Kenali mereka

Thursday, January 21, 2010

RAHSIA DISEBALIK PEMBIKINAN VCD ENTITI BUKTI

RAHSIA DISEBALIK PEMBIKINAN VCD ENTITI BUKTI

http://www.youtube.com/user/samdark







PECAH TEMBELANG!

RAHSIA DISEBALIK PEMBIKINAN VCD ENTITI BUKTI

MAAFKAN KAMI..!

BEBERAPA TAHUN YANG LALU,PEMINAT MISTERI DAN PARANORMAL DIGEMPARKAN DENGAN KEMUNCULAN VCD REALITI SERAM YANG DIBERI TAJUK ENTIIT BUKTI.VCD INI SANGGUP MEMAPARKAN BEBERAPA PERISTIWA ANEH DAN MISTERI YANG SENGAJA DICARI DAN DIRAKAMKAN UNTUK SEMUA TONTONAN SEMUA MASYARAKAT.ADALAH DIFAHAMKAN TUJUANNYA ADALAH UNTUK MENKAJI DAN MEMBUKTIKAN KEWUJUDAN MAHKLUK GHAIB DAN BETAPA MAHKLUK ITU BOLEH DIRAKAM DALAM LENSA KAMERA TANPA TEKNIK SUPERIMPOSE TETAPI HANYABERASASKAN PENGETAHUAN MELALUI SAINS DAN AGAMA.

KAMI PERCAYA HANYA DENGAN PENGABUNGAN KEDUA-DUA INI MANUSIA BOLEH MENANGKAP IMEJ MAHKLUK-MAHKLUK GHAIB INI DEMIKIAN PETIKAN KATA-KATA LANDO DALAM BUKU ENTITI BUKTI TERBITAN MAKIN ABADI SDN BHD YANG DITERAJUI OLEH SAUDARA SYED ABDULLAH AL-ATTAS MERANGKAP JURUCAKAP DALAN VCD TERSEBUT.

BEBERAPA ANAK MUDA YANG TERLIBAT DALAM PENGAMBARAN VCD REALITI SERAM ITU TERDIRI DARIPADA SAUDARA LANDO ZAWAWI SELAKU PENGACARA,ASWAD JURUGAMBAR PERTAMA,SHAHRIN SAAD DIPANGGIL CIINX SELAKU JURUGAMBAR KEDUA,SHAMSURI AHMAD ATAU AF DAN HALIM YASSIR SEBAGAI KREW DAN EDITOR.ADEGAN YANG DIRAKAM DIPERCAYAI AKAN MEMBUAT ORANG RAMAI AKAN TERPENGARUH DAN PERCAYA DENGAN KEMUNCULAN BEBERAPA ENTITI ATAU HANTU DALAM BABAK-BABAK DIBEBERAPA LOKASI YANG DIPERCAYAI BERMISTERI.JESTERU,MAKIN ABADI SDN BHD BERSETUJU MENCETAK 5,000 NASKAH BUKU ENTITI BUKTI BERSAMA VCD DAN MENDAPAT SAMBUTAN YANG MENGALAKKAN DARI ORANG RAMAI.

DIANTARA ADEGAN SERAM YANG MENARIK DIDALAM VCD TERSEBUT ADALAH,KETIKA RANTAI LANDO TERTARIK SENDIRI DALAM SEBUAH RUMAH MISTERI,KEJADIAN DISEBUAH BILIK HOTEL BERHANTU DIMANA CADAR TERTARIK SENDIRI,PERCIKAN DAN TOMPOKKAN DARAH DI CADAR KATIL TERHASIL DIHADAPAN LENSA KAMERA KETIKA KAMERA DIBIARKAN TERPASANG,KEMUNCULAN OBJEK YANG DIPERCAYAI PONTIANAK,BELAKANG TUBUH LANDO ZAWAWI ADA KESAN DICAKAR OLEH SESUATU KETIKA BELIAU SEDANG MEMBUAT PENGAMBARAN DAN BEBERAPA KEJADIAN LAIN YANG MAMPU MEMBUATKAN JANTUNG ANDA BERDEBAR-DEBAR!MEREKA MENGANGGAP PROJEK MEREKA HAMPIR BERJAYA HINGGA BUKU DAN VCD TERSEBUT TELAH DIULANG CETAK SEBANYAK TIGA KALI.



MALANGNYA,SETELAH BEBERAPA LAMA DIJUAL,DITONTON,DIBUALKAN DAN DISENSASIKAN OLEH BEBERAPA MEDIA TERMASUK SEBUAH PENERBITAN UTAMA NEGARA,BEBERAPA ORANG ORANG PENTING DALAM PEMBIKINAN VCD TERSEBUT TELAH MEMBUAT PENGAKUAN JUJUR DAN BERANI MENGATAKAN BAHAWA SESUNGGUHNYA SEMUA ADEGAN DALAM VCD ENTITI BUKTI SEBENARNYA ADALAH SUATU PEMBOHONGAN,DIADA-ADAKAN DAN TIDAK BENAR!BAGAI KACA TERHEMPAS DI LANTAI IA MENGEJUTKAN RAMAI PIHAK DAN MENCEDERAKAN HATI SYED ABDULLAH AL-ATTAS SELAKU PENGACARA DALAM VCD TERSEBUT KERANA BELIAU SENDIRI TIDAK TAHU APA YANG BERLAKU SEBENARNYA!MAKA SIDANG MEDIA DIBUAT UNTUK MENJELASKAN PERKARA SEBENAR DI PEJABAT EN.SYED ABDULLAH SENDIRI.

SAYA WAKIL MAKIN ABADI SDN BHD SELAKU PENERBIT ENTITI BUKTI ADALAH YANG PALING KECEWA DAN TERKEJUT DENGAN PENGAKUAN DARI YASSIR,CIINX DAN AF.BABAK-BABAK MISTERI DALAM VCD ENTITI BUKTI KEBANYAKKANNYA ADALAH PALSU DAN DIREKA-REKA.SAYA SENDRI TELAH DITIPU HIDUP-HIDUP DENGAN MEREKA, ELAS UNCLE SEWAKTU DITEMUI DALAM SIDANG MEDIA MOHON MAAF AHLI KUMPULAN ENTITI BUKTI KEPADA PIHAK MEDIA YANG HADIR.NAMUN LANDO ZAWAWI TIDAK KELIHATAN DAN MEREKA TIDAK DAPAT MENGESAN DIMANA LANDO SEKARANG.DIFAHAMKAN LAGI,LANDO SENDIRI TIDAK TAHU BAHAWA TEMBELANGNYA SUDAH PECAH!

SEBENARNYA SEBELUM SAYA BERSETUJU UNTUK MENERBITKAN ENTITI BUKTI TERLEBIH DAHULU SAYA TELAH DIBERI PENJELASAN OLEH MEREKA TERUTAMA SAUDARA LANDO ZAWAWI TENTANG KEJAYAAN MEREKA MERAKAMKAN KEJADIAN MISTERI DAN INGIN MENCARI PENERBIT YANG SESUAI.SETELAH BEBERAPA LAMA MENELITI DAN BERBINCANG AKHIRNYA SAYA PERCAYA DAN SETUJU.ALHAMDULLILL AH IA DIULANG CETAK SEBANYAK 3 KALI DAN SEBELUM IA HABIS DIJUAL BARULAH KAMI TAHU RUPANYA BABAK-BABAK MISTERI DALAM VCD TERSEBUT DIADA-ADAKAN DAN DIRANCANG, SAMBUNG UNCLE (SYED ABDULLAH AL-ATTAS) YANG JUAGA PENERAJU UTAMA KUMPULAN PARANORMAL PERTAMA NEGARA THE SEEKERS.

TUJUAN SIDANG MEDIA TERSEBUT DIADAKAN BERTUJUAN UNTUK MEMOHON MAAF KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA.IA DIHADIRI OLEH SHAHRIN SAAD (CIINX) JURU GAMBAR ENTITI BUKTI,SHAMSURI AHMAD (AF) DAN ALIM YASSIR SEBAGAI KREW DAN EDITOR ENTITI BUKTI YANG TAMPIL BERANI MEMBONGKAR RAHSIA YANG SELAMA LEBIH DUA TAHUN DISIMPAN MEREKA.

KAMI MEMOHON MAAF KEPADA SELURUH RAYAT MALAYSIA YANG PERNAH MENONTON VCD ENTITI BUKTI.SESUNGGUHNYA KEJADIAN KETIKA RANTAI LANDO DIATRIK ADALAH PALSU!.CADAR TERTARIK SENDIRI DAN PERCIKKAN DARAH DI BILIK HOTEL ADALAH PALSU DAN BELAKANG BADAN LANDO YANG DICAKAR JUGA ADALAH PALSU!SEMUA ADEGAN ITU DILAKONKAN,DIREKA DAN DIRANCANG, JELAS CIINX SELAKU JURUGAMBAR ENTITI BUKTI SECARA JUJUR,BERANI DAN BERTERUS-TERANG.

DIFAHAMKAN MEREKA BERTIGA BERTEKAD MAHU MENJELASKAN KEADAAN SEBENAR KERANA TIDAK SANGGUP LAGI MENIPU ORANG RAMAI DAN MEMBANGKANG TINDAKAN LANDO ZAWAWI YANG DIPERCAYAI SUDAH MELAMPAUI BATAS DIMANA BELIAU TELAH MEMFITNAH UNCLE DAN MENYEBARKAN FITNAH TERSEBUT KEPADA RAMAI WARTAWAN.LANDO ZAWAWI DIKATAKAN SUDAHMELAMPAUI BATAS DAN KETERLALUAN,SUDAHLAH MENIPU ORANG RAMAI DALAM VCD ENTITI BUKTI,MALAH SEKALI GUS MEMBURUK-BURUKKAN KEPERIBADIAN PENASIHAT SYARIAKT MAKIN ABADI SDN BHD INI.

DIJELASKAN,ADEGAN KETIKA RANTAI LANDO ETRTARIK SENDIRI DIBUAT DENGAN BENANG DIEBLAKAN BADAN LANDO YANG DITARIK PERLAHAN-LAHAN OLEH BELIAU,KESAN CAKARAN DIBELAKANGNYA JUGA DICAKAR OLEH LANDO SENDIRI,CADAR DIBILIK HOTEL SEBENARNYA DITARIK OLEH YASSIR DEPAN KATIL TERSEBUT SECARA SEMBUNYI DENGAN PERCIKKAN DARAH YANG TERHASIL KONONYA TERHASIL SENDIRI SEBENARNYA IALAH DARAH AYAM YANG DILETAKKAN DIBAWAH CADAR.

SEBELUM PENGAMBARAN,LANDO TELAH MEMBELI SEDIKIT DARAH AYAM DI PASAR DAN DICAIRKAN DENGAN AIR LALU KAMI LETAKKAN DIBAWAH CADAR KATIL UNTUK MEMPERLIHATKAN EFFECT YANG LEBIH SERAM,ANEH DAN MISTERI, YASSIR YANG TERNYATA TIDAK GENTAR SEKIRANYA LANDO ABANGNYA AKAN BERANG DIATAS PENJELASAN YANG DIBUAT INI KERANA BELIAU BERANI KERANA BENAR DAN TIDAK MAHU LAGI BERSUBAHAT.

KAMI MEMBONGKAR RAHSIA INI KERANA BERASA BERSALAH.DIHARAP SAUDARA LANDO TAMPIL JUGA KEHADAPAN MENJELASKAN PERKARA SEBENAR DAN MEMOHON MAAF SECARA TERBUKA DAN BERANI SEPERTI MANA KAMI BERTIGA.TIDAK ADA GUNANYA TIPU BEGINI KERANA HASILNYA KITA SEMUA AKAN DAPAT SUSAH,JELAS CIINX DIHADAPAN KREW MELODI TV 3 YANG TURUT HADIR MENGAMDIL PENGAKUAN MEREKA.DHARAP SELEPAS INI TIDAK ADA LAGI SALAH FAHAM DIANTARA AHLI KUMPULAN ENTITI BUKTI,LANDO ZAWAWI MAHUPUN UNCLE.BERDAMAILAH KERANA ITU ADALAH YANG LEBIH BAIK.

No comments: