Kenali mereka

Saturday, January 17, 2009

Trailer Onomastik – Episod 1 – Siapa punya

Trailer Onomastik – Episod 1 – Siapa punya

Untuk episod pengenalan ini, selain kita mengupas kewujudan peninggalan sejarah lampau di kawasan Banjaran Titiwangsa, kita juga akan diingatkan juga tentang pulau-pulau yang menjadi rebutan negara kita dengan negara jiran, antaranya Pulau Batu Putih dan juga Pulau Pisang. Ini adalah rentetan kisah lampau yang harus kita jadikan tauladan dan sempadan. Sehubungan dengan itu, akhbar negara jiran juga ada menyiar akan kisah penemuan bahan-bahan artifak lama dan juga lokomotif lama di Banjaran Titiwangsa yang mana mereka menyatakan penemuan tersebut adalah penemuan dari hasil kajian rakyat mereka, sedangkan kajian dan penyelidikan anak watan negara tidak di ketengahkan. Ibarat..Lembu Punya Susu, Sapi Mendapat Nama.

Adakah benar..terjadinya sedemikian sepertimana yang digembar gemburkan atau satu sandiwara semasa untuk mencari publisiti murahan. Jadi..renungkanlah bersama dan jawapannya anda sendiri tahu bukan!!! Untuk kebenaran saksikan sendiri..Onomastiksatu realitisebuah catatan kebenaran.
Sila tonton program sepenuhnya di www.hypp.tv

No comments: