Kenali mereka

Showing posts with label Ariff anak Latiff. Show all posts
Showing posts with label Ariff anak Latiff. Show all posts

Tuesday, April 17, 2012

Ariff anak Latiff (Part 2)

Ariff anak Latiff (Part 2)

(Klik imej untuk lebih besar)
Inilah dia 'Ariff anak Latiff' yang menjahanamkan rekabentuk rumah yang aku duduk ini.
Hensemkan? Kening, bulu mata dan rambutnya lebat, matanya jernih, misai macam bulu 'poen' anak dara sunti, tinggi sekitar 175cm, bentuk badan macam model. Sesiapa yang berminat nak berkenalan dengan mamat ni silalah email saya untuk mendapatkan nombor taliannya tapi perempuan jer sebab dia straight. Untuk kaum adam, jangan sesekali pandang lama-lama misai dia sebab takut terangsang nanti..

Ariff, mekasih banyak2lah sebab masakkan 'dinner' untuk abg malam ni. Sedap sangat air tangan kau. Rasanya hampir sama dengan resepi Reena (pembantu rumah yang berkhidmat dengan aku selama 7 tahun). Kau adalah lelaki Malaya yang pertama yang masakannya mirip dengan resepi Reena. (Sayur bayam masak air dengan sambal udang). Baru pertama kali masak dah power!

(Klik imej untuk lebih besar)
Aku boleh beri 2 bintang saja sebab pemilihan warnanya agak kucar kacir tapi suasana bilik ini nampak 'cool' dan romantik. Lighting memang boleh beri 3 bintang sebab 'mood' untuk bersenggama lebih terangsang serta slow & steady. Haruman aromaterapi yang diberi tu memang sangat sesuai dengan keluasan bilik (13 kaki x 14 kaki). Cuma sayang sangat sebab kau tutup terus tingkap bilik tapi ada baiknya sebab suara 'mengerang' orang tak dengar. Wakaka..

(Klik imej untuk lebih besar)
Ruangan santai yang ko buat ini serta dibantu oleh Pak Din aku cuma boleh beri 4 bintang jer sebab sisa makanan kucing ko tak bersihkan dulu sebelum gambar ini diambil!

(Klik imej untuk lebih besar)
Bilik tetamu untuk yang sudah berkahwin ni aku beri 2 bintang saja sebab cerminnya tak sesuai, penutup kotak 'DB' tak beli-beli lagi dan lampu pelangi atas kepala katil dah terbakar sebelah!

(Klik imej untuk lebih besar)
Bilik tetamu lagi satu untuk tetamu kelamin yang ini aku boleh beri 5 bintang sebab designnya mirip kemah bangsa arab terutama dari Libya.

(Tak payah klik imej lebih besar sebab tak siap lagi)
Ariff akan menjahanamkan ruang makan ini tak lama lagi. Ko buatlah apa yang ko suka labu.

Part 3 akan menyusul. Lihatlah sendiri hasil karya beliau pada bilik 3 bilik tamu untuk orang bujang.

Sila rujuk

Friday, March 30, 2012

Ariff anak Latiff

Ariff anak Latiff

Tadaaa..
Ruang masuk kebilik air dan bilik utama tido aku. Ariff anak latiff mengambil masa 8 jam untuk menyiapkan ruang sekecil ini. Kos tidak lebih RM220.

Boleh kata keperluan bilik tido (pandangan sebelah kanan) sudah 70% siap (klik). Takder cermin atas siling, cermin condong sebelah dinding pun ok gak. Ahakz!

Kalau tambah satu almari rasanya dah ok kot. Yeaah...tahun depan dah boleh nikah..
Aku terima nikahnya......bte....dengan maskawennya...ermmmph..emas kawen selangor berapa ek? Terengganu? Kelantan? Penang? Kedah? yang paling murah kat johor kot. 25 hengget jer..

Dulu bilik ni hampir 6 bulan tak boleh digunakan sebab bumbungnya bocor. Hampir jadi bilik berpuaka. Aku manalah tau nak repair bumbung. Ariff anak Latiff yang bersusah payah 'repair' dari petang sampai ketengah malam walaupun aku dapat tahu akhirnya atap yang dia pasang tu terbalik rupanya. Lepas bumbung ok jer, dia pulun buat bilik ni 3 malam berturut2. Kos ubahsuai bilik tak lebih 300 hengget.

Bilik ini dijadikan bilik tetamu nombor 3. Rumah yang aku duduk ni ada 6 bilik. Boleh dikatakan tetamu yang datang tak putus-putus.


Dia minta aku tolong rakam bilik ni gunakan videocam. Background musik dia pilih lagu Endless Love. Ariff anak Latiff ni memang kaki jiwang. Kelemahan paling ketara yang ada pada nya adalah tidak boleh hidup tanpa wanita. Sukatilah kaulah Labu...Jangalah lupa kata-kata bijak pandai...Disebalik kejayaan dan kejatuhan lelaki adalah wanita. Tapi ramai juga diluar sana yang sukses tanpa wanita disisi (salah sorangnya akulah..he he) dan sudah tentu ramai lelaki yang 'tergolek dog' sebab wanita.

Jangan lupa pesan abang wahai Ariff anak latiff, kejatuhan perniagaan kau yang jatuh berdentum-dentam selama ini adalah kerana wanita. Tak serik2 lagike. Adusss..

Camner pun, abang ucap terima kasih banyak-banyak kerana 'menguruskan semua' dari A to Z bilik yang kau hias tu.

Inilah tempat terbaru aku mencari ilham, berurusniaga dan berblog sebagai hobi. Dulu aku kat bilik gambar bawah ni.

Sekarang ni Arif anak latiff tengah hias bilik tetamu yang ke 4. Aku minta dia siapkan sebelum maghrib jumaat nanti. Kalau tak siap, jangan harap ko bleh jumpa awekz ko tu.

Dah siap kalu, aku kasi korang tengok hasilnya camner.

Sebenarnya aku nak pindah dan menetap di Kuala Lumpur dalam tahun ini kalau DIA izinkan. Janda Baik pada aku agak jauhlah jugak (45 km to KL) untuk menguruskan sesuatu urusan. Yang besh kat tempat orang tua aku ni adalah cuacanya, tamannya yang cantik dan rumah disebelah air sungai yang jernih.

Lagi satu, walaupun ruang dalam yang dihias Ariff anak latiff pada aku boleh tahan tetapi sebenarnya, rumah yang aku duduk ni adalah yang paling buruk (kakak aku yang cakap) antara semua rumah yang ayah aku bina.

Yang pasti aku nak Ariff anak Latiff menghiasi semua sudut hiasan dalaman kediaman baru aku nanti.

Inilah dia makhluk yang bernama Ariff anak Latiff. Buat masa ni beliau tidak mahu diperkenalkan kerana dia kata dia terlalu hensem..wakaka..(sebenarnya memang hensem pun budak ni).