian tentang makhluk halus
Dunia Hantu Uncle Seekers

Wednesday, June 3, 2009

Kerusi Panas


DJ Azlan Idris bersama Uncleseekers

Kerusi Panas
Perbincangan diantara DJ Azlan Idris dengan Uncleseekers di Radio24 (93.9fm)Bernama. Banyak persoalan antara..
1. Bolehkah manusia berkomunikasi dengan makhluk halus?
2. Apakah kod untuk memanggil makhluk halus?
3. Dimanakah makhluk halus menjelma?
4. Bagaimana mengusir makhluk halus?
dan banyak lagi persoalan tentang makhluk halus didalam minda kita akan terjawab didalam sesi wawancara diantara mereka dibawah ini..
Sudakah anda bersedia?