Kenali mereka

Showing posts with label Paranormal. Show all posts
Showing posts with label Paranormal. Show all posts

Friday, November 4, 2011

10 Rakaman Makhluk Paranormal?

10 Rakaman Makhluk Paranormal?

Video dibawah sekali





Antara kesepuluh rakaman tersebut, yang manakah nampak lebih asli?

Monday, October 3, 2011

CCTV rakam gambar hantu

CCTV rakam gambar hantu

GAMBAR yang disiarkan dimuat naik oleh Andrew Dasilva di YouTube menunjukkan kelibat hantu (dalam bulatan) di sebuah kedai telefon yang dibina di bekas tapak rumah anak yatim Yorkshire.



LONDON - Seorang lelaki, Andrew Dasilva memuat naik imej kelibat seorang gadis yang dipercayai sebagai hantu di YouTube.

Imej itu mendapat liputan di beberapa laman web di Internet yang membincangkan mengenai sama ada ia sebenarnya gambar yang tulen.

Imej itu dirakamkan di sebuah kedai menjual telefon bimbit menerusi kamera litar tertutup (CCTV) pada waktu malam.

Dasilva memberitahu akhbar The Sun baru-baru ini, dia tidak percaya apa yang dilihatnya itu dan ia membuatkan dirinya berasa terkejut.

Kedai itu dibina di lokasi bekas tapak sebuah rumah anak yatim yang dikenali rumah anak yatim Yorkshire. - Agensi (klik)




_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://e.exps.me

Friday, September 2, 2011

Makhluk Paranormal (5)

Makhluk Paranormal (5)

Sebagai Orang Melayu, disini saya mengambil kesempatan mengucapkan 'Selamat Hari Raya' pada semua pembaca blog ini.

Kepada semua musuh-musuh saya
1. Cakra Alam & the group (termasuk famili)
2. Mahaguru Johari Mansur & the group (termasuk famili)
3. Bomoh-bomoh temberang
4. Persatuan silat yang melibat pukulan batin & the group
5. Permaisuri Aishah & the gang (termaasuk famili)
6. Penonton Filem Penunggu Istana

Saya mohon maaf zahir & batin kerana membongkar penipuan anda selama ini. Tiada serangan peribadi tetapi cara pengubatan dan perguruan anda yang temberang tu bertentangan dengan prinsip saya iaitu "To Seek The Truth".

Kepada pusat rawatan anda yang telah ditutup saya mengucap syukur pada ilahi kerana bangsa saya tidak kena temberang lagi. Saya rasa anda pun sudah mengutip berjuta ringgit lebih dari satu dekad. Jadi sebaiknya anda berniagalah dengan jujur selepas ini.

Untuk penonton Filem Penunggu Istana, sekali lagi saya jelaskan bahawa saya hanyalah pelakon pembantu yang mengikut skrip. Rahsia yang telah ditandatangani saya harus akur.

Berbalik pada imej di atas, 2 hari yang lalu saya terima satu email dari seseorang untuk memberi komen terhadap imej yang berjaya dirakamnya. Seperti biasa dan sudah beberapa kali saya jelaskan bahawa saya hendak meletakkan jawatan sebagai pengkaji paranormal hujung tahun ini jadi mood semakin kurang untuk perkara sebegini. Dengan ini, saya serahkan anda semua untuk menilaikannya.


_________________________
I have added cool emoticons to this message.
To see them go to http://x.exps.me?33106f04f114cff28e1a22ab23995491

Monday, July 18, 2011

Tapak Kaki Hantu didalam Disko?

Tapak Kaki Hantu didalam Disko?
Sekitar pertengahan 2010, salah seorang rakan menghubungi aku memaklumkan terdapat aktiviti paranormal yang aktif di tingkat satu sebuah disko yang ternama di Kuala Lumpur. Premis tersebut sudah hampir 2 tahun dibiarkan kosong.

Rakan aku telah menyewa premis tersebut untuk membuka disko dengan imej yang baru. Ketika para pekerja sedang sibuk mengubahsuai premis tersebut, ramai pekerja mendakwa selalu diganggu antaranya

1. Gelas dan batu bata jatuh dari tingkat atas. Secara logiknya, tingkat atas tersebut tidak berpenghuni dan terdapat lantai!
2. Lantai bergegar seolah-olah terdapat sesuatu yang berjalan diatas
3. Pelbagai bunyi pelik ditingkat atas.
4. Ketika proses ubahsuai tetiba bumbung runtuh!

Dipendekkan cerita, aku naik keatas dan jumpa dua imej mirip tapak kaki seperti gambar yang tertera di atas dan akhirnya...

tadaaaa.. semuanya dah selesai.

Hantu ada tapak kaki? Wakakaa..

Sunday, May 1, 2011

Saka - Kisah Benar - Makan kuat tapi badan makin melidi (2)


Oleh SHANIKA ABDULLATIB
dan NOR AZIRAN YUNUS
berita@kosmo.com.my


AIQQAL bersama bapanya, Azman di rumah mereka selepas dibenarkan keluar dari hospital di Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Sakit tapi selera makannya semakin menjadi-jadi.Itu fenomena luar biasa yang berlaku kepada Muhammad Aiqqal Azman, 12, yang menghidapi penyakit misteri sejak bulan Disember lalu.

Menurut ibunya, Wan Zuriati Wan Zulkipli, 37, anak keempatnya yang mesra dipanggil Aiqqal itu mampu makan nasi lima hingga enam pinggan besar sekali gus apabila lapar.

“Aiqqal tiba-tiba menjadi seorang yang kuat makan dan kadar pemakanannya luar biasa. Apa yang pelik, semakin banyak dia makan tetapi badannya tetap kurus.

“Namun, apabila seperiuk nasi, sup atau apa sahaja yang dimasak, dia boleh habiskan seorang diri. Perkara tersebut merisaukan kami sekeluarga,” katanya kepada Kosmo! Ahad di kediamannya di Kondo Mentari, Bandar Sri Permaisuri di sini semalam.

Wan Zuriati memberitahu, Aiqqal bukan sahaja makan dalam kuantiti yang banyak tapi berulang kali dan tidak kira masa dan tempat.

Malah, kata beliau, anaknya itu pernah bangun pukul 3 pagi semata-mata untuk makan.

Bagaimanapun, menurut Wan Zuriati, berat badan Muhamad Aiqqal yang dahulu mencecah 35 kilogram kini menyusut sehingga 20 kilogram sejak dimasukkan ke Hospital Pakar Ampang Puteri dua minggu lalu.

Saka - Kisah Benar - Makan kuat tapi badan makin melidi (2)
Mekanik dakwa lihat tiga kepala lembaga pelik
Demam nampak pocong - Penduduk dua kampung gempar kemunculan lembaga putih
Lokasi paling berhantu
Jerat bomoh temberang
Seekers terbit koleksi enam buku mini hantu tempatan
Seekers goes online
Siaran TV Mistik Tempatan 24 Jam
PSI bukukan kajian tentang makhluk halus
Dunia Hantu Uncle Seekers

Friday, April 29, 2011

Saka - Kisah Benar - Kerana sebentuk Cincin Arwah! (Part 1)

Saka - Kisah Benar - Kerana Sebentuk Cincin Arwah! (Part 1)

SEBELUM
Aiqqal bersama adek kesayangannya
2010

SEMASA
Tubuh Aiqqal semakin kurus sehingga terpaksa dimasukkan kedalam ICU minggu kedua bulan April 2011
Mac 2011

TERKINI
Aiqqal semakin pulih.
28-4-2011
Aiqqal (facebook) boleh dilawati di Hospital Pakar Ampang Puteri - bilik 638. Aiqqal sangat gembira kalau ada orang add dia kat facebook.

Ringkasan (sori tulis ringkas saja sebab banyak kerja nak buat)

Saya telah dimaklumkan oleh ibu Aiqqal bahawa Aiqqal mula dirasuki Saka sekitar hujung tahun 2010. Aiqqal secara tiba-tiba Aiqqal rebah di perkuburan semasa upacara pengkebumian sedang dijalankan. Sejak dari itu Aiqqal berubah sikap. Ibunya kerap diganggu makhluk paranormal didalam kondominum yang mereka duduki. Selera makan Aiqqal tidak sepadan dengan usia dan tubuhnya!

Aiqqal dimasukkan kedalam hospital Ampang Puteri buat kali pertama sekitar awal tahun 2011. Setelah diperiksa, doktor pakar mengesahkan yang Aiqqal tidak mengahadapi sebarang penyakit. Kedua orang tuanya tidak berputus asa dan mencari alternatif lain iaitu dengan berubat dengan pelbagai rawatan islam dan bomoh. Dipendekkan cerita, jalan terakhir mereka berjumpa dengan Darul Shifa namun juga gagal membantu malah tubuh Aiqqal semakin kurus.

Akhirnya Aiqqal rebah dan terpaksa dimasukkan kedalam ICU kerana keadaannya semakin kritikal. harapan untuk hidup 50/50. Mereka sekeluarga terus diganggu oleh 'makluk paranormal' sehinggalah bertemu dengan seorang hamba Allah datang bersama dua orang pembantunya menawarkan diri untuk merawat Aiqqal pada 22-4-2011 sekitar 7.45 malam sebaik saja Aiqqal dikeluarkan dari ICU.

Bapa Aiqqal menerangkan pada hamba Allah ini bahawa doktor pakar hospital tersebut mengesahkan bahawa Aiqqal tidak mengalami sebarang penyakit.

Selama 4 hari berturut-turut daripada 22-4-2011 sehingga 26-4-2011, setiap maghrib dan tengah malam Aiqqal akan mengerang kesakitan dibahagian tulang belakang dan sulbinya.

Akhirnya pada 27-4-2011 sehingga artkel ini ditulis pada 29-4-2011 jam 5.15 pagi, Aiqqal tidak lagi mengerang kesakitan dan tubuhnya semakin sihat dan mungkin akan pulang kerumah dalam waktu terdekat.

Saya juga dimaklumkan bahawa 'makhluk paranormal' yang ada dalam tubuhnya sudah melarikan diri. Hamba Allah ini tidak mengenakan sebarang imbuhan malah diberikan hadiah berbentuk topi pada hari pertama mereka berjumpa sebagai pembakar semangat. Hamba Allah ini akan menziarahinya dan menelefon setiap hari bertayakan khabar sekitar waktu maghrib.

Lisa Suriani
Pada 23-4-2011 Aiqqal pernah maklumkan pada hamba Allah ini yang beliau teringin sangat nak jumpa artis pujaannya iaitu Lisa Suriani.

Aiqqal teringin nak makan telor masak kicap dan sardin masakan ibunya apabila keluar dari hospital nanti.

Apa kaitannya rasukan Saka ini dengan sebentuk cincin dibahagian 2 nanti.

Mungkin kerana doa anda, Aiqqal semakin pulih. Terima Kasih.

Saturday, March 26, 2011

Makhluk paranormal 4 (Halimunan?)

Makhluk paranormal 4 (Halimunan?)



Rakaman ini diambil sekitar 7 tahun yang lalu. Sebenarnya terdapat ratusan rakaman makhluk paranormal dalam simpanan kami untuk dibuat kajian.

Rakaman kali ini, anda diberi peluang bersama-sama kami untuk berkongsi pengalaman dan menjadi juri paranormal.

Semuga pandangan anda dapat dikongsi bersama dengan orang ramai.

Hadiah tetap akan diberikan pada anda seperti yang lalu (klik) (klik)

Sila rujuk maklumat penuh tentang kisah ini (klik)

Tarikh - 24-12-2004
Hari - Jumaat
Waktu - 00.45 tengahmalam
Lokasi - Bekas penjara kusta, Sungai Buluh.
Gajet - 2 video camera
Pengkaji - Adeekseekers & Sisseekers
Subjek - Penjara lama tersebut mempunyai dua blok. Adeekseekers berjaya merakam rakaman ini secara tidak sengaja ketika kajian sedang dilakukan dan ketika itu Sisseekers berada disebelahnya. Mereka bedua membawa kamera video jenama sony masing-masing. Terdapat sebuah pintu seolah-olah sedang bergerak dengan sendirinya (tiada terdapat sebarang pintu dilokasi tersebut)

Syarat-syarat
Sebagai pihak juri, anda bebas memberi sebanyak manapun pendapat tentang rakaman ini dalam kotak komen. Pihak kami hanya akan menolak komen anda sekiranya bertentangan dengan rakaman di atas. Pihak kami akan hubungi anda dengan segera sekiranya jawapan yang diberikan sudah memuaskan pihak kami dan selepas itu kami akan paparkan rakaman yang seterusnya.

Nota
Anggota Team PSI jangan nak menyibuk dalam peraduan ni.

Thursday, March 17, 2011

Makhluk paranormal 3 (Hantu Budak)?

Makhluk paranormal 3 (Hantu Budak)?

Kosmo - 21-1-2007



1. Rakaman imej misteri seakan sinar-X (X-ray) seakan berbentuk janin diperut kanak-kanak melalui talian tangan?

2. Imej aneh di rambut?

3a. Tidak terdapat sebarang kuku kotor jari telunjuk sebelah kiri

3b. Kelihatan kuku panjang yang kotor jari telunjuk sebelah kiri?

4. Kelihatan kesemua jari sebalah kanan lebih panjang dari asal?
(klik imej untuk lebih besar)
(klik imej untuk lebih besar)

Memandangkan dua rakaman telah dipaparkan dan terdapat beberapa pandangan dari juri paranormal,(mekasih banyak-banyak), untuk kali ini, kami paparkan beberapa imej yang pendapat kami lebih sukar sedikit untuk anda buat keputusan. Walaubagaimanapun, kami masih mengalu-alukan komen anda sebagai juri paranormal untuk kita kongsi bersama. Hadiah tetap akan diberikan pada anda sperti yang lalu (klik) (klik)

Sila rujuk maklumat penuh tentang kisah ini (klik)


Nota
Anggota Team PSI jangan nak menyibuk dalam peraduan ni.
(Dengan IZINNYA, semua permasalahan aktiviti paranormal yang negatif berjaya kami selesaikan dalam masa tidak lebih satu jam dengan syarat tiada sebarang imbuhan yang diberi.)

Tuesday, March 15, 2011

Makhluk Paranormal 2?

Makhluk Paranormal 2?




Bermula daripada hari ini, kami menjemput anda semua untuk menjadi juri pengkaji paranormal. Terdapat tidak kurang 10 rakaman makhluk paranormal yang akan dipaparkan dari 12-3-2011 sehingga 12-4-2011. Sesiapa yang dapat memberi jawapan yang 'bersesuaian' kami akan menghadiahkan sebotol 'Pembersih Harian Wanita' keluaran Cik Manja yang telah mendapat pengiktirafan 'Malaysia Book Of Record' (First Safety Test Of Feminine Hygiene On Human). Kalau kaum adam yang menang, ko orang bagilah kat bini atau aweks atau bakal mak mertua. Ahakz...

(Terdapat 10 botol untuk anda miliki - Setiap rakaman, Cik Manja hadiahkan 1 botol untuk pemenang)

Klik imej untuk lebih besar

Maklumat tentang kejadian

Tarikh - 14-12-2006
Hari - Khamis
Waktu - 10.59 malam
Lokasi - Pameran Alam Misteri - Nilai 3, Negeri Sembilan
Gajet - Cctv
Posisi - Cctv 4
Pengkaji - Syamsul Bahari
Subjek - Terdapat 8 cctv dipasang di dalam pameran tersebut. Salah satu kejadian kali ini terdapat satu objek yang terbang.

Syarat-syarat
Sebagai pihak juri, anda bebas memberi sebanyak manapun pendapat tentang rakaman ini dalam kotak komen. Pihak kami hanya akan menolak komen anda sekiranya bertentangan dengan rakaman di atas. Pihak kami akan hubungi anda dengan segera sekiranya jawapan yang diberikan sudah memuaskan pihak kami dan selepas itu kami akan paparkan rakaman yang seterusnya.

Tunggu apa lagi...
Nota
Anggota Team PSI jangan nak menyibuk dalam peraduan ni.

Saturday, March 12, 2011

Rakaman Makhluk Paranormal 1?

Rakaman Makhluk Paranormal 1?
Ketakutan itu satu hiburan



Bermula daripada hari ini, kami menjemput anda semua untuk menjadi juri pengkaji paranormal. Terdapat tidak kurang 10 rakaman makhluk paranormal yang akan dipaparkan dari 12-3-2011 sehingga 12-4-2011. Sesiapa yang dapat memberi jawapan yang 'bersesuaian' kami akan menghadiahkan sebotol 'Pembersih Harian Wanita' keluaran Cik Manja yang telah mendapat pengiktirafan 'Malaysia Book Of Record' (First Safety Test Of Feminine Hygiene On Human). Kalau kaum adam yang menang, ko orang bagilah kat bini atau aweks atau bakal mak mertua. Ahakz...

(Terdapat 10 botol untuk anda miliki - Setiap rakaman, Cik Manja hadiahkan 1 botol untuk pemenang)

Klik imej untuk lebih besar

Maklumat tentang kejadian

Tarikh - 7-1-2007
Hari - Ahad
Lokasi - Pameran Alam Misteri - Nilai 3, Negeri Sembilan
Gajet - Cctv
Posisi - Cctv 2
Pengkaji - Syamsul Bahari
Subjek - Terdapat 8 cctv dipasang di dalam pameran tersebut. Salah satu kejadian adalah daun pisang dan beberapa pokok yang berdekatan kelihatan bergerak dengan sendirinya. Kejadian ini berlaku selepas pameran di tutup selepas 10 malam. Pokok pisang di dalam pasu yang ditempatkan berdekatan dengan salah satu 'objek pameran' dalam pameran tersebut didapati bergerak turun ke bawah dengan sendiri.

Syarat-syarat
Sebagai pihak juri, anda bebas memberi sebanyak manapun pendapat tentang rakaman ini dalam kotak komen. Pihak kami hanya akan menolak komen anda sekiranya bertentangan dengan rakaman di atas. Pihak kami akan hubungi anda dengan segera sekiranya jawapan yang diberikan sudah memuaskan pihak kami dan selepas itu kami akan paparkan rakaman yang seterusnya.

Tunggu apa lagi...

Nota
Anggota Team PSI jangan nak menyibuk dalam peraduan ni.

Friday, March 11, 2011

Imej Hantu Di Kilang?

Imej Hantu Di Kilang?

As salam,uncle, leh tolong tgk gambar ni x. gambar ni baru dapat last week dari member tmpt keje, critenya gambar ni dpt time org g smbyg jumaat, dia g lepak dalam opis(x g smyg ar tu kot), tetiba lak ngah lepak2 main henpon, nampak lah benda ni, terus snap. uncle tolong tengek kebenaran gambar ni. Terima kasih. kecoh sekilang pasal gambar ni.

Salam semua,

Aku dapat email dari seseorang yang tidak dikenali bertanyakan tentang kebenaran gambar yang sedang hangat diperkatakan oleh beliau di tempat kerja. Dipendekkan cerita, anggaplah gambar di atas ini dilakukan oleh tangan-tangan yang nakal.

Sunday, February 6, 2011

Bertemu janda baik di Janda Baik…..

Bertemu janda baik di Janda Baik…..

Artis Zaid Zakaria bersama Ku Yah ketika pelancaran albumnya di Janda Baik suatu ketika dahulu

Kampung Janda Baik sudah lama wujud. Perkampungan tradisional Melayu di Pahang yang bersebelahan dengan Selangor ini bagaimanapun hanya diketahui ramai kerana dua peristiwa iaitu ura-ura menempatkan kampus Universiti Islam Antarabangsa di situ dan nahas udara melibatkan Tan Sri Ghazali Shafie @ King Ghaz, mantan Menteri Dalam Negeri yang digeruni.

Kedua-dua peristiwa ini melonjakkan nama Janda Baik. War-war mengenai kampus UIAM telah mengakibatkan orang ramai, khususnya hartawan dan ahli politik berebut-rebut membeli tanah di situ. Akibatnya tanah hutan belantarapun melambung tinggi harganya.

Bukit macam mana sekalipun, harganya tetap naik kerana pembeli berebut-rebut membuat pelaburan. Kalau bukitpun melambung harganya, bayangkan pulalah harga tanah lurah dan rata - apatah lagi jika ada pula anak sungai mengalir di situ.

Saya sendiripun baharu sahaja kenal dengan Janda Baik. Semasa kemalangan melibatkan Tan Sri Ghazali Shafie di situ, saya tidak ke sana dan hanya sampai di perkampungan Melayu tradisional itu sekitar tahun 1987 iaitu dipelawa oleh seorang janda baik melihat rumah banglo yang baharu sahaja dibinanya di situ. Ooops.. Pergi bukan seorang tetapi dengan rakan sepejabat di Utusan Melayu.

Memang cantik rumahnya itu. Bangunan dua tingkat, hanya sebahagian di lantai bawah bersimen manakala selainnya menggunakan kayu. Di sisinya ada kolam renang manakala di belakang rumah dibina sebuah jambatan untuk menghubungkannya dengan anak sungai yang telah diubahsuai menjadi kolam dan taman air.

Di sebelah kolam renang pula ada ladang durian kira-kira setengah. ekar. Pendek kata, memang cantik, menarik apatah lagi dihiasi pelbagai tanaman bunga perhiasan dan tumbuhan lain yang diambil dari kawasan hutan sekitar. Pemiliknya pernah menawarkan kepada saya banglo berkenaan dengan harga RM180,000 sahaja iaitu kos pembinaan rumah sahaja tidak termasuk harga tanah dan lain. Katanya, harga itu sebagai tanda persahabatan.

“Apokan dayo…duit tak ado,’’ (terkenang pula Blues Gang). Kali terakhir ke sana awal tahun lalu, saya diberitahu rumah dan tanah berkenaan kini tidak kurang daripada RM1.8 juta…….Dan telah lamapun dirembat pemilik baharu.

Pendekata, banglo dua tingkat ini memang ‘ngam’ untuk dijadikan rumah istirehat pada hujung minggu.. Itu kali pertama saya ke rumah berkenaan dan tidak lama kemudian, saya ke banglo sederhana mewah berkenaan sekali lagi… kali ini bersama keluarga dan juga keluarga seorang rakan yang mempunyai anak lelaki yang hendak dilonjakkan sebagai artis.

Jejaka berkenaan namanya Zaid Zakaria. Zakaria adalah kawan yang dikenali kerana tinggal serumah dengan abang saya Azim ketika kami masih bergelar bujang dahulu.

Pada hari berkenaan kami ke Janda Baik untuk program melancarkan clip video Zaid serta memperkenalkan artis Red Tomato itu kepada pihak media. Yang melancarkannya adalah pemilik banglo berkenaan, Datin Paduka Hajjah Puteri Zahariah Sultan Salahuddin (Kuyah), puteri Almarhum Sultan Selangor.

Inilah banglo yang ditawarkan dengan harga 'tanda persahabatan' di Kampung Sum-sum Janda Baik. Oleh kerana ketika itu penulis tiada wang, rumah sederhana mewah itu kemudiannya dijual dengan harga jauh lebih tinggi

Jadi si artis dan Ku Yah make-up di ’chalet’ mewah berkenaan dan make-up artist pula ditempah khas oleh Ku Yah sendiri dari ibukota Kuala Lumpur. Saya…jadi penghubung sahaja…! Walaupun bersiap di sana, majlis pelancaran diadakan di sebuah banglo mewah lain yang terletak di atas puncak bukit.

Pemilik banglo berkenaan pula adalah mantan wakil rakyat di Johor dan kemudiannya menjadi orang filem. .Sejak daripada itu saya amat tertarik dengan Janda Baik, maka seringlah ke sana untuk pelbagai tujuan. Zaid kini dah ‘ghaib’ setelah melanjutkan pengajian ke luar negara.

Selain bercuti dan berehat bersama keluarga, saya juga membawa rombongan besar Gerakan Belia 4B Hulu Langat dan anggota Jabatan Pertahanan Awam ke pusat peranginan itu. Kami ke sana kerana menyambut Detik 12 Malam 31 Ogos 2000. Kami menginap di chalet D’Ark Pelbagai kegiatan dilaksanakan di sana termasuklah persembahan kesenian, sukaneka dan yang paling seronok tentulah mandi bagi kanak-kanak dan ibu mereka manakala yang lelaki pergi memancing.

Tiga tahun lalu, seorang sahabat lama, Datuk Kamal Amir.membawa kami iaitu anggota Agendadaily termasuk bos kami, Rosli Ismail, Hanafiah Man dan juga Lokman Abdullah bersama beberapa orang penulis ke rumah Syed Hussin Al-Attas (Pak Habib) di Janda Baik. Hadir sama, Datuk Norza Zakaria. Pada majlis sembang petang itu, para penulis tidak bertuan itu telah bertukar-tukar pendapat mengenai penulisan dan masa depan masing-masing.

Amat menarik pertemuan tersebut, tetapi entah macamana, saya lebih tertarik dengan persekitaran Wadi Hussin milik Pak Habib. Saya amat kagum dan terpegun dengan kecantikan taman dan kreativiti penulis berusia lebih 70 tahun itu. Belum pernah saya melihat scenario yang sama sebelum ini.

Walaupun sudah mengenali Pak Habib sejak lebih 20 tahun lalu, petang itulah pertama kali saya ke Wadi Hussin. Kakak angkat saya, Ainon Mohamad, pengikut setia Edward Devono yang tinggal tidak jauh dari rumah Pak Habib sering bercerita mengenai wadi itu, tetapi entah macam mana, baru hari itu saya berkesempatan menjejak kaki ke situ.

Wadi Hussin hebat. Kawasannya seluas 10 ekar memanjang selari dengan anak sungai yang mengalir di sisinya. Ada pelbagai jenis pokok bunga,buah-buahan dan juga hidupan liar di samping kolam-kolam ikan yang dihuni pelbagai spesis ikan dan hidupan air lain.

Rumah utama Pak Habib yang tiga tingkat cukup menarik. Demikian juga beberapa buah bangunan atau chalet lain yang dibina hasil pengumpulan barang-barang terpakai. Hanya simen dan kapur sahaja kelihatan dibeli, yang lain hampir semuanya terpakai seperti pintu, tingkap, cermin, perhiasan dan juga tempat duduk.

Isteri penulis, Noraini Ahmad (mendukung anak) bersama Ku Yah di rumahnya.

Inilah keistimewaan kreativiti Pak Habib, keturunan Arab-Yemen yang kini mengalir darah Melayu dalam jiwanya - seorang yang lebih dikenali sebagai penulis politik yang telah menghasilkan puluhan buku sejak tahun 1972 lagi. Memang hidupnya bergelumang dengan penulisan politik, tetapi beliau bukan orang politik.

Sejak daripada itu, saya telah empat kali ke Wadi Hussin – bermalam di sana. Setelah beberapa kali di sana, berkenalan pula dengan anaknya, Syed Abdullah (Beb Lah) - juga seorang yang bukan calang-calang orang. Jika Pak Habib menulis mengenai politikus khususnya yang rakus… Beb Lah pula menghabiskan banyak masa untuk berkenalan dengan hantu dan menulis mengenainya.

Beb Lah dikenali juga sebagai Uncleseeker (alah..yang baru-baru ni tulis fasal Cik Puan Siti Aishah dan Fauziah Latiif) ini sedang berusaha untuk membina muzium hantu dan beliau dengan bantuan ‘pakar’ hantu dari Jerman telah menjelmakan beberapa hantu dari seluruh pelosok dunia, tetapi hantu-hantu berkenaan masih 'dikurung' di dalam sebuah rumah di situ. Orang ramai belum boleh temui hantu-hantu berkenaan. Saya dah jumpa….

Dua tahun lalu, ketika memancing bersama anak-anak dan kawan-kawan anak saya pada awal pagi, kami dijengah oleh seorang teman yang tidak pernah kami kenali. Tetamu itu memberi salam kepada saya dan anak bungsu, Ilias Fadzli. Kami menjawab salam sambil melemparkan senyuman - maklumlah… perempuan…kan. Rasa-rasanya perempuan manis itu tak perasaanpun saya senyum sebab cahaya samar-samar je .

Sicantik manis itu peramah orangnya. Semakin lama semakin rancak dia berbual. Banyaklah pertanyaan yang diajukan. Beliau bertanya kami datang dari mana dan kami tidak keberatan untuk menjawab. Dia juga bertanya apa tujuan ke Janda Baik, banyak ke dapat ikan dan dah dapat banyak, buat apa pula. Setelah kira-kira 15 minit bersembang, simanis itu meminta diri untuk beredar.

Dalam cahaya samar-samar itu saya sempat melihatnya melempar senyuman. Jelas manis dan kelihatan lebih muda daripada tanpa senyum.

Wanita itu sempat pula berbual-bual dengan seorang lagi anak lelaki saya, Ilias Badri bersama rakan-rakannya yang memancing di hulu sedikit daripada kami.

Kemudian perempuan itu memberi isyarat lagi dia mahu beredar….. Kali ini melambaikan tangan dan kamipun memberi salam. Beliau kelihatan berjalan ke arah pintu chalet kami menginap. Anak dan kawan-kawannya melihat ke arah saya dan anak bungsu. Kami terpinga-pinga tetapi berdiam diri sahaja. Waktu itu sudah pukul 2.30 pagi.

Kami hanya terus memancing dan tak mahu heboh-heboh soal tadi. Pancing punya pancing, tak dapat seekorpun lagi. Kira-kira 3.15 pagi kami balik ke bilik masing-masing - sempat juga jeling-jeling ke ruang lapang dalam chalet itu jika ada sesiapa di situ. Nyata kosong sahaja kecuali barang-barang keperluan yang kami bawa.

Esoknya, selepas sarapan pagi bermenukan nasi goreng dan lauk ikan goreng panas, saya ke anak sungai lagi. Seperti biasa, nak mandi terlalu sejuk, maka teruslah memancing. Sedang memancing, Beb Lah yang berseluar pendek muncul dan bertanya: “Tak tidur dari semalam ke…”

Saya jawab dan beritahu dah tidur sebentar dan bertanya pula siapa tetamu lain yang tidur dalam chalet kami. “Mana ada orang lain. Kalau adapun kami bagi chalet lain.”

“Habis tu yang sembang-sembang dengan kami malam tadi siapa….?” Anak saya bingkas bertanya ingin tahu siapakah gerangan perempuan manis yang melayani kami jam 2.30 pagi berkenaan. Beb Lah cuma tersenyum manis tanpa kata apa-apapun.

Saya pula mencelah dengan memberitahu Beb Lah bahawa perempuan itu memakai baju putih, rambutnya panjang melepasi bahu, senyumnya meleret dan dia cukup peramah. Beb Lah cuma senyum dan berkata ringkas. “Bertuahlah sesiapa jumpa dia… bukan semua orang ada peluang.”

Beb Lah tukar tajuk cerita dan kami terus tergamam. Saya tak puas hati dan enam bulan kemudiannya saya datang lagi ke Wadi Hussin. Kali ini dapat sembang-sembang lama dengan Pak Habib. Dalam kesempatan itu saya terus bangkitkan pengalaman kami itu. Ringkas sahaja komen Pak Habib: ”Kalau ada rezki memang boleh jumpa janda tu….” - 10/1/2011

Oleh : Badrul Hisham Abdul Aziz (klik)

Nota : Betulke cerita ni Dato Badrul? Saya tahu Dato lebih suka berkata benar dalam hidup Dato' tetapi bolehkah kami semua tahu tarikh berlakunya peristiwa tersebut kerana saya juga sudah lupa kerana ramai tetamu yang datang ke teratak orang tua saya ini. (Maaf kerana tidak berhubung dengan Dato' sendiri tentang kisah ini). Saya nak periksa sendiri dalam buku catatan Team PSI samada tarikh tersebut ada atau tidak anggota wanita dalam anggota Team PSI berlegar di tempat tersebut.

Monday, January 17, 2011

USD1juta milik anda - Tawaran dari James Randi

USD1juta milik anda - Tawaran dari James Randi

Setelah saya berbincang dengan anggota Team PSI, dengan ini saya menawarkan kepada sesiapa saja tawaran USD 1juta dari James Randi kepada anda (klik)

James Randi

1. Apa yang perlu anda lakukan - Hubungi James Randi dan maklumkan padanya terdapat kes paranormal (api misteri) di Kelantan atau mana-mana api misteri yang berlaku di seluruh Malaysia.

2. Apa yang perlu James Randi lakukan - Mengesahkan kes api misteri tersebut memang sahih (berunsur paranormal).

3. Apa yang kami lakukan - Saya akan buktikan bahawa Team PSI akan selesaikan masalah api misteri dalam masa setengah jam sahaja dan wang USD1juta tersebut menjadi milik anda.

"To Seek The Truth"

Friday, January 14, 2011

Api Misteri di Kelantan

Api Misteri di Kelantan

1. 30 Disember 2010 - Api misteri hantui keluarga Zainab – Utusan Online - (Klik)

2. 31 Disember 2010 - Api misteri semakin kerap berlaku - – Utusan Online - (Klik)

3. 01 Januari 2011 - Rumah diganggu api misteri terus jadi tumpuan - Kosmo (Klik)

4. 03 Januari 2011 - Mangsa api misteri terus diserang - Berita harian - (Klik)

5. 06 Januari 2011 - Rahsia api misteri terbongkar – Utusan Online (Klik)

6. 10 Januari 2011 - Lima sekeluarga diserang api misteri - kosmo - (Klik)

Sekitar jam 6.52 petang tadi ketika aku sedang menikmati juadah makanan bersama adek angkat aku yang hampir masuk 3 hari berkhatan dan bersama isterinya tetiba aku terima satu panggilan dari Abe Hanafi salah seorang anggota Team PSI yang menetap di Kelantan yang mana sekarang ini sudah pun menubuhkan satu kumpulan pengkaji paranormal yang bergelar Indiependent Paranormal Kelantan.

"Abang, sekarang saya berada dirumah yang sedang hangat diperkatakan umum tentang api misteri" Suaranya agak perlahan. Mungkin dia tidak mahu keluarga didalam rumah tersebut mendengar perbualan kami. Seperti biasa, dikalangan kami memang sudah faham sangat perangai Abe yang loghat kelantannya sangat pekat.

"Ada apa yang abang boleh bantu?" Aku bertanya sambil mengunyah nasi.

"Banyak yang terbakar dan ada bomba kat sini" Mungkin kerana darah mudanya yang bergelora membuatkan aku rasa geli hati kerana semangatnya yang berkobar-kobar untuk merungkai permasalahan api misteri ini.

"Macam biasalah Abe... Suruh dia hubungi abang sendiri kalau dia perlukan pertolongan" Anggota kami sentiasa berhubung sesama sendiri sejak 2004 sehinggalah sekarang samada bertanya khabar atau seiranya terdapat sebarang kesulitan.

"Ok Bang, Assalamualaikum"

"Salam Abe". Aku terus teringat tentang Max! Max adalah salah seorang anggota Team PSI yang menetap di Kajang. Orangnya rajin, berbudi bahasa, jiwang dan agak kelam kabut sikit (mungkin masih muda lagi kot!) Kalau tak silap aku Max pernah bertanya pada aku tentang perkara ini dalam facebook tapi ketika itu aku sibuk dengan peguam tentang saman Permaisuri Siti Aishah. Jadi aku abaikan saja.

Max, Adeek, Jamie dan Sis pernah mengikuti aku selesaikan masalah sebegini pada 19 April 2007 (bukti kajian 1) dan (bukti kajian 2) dalam masa tak sampai setengah jam. Banyak lagi masalah sebegini boleh diselesaikan, cuma aku perlukan 4 syarat saja.

1. Orang yang menghadapi masalah paranormal mesti hubungi aku sendiri atau wakil (Prinsip kami 'memberi pada yang meminta')

2. Jangan beri kami sebarang bentuk imbuhan seperti hadiah, duit atau apa saja(setakat segelas air dari tuan rumah kami tidak akan menolak)

3. Surat penghargaan selepas masalah diselesaikan untuk Team kami buat simpanan rekod. (Lebih 50 kes seluruh semenanjung aku dah bantu dengan izinNYA)

4. Tidak dibenarkan buat publisiti pada mana-mana media selepas masalah ini selesaikan. (Minta Maaf banyak-banyak pada semua wartawan)

Sekitar jam 7.26 malam, aku terima sms dari Abe dan seperti biasalah aku tak akan hubungi penama tersebut takut permasalahan ini tak dapat diselasaikan. Setiap sorang ada cara masing-masing. Kan kan kan

Pada aku masalah api misteri ini walau dimana sahaja ianya terjadi untuk aku selesaikan adalah 'KECIK PUNYA HAL' sekiranya DIA mengizinkan. Dijamin tak sampai setengah jam boleh settle! he he

Aku tau korang mesti kutuk aku berlagakkan? Nak buat camner, dah stail aku camni. Bukannya aku minta duit atau sebiji nasi kat korang pun.

Kami hanya tampil membantu sekiranya pelbagai ustaz, bomoh atau segala jenis Darul yang hebat-hebat gagal membantu.

Aku hanya akan membantu masalah paranormal sebegini sehingga hujung tahun 2011 ini sahaja. Pastu aku nak 'tutup kedai' hal-hal sebegini lagi.

Mengikut kajian aku, mungkin terdapat 3 atau 4 kes misteri paranormal sepanjang tahun 2011 ini yang sama taraf seperti kes sekarang atau mungkin lebih dasyat lagi. Satu samada di Sabah atau Sarawak dan dua atau 3 kes lagi di Semenanjung.

Ditakdirkan saya menutup mata, saya hanya minta tolong dari semua para pawang, dukun, bomoh, ustaz dan segala 'Darul' tak perlulah ambil sebarang duit imbuhan atau pengeras atau 'duit sembahyang hajat' pada 'insan yang tidak berkemampuan' kalau kita ikhlas nak membantu dari segi PARANORMAL.

"To Seek The Truth"

Saturday, April 3, 2010

Makhluk Paranormal

Makhluk Paranormal

Tugas Pengkaji Paranormal

Tugas pengkaji adalah suatu usaha untuk mengkaji dan membuktikan kewujudan makhluk paranormal, Mengkaji adalah sulit, tapi membuktikannya adalah lebih sulit. Dari tahun 2004 sehingga kini saya bersama Team PSI belum pernah mendapat maklumat secara saintifik tentang makhluk paranormal dan adalah mustahil ianya boleh dikaji sebegitu. Tiada sesiapapun di dalam dunia ini tahu secara mutlak tentang kehidupan alam makhluk paranormal.

Pengkaji atau penyelidik paranormal selalunya sibuk pada bulan November atau Disember setiap tahun untuk mengkaji atau menyelidik lokasi yang dikatakan terdapat aktiviti paranormal kerana dikatakan pada bulan tersebut manusia mencetuskan tenaga negatif yang kononnya salah satu ‘agen penyubur’ makhluk paranormal. Akan tetapi ada juga yang mempercayai pada bulan Januari adalah bulan yang paling banyak manusia menghasilkan tenaga negatif akibat tekanan perasaan disebabkan faktor kewangan dan secara tidak langsung menjejaskan hubungan sesama keluarga.

Perasaan Ketika Mengkaji
Adalah lumrah ketika kajian sedang dilakukan ditempat yang dikatakan terdapat aktiviti paranormal emosi pengkaji bergolak, ghairah, panik, teruja, takut dan berkecamuk!


Jangan melakukan sebarang kajian kalau mengantuk atau sakit kerana banyak musibahnya! Apa yang pernah berlaku pada salah seorang pengkaji Team PSI yang bernama Salim jadikan iktibar!

Perasaan marah, tertekan, kesal dan bosan bersama pengkaji yang tidak mendengar kata, tidak memberi tumpuan, leka, suka berkhayal, mengeluh, atau tidak memberi kerjasama harus dibuang jauh-jauh. Perasaan sebegini membuatkan malam semakin jauh!

Perasaan takut adalah lumrah dalam setiap kajian tetapi reaksi terhadap ketakutkan adalah lebih penting. Lokasi yang terdapat aktiviti paranormal kebiasaannya menghasilkan perasaan unik terutama pada pengkaji baru yang kurang daya ketahanan diri.

Perasaan sedih secara tiba-tiba kadangkala muncul ketika kajian sedang dijalankan dan tidak kurang juga perasaan marah yang memuncak sesama anggota. Pernah berlaku satu peristiwa pada tahun 2005 di Bukit Tuanku, dimana dua orang anggota wanita bergaduh sesama mereka sehingga hampir menggunakan pisau untuk bergaduh! (Sejak dari peristiwa tersebut, Team PSI tidak dibenarkan membawa pisau!)

Peralatan

Pastikan perlatan yang dibeli adalah peralatan yang terbaik,tepat dan sesuai dengan tugasnya supaya pembaziran wang dan masa dapat dielakkan. Perkara yang paling penting adalah mempunyai pengetahuan tentang peralatan kerana ianya adalah kunci keberhasilan setiap kajian. Luangkan masa untuk mengetahui lebih mendalam tentang alat-alat ini.

Semasa kajian dilakukan, tulis semua maklumat yang penting, masa dan juga perasaan (bosan, gembira, takut), pengalaman dan apa juga yang difikirkan! Anda juga harus menulis apa yang dilakukan oleh rakan lain semasa kaijan dilakukan. Soalan-soalan didalam fikiran juga harus ditulis selepas kajian selesai! Jurnal kajian boleh mengesahkan setiap kejadian yang berlaku.

“Peralatan yang tepat di tempat yang tepat pada saat yang tepat”

1.EMF (Electromagnetic field)
Kebanyakan pengkaji paranormal percaya bahawa makhluk paranormal memancarkan medan elektromagnet. Pengkaji paranormal amatur seluruh dunia masih menggunakan alat ini sebagai alat untuk mengesan kewujudan mahkluk paranormal yang berdamping pada manusia, tempat atau benda.

Pada pendapat kami, alat sedia ada ini tidak cukup canggih untuk mengesan kehadiran mahkluk paranormal dan ianya tidak banyak membantu kami dalam penyelidikan!
EMF digunakan untuk mengesan medan elektromagnet yang dipancarkan oleh peralatan seperti telefon bimbit, television, gelombang mikro dan lain-lain dan kesan sinarannya dikatakan boleh menyebabkan barah.

Adakah kehadiran mahkluk paranormal dialam maya ini salah satu penyebab peasakit barah semakin meningkat?

Model-model yang paling dianjurkan oleh pengkaji paranormal adalah “Trifield EMF Detector” dan “Trifield Natural EM Meter”.

“Trifield Natural EM Meter”

“Trifield EMF Detector”

2. IR Thermometer
Penyelidikan paranormal bukan ilmu pasti dan sangat bergantung pada bukti.
Pengukuran suhu adalah komponen penting dari setiap standard penyiasatan dan pengumpulan yang tepat daripada jenis bukti persekitaran boleh membantu mengesahkan fenomena keseluruhan.

"Saya mendengar suara" atau "Aku merasa dingin di sini" adalah beberapa contoh asas tuntutan biasanya dikaitkan dengan sesuatu paranormal. Takkan nak ukur suhu sekeliling dengan telinga
Suhu sekeliling tidak sama dengan suhu permukaan dinding batu, bingkai besi tingkap luar & kipas siling. Para pengkaji paranormal professional mencadang gajet yang terbaik adalah jenama Omega HH501AT digital thermometer kerana gajet ini memberi respon yang baik pada suhu persekitaran.

“Kita tidak pasti dikelilingi oleh yang tidak diketahui dan yang tak dikenali”

3. EVP (Electronic voice phenomena)
Mungkin terdapat makhluk paranormal atau juga segelintir manusia sendiri yang tidak tahu kegunaan peralatan ini (Fenomena Suara Elektronik).

Ramai saintis masih gagal merungkai rakaman suara makhluk paranormal yang berjaya dirakam oleh pengkaji paranormal.

Bagaimana menggunakan gajet ini.

a. letakkan perakam dan bertenang

b. Duduk, tenangkan diri, kosongkan minda dan berdoa

c. Tanyakan setiap soalan yang mahu diajukan pada makhluk paranormal sebanyak tiga kali (suara sederhana) dan beri mereka masa untuk menjawab kerana makhluk ini menempuh laluan yang sukar untuk mengumpul tenaga menjawab persoalan anda.

d. Sekiranya terdapat gangguan diluar seperti bunyi sungai atau keadaan sekeliling, biarkan sahaja kerana bunyi tersebut mungkin membantu mereka mengumpul tenaga (perakam lebih sensitif dari telinga kita)

e. Jangan lupa mengucap terima kasih sekiranya mereka memberi respon ditakuti rakaman yang berjaya mungkin hilang sewaktu pemeriksaan kemudian hari ( tidak mustahil perkara sebegini boleh berlaku menurut pengalaman kami)

f. Jangan bernafas dekat dengan alat perakam, jangan menggunakan perakam yang tidak pasti kualitinya dan jangan berbisik sekiranya terdapat lebih dari seorang pengkaji.

4. Kamera dan kamera video Inframerah
Mata manusia sangat terbatas dalam kegelapan total. Walaupun gajet ini hanya sebahagian dari peralatan para pengkaji paranormal namun memilikinya adalah digalakkan kerana bukti rakaman dari gajet ini boleh menggemparkan!. Kamera infra ini banyak membantu objek yang tidak mampu dilihat oleh mata kasar. Serangga, rambut, debu, malah zarah kecil yang berterbangan didalam bilik yang mana aliran udara yang lemah mampu diterjemahkan oleh kamera ini walaupun dikalangan kami tahu inframerah sukar ditakrifkan.

Kamera inframerah mampu melihat apa yang manusia tidak mampu tetapi warna tidak dapat dilihat pada gambar infra-merah, kerana tidak ada "cahaya putih" untuk menghasilkan gambar berwarna.

Pengkaji paranormal percaya imej makhluk paranormal boleh dirakam dengan kamera ini.

“Kajian paranormal berlandaskan kebenaran”

Persoalan
1. Makhluk paranormal ikut balik kerumah!
Menurut pengalaman kami bertiga membuat kajian dimerata tempat. belum pernah merasai secara emosi terdapat makluk paranormal mengikut pulang.

Oleh kerana terlalu penat membuat kajian semalaman, selalunya apabila sampai saja di pejabat, Adeek dan Sis akan terus tertidur diruang tamu pejabat kadangkala didalam kereta tanpa membasuh muka, kaki apatah lagi mandi!

Walaubagaimanapun, pembantu rumah dan beberapa individu Team PSI kerap melihat melihat mahkhluk paranormal atau suara aneh dipejabat. Suara-suara kecil dikalangan mereka mendakwa makhluk paranormal yang ‘ikut’ tidak mahu pulang ketempat asal. Dan ada juga dikalangan mereka mendakwa makhluk paranormal yang ‘ikut’ ini hanya mengganggu dan menakutkan tetapi tidak mengancam sehingga membawa malapetaka!

Sehingga hari ini, kami bertiga menganggap cerita tersebut sebagai dongeng kerana kami berpegang pada bukti secara audio atau video!

Sekira benar sekalipun dakwaan mereka, kami hanya menganggap makhluk paranormal secara sengaja atau tidak yang mengikut kami pulang bersifat nakal, meminati peralatan yang kami bawa. (seperti budak kecil yang tertarik pada mainan yang baru) atau marah pada kami kerana mengganggu kawasan atau keharmonian mereka ketika kajian sedang dijalankan.

Ada juga tetamu yang datang kepejabat kami merasakan tidak selesa dan bertanyakan adakah kami membuat upcara menghalau atau kami memakai sebarang pendinding agar makhluk paranormal yang mengikut pulang tidak mengganggu.

Jawapan kami senang. Saya selalu berpesan kepada anggota Team PSI sekiranya diganggu buat tak tahu saja, lama-lama mahkluk itu akan bosan atau sekiranya makhluk itu masih nakal, suruh mereka pulang dengan nada yang keras.

Perbuatan sebegini boleh dianggap tidak masuk akal tetapi itulah kenyataannya.

2. Kenapa Bateri Tambahan Diperlukan?
Perkara yang paling penting selain perlatan yang dibawa oleh seorang pengkaji adalah videokamera dan bateri tambahan (semua item yang menggunakan bateri).

Menurut pengalaman Team PSI yang sudah mengkaji lebih dari 500 lokasi seluruh Semenanjung Malaysia. masalah kerosakan teknikal yang melibatkan bateri seringkali berlaku secara tiba-tiba!

Perkara ini juga berlaku pada pengkaji paranormal seluruh dunia. Menurut pengkaji paranormal dari barat, kononnya mahkluk paranormal ini memerlukan banyak sumber tenaga untuk menjelma dalam bentuk bunyi,bau, hologram atau pelbagai bentuk kerana mereka tidak mempunyai tenaga sendiri. Pada kebiasannya, pengkaji merasa terlalu penat dan kerap haus semasa dan selepas habis membuat kajian. Kononnya juga faktor sedemikian adalah disebabkan oleh makhluk paranormal itu menyerap tenaga pengkaji sepanjang kajian dilakukan tanpa disedari.

Teori ini mungkin ada kebenaranya pada item yang menggunakan bateri tetapi kami lebih cenderung mengatakan kepenatan yang dirasai oleh pengkaji disebabkan oleh tekanan minda dan semua pancaindera telah digunakan secara maksima semasa kajian dilakukan.

3. Benarkah Kanak-Kanak Boleh Melihat Makhluk Paranormal?
Bukan sahaja masyarakat Melayu mempercayai segelintir kanak-kanak boleh melihat makhluk paranormal malah pelbagai bangsa lain juga begitu.

Adakah kanak-kanak sensitif dengan keadaan sekliling? atau akal mereka belum cukup sempurna? atau mereka berimiginasi atau berfantasi? Atau makhluk paranormal lebih cenderung mendekati mereka? atau ini adalah anugerah istimewa tuhan kepada kanak-kanak?
Mungkin semua jawapan diatas adalah YA. Kita jangan lupa bahawa kita juga pernah melalui zaman kanak-kanak. Kadangkala kita lupa dan ada juga makhluk paranormal yang pernah kita lihat semasa kita berstatus kanak-kanak melekat di kepala.

4. Kenapa Makhluk Paranormal Aktif Waktu Malam?

Adalah dipercayai makhluk ini mencari dan menakutkan manusia yang memerhatikannya. Para pengkaji paranormal yang aktif sudah sedia maklum bahawa makhluk ini sangat aktif dari pukul 11.00 malam sehingga 4.00 pagi kerana tempoh ini adalah sangat gelap diwaktu malam. Banyak artikel tentang paranormal menulis walaupun makhluk ini memerlukan lebih tenaga banyak untuk menjelma tetapi tenaga diwaktu siang adalah terlalu kuat untuk makhluk paranormal ini menjelma. (ibarat menyuluh lampu suluh disiang hari). Teori ini mungkin benar dan mungkin tidak kerana Team PSI sendiri tidak pernah membuat kajian diwaktu siang.

5. Profesion Sebagai Pengkaji Paranormal
a. Jangan harap boleh jadi kaya dengan memilih bidang ini malah wang yang banyak diperlukan untuk keperluan gajet dan lain-lain. Tetapi kalau anda pandai menggunakan laluannya, kekayaan akan datang mencari anda. Bagaimana? Tunggu..

b. Jadikan profesion ini sebagai hobi. Kalau ada kerjaya yang baik anda akan dihargai untuk bersama didalam pasukan ini.

c. Kesilapan yang paling besar bagi seorang pengkaji adalah menyangka kawasan perkuburan adalah paling banyak aktiviti paranormal kerana manusia sudah mati. Bagaimana pula manusia yang sudah mati tiga hari yang lalu tapi masih belum dikebumikan?

d. Setiap kajian dimana sekalipun mestilah mendapat keizinan dari pemberi kuasa. Sekiranya tertangkap, penghormatan anda sebagai pengkaji paranormal sudahpun robek!

6. Adakah makhluk ini baik atau jahat?

Mengikut pengalaman Team PSI, makhluk ini ada yang bersifat baik ada juga yang jahat, ada pandai dan bodoh dan ada yang beragama Islam dan ada juga yang bukan. Secara keseluruhan sifat, intelektual dan agama sama seperti manusia.

7. Betulke ini imej/rakaman makhluk paranormal?
Soalan tersebut merupakan soalan curiga. Perkara paling utama sebelum menunujukkan hasil kepada sesiapapun, pengkaji sendiri yang harus ‘skeptis’ (curiga/was-was) terlebih dahulu.

Seperti sedia maklum semasa kajian dilakukan setiap pengkaji harus memastikan persekitaran tidak berhabuk, hujan, tidak bernafas depan kamera ketika cuaca dingin, merokok semasa proses rakaman, jaga tali kamera dengan baik serta rambut diikat dengan kemas (rambut panjang).

Apabila pengkaji sudah yakin dengan rakaman imej/rakaman makhluk paranormal tersebut, berbincanglah terlebih dahulu dengan rakan-rakan pengkaji yang lain dan bersedia dengan kritikan mereka.


Makhluk Paranormal
Secara tidak sedar, mahkluk paranormal telah banyak mempengaruhi pemikiran manusia pelbagai bangsa dan agama.

Mahkluk paranormal cenderung menghadirkan diri dalam pelbagai bentuk seperti

1. Bau,
2. Orb (bola-bola),
3. Suara,
4. Bayangan (hologram)
5. Sentuhan,
6. Gerakan,
7. Cahaya,
8. Kabus
9. Haiwan
10. Manusia
11. Tumbuhan
12. Pelbagai objek

Dalam setiap kajian yang paling penting adalah peralatan, saksi, tidak merokok, pernafasan, cuaca dan paling penting adalah keyakinan diri.

Adalah dipercayai makhluk paranormal hanya akan menjelma sekiranya manusia benar-benar mahu melihat mereka dan yang menjelma hanya yang sudah mencapai tahap matang dikalangan mereka kerana dikatakan mahkluk paranormal diusia muda tidak mempunyai tenaga yang mencukupi untuk menjelma.

1. Bau
Mahkluk paranormal selalu dikaitkan dengan bau wangi atau busuk. Wangian seperti kemenyan atau bau bunga sering dikaitkan dengan kehadiran mahkluk paranormal spesis wanita yang cantik manakala bau busuk seperti bangkai, sulfur dan bau yang tidak boleh dijelaskan selalunya adalah mahkluk paranormal yang menakutkan!

Kami pernah menggunakan anjing semasa kajian dilakukan. Seperti sedia maklum, kebanyakan anjing mempunyai deria bau, pendengaran dan penglihatan yang sangat kuat. Tujuan kami menggunakan anjing adalah untuk menjejaki sumber bau!

Anjing dikatakan buta warna tapi diwaktu malam penglihatannya lebih tajam dari manusia.
Kalau anjing boleh dilatih oleh pihak berkuasa untuk mengesan dadah atau bom, apakata kita melatih anjing untuk aktiviti paranormal supaya kajian kita lebih mudah dari menggunakan peralatan terkini (tiga dalam satu – bau, penglihatan & pendengaran)

2. Orb (Bola-bola)
Kali pertama saya menulis tentang orb adalah pada tahun 2004 iaitu enam tahun lalu. Ketika itu ramai dari masyarakat Melayu ketika itu tidak tahu rupa-rupanya ada juga nama makhluk paranormal yang baru iaitu ORB atau Hantu Bola-Bola!

Makhluk paranormal ini semakin popular apabila semakin ramai pengguna kamera digital berjaya merakamnya. Secara ringkasnya terdapat tiga kemungkinan tentang imej ini yang kerap muncul dalam rakaman kita iaitu pembiasan kelembapan, pembiasan zarah debu atau refleksi.
Tetapi sekiranya kesemua tiga perkara di atas telah dikenalpasti bukan puncanya, ‘bola-bola’ tersebut berwarna biru, hijau atau putih dan memiliki seakan ekor, kemungkinan besar ianya adalah ‘tenaga’ dari makhluk paranormal. Mungkin!

Kita juga jangan lupa bahawa dizaman ini kita sentiasa dikelilingi oleh ‘koleksi tenaga’ (elektrik, solar, dan lain-lain).

3. Suara
Pada akhir tahun 2004, tiga orang didalam Team PSI berjaya merakam suara tapak kasut (boot) ketika membuat kajian disebuah banglo usang yang telah dibina pada 1876. Banglo usang di Kuala Kubu itu dikatakan telah ditinggalkan kosong sejak Jepun menyerang Malaysia.
Dalam rakaman tersebut, kami boleh menilaikan bunyi derupan kasut tersebut seolah-olah seperti tidak kurang tiga orang manusia berjalan.

Terdapat satu lagi bukti ketika kajian dibuat disebuah banglo usang pada bulan Mei 2005 di Shah Alam. Bukan sahaja imej tetapi suara mahkluk paranormal yang kuat seperti berdengung juga berjaya dirakam.

Anehnya, suara-suara tersebut tidak terdengar semasa kajian dijalankan!

Bersambung...
Akhir kata

"Tanpa kita sedari ada beberapa perkara yang berlaku dalam hidup kita terjadi di luar kawalan kita."