Sunday, July 31, 2011

Siapa Yang Berpuasa?

Siapa Yang Berpuasa?


1. Orang Greek (klik) - Mereka berpuasa sebelum berperang.

2. Orang Rome (klik) - Mereka percaya amalan puasa menguatkan mereka dan mengajar mereka kesabaran dan ketahanan

3. Hellensitik purba (klik) - Tuhan-tuhan mereka dipercayai menyampaikan wahyu dalam mimpi dan visi hanya selepas berpuasa dengan penuh ikhlas.

4. Orang dayak di Amerika Utara - Mengamalkan puasa sebelum atau sedang dalam ikhtiar mendapatkan visi.

Shaman

5. Golongan syaman (klik) - Orang alim yang dikatakan mempunyai kuasa untuk menyembuhkan penyakit dan berhubung secara psikik

6. Orang Evenk - Dulu dipanggil Tungus dari Siberia berpuasa dan melatih diri untuk melihat visi yang selanjutnya dan untuk mengawal roh.

7. Golongan paderi di kalangan kaum dayak Pueblo di barat-daya Amerika - Berpuasa semasa mereka menyendiri sebelum upacara utama yang berkaitan dengan pertukaran musim.

8. Dalam anutan Jain - Berpuasa menurut cara-cara tertentu serta melakukan meditasi tertentu akan membawa kepada keadaan bersawai, atau menurun, yang membolehkan individu memisahkan diri daripada dunia dan sampai ke tahap transendent.

9. Judaisme (klik) - Amalan puasa boleh menyebabkan keadaan bersawai yang melaluinya wahyu akan diterima.

10. Adat Mesir dan Babylon purba - Menganggap amalan puasa sebagai satu cara untuk menebus dosa berserta tindakan lain yang menunjukkan kesedihan atas salah laku.

11. Beberapa puak di Peru sebelum zaman Columbus - Puasa sebagai satu daripada syarat untuk menebus dosa setelah individu membuat pengakuan di hadapan paderi.

12. Kitab Hindu (klik) (klik) - Seorang wali zaman purba bernama Dadhichi yang berpuasa dan melakukan meditasi selama beberapa tahun. Dia melakukannya sambil duduk dengan tidak mengubah kedudukannya. Apabila dia dijumpai hanya tulangnya sahaja yang tinggal dan dia disaluti lumpur berbentuk seperti sebuah busut. Brahma, pencipta alam semesta, dan golongan Asura telah mengambil tulang-tulangnya lalu dibuat senjata daripadanya untuk melawan musuh mereka iaitu golongan Sura. Asura menang dalam peperangan ini.


13. Sami Buddha (klik) - Mazhab Theravada berpuasa pada hari-hari suci (uposatha) pada setiap bulan

14.Yahudi - Puasa adalah suatu jangka masa apabila seseorang menahan diri daripada makan dan tidur. Lazimnya ia bersangkutan dengan perbuatan menahan diri yang lain.

15. Mahatma Gandhi - Berpuasa dalam penjara untuk menebus keganasan yang melampau oleh pengikutnya yang tidak mengamalkan ajaran “ahimsa” (tanpa keganasan) menentang British di India.

16. Dick Gregory - Seorang pelawak kulit hitam di Amerika tahun 60an, berpuasa yang bukan sahaja memprotes terhadap kehadiran askar Amerika di Asia Tenggara tetapi juga terhadap pencabulan hak asasi kaum dayak di Amerika.

Booby Sands

17. Penjara Belfast - Pada tahun 1981, 10 orang nasionalist mati di semasa mogok lapar yang dilancarkan, termasuk Bobby Sands (klik), seorang daripada ketua mereka, yang meninggal dunia setelah 66 hari dia “berpuasa”. Mereka mendesak supaya mereka diterima sebagai tahanan politik bukan sebagai penjenayah.

18. Tokoh sejarah dan sains - Socrates dan Plato berpuasa selama 10 hari untuk kesihatan mental dan fizikal. Pythagoras berpuasa selama 40 hari sebelum menduduki peperiksaan di Universiti Alexandria. Aristotle, Galen, Paracelsus, and Hippocrates turut berpuasa.

19. Siddhartha Gautama (klik) atau Buddha - Telah mengamalkannya.

20. Yesus (Nabi Isa) Menurut kitab Bible - Berpuasa selama 40 hari: “Dan setelah berpuasa empat puluh hari dan empat puluh malam, akhirnya laparlah Yesus” (Matius 4:2). Orang Kristian juga percaya bahawa Nabi Musa telah berpuasa semasa berada di Gunung Sinai selama 40 hari untuk menerima “loh batu, yakni hukum dan perintah, yang telah Kutuliskan untuk diajarkan kepada mereka” (Keluaran 24:12). Itulah peristiwa penurunan kitab Taurat.
dan banyak lagi

Hampir kesemua jenis puasa bermula dari waktu fajar hingga waktu senja. Melainkan golongan percaya saja berpuasa dari Fajar (sekitar 6.30 pagi) . sehingga Malam (setengah jam selepas masuk waktu "maghrib").

Kebaikan Berpuasa

Hippocrates of Cos

Hippocrates (klik), bapa perubatan, mensyorkan puasa kepada ramai pesakitnya. Katanya,

“Apabila kamu memberi makan kepada orang yang sakit, kamu memberi makan kepada penyakit. Sebaliknya pula, jika kamu menahan makanan, penyakit itu akan menyurut.”

Puasa adalah satu-satunya terapi pemulihahan yang semula jadi. Ia adalah unsur alam yang purba lagi sejagat sebagai “ubat” untuk banyak masalah.

1. Ratu semut (klik) tidak makan apa-apa sehingga telurnya menetas.
2. Ikan salmon perak berpuasa berminggu-minggu lamanya ketika berenang ke hulu sungai yang jaraknya beratus batu untuk bertelur.
3. Beberapa haiwan dengan tingkah laku kenaluriannya berpuasa apabila jatuh sakit.
4. Banyak jenis serangga dan haiwan berpuasa dalam hibernasi.

Penyakit seperti akne dan ekzema, tinitus (klik), gayat, fibromialgia (klik), glaukoma, displasia serviks, sakit leher dan pinggang yang kronik, polimialgia reumatika, dan banyak yang lain boleh dibantu dengan puasa dalam proses pemulihannya. Kepekakan pun dapat dipulihkan dengan berpuasa menurut suatu laporan doktor yang disedarinya ketika merawat penyakit lain.

Tanda-tanda ketagihan (withdrawal symptoms) dalam penagihan dadah seperti alkohol, kokaina, nokotina dan kafeina dapat dihilangkan dengan cepat semasa pesakit berpuasa.
Puasa dikatakan juga boleh memberi manfaat kepada keadaan kesihatan seperti

1. Demam selesema
2. Aterosklerosis (klik)
3. Selsema
4. Penyakit arteri koronari
5. Bronkitis (klik)
6. Angina pektoris (klik)
7. Pening atau sakit kepala
8. Hipertensi (klik)
9. Sembelit
10. Diabetes atau kencing manis
11. Ketakcernaan
12. Demam
13. Cirit-birit
14. Alahan alam persekitaran
15. Penyakit lelah
16. Gemuk
17. Insomnia
18. Kanser
19. Sakit kulit
20. Epilepsi (klik).

Amalan itu juga didapati berkesan dalam beberapa kes keletihan terutamanya apabila ia disebabkan oleh kongesi organ dan tenaga, dan kepada ramai pesakit mental, dari kerisauan ke skizofrenia (klik). Kesemua ini adalah hanya beberapa kelebihan dalam amalan puasa yang dapat dikesan.


Berpuasa melambatkan proses penuaan

Kiamat tahun 2280?
Seks Dalam Islam (Part 1) (Seks adalah emosi dan keperluan manusia tetapi bukan identiti agama)
Seks Dalam Islam (Part 2) (Seks adalah emosi dan keperluan manusia tetapi bukan identiti agama)
Seks Dalam Islam (Part 3) (Seks adalah emosi dan keperluan manusia tetapi bukan identiti agama)
Seks Dalam Islam (Part 4) (Seks adalah emosi dan keperluan manusia tetapi bukan identiti agama)
Syaitan Dari Golongan Jin Dan Manusia
Syaitan dibelenggu dan dirantai?
(Qareen) Teman yang dipercayai
Bunuh Cicak dengan Lembing
Makan..Makan..Makan..
Ahlul Bait VS Ahlul Quran
Ahlul Bait vs Ahlul Quran -Respon 3
Ahlul Bait vs Ahlul Quran -Respon 5
Quran dicatat di pelepah pohon tamar dan batu? Ye Ke Ni..
Jumlah Ayat Dalam Quran Sebanyak 6666 adalah Karut! Sila Kira Baik-Baik
'Amin' Islam, Kristian dan Yahudi
Siapa Yang Berpuasa?
Benarkah Jodoh, Maut, Rezeki ditangan tuhan?
Allah suka orang yang bersih
Sudahkah anda diuji pada tahun ini?
Kau dan Aku (Part 1)

10 comments:

  1. selamat brpuasa kpd uncle, fmili & sekelian pmbaca setia blog ini [spt sy].
    salam ramadan

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Happy fasting day my brother...

    ReplyDelete
  4. Salam US,

    Kupasan yang baik dan menarik! Keep it up bro!
    "Wahai orang-orang yang percaya, dituliskan bagi kamu berpuasa sebagaimana dituliskan bagi orang-orang yang sebelum kamu, supaya kamu bertakwa."(2:183)
    "..Dan makan dan minumlah, sehingga benang putih menjadi jelas bagi kamu daripada benang hitam, pada fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sampai malam,.."(2:187)

    ReplyDelete
  5. Belum terlewat untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan untuk Uncle and Family and semua muslimin dan muslimat..'
    'To Seek The Truth'

    ReplyDelete
  6. uncle bila lak nk berpuasa dr mulut celupar uncle..satu nsht je ye..uncle jgn terasa ye...kalu uncle remove memg uncle terdiri dr org2 xprofessional..

    ReplyDelete
  7. As salam uncle , kenape la uncle cri maklumat yg berfaedah nih .. Cube la ambil hadis ke .. Fikiran kuno je ak rse , btw ak suke komen atas ak ni .. Lau uncle remove makne nye uncle ni org yg x bertanggong jawap sekian .. Salam ramadan

    ReplyDelete
  8. Salam sejahtera tuan punya blog, terdapat satu error dalam 'maklumat puasa' tentang sami Buddha Theravada.

    Sami Theravada berpuasa sepanjang masa mereka dalam keadaan sami.Puasa dalam pengertian undang2 sami adalah :

    1. menghindari nafsu shawat
    2. tidak makan selepas tengahari
    3. menghindari segala bentuk hiburan spt muzik, drama, video games etc
    4. tidak menggunakan wangi-wangian

    kesemua ciri ini adalah antara kandungan 227 prinsip yang dipatuhi setiap sami mazhab Theravada.

    Sekian.

    contact sampuna@yahoo.com untuk dialog lanjut

    ReplyDelete
  9. Uncle
    Saya mahu email uncle
    Pls
    Wan
    my email monamas@streamyx.com
    Saya ada pertanyaan besar

    ReplyDelete

Salam!
Bermula 10-8-2011 semua komen akan ditapis.

1- Anonymous tak akan dilayan. Sila tinggalkan nama (nama samaran pun dah kira ok supaya senang nak sebut sekiranya ada perbincangan).

2- Tolong beri komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.

3- Komen merapu, Hit and Run akan diPADAM. Minta Maaf.