Kenali mereka

Wednesday, January 6, 2010

Seksologi

Seksologi


Montaj
…Sebuah program yang menyingkap tentang kehidupan dan fitrah manusia di alam maya ini. Seksologi mengupas tentang realiti kehidupan manusia sejagat dalam menjalari kehidupan seharian dimana seks menjadi santapan bathin bagi mereka yang sudah berkeluarga dan juga mereka yang menjadi hamba nafsu kepada seks akibat dari pergaulan bebas dan juga percampuran adam dan hawa yang melebehi batas dari yang sepatutnya mengikut hukum agama masing-masing.


…Oleh kerana terdorong oleh sifat ingin tahu secara mendalam tentang seks dan gejala yang bakal berlaku, jika seks tidak mengikut cara yang betul membuatkan Adeekseekers telah menghubungi Pakar Sakit Tuan tentang soal seks ia itu Dr. Ismail Thambi untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Walau pun pada awalnya beliau merasa serba salah kerana masih belum berumahtangga, namun sifat ingin tahu terus bergelora membuatkan beliau berani berjumpa secara empat mata dengan Dr. Ismail Thambi.


…Untuk episod pertama rancangan Seksologi ianya akan mengupas secara terperinci tentang Penyakit Kelamin, dari mula asalnya penyakit itu, bagaimana ianya boleh berjangkit dan apakah jenis hama atau kutu yang menginap di rerambut kemaluan jika kita tidak menjaga kebersihan alat sulit. Semuanya terjawap dari pakar kita yang sudah tidak asing lagi ia itu Dr. Ismail Thambi. Adakah anda sudah bersedia untuk mengetahui segalanya tentang soal ini…Tepuk Dada, Tanya Selera…


Melodi





Penyakit Kelamin

Sebuah rancangan yang perlu dalam pendidikan moral kepada semua peringkat dewasa. Seksologi sebuah rancangan yang mengutarakan kehidupan manusia sejagat dalam kehidupan berkeluarga. Rancangan ini akan membicarakan pekara yang benar dari sudut Sains dalam bentuk Seks.

Untuk episod pertama. Seorang pengacara yang bernama Adeekseekers akan mencari jawapan dari sudut seks yang mana pekara tersebut sering bermain dalam ingatannya. Untuk mendapatkan jawapan dari persoalan yang timbul beliau telah beranikan diri untuk pergi berjumpa dengan pakar sakit tuan ia itu Dr. Ismail Thamby.

Setelah berjumpa dengan pakar tersebut beliau mendapat jawapan yang diperlukan untuk episod yang pertama yang membicarakan soal Penyakit Kelamin. Setelah mendapat jawapan yang pasti dengan penerang yang seterang-terangnya beliau amat berpuas hati dan dapat berkongsi pengalaman itu bersama penonton. Penerangan yang begitu tulus membuatkan beliau ingin terus mendapatkan penerangan-penerangan lain untuk episod selanjutnya.


Homoseksual
Gejala ini sudah lama terjadi sejak zaman dahulu lagi. Homoseksual tidak perlu di perkatakan lagi namun begitu bagi mendapatkan penerangan yang lebih jelas Adeekseekers telah pergi berjumpa dengan Dr. Ismail Thamby untuk mendapat penerangan lanjut.

Dr. Ismail Thamby menceritakan permasalahan yang berlaku ini serta memberikan nasihat yang sesuai kepada semua agar tidak mendekati gejala ini kerana ianya akan merosakkan jiwa dan raga seseorang. Malah nasihat yang berguna diberikan untuk semua. Disamping itu juga pendapat orang ramai juga dipaparkan sebagai pedoman bagi mengisi program Ilmiah ini.



HIV
Bila sebut saja penyakit ini sudah terbayang di ruang mata dan minda kita bahawa maut akan menjelma. HIV sudah dikenali sejak dulu lagi, sehingga kini tiada lagi ubat yang dapat mengubati penyakit ini malah maut saja yang bakal di tempah oleh penghidapnya. Bagi mengetahui lanjut lagi tentang penyakit ini Adeekseeker dan Brother Joe telah bertandang kerumah Dr. Ismail Thamby untuk mengetahui tentang penyakit ini.

Walau pun sedang berehat setelah seharian bertugas Dr. Ismail tidak pernah menolak pertanyaan yang diberikan oleh Adeekseekers dan Brother Joe. Penerangan yang panjang lebar serta nasihat mengenai penyakit ini di sampaikan oleh Dr. Ismail Thamby dengan penuh semangat kerana ramai yang diluar masih tidak mengetahui akan penyakit yang merbahaya ini. Di samping itu juga pendapat orang ramai dipaparkan untuk dijadikan pedoman untuk semua.


Mati Pucuk
Mati Pucuk ialah satu ungkapan yang amat ditakuti oleh semua kaum Adam. Bila sebut saja mati pucuk semua akan merasa amat kerugian sekali bila ianya terjadi. Untuk episode kelima ini Adeekseeker telah pergi berjumpa Dr. Ismail Thamby untuk mendapatkan penerangan terperinci mengenai penyakit ini, bagaimana ianya terjadi dan mengapa ianya terjadi serta bagaimana untuk mengubatinya.

Dr. Ismail Thamby memberikan penerangan terperinci agar semua dapat tahu secara jelas bahawa penyakit ini harus di ubati dan mereka yang menghidapi penyakit ini tidak perlu takut kerana perubatan sains kini boleh mengubati penyakit tersebut dan tidak perlu malu untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat. Masalah ini juga dikongsi bersama orang ramai yang akan diselitkan di segmen temuramah.



Klimaks
Untuk episod ini pula Adeekseekers telah sekali lagi berjumpa dengan Dr. ISmail Thamby untuk mendapatkan jawapan serta penerangan mengenai seks yang bersangkutan dengan apa itu Klimaks?

Dr. Ismail Thamby telah memberikan penerangan terperinci mengenai tajuk tersebut tanpa berselindung agar semua penonton akan dapat ilmiah daripada apa yang disampaikannya. Malah pendapat dari orang ramai di paparkan untuk renungan bersama. Walau pun tajuk-tajuk yang di paparkan begitu sensitive bagi sesetengah orang namun ianya perlu untuk pengetahuan.



Keputihan
Keputihan adalah penyakit yang sering dihidapi oleh kaum wanita. Apakah puncanya? Apakah penyebab utama penyakit ini terhadap kaum wanita? Untuk itu dalam episod kali ini Adeekseekers telah sekali lagi membawa rakannya yang ingin mengetahui tentang permasalahan ini. Adeekseekers telah menemai rakannya Mona untuk pergi berjumpa Dr. Ismail Thamby untuk mendapatkan maklumat serta penerangan tentang permasalahan ini.

Dr. Ismail sekali lagi memberikan penerangan yang diperlukan oleh kedua mereka dan beliau juga memberikan nasihat terpeinci kepada semua kaum wanita yang menghadapi masalah ini. Di samping itu juga penerangan yang jelas serta bahan-bahan dari kajian sains di papaprkan untuk penerrangan untuk semua khusunya untuk kaum wanita.



Onani
Untuk episod ketujuh ini Adeekseekers telah sekali lagi berjumpa Dr. Ismail Thamby untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang seks dalam episod Onani. Tanpa segan silu beliau beerjumpa Dr. Ismail Thamby untuk bertanya topik tersebut. Sekali lagi Dr. Ismail Thamby memberikan penerangan yang diperlukan oleh Adeekseekers dengan terperinci dan tanpa berselindung.

Penerangan yang diberikan mengenai Onani begitu jelas dan teratur. Malah di akhir rancangan Dr. Ismail Thamby memberikan nasihat yang berguna kepada semua mengenai seks. Penerangan yang diberikan telah membuatkan Adeekseekers berpuas hati dan percaya setiap persoalan yang bakal di ajukan amat bermanafaat kepada semua.


Senggugut
Untuk episod kelapan Adeekseekers dan Brother Joe telah bertanya kepada Dr. ISmail Thamby mengenai penyakit yang sering menggangu kaum Hawa ia itu penyakit Senggugut. Sekali lagi Dr. Ismail Thamby memberikan penerangan sejelas-jelasnya kepada mereka berdua.

Penyakit ini berlaku ketika kitaran haid. Dr. Ismail memberikan nasihat kepada semua kaum wanita agar tidak menjadikan penyakit ini sebagai satu penyakit yang teruk malah beliau banyak memberikan nasihat agar menjalani rawatan dan mendapatkan mnaasihat daripada doktor.

No comments: