Kenali mereka

Showing posts with label Pembongkaran Politik. Show all posts
Showing posts with label Pembongkaran Politik. Show all posts

Thursday, June 14, 2012

Rahman Palil Ada Telo. Cayalah Tapi Kenapa Khaled Nordin Lari?

Rahman Palil Ada Telo! Cayalah Tapi Kenapa Khaled Nordin Lari?

Zelmey, Rahman Palil, Aku di Lodge Paradize sekitar jam 3.30 pagi.
Semalam masa aku tengah menulis artikel tentang Kuyem dengan Kamal Hisham (Part 29) tetiba Zelmey (klik) call aku lebih kurang 6.54 petang. Dia kata  temujanji dengan Rahman Palil 'on' kul 11 sampai 12 malam. Aku dengar suaranya agak happy tapi nadanya seperti kucing nak terkam tikus. Dalam hati aku, masaklah rahman malam ni.

Pendekkan cerita aku sampai opis dia sekitar kul 10.21 malam. Dia nampak 'epi bangat' bila dia tengok muka aku. Tapi bila aku tenung matanya, nampak merah semacam tapi aku buat tak tahu mungkin dia tak cukup tido agaknya.

Kami bertiga pergi ke Lodge Paradise. Lupalak nak beritau, aku ajak sekali 'sayang' temankan aku...hu hu.

Sampai jer kat sana Zelmey tegur aku Khaled Nordin ada kat table hujung. Dalam hati aku lepas dapat 'port baik' pastu nak jumpa dia dan nak bertanya khabar untuk buang bahasa? 

Tak sampai 5 minit lepas aku order makanan bila aku nak jumpa dia jer tetiba semua makhluk yang bersama Khaled Norden hilang! Bila aku tanya waiter mana VIP tu dengan kuncu-kuncunya, dia jawab 

"Datuk, baru jer balik. Dia lepak kat sini sejak dari pukul 5.00 petang tadi."

Adakah ianya berlaku secara kebetulan memang dia nak balik/meeting tempat lain atau 'something wrong somewhere'. Kalau ianya kebetulan takperlah tapi kalau dia 'melarikan diri' semata-mata nampak aku, si Khaled Norden ni memang xgfssfxnay!

Elo Dol, ko ni pehal ha? Kenapa blah macam tu jer? Lu ingat lu besar sangatke? Aku janji dengan korang semua sekiranya aku terjumpa dia kat mana-mana sekali pun, sumpah aku mesti sound tepek kat dia! Ko ni memang cari penyakit arr!

Satu ilmu yang bapak aku ajar, 'Sometimes you have to be cruel to be kind'.

Tak sampai 5 minit kemudian Rahman Palil sampai bersama wakil peribadinya. Zelmey bangun dari tempat duduk dan sambut bertanya khabar. Tika aku tengah blur memikirkan perangai Khaled yang macam lahanat tu tetiba aku dengar suara sayang.

'Abang, bangunlah dan salam dengan Datok'

Aku pun salamlah dalam kedaan terpinga-pinga tapi agak kecewa bila salaman aku disambut dengan lemah (tidak genggam erat) dan tidak memandang muka aku.

 Pada aku, PR orang politik yang paling terbaik adalah Datuk Zahid Hamidi. Sentiasa tersenyum, bila bersalam dia genggam tangan kita dengan erat dan pandang muka dengan tepat wajah kita dan yang paling mahal dia akan sentuh bahu kita. Benda-benda macam ni yang buat aku cair dengan dia. Aku tahu Uncle Zahid ni masih panas lagi dengan aku (mungkin kot..entahlah) sebab aku pernah cuit dia tahun lepas.  
Lek Lu, Sap Kok Tang Lu...nak jadi TPM tak bolehlah marah lama-lama sangat. Biasa la menteri pertahanan kena la bertahan, Yang bocor-bocor sana sini tu cepat-cepatlah tampal.

Hati aku dah mula terbakar...panasss...dalam hati aku si Rahman ni mesti 'disekolahkan'!

Pendekkan cerita pada awalnya aku lebih suka memandang wajah dan perhatikan gaya percakapannya. Setelah lebih kurang 30 minit aku dapat kesimpulan yang si Rahman Palil ni seorang yang berkaliber rupanya, ilmunya tinggi dan sebenarnya kalau tahu caranya dia boleh terima pandangan dan kritikan orang!

Kenapa aku cakap macam tu? Rahman Palil tahu yang aku dah bantai dia 2 artikel (klik) (klik) tapi dia cool jer macam takder apa-apa yang berlaku dan siap cakap

'Biasalah, orang politik kenalah terima pelbagai kritikan'

Tang ni aku memang tabik kat dia. Cayalah!

Ada lagi yang 'tak lepas geram' pasal dia salam tak tengok muka dengan macam acuh tak acuh jer. Bila kami semua dah habis makan jer, aku pun cakap kat Rahman Palil.

'Datuk, boleh saya cakap dan tegur sesuatu?"

Dia pandang tepat muka aku dan seperti bersedia menerima teguran. Apalagi...aku sekolah kan dia tak bagi can langsung. Macam-macam aku sound dan provok siap keluar perkataan BANGANG lagi tapi dia rileks dan senyum jer. Pergh...memang aku kagum siot dengan Rahman Palil ni...

Dia banyak beralah dan mengakui kesilapannya. Selalunya orang besar ni jarang nak mengakui kesilapan diri tapi dia ni lain sikit.

Black dari kumpulan wing pun ade semalam kat belakang meja kami.. cool bro, bila aku tegur, dia bangun dari kerusi dan bersalam dengan aku walaupun berambut panjang dan berimej rock tapi ade budi bahasa tak macam khaled Nordin. Jangan marahlah kalau pelajar-pelajar universiti perangai macam dia.

Banyak isu yang kami persoalkan dan dia jawab semuanya dengan tenang. Rahman Palil ni boleh pergi jauh tapi dia kena banyak berubah. Kesilapan yang paling besar semalam ialah aku terlupa nak rakam perbualan kami semua. Kalau korang tengok, korang pasti terkejut dengan perubahan mendadaknya. Mungkin tuah cucunya yang pertama diterimanya semalam. Mungkin...

'Sayang' berbisik kat telinga aku,

"Abang, muka datuk ni kalau tengok lama-lama kesian pulak."

Wah! ini petanda sangat baik bagi orang politik. Undi dari orang perempuan boleh dapat banyak tuu..

Pendekkan cerita pukul 3.30 pagi kami pun bersurai setelah 4 jam kami bersama. Beliau menggenggam erat tanganku dan aku memeluk dan mencium pipinya.

Ada 2 benda yang aku belajar dengan dia dan mungkin kita boleh berkonsi bersama.

Kalau berselisih faham dengan isteri jangan sesekali samada suami atau isteri kunci pintu dan salah seorang kena beralah walaupun diri tidak besalah sebab bila pintu dikunci banyak keburukan dari kebaikan. Yang kedua, bila terasa hati panas pada pasangan masing-masing sebaik-baiknya pergilah mandi sejukkan badan. Apa yang dia cakap tu ada logiknya dari segi fakta.

'Sayang' order kuay teow

Aku order ayam goreng pandan tapi makan seketulnya jer yang lain difaraid bersama.

Rahman Palil order yang ni

Selepas dua jam kemudia aku order yang ni plak. Grilled Lamb Chop ini memang sedap terbaek diladang! Sedap

Jumlah keseluruhan RM270.30. Rahman Palil yang bayar. Adakah beliau seorang Tangkai Jering Tahi Hidung Masin seperti aku tulis dalam artikel yang lepas atau kerana dia jemput datang dia kenalah 'open table' atau kerana dia lebih berusia dari kami semua atau ini adalah 'daun politik' kerana kami datang sebagai blogger.

Walaubagaimanapun Zelmey menjemput beliau semula ke Saufiville Janda Baik untuk perbincangan selanjutnya.

Sebenarnya aku tidak suka rapat sangat dengan mana-mana orang politik atau orang besar kerana takut termakan budi nanti aku tak boleh bantai lagi kalau dia orang ZALIM atau ianiya orang terutama orang bawahan. Setakat nak belanja aku makan rasanya takder hal kot.

Buat Datuk Rahman atau abang Rahman, persahabatan yang Datuk/abang Rahman hulurkan pada saya biarlah hanya setakat sebangsa dan seagama sahaja, sebab saya takut tidak boleh berkata benar nanti bila sampai waktunya.

Segala permasalahan dengan Zelmey selesaikanlah dengan segera.

Kemarahan dan dendam Zelmey selama 10 tahun akhirnya selesai juga semalam.

Salah satu tugas dan tanggungjawab aku sebagai manusia dan hambaNYA settle.

TUTUP FAIL

Thursday, June 7, 2012

Rahman Palil Tangkai Jering Gelabah Puyuh?

Rahman Palil Tangkai Jering Gelabah Puyuh?


Tak bolehke cakap baik-baik dengan orang. Tak perlulah angkat suara...Zelmey tu bukan kuli batak lu!

Kalau artikel tu fitnah, saman ajelah si Zelmey. Kenapa mesti gelabah puyuh? Kalau tak suka isu ni berpanjangan, pergi mahkamah atau pejabat SPRM pun boleh gak...

Lek lu sap kok tang lu

Zelmey bersama puteraku Habib
Tadi Zelmey call aku mengadu yang si Rahman Palil call dia dari Indonesia pasal artikel RM2 juta (klik)!
Zelmey, buktikan yang ko anak jantan boleh jumpa dia bila-bila masa saja. Kalau dia nak bawa 10 ekor gajah pun kau jangan takut.
Tapi aku rasa lepas artikel ni keluar, si Tangkai Jering tu pikir  2 kali gak kalau dia nak jumpa ko lepas dia balik dari Indonesia ni.
Kita tengok jer samada dia ada telo sepasang atau sebelah jer!


Tuesday, June 5, 2012

Rahman Palil Tangkai Jering Tahi Hidung Masin!

Rahman Palil Tangkai Jering Tahi Hidung Masin!

Zelmey (klik) ada maklum kat aku yang si Rahman Palil ini kedekut tahi hidung masin. Duit orang duit dia, duit dia duit dia! Camcibai punyer perangai!

Rahman Palil SiTangkai Jering

Aku lebih tertarik dengan satu isu lama yang kononnya dia terlibat dalam kes pembelian tanah arwah Sosilawati. Betul atau ianya satu fitnah?

1.Panaaass…! Yb Rahman Palil Memang Ada Deal Beli Tanah Batu Feringgi Dari Sosilawati Harga RM29 Juta..? (klik)


2.Suspens! Rahman Palil & Suhaimi Ibrahim "Pernah" Deal Jual Beli Tanah Dengan Suspek Utama Pembunuhan Sosilawati…? (klik)


3.Latest Info!! Benarkah Rahman Palil Suruh Secretary Call Yb Kapar Jangan Dedahkan Dokumen Tanah Dengan Sosilawati...? (klik)


Bro Rahman, aku tak kenal dan tak pernah jumpa lu. Lu pun tak kenal wa. Tapi tetiba nak buat cerita pasal lu plak! Hu hu...Ceciter sikit pasal isu diatas!

Lu kata dah tak nak bertanding lagi tapi apa pasal sibuk melobi? Muka tak malu!

Saturday, May 26, 2012

Shafie Apdal Paling Pembohong, Penipu & Macam Kelawar?

Shafie Apdal Paling Pembohong, Penipu Macam Kelawar?

Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah

 Abdullah Sani Bin Hj Abd Salleh
Hari ini beliau menjadi menteri membantu rakyat pun tidak mampu, kalau esok beliau jadi menteri polis katakan, takde harapan lagi nak bantu orang Semporna, sedangkan jadi menteri yang ditugaskan khas untuk membantu rakyat pun tidak mampu untuk membantu...

Depan Masjid Daerah Semporna lubang jalan macam lubang besar kubur 4 x 6..!!!

Daerah Semporna ni dari 1995, sekarang sudah 16 tahun, orang putih cakap 'nothing he can do'. Tiada apa yang dia buat selain daripada memberi harapan pada rakyat. Harapan demi harapan.

Kalau Datuk Shafie Afdal menggantikan Datuk Musa Aman, kita khuatiri peristiwa yang berlaku pembelian harta rakyat di Sabah yang bernilai berbilion bilon tu akan dijual dengan harga lima puluh sen sebab mental attitude ini telah berlaku 15 tahun dulu

 
Piramli Bin Barahim
…nak mengharapkan sebidang tanah pun dirampas oleh kerajaan, ini kami seperti diumpamakan kambing biri-biri ditaruk dikandang oleh Datuk Shafie diambil saja bulunya lantas kambing dilepaskan begitu saja.

 Abdul Karim Bin Ahmad
Kerja kami dulu menangkap ikan. Dulu  Sebangkat bebas kepada nelayan, tapi hari ini Sebangkat macam penjara kepada nelayan. Terima kasih Datuk Shafie...

Mamat Bin Barhana
Perjuangan Tun Mustapha anak saya pergi universiti, Perjuangan Datuk Shafie saya pulak pergi sekuriti


Friday, May 18, 2012

Buku 'Memo Untuk Najib' - Bab 17 - Najib Mati Dijulang - Versi Penuh

Buku 'Memo Untuk Najib' - Bab 17 - Najib Mati Dijulang - Versi Penuh





Saper yang teringin nak beli buku ni boleh contact

azmiapa@gmail.com atau boleh pergi kat

Pustaka Mukmin
141 & 143, Jln Tungku Abdul Rahman
Kuala Lumpur
Malaysia
Tel: 03-26932364, 26936557

Wednesday, May 16, 2012

Wang Besar...Wang Besar...1 Juta Darham

Wang Besar...Wang Besar...1 Juta Darham

Satu kali jumpa 100,000 darham x 4 kali  = 400,000 hengget sebulan? Wang besar...wang besar..

 (klik

Jangan hanya pandai menjual. 
Jika berani dan pandai bercakap mestilah berani menanggungnya.
Jangan alang kepalang.
 Alang-alang mandi  biar basah, 
Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.
 Alang-alang bermusuhan, biar sampai bermandi darah.
 (Tun Bija Setia) (klik)


Punca segala masalah (klik)

Hari ini dalam sejarah..seorang lagi menteri jatuh kerana wanita....

Datuk Abu Kassim Mohamed 
Ketua Pesuruhjaya SPRM 
Ada bran siasat sampai habis kes diatas? 
Tak kan muka jer ganas...
Blah la luu..


Amanat Dato' Seri Anwar Ibrahim - Menjelang PRU 13

Amanat Dato' Seri Anwar Ibrahim - Menjelang PRU 13 

Assalamualaikum uncle.. saya ada terbaca satu benda nie dari akaun facebook milik kawan saya dan ada kebenaran saya rasa darinya ( bkan semua k ) yang membuatkan saya keliru sekarang.. Saya menganggap Uncle dan blog uncle sekarang adalah satu sumber yang boleh dipercayai sekarang memandangkan media2 seperti tv3 pon kadang2 banyak berpihak kepada kerajaan oleh sebab masing2 nak cari makan, nak hidup punya hal.. Kalau PKR yang memerintah, kompom media2 cmni support PKR, kan berat sebelah namanya tu ? ..boleh tak bagi pendapat tentang benda nie dan siarkan di entry uncle yang seterusnya.. kalau boleh la.; :D 


Amanat Dato' Seri Anwar Ibrahim - Menjelang PRU 13

"Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!

Saya mohon agar rakyat Malaysia bertenang dan dapat meluangkan 10 minit dari masa berharga anda untuk membaca luahan hati saya agar rakyat faham mengapa saya bersungguh-sungguh dan beria sangat ingin merebut Putrajaya. Jika saya katakan ia bukanlah perjuangan peribadi bagi membela ketidakadilan yang telah berlaku ke atas saya, pastilah ramai yang tidak akan percaya dengannya. Oleh itu, saya mengambil keputusan menulis beberapa fakta agar ia dapat meyakinkan rakyat bahwa saya ikhlas dan jujur memperjuangkan nasib kita semua.

 Saya pernah dituduh liwat beberapa tahun lalu dan mahkamah mendapati saya tidak bersalah atau lebih tepat saya tidak melakukan perbuatan terkutuk itu sebagaimana yang didakwa oleh musuh-musuh politik saya. Tidak cukup dengan itu, saya kemudiannya diheret semula ke mahkamah dengan tuduhan lain pula. Kali ini mereka mendakwa saya telah melakukan kesalahan ‘menyalahgunakan kuasa’.

Saya akui saya tersilap mempercayai anggota polis yang sering mengiringi saya ketika itu. Saya telah meminta beliau menyiasat siapakah penulis buku ’50 dalil mengapa Anwar tidak boleh jadi PM’. Hanya itulah kesalahan yang mereka takrifkan sebagai ‘menyalahgunakan kuasa’ yang akhirnya menyebabkan saya terpaksa meringkuk selama 6 tahun dalam penjara. Bolehkah anda bayangkan perasaan saya dan keluarga ketika itu?

Sebaik keluar dari penjara, setelah 6 tahun menghabiskan sisa-sisa hidup dengan pelbagai amalan keagamaan di dalam sana, saya amat bersyukur akhirnya Tun Mahathir mengaku dalam satu sidang video bahwa beliau memang sengaja mengada-adakan kesalahan saya bagi memastikan kerjaya politik saya berkubur dalam penjara Sg.Buloh. Ramai rakyat yang telah tahu dan pernah menonton video pengakuan Tun Mahathir ini. Anda juga boleh melihat pengakuan Tun Mahathir di link youtube ini: (klik)

Apabila satu persatu tembelang BN terbongkar, mereka mulai berasa kurang selesa serta risau dan mereka mula mengatur sebuah lagi fitnah bagi ‘menyibukkan’ saya dengan sesuatu yang tidak pernah saya lakukan. Tiba-tiba seorang pemuda mengaku diliwat oleh saya sehari selepas beliau bertemu Dato Seri Mohd Najib di pejabatnya. Saya yang berada 6 tahun dalam penjara seolah tidak pernah belajar bahwa ‘kebebasan’ itu adalah nikmat yang harus saya syukuri. Saya sekali lagi terpaksa berhadapan dengan kemelut yang amat memalukan saya dan keluarga.

Saya ingin bertanya, selama 6 tahun dalam penjara, berapa ramaikah banduan yang telah saya liwat? Mengapa perlu tunggu keluar penjara untuk melakukan perbuatan terkutuk itu? Saya sebenarnya tiada ruang untuk menjelaskan kebenaran ini. Saya dinafikan keadilan. Saya juga turut dinafikan hak bersuara di semua akhbar, stesen TV dan Radio milik BN. Saya tiada tempat yang dapat menjelaskannya secara meluas kepada rakyat jelata. Dimanakah dapat saya kemukakan bukti bahwa saya sungguh tidak pernah melakukan perbuatan terkutuk itu? Mereka suruh saya buktikan di mahkamah, sedang merekalah yang sebenarnya menguasai mahkamah.

Ya benar! Mahkamah kita masih belum bebas. Ia masih terus dikuasai sepenuhnya oleh ‘orang’ yang berkuasa. Saya menolak untuk bersumpah kerana bukan saya yang sepatutnya bersumpah, tetapi orang yang mendakwa diliwatlah yang sepatutnya bersumpah laknat. Dia telah pun bersumpah dan biarlah Tuhan sahaja yang melaksanakan laknat-Nya ke atas mereka yang bersumpah bohong. Itu bukan lagi dalam kekuasaan saya. LA HAWLA WALA QUWATAILLAH BILLAH.

Jangan lupa, beberapa individu yang terbabit memfitnah saya dahulu ada yang telah mati dengan tragis dan ada pula yang masih hidup tetapi mengalami sakit yang aneh.

Dan berhubung DNA pula, saya enggan diambil sekali lagi sample DNA kerana mereka telah punyai DNA saya dalam pertuduhan kes liwat yang pertama dahulu. Saya bimbang seandainya mereka mempunyai muslihat jahat terhadap sample DNA terbaru itu nanti. Saya harus lebih berhati-hati.

Andaikata benarlah saya ini ‘kaki liwat’ sebagaimana fitnah mereka, bukankah molek jika ianya saya lakukan di luar Negara. Saya mengajar di sebuah Universiti di Amerika Syarikat, it’s a free country, jika benarlah saya ini kebulur sangat meliwat seseorang, saya boleh melakukannya dengan sesiapa sahaja yang saya ingini di sana. Mengapa harus saya lakukan perbuatan jahat itu di Negara sendiri, di Negara yang mana saya berpolitik, berkeluarga dan mempunyai ribuan kenalan dan sahabat handai. Ia tidak masuk akal dan tidak munasabah. Ia satu fitnah jahat yang amat berat buat saya dan keluarga.

Justeru itu saya berazam untuk menyelamatkan Malaysia dari kejahatan orang-orang yang jahat dan tidak berperikemanusian itu. Saya rela mati kerana rakyat Malaysia. Hanya dengan menguasai Putrajaya sahajalah segala tipu muslihat mereka dapat kita bongkar kepada umum. Masa itu, anda nilailah sendiri dan saya akan memaafkan anda yang turut menuduh dan memfitnah saya ketika ini kerana saya mengandaikan bahwa anda ‘jahil’ atau ‘tidak tahu’ ketika itu. Saya akan biarkan anda semua berkesempatan bertaubat kepada Allah atas dosa dari kesalahan memfitnah saya, yang disifatkan Allah dan Rasul-Nya sebagai lebih buruk daripada membunuh satu jiwa mukmin.

Berhubung pemilikan harta, setakat ini belum ada bukti bahwa saya memiliki harta atau wang yang luar biasa banyaknya samada dalam mahupun di luar negara. 9 tahun lamanya sebagai Menteri Kewangan Malaysia serta Timbalan Perdana Menteri Malaysia, ramai dari kalangan pemimpin BN yang berpendapat adalah amat bodoh saya tidak menggunakan kesempatan untuk 'membaham' khazanah negara ketika itu. Memang benar ketika itu saya boleh sahaja melakukannya jika mahu, ia adalah dalam bidang kuasa saya sebagai Menteri Kewangan Malaysia, namun hukum Allah dan syariat Islamlah yang telah membendung saya dari melakukan perbuatan khianat seperti itu kepada rakyat Malaysia.

Kami, pemimpin Pakatan Rakyat berjuang dengan menggunakan hasil pendapatan masing-masing dan dari kemelut 'kekurangan dana' ini, akhirnya membawa kepada keluarnya beberapa pemimpin yang 'kononnya' ingin berjuang bersama tetapi rupanya mempunyai hasrat 'berbeza'. Pemimpin Pakatan Rakyat yang bercita-cita jahat untuk meratah khazanah kekayaan negara awal-awal lagi telah 'disingkir' oleh Allah Swt melalui ujian-ujian-Nya.

Antara mereka adalah Ezam Nor dan Zulkifli Nordin, sekadar menyebut beberapa nama dari mereka. Syukur Alhamdulillah! Baiklah, setakat itu sahaja yang dapat saya perjelaskan tentang apa yang telah berlaku kepada saya selama ini.

Saya ingin bertanya, apakah anda sebagai rakyat Malaysia sanggup membiarkan orang yang paling bermotif membunuh, menjadi PM? Jika anda sangsi dengan dakwaan saya bahwa mereka, pemimpin-pemimpin BN terpaksa bersekongkol dengan perancang utama satu plot pembunuhan hanya kerana ‘survival’ politik mereka, cuba anda perhatikan fakta-fakta dan bukti-bukti di bawah ini:-

PEMBUNUHAN ALTANTUYA - WAJARKAH RAKYAT MENUTUP KES INI? 

Firman Allah surah An Nisaa' (105): Sesungguhnya Kami telah menurunkan kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu, dan janganlah kamu menjadi penentang (orang-orang yang tidak bersalah), kerana membela orang-orang yang khianat (lagi berdusta), 

Fakta Individu-individu yang terbabit secara langsung @ tidak dalam kes Pembunuhan Altantuya:

Altantuya Sharibuu @ Aminah bt. Abdullah adalah penterjemah Bahasa Perancis bagi urusan pembelian kapal selam oleh Kementerian Pertahanan Malaysia melalui 'Perimekar' milik Penganalisis Strategi Ketenteraan Malaysia yang juga merupakan teman baik Dato Seri Mohd Najib.

Dato Seri Mohd Najib - Menteri Pertahanan Malaysia / Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Abdul Razak Baginda - Penganalisis Pertahanan kepada Kementerian Pertahanan Malaysia / pemilik 'Perimekar'.

Ketua Inspektor Hazilah Hadri - (UTK) yang berkhidmat sebagai 'body guard' di pejabat Dato Seri Mohd Najib.

Koperal Sirul Azhar Umar - (UTK) juga berkhidmat sebagai 'body guard' di pejabat Dato Seri Mohd Najib.

Aziz Buyong - Kolonel Tentera / Pakar bom C4.

Abdullah Ahmad Badawi - Perdana Menteri Malaysia / Menerima Kertas Siasatan dari Penyiasat Polis Tentera Malaysia (MP).

Khairy Jamaludin - Menantu Perdana Menteri Malaysia / Menyimpan Kertas Siasatan berkenaan bagi tujuan survival politiknya setelah ketiadaan Pak Lah nanti.

Rosmah Mansor - Isteri Dato Seri Mohd Najib / Berada di tempat mayat diletupkan dengan C4.

Norhayati - Isteri Kolonel Aziz Buyong / Pembantu Khas Rosmah yang turut berada di tempat kejadian letupan bom C4.

Fakta-Fakta lain dalam kes Pembunuhan Kejam Altantuya: 

Bom C4 milik Angkatan Tentera Malaysia. Dua anggota UTK - Suspek utama pembunuhan adalah body guard di pejabat Dato Seri Mohd Najib.

Rekod Imigresen kemasukan Altantuya dan sepupunya ke Malaysia di'lenyap'kan oleh seseorang dari Jabatan Imigresen Malaysia dengan arahan orang-orang tertentu bagi menutup konspirasi ini.

Zahid Hamidi ketika mengambilalih tugas Menteri Pertahanan Malaysia akhirnya terpaksa membuat kenyataan 'konon'nya Angkatan Tentera Malaysia tidak memiliki Bom jenis C4 dan itu adalah amat bercanggah dengan kenyataan sepanjang kes perbicaraan Pembunuhan Altantuya di mahkamah. Atas arahan siapakah beliau 'berbohong' dan untuk survival siapa?

Keterangan-keterangan ringkas dan jelas: 

Ketua Inspektor Hazilah dan Koperal Sirul Azhar dari Unit Tindakan Khas, yang juga merupakan ‘body guard’ Dato Seri Mohd Najib tidak pernah mengenali Altantuya sebelum kejadian 'bunuh' itu dan tidak langsung mempunyai 'motif' untuk membunuh model berkenaan tetapi mereka berdua mungkin telah diarah oleh sesorang 'yang berkuasa' untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan dalam konspirasi pembunuhan ini. Mereka berdua akhirnya didapati bersalah oleh mahkamah kerana membunuh dengan niat dan dijatuhi hukuman mati oleh hakim mahkamah. Mereka ini jelas telah 'dikambing hitamkan' oleh pihak tertentu dalam usaha menutupi pekung 'pengarah sebenar konspirasi' pembunuhan Altantuya.

Abdul Razak Baginda memang mempunyai motif untuk membunuh Altantuya kerana beliau dilaporkan 'kononnya' adalah pasangan kekasih kepada model ini dan kedatangan Altantuya dengan sepupunya Burmaa Oyunchimeg adalah 'kononnya' untuk mengambil komisyen berjumlah US500 ribu yang dijanjikan kepadanya seandainya pembelian kapal selam itu terlaksana.

Adalah difahamkan bahwa Syarikat milik Abdul Razak Baginda 'Perimekar' menerima komisyen jualan sebanyak RM4.7 billion dari kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pertahanan Malaysia, hasil dari kejayaan dalam urusan pembelian 3 buah kapal selam dari Perancis untuk kegunaan Tentera Laut Malaysia.

 Anehnya Abdul Razak Baginda kemudiannya didapati tidak bersalah dan dia dibebaskan sepenuhnya dari pertuduhan membunuh kerana dilihat tiada mempunyai kuasa untuk 'mengarah' suspek utama kes, yakni Ketua Inspektor Hazilah dan Koperal Sirul Azhar dari UTK untuk melakukan pembunuhan mangsa (Altantuya). Jadi siapakah yang mempunyai kuasa ketika itu? Jika diamati serta diperhalusi, 'orang yang tak berapa nak cerdik' pun boleh menilai fakta ini dengan baik.

Cuba lihat rantaian fakta ini bagi mengaitkan siapa jua yang bermain di minda anda sebagai 'suspek sebenar' yang bertindak sebagai 'pengarah operasi' permbersihan nama baik seorang PEMBESAR dalam kes pembunuhan ini. Siapakah PALING BERMOTIF untuk membunuh Altantuya selain Abdul Razak Baginda? Dan fakta yang paling penting untuk kita perhalusi adalah siapakah yang berkuasa atau mempunyai kuasa untuk mengarah dua orang UTK (Pengawal peribadi Dato Seri Mohd Najib - Hazilah dan Sirul) serta Pakar Bom C4 tentera (Kolonel Aziz Buyong)?

Siapakah pula yang berkemungkinan mempunyai pengaruh dalam 'melenyapkan' rekod kemasukan Altantuya ke Malaysia? Sudah tentulah ia melibatkan sesuatu yang AMAT BESAR sehingga perlu dihapuskan wanita 'berbahaya' ini. Siapakah pengarah sebenar dalam konspirasi pembunuhan ini? Apakah motif sebenar nya? Apa jua jawapan yang bermain di'minda fikiran' anda, simpan dahulu untuk telahan fakta berikutnya.

Dato Seri Mohd Najib kemudiannya bersumpah bahwa beliau tidak pernah mengenali dan tiada kaitan samada secara langsung atau tidak dengan Altantuya. Sedangkan umum akhirnya mengetahui bahwa Altantuya rupanya adalah 'Perterjemah Bahasa Perancis' yang diguna pakai ketika berlangsungnya urusan pembelian kapal selam berkenaan. Ini menyebabkan Dato Seri Mohd Najib 'terpaksa' juga mengenalinya walaupun dia ingin sangat agar rakyat tahu 'konon'nya dia tidak pernah mengenali Altantuya.

Fakta ini bukan omong kosong. Ia turut dinyatakan di mahkamah dalam sebutan kes yang berlangsung di Paris, Perancis berhubung penipuan yang berlaku dalam skandal penjualan dan pembelian kapal selam itu. Menambah buruk persepsi itu adalah apabila sepupu Altantuya, Burmaa Oyunchimeg mengemukakan bukti bergambar di mahkamah ketika diminta memberi keterangan. Bukti itu adalah gambar Abdul Razak Baginda, Dato Seri Najib dan Altantuya sedang menjamu selera di sebuah restoran eksklusif. Ya lah! Takan hanya kerana keluar makan bersama sahaja terus hendak dikaitkan beliau sebagai pembunuh, itu tidak adil dan zalim namanya. Cuma yang jelas di sini adalah Dato Seri Mohd Najib telah bersumpah 'bohong'. Dia sebenarnya memang mengenali Altantuya. Kenapa ia seakan hendak di’sembunyi’kan dari rakyat Malaysia? Pasti ada sebab BESAR disebalik semua itu.

Baiklah, sekarang amati pula dari sudut berbeza, Abdul Razak Baginda hanya perlu melunaskan US500 ribu atau hanya kira-kira RM1.6 Juta sahaja berupa komisyen kepada Altantuya. Dan jika mengambil kira jumlah komisyen yang dimilikinya iaitu RM4.7 billion (Ringgit Malaysia Empat Ribu Tujuh Ratus Juta), jumlah RM1.5 juta itu amatlah kecil dan boleh dilunaskannya pada bila-bila masa sahaja. Sekali lagi, Abdul Razak Baginda dilihat tiada sebab atau motif kukuh untuk membunuh 'kekasih gelap'nya itu (Altantuya), dan lebih meyakinkan adalah beliau juga dilaporkan tidak berupaya atau tidak mempunyai kuasa bagi mengarah suspek-suspek yang terdiri dari Ketua Inspektor Hazilah, Koperal Sirul dan Kolonel Aziz untuk melaksanakan tugas-tugas 'pembersihan' itu.

C4 adalah bom milik Angkatan Tentera Malaysia, dan harus diingat Dato Seri Mohd Najib Razak adalah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Malaysia yang berkuasa penuh terhadap apa jua aktiviti Angkatan Tentera Malaysia. Dari semua fakta ringkas di atas, anda pasti sudah boleh mengagak serta mengetahui siapakah KETUA sebenar dalam 'KONSPIRASI PEMBUNUHAN KEJAM' ini.

Demi survival politik dan survival parti, 'orang yang zalim' ini terpaksa dilindungi oleh orang-orang besar parti yang lainnya. Apakah anda mengandaikan semua barisan kepimpinan BN itu 'bodoh', 'buta' dan tidak mengetahui tentang hal sebenar ini? Tidak, mereka semua bukanlah orang-orang yang bodoh, malah mereka bijak berpolitik dan tahu apa sebenarnya yang sedang berlaku. Jika begitu, jika benar mereka semua tahu, mengapa pula mereka beria-ia menyembunyikan fakta sebenar dan sekaligus mempertahankan 'orang yang zalim' ini?

Nyatanya, semua ketumbukan kepimpinan BN sebenarnya amat sedar dan tahu akan kebenaran ini, namun mereka jauh menyedari serta tahu bahwa menyelamatkan 'orang zalim ini' adalah sama seperti menyelamatkan kedudukan mereka sendiri. Mereka sedar seandainya jatuh 'orang yang zalim' ini, maka hancur berkecailah keseluruhan empayar yang telah mereka bina selama ini. Justeru itu, mereka tiada pilihan lain kecuali berusaha mempertahankan juga 'orang yang zalim' ini sekalipun terpaksa 'membohongi' rakyat jelata.

Tidak mungkin mereka mahu melihat Pakatan Rakyat menguasai PUTRAJAYA hanya kerana kesilapan yang dilakukan oleh 'orang yang zalim' ini. Mereka 'terpaksa' jua mengangkat 'orang yang zalim' ini sebagai pemimpin mereka, walaupun hati mereka jelas menolaknya.

Sayang sekali mereka semua terlupa pada Tuhan. Mereka terlupa bahwa Tuhan Maha Mengetahui apa sahaja yang mereka nyatakan atau sembunyikan dalam hati mereka. Mereka lupa bahwa mereka kelak akan tetap didatangi oleh Malaikat Maut. Mereka berusaha dan cuba untuk melupakan semua kemelut itu demi kehidupan dunia yang fana ini. Ada di antara mereka yang telah menerima 'hukum' Allah yakni mati, namun yang masih hidup terus leka dan lalai dengan segala macam imbuhan duniawi yang diterima mereka dari 'orang yang zalim' itu. Kehidupan dunia ini adalah segalanya bagi mereka-mereka ini. Mereka tahu ada akhirat menanti tetapi mereka berasa 'yakin' kononnya mereka berada di pihak yang benar dan akan 'terselamat' dari api neraka. Mereka bersangka baik terhadap harapan palsu yang dijanjikan syaitan buat mereka dan penyokong-penyokong mereka. Sedang mereka dan penyokong mereka bersekongkol dengan 'orang yang zalim' itu, Allah juga mempunyai rancangan-Nya. Dan sudah tentulah perancangan Allah jauh lebih baik dari ciptaan-Nya.

Apa boleh buat saudara, kita terpaksa menunggu sehingga ke hari pembalasan, yakni akhirat, bagi melunaskan semua yang kita persangkakan. Takan kita semua mahu turut serta bersama mereka dalam menyokong 'orang yang zalim' itu. Mereka sendiri pun sebenarnya 'terpaksa' menyokongnya demi survival politik sempit mereka.

Ayuh rakyat Malaysia, berfikir dan bertindaklah dalam Pilihanraya Umum nanti. Mari kita tegakkan kebenaran dan keadilan buat semua. Kita tunjukkan bahwa rakyatlah yang paling berkuasa, dan bukan mereka para pemimpin yang jahat itu.

Important link to the case: (klik)

Harus diberi perhatian serius bahwa Allah dan Rasul-Nya telah acap kali mengingatkan dan memberi amaran kepada kita agar berwaspada terhadap suatu zaman di mana pemimpin yang dusta itulah yang akan 'dipercayai' dan diberi kuasa. Ia sedang berlaku sekarang dan kita 'yang diberi hidayah Allah' mudah membezakan antara penyokong yang melakukan kebaikan (amal makruf) dengan mereka yang melakukan kebathilan (Mungkar)

Firman Allah surah Al Maa-idah (51): Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani (yakni orang yang suka berdusta) sebagai pemimpin-pemimpin (mu), sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa di antara kamu mengambil mereka sebagai pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim. 

Hadis Rasulullah Saw pula menegaskan bahwa: Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung/menyokong) tindakan mereka yang berbuat aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga)”.- Hadis Riwayat Tirmizi, Nasae’i dan Hakim.

Sudah jelas bahwa Allah dan Rasul-Nya melaknati orang-orang yang berdusta dan berbuat aniaya. Malah penyokong-penyokong yang mendukung aspirasi pemimpin-pemimpin jahat itu juga nantinya akan turut sama terpelosok di kancah neraka jahannam.

Pasti akan ada kelompok ini yang bertanya: "Bagaimana pula dengan ustaz-ustaz dan ulama UMNO?. Apakah mereka ini turut bernasib malang dan terpaksa menghuni neraka jahannam?". Jawapan saya 'itu semua, keputusan ke mana mereka akan dikembalikan kelak, kita serah bulat-bulat kepada Allah Azzawajalla sahaja'. Bukan kita yang berhak menentukan ke mana kembalinya mereka nanti.

Namun, di sebalik penyerahan tawakal kepada Allah, kita harus faham bahwa Rasulullah Saw diutus bagi menyempurnakan akhlak kita semua. Dalam sirah nabi banyak sekali dipaparkan kisah-kisah bagaimana Rasulullah Saw bukan sahaja bijak dalam ilmu agama, malah Baginda amat arif menilai akhlak orang-orang di sekelilingnya. Baginda mengajar semua khalifah dan umat ketika itu bagaimana dapat mereka mengenali samada orang itu berakhlak terpuji atau sebaliknya. Ini bermakna, mereka para ustaz dan ulama bukan sahaja perlu menilai pemimpin dari sudut agamanya sahaja, akhlak pemimpin itu turut menjadi faktor utama dalam penilaian mereka sebelum seseorang pemimpin itu wajar disokong. Seharusnya itulah yang menjadi panduan ustaz-ustaz dan Ulama UMNO di dalam menentukan sokongan mereka. Menyokong membabi buta akan menyebabkan mereka terdedah untuk menerima nasib yang sama dengan kelompok ini kelak.

Rasulullah Saw telah bersabda dalam banyak hadis yang saya rangkumkan peringatannya, antara lainnya untuk mengenali akhlak seseorang yang baik itu ada beberapa ciri utama:- 1. Pertama lihat suaminya samada dia bersolat fardhu di masjid atau tidak? 2. Kemudian lihat isterinya, apakah dia menutup aurat atau tidak? 3. Kemudian lihat pula anak-anak gadisnya, apakah mereka menutup aurat atau tidak? 4. Lihat bagaimana mereka sekeluarga berbelanja, apakah mereka boros atau tidak?

Walaupun banyak lagi ciri-ciri lain, solat fardhu umpamanya, boleh dilakonkan watak itu dikhalayak ramai oleh seorang munafik kerana kekerapan bersama dilihat menjadi faktor ia mudah dilakonkan. Jadi, memadai melihat 4 ciri di atas yang ditekankan Rasulullah saw, yang saya rasa amat sukar untuk dilakonkan kerana ia memerlukan seseorang itu istiqamah dalam perilakunya itu. Itulah yang harus dinilai terlebih dahulu agar kita dapat menetapkan kaedah menilai individu pemimpin berkenaan seterusnya.

Akhirkata, saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia, marilah kita 'share' amanat ini di kalangan fb'ians' dan teman kita semua di luar sana, samada dengan mencetak dan mengedarkan amanat ini kepada keluarga serta semua sahabat handai atau mencetak dan mengedarkan ia di kampung-kampung, di mana maklumat ter'sekat' oleh pembangunan yang sengaja di'tahan' ke sana oleh pemimpin-pemimpin tertentu. Jika bukan saya serta pemimpin-pemimpin lain dalam Pakatan Rakyat yang bangkit memperjuangkan nasib kita semua, andalah yang terpaksa bangkit dan berjuang bersama demi kesejahteraan generasi anak-anak kita yang akan datang.

Ayuh! Marilah kita semua 'Gegakkan Gempita' kerana semboyan telahpun berbunyi. Setiap dari kita rakyat Malaysia berkewajipan mencanang semboyan ini kepada sekurang-kurangnya ahli keluarga terdekat. Andaikata anda berkuasa melakukan lebih dari itu, saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga.

Berilah peluang kepada Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya pada PRU ke 13 nanti. Saya akan pastikan semua mereka yang boros membelanjakan wang rakyat termasuk Rosmah Mansor yang sanggup membeli sebutir cincin berlian berharga RM24juta di kala rakyatnya ada yang masih hidup dalam kemiskinan dan ahli keluarga kepada Ketua Wanita UMNO Shahrizat Jalil yang tergamak membelanja sampai RM250 juta wang dana Tabung Makanan kita dalam skandal NFC di bawa ke muka pengadilan.

Janganlah 'terpedaya' atau 'diperbodohkan' lagi hanya kerana 'sogokan' wang RM100, RM500 dan beberapa ratus lagi menjelang pilihanraya yang akan di'saji'kan oleh pemimpin-pemimpin BN. Lihat angka yang mereka 'baham'. angka yang diberikan kepada anda amatlah kecil berbanding jumlah yang mereka ambil tanpa restu anda semua. Nasihat saya, anda ambillah wang itu kerana wang itu memang milik rakyat dan bukan milik mereka, kemudian undilah Pakatan Rakyat dalam PRU-13 nanti.

Pakatan Rakyat akan pastikan mereka-mereka yang bertanggungjawab atas setiap kesalahan mereka itu menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang telah mereka lakukan kepada negara dan rakyat Malaysia. Bangkitlah wahai rakyat Malaysia!!!
 Oleh: Anwar Ibrahim

Komen saya - 3 syarat untuk menjadi orang politik yang berjaya 
1.Bila bercakap kena bohong
2. Bila berjanji jangan tepati
3. Bila diberi amanah kena sapu BERSIH.

Wednesday, May 9, 2012

Kenapa Najib Cakap Macam Tu?

Kenapa Najib Cakap Macam Tu?



Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka - Edisi Keempat - 2005
Haram Jadah (zadah)
a) (kata makian) anak yang tidak sah
b) (kata makian secara am) celaka

Kenapa sampai hati Perdana Menteri aku cakap macam tu. Itu petanda tidak baik dan kata-kata tersebut telahpun melukakan hati jutaan rakyat Malaysia termasuk diri saya sendiri sebagai rakyat.

Tak bolehkah guna perkataan yang lebih sesuai seperti tak kenang budi dari menggunakan perkataan itu?

Lagi satu, kenapa harus guna perkataan 'saya tak redha'?

Kalau kami para blogger guna perkataan merapu biasalah tu, tapi sebagai seorang nombor satu dalam Malaysia saya rasa itu memang tak patut.

Walaupun terlajak kata sukar ditarik balik namun masih ada ruang lagi mohon maaf pada semua.

Sememangnya, saya sentiasa menyokong Parti UMNO walaupun tidak bayar satu sen pun. Tapi saya tetap berpendirian saper tak betul saya bantai!

Sekarang ni kan dah susah!...

Korang ni semua macam FARAJ arr..tahu nak sedut sebanyak mungkin sampai biarkan PM sorang-sorang kehulu kehilir amik hati rakyat balik. Dia juga manusia biasa yang tahu erti penat dan stress! Korang semua berada dimana sekarang?

Masalah dia dengan kapal selam tu biar Allah yang buktikan kebenarannya tak lama lagi. Tapi dalam keadaan situasi sebegini buatlah kerja masing-masing!

Perangai macam ULAR KEKENYANGAN! Entah lembu mana ko orang dah telan!

UMNO hanya boleh dibaiki kalau orang-orang profesional yang mengemudikannya. Kalau orang politik jadi camnilah sampai bila-bila.

Monday, May 7, 2012

Untuk Tun Mahathir Dan Kak Ros.

Untuk Tun Mahathir Dan Kak Ros.


Tun Mahathir

Salam Tun, saya sangat menghormati Tun kerana salah satu sikap Tun adalah 'berani'. Dengan sesiapapun Tun tidak gentar tapi saya belum pernah baca atau terjumpa mana-mana artikel Tun pernah menegur Rosmah.

Tun, saya tahu Tun tidak percaya pada 'paranormal'. Itu hak Tun sebagai manusia. Tika ini adalah waktu yang terbaik untuk Tun menegur atau menasihati Rosmah kerana 'medium paranormal'nya sudah kosong sebab 'tempurung' Rosmah yang mengandungi pelbagai 'medium paranormal' telah saya bocorkan bermula 26 September 2011 (klik)

Saya minta Tun kaji semula samada kata-kata saya ini samada ianya benar atau omong kosong.

Saya tidak perlu jumpa Tun untuk sebarang hajat sebab Tun juga manusia biasa seperti saya yang mana kita hanya perlu memohon padaNYA.

Saya harap Tun dapat beri tumpuan padaNYA 90% tika ini dan bakinya pada dunia kerana 'waktunya' hampir tiba. Saya bukan tuhan dan hanya manusia biasa tetapi Allah beri kelebihan pada setiap manusia.

Nasihat dan teguran pada Rosmah adalah tugas yang terakhir dari Tun dan selepas itu bersaralah dari apa jua urusan tentang politik dan perniagaan.

Rosmah Mansur

Salam Kak Ros, saya mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi membaca artikel saya yang berkaitan dengan anda. Saya juga menghormati anda kerana mendengar nasihat dari saya agar tidak lagi terlalu aktif menonjolkan diri dalam akhbar tika ini (klik). Salah satu penasihat anda juga saya katogerikan 'bijak'.

Sepatutnya anda harus bersikap sebegini sejak 2005 lagi. Anda sudah capai apa yang anda impikan sejak zaman remaja.

Kak Ros, anda tidak perlu bersangka buruk pada orang-orang yang anda percaya sebab tiada seorang pun diantara mereka yang membocorkan maklumat kepada saya. Info yang saya dapat semunya DIA yang beri, bukannya manusia.

Janganlah membazir masa dan wang mencari yang 'power' lagi sebab ianya tidak mendatangkan hasil tika ini dan 7 tahun akan datang dan kalau boleh 'STOP' kerana hanya DIA segalanya bukannya kuasa JIN.

Tetapi sekiranya kakak masih suka nak 'bermandrem' dan tika itu masih boleh mengawal/mengawasi/mencampuri urusan negara ini, selagi saya hidup, saya tidak akan benarkan perkara ini berlaku. Maafkan saya kak.

Kalau kakak teringin nak jumpa saya dan belanja saya teh o ais saya 'no hal' tapi dengan syarat saya belanja kakak. Hu hu

Sunday, May 6, 2012

Parti Kamasutra Rakyat Akan Ditubuhkan?

Parti Kamasutra Rakyat Akan Ditubuhkan?

Gambar Hiasan
Parti Kamasutra Rakyat ini hanya untuk mereka yang sudah berkahwin sahaja. Yang bujang sila gunakan lima jari.

Gambar Hiasan
Posisi Pertama - Poen Menangis Bukit Lanjan. Posisi ini amat sesuai untuk mereka yang sudah berumur 65 tahun keatas. Bagi mereka 25 tahun kebawah posisi zig-zag dialu-alukan.

Gambar Hiasan
Posisi kedua - Anak Patung China Menguap Permatang Pauh. Pastikan anak patung ini yang 'ori' supaya rasa masinnya tidak terlalu masin berbanding yang tiruan. Pelbagai posisi boleh dilakukan sebelum ia tertido.

Gambar Hiasan
Posisi Ketiga - Hembusan Kerja aka Poen bergigi Bukit Antarabangsa. Posisi ini mesti dilakukan dengan senyuman. Sebaiknya dengan iringan ketawa kecil dan amat digalakkan didalam tandas.

Dapatkan buku perlembagaan Parti Kamasutra Rakyat dengan segera. Terdapat sekurang-kurang 64 posisi yang harus anda amalkan untuk menjadi ahli. Selamat beramal..

Wednesday, May 2, 2012

Mencari Kebenaran Di Sebalik 'Abdul Taib Mahmood' Kepala Menteri Sarawak

Mencari Kebenaran Di Sebalik 'Abdul Taib Mahmood' Kepala Menteri Sarawak



Salam sejahtera Uncle,

saya sangat berminat membaca blog uncle. hampir setiap hari sekiranya ada kelapangan saya akan membaca blog uncle menerusi notebook atau tablet menerusi arus internet 3G.
Uncle, saya berasal dari sarawak. berbansa iban dan bertugas d sibu. seperti mana yg uncle tahu, pemimpin negeri sarawak memang pucuk pimpinan selama 30 tahun iaitu dari tahun 1981 sehinnga sekarang (harap-harap ler).
( http://en.wikipedia.org/wiki/Abdul_Taib_Mahmud )

saya sebenar nya tidak berapa gemar bebicara bekenaan dgn politik tambahan lg saya tidak arif mengenaikan pun..namun saya tahu sedikit sebanyak mengenai duni politik...tikap batu sembunyi tangan, bagai membaling batu belumpur, dan sebagai nya.

setelah saya membaca blog blog uncle, ada beberapa isu yg berkaitan dgn ahli politik dan pegawai pegawai tinggi kerajaan yg mohon agas bersihkan diri sebelom kotaran d balit bersetakan kain kafan...jesteru itu sudah tentu uncle juga turut agar tetarik dgn kepercayaan RAKYAT Sarawak yg kini semakin hari membenci kempipinan Taib mahmood atau lebih dkenali dgn pagilan '
AKI UBAN' or THE WHITE HAIR RAJAH"...beristerikan wanita lubnan yg ukan lawan bagi org tua yg berumur seperti nya..namun itu lah pilihan zahir dan batin yg kami (rakyat sarawak) percaya bahawa semua itu adalah kehendak sesuatu d sebalik org itu sendiri iaitu jin atau pun bomoh import (konon nya dari jordan,indonesia,thailand dan sbg...)

maklumat yg saya ceritakan kepada uncle ini ada lah daripada sumber internet dari beberapa blog yg boleh dpercayai antaranya sarawakreport, theshield.blogspot,dayakbaru.blogspot, dan sebagai nya.


jika uncle meneliti gambar gambar taib mahmood..uncle google jer..uncle ankan melicat satu warna yg sentiasa ada bersama dgn aki uban ini ia itu warna kuning,
cincin zamrud dan sebagai nya...uncle, rata rata org sarawak sudah masak dgn tipu helah dari dia. harta haram yg d kaut oleh nya selama 30 tahun ini berada dmana mana (seperti yg ternyata dlm sarawakreport)...

ingatkan cepat mati sebb makkok nie guna begnajis pakai buang tp panjang juga umur dia.. kalau boleh uncle unsha usha sikit dng aki uban ini....sampaikan PM dan MANTAN PM dulu pun pernah kena TIAW ngan org tua nie...kalo ada mimpi pasal tib mahmood nie uncle usha kan k...

salam
terima kasih. dari..

SARAWAK...

Jawapan
Sehingga hari ini saya gagal mendapat sebarang maklumat dan bukti sahih ditangan. Samada luahan dari pembaca ini benar atau tidak saya tidak berani komen. Sekiranya ada diluar sana yang mempunyai sebarang bukti kukuh bolehlah email pada saya secara peribadi untuk dikongsi bersama dengan pembaca yang lain.

Uncleseekers
Seek The Truth

Tuesday, May 1, 2012

Azmin Ali 'Dihembus Kerja' oleh seorang Awekz? Fuiyoo..Syabas Inspektor Shahab.

Azmin Ali 'Dihembus Kerja' oleh seorang Awekz? Fuiyoo..Syabas Inspektor Shahab.

Klik imej untuk lebih besar
Mula-mula panaskan kuali, selepas itu tuangkan minyak, lepas tu masukkan rencah, burung dan gaul hingga rata. Biarkan sekitar 5 minit. Kalau burung itu berhenti berkicau tandanya sudah masak.

Klik imej untuk lebih besar

Burung apa tu..burung murai...burung apa tu..burung murai....burung apa tu..burung murai... Suka burung murai yer awak? 'Hembus kerja' burung murai tu puas-puas yer...hu hu

No tepon saya akak simpan lagikan? Dua kali jumpa kat Janda Baik tapi tak pernah citer panjang. Kali ni kalau jumpa kita story ek.

Berlari berkejaran, seindah bunga ditaman...
Dinda...Kanda...
Burung pun turut menyanyi...
lalalalala...



Sumber (klik)

Zahida, Zuraida, Shafie, Shuryani dan Noor Azman

Zahida, Zuraida, Shafie, Shuryani dan Noor Azman

Isteri tua merajuk balik rumah isteri muda, kalau dua-dua merajuk ana kawen tiga. Bang Pie, baru ada 'istwo' jer. Bila nak cari 'isthree' plak?. Kak Ani, kasi settle ajelah isu ni. Abang Pie nak bertanding timbalan presiden. Kesianlah kat dia. Janganlah garang sangat. Kerana Ida punya pasal, terlepas jawatan timbalan perdana menteri kang. Saper yang rugi. Kak Ani jugaaak...Dont woory maa..u still pegang title 'Datin Seri' dan 'kakak numbeeeer 1'. Number 2 dan seterusnya hanya ble menempel title tu jerr..Lagi pun 'benda tu bukan ble luak pun & tak lebih 6 inci. Menteri paling cute dalam kabinet Malaya (spesis bonsai) mana ble sepanjang tu...hu hu

20 tahun yang lalu kawan aku ada cakap, kalau satu isteri tu biasalah, 2 isteri selalunya mesti berperang, 3 isteri perang tamat, 4 isteri aman damai. Isteri pertama dengan isteri kedua selalunya 'tak ngam' dan cuma 'ngam' dengan nombor tiga dan empat.

Isteri pertama akan luahkan perasaan dalam hati kecilnya terhadap nombor 2, "padan muka ko, dulu ko amik laki aku, sekarang ko rasakan apa yang aku rasa, orang lain plak amik laki ko!"

Isteri-isteri Salleh Yaakob gak terbaek diladang....Cayalah lu Salleh!

Kekadang aku respect gak kat 'Mr Bonsai' tu sebab masih lagi mengutamakan produk tempatan. Aku pun macam dia jugak suka minum jus betik. Hu hu

Yang paling afdal hantar surat pada Zuraidah ialah Shafie. Zuraida Rafiq tak afdal.. tapi betulke bukti ditangan sudah mencukupi? Kalau betul ada, kad besar jangan kasi keluar dulu. Kalau tak karang masak weeii..Pasang kail harapkan haruan....rupa-rupanya kura-kura yang makan umpan...

Kenapa tak siasat sekali Datin Shuryani binti Shuaib?

Mr Bonsai ni jangan main-main! Insan seperti ini selalunya akal mereka panjang. Mengikut ahli firasat, spesis bonsai mempunyai perancangan yang baik tapi perlaksanaannya selalu terbarai ditengah jalan. YB Zuraidah, kes
Azmin Ali jangan dilupakan pulak. Barulah adil..Tak gitu?

Saper yang ada apam balik yang sedap dan mantap boleh buat jutaan ringgit dalam waktu yang singkat.
Setakat dua tiga filem berlakon jangan harap boleh memiliki rumah bernilai RM3 juta.. 'Rate' aku berlakon (Seekers 26 episod, Penunggu Istana & Dunia Baru The Movie) pun sekitar RM5,000 satu episod/sehari dengan NTV7 dan Primeworks. Tak perlu temberanglah buat statement 'saya kerjas untuk wang saya". Bukan senang nak 'berurusniaga secara yang sebenar' melibatkan transaksi ratusan ribu menggunakan 'wang tunai' melainkan 'jalan gelap', 'kekasih gelap' atau 'isteri gelap'. Bende yang baik tak perlu disorokkan. Ngaku ajerlah...Seperti pepatah Inggeris, orang yang berbohong dengan satu pembohongan akan terus berbohong untuk menutup pembohongan lain yang dilakukannya.

Semuanya tidak benar. Yang benar apa plak ek? Ceciter..Siapa yang makan cili dia terasa pedas. Kalau terlebih pedas nanti terciret plak. Pie sudah glamer sekarang. Politik itu seni. Hanya orang politik saja yang paham. UMNO ibarat artis, kena sentiasa buat publisti supaya glamer tak hilang. Kesian orang Sabah....

Tanya sama pokok, apa sebab goyang. Nanti jawab pokok, angin yang goncang.
Jika tiada angin mengapa kentut berbau?

Mereka dapat artis yang cantek. Beruk dalam video ni dapat apa? Kesian...terpaksa pakai lima jari sampai orgasm kejang kaki tu...


Bang, bahang 'raya' beberapa purnama lagi tapi mercun dah meletop sana sini. Kerusi jaga baik-baik, dah ada orang nak langgar! Timbalan Perdana Menteri yang dikejar tak dapat, Ketua Menteri Sabah yang keciciran. Kes kezaliman terhadap 2,000 keluarga pekebun getah tu dah selesaikanke?

Ida, Kasi dedah sama ini kes. Dedah jangan tak dedah…..biar satu Malaya tau..


Azmin Ali 'Dihembus Kerja' oleh seorang Awekz? Fuiyoo..Syabas Inspektor Shahab.
10 Tahun Goyang-Goyang Akhirnya...