Kenali mereka

Showing posts with label Jom Santap. Show all posts
Showing posts with label Jom Santap. Show all posts

Tuesday, April 24, 2012

Restoran Hadramawt Palace

Restoran Hadramawt Palace


Tadi aku bersama rakan perniagaan pergi Grand Dorsett Subang Jaya sebab ada meeting dengan Tokoh Koperat berbangsa India berusia 38 tahun. Dulu dia ni susah tapi sekarang dah meletup perniagaannya. Nak masuk first board lagi company dia tu..Tahniah Bro Thanabalan! Yang aku respect kat dia sebab dia jenis 'kenang budi' orang. Falsafah hidup/perniagaan dia senang jer, 'Jangan langgar tembok'. Nantilah aku story panjang tentang perniagaan dan rahsia bagaimana dia berjaya.

Lobi Hotel

Sebelum jumpa dia aku meeting dulu dengan sahabat aku. Dia suka menolong kengkawannya yang susah. Sepanjang aku kenal dengan dia aku perhatikan rezekinya sentiasa murah. Mungkin kerana sifatnya yang pemurah dan suka menolong orang. Belum pernah dia menyakiti hati dengan kata-kata mahupun perkataan. Paling aku suka bila ber'sms' dengan dia. Dia pandai mengolah bahasa dan aku pasti gembira dan tertawa setiap sms yang dihantar. Pendek kata aku belum pernah jumpa satu makhluk pun dalam dunia ini yang menghantar sms begitu waima seorang awekz. Best giler wa cakap lu. Walaupun mukanya tak hensem serta buncit tapi budi bahasanya sangat tinggi serta merendah diri.


Antara sms dari sahabat aku yang x berapa nak hensem tapi cute terlampau.

Sebaik saja aku sampai dia pun sambut aku diLobi Hotel bersama abang angkat aku berstatus Datuk yang sangat 'low profile' dan seorang lagi rakan yang sentiasa memakai 'kot' kemana pun dia pergi waima ke janda baik. Abang angkat aku ni satu tika dulu boleh di ibaratkan sebagai jurulatih dalam UMNO semasa zaman Mahathir. Orangnya sangat baik dan suka buat lawak. Tapi yang tak beshnya masa meeting dia suka tidur. Macam citer P.Ramlee dalam filem Masam Masam Manis.

Pendekkan cerita, seperti biasa setiap kali aku jumpa sahabat aku ni dia akan 'open table'. Jangan harap aku boleh bayar. Mungkin ini adalah salah satu pantang dalam prinsip hidup dia. Entahlah!

Aku pun amiklah nasi beriyani gam kat ruang cafe aroma (klik) dengan rendang kambing serta ayam. Minta maaflah banyak...bila aku suap saja ke mulut rasa nak terkeluar balik. Rasanya langsung tak sedap. Sumpah tak sedap! Untuk menjaga hati semua aku pun bedal lah juga lima enam sudu. Memang tobat aku tak makan lauk tu lagi!

Walaubagaimanapun kakitangan dari pintu masuk sampailah kat ruang makan murah dengan senyuman dan bilik airnya sangat bersih dan harum.

Selepas habis mesyuarat kami berempat pergi makan kat Restoran Hadramawt Palace kat 251, Jalan Bukit Bintang.

Satu famili dan kengkawan tau makanan kegemaran aku yang paling aku suka adalah daging kambing dan aku mesti makan sekurang2nya seminggu 2 kali. Alhamdulillah sejak puluhan tahun aku makan daging ni tak pernah lagi aku kena darah tinggi atau apa-apa penyakit selain sakit gigi 3 bulan sekali atau selsema setahun 3 atau 4 kali atau jumpa doktor hampir 2 tahun sekali kerana demam. Besok lusa tak taulah tapi sekarang ni kesihatan tubuh badan aku alhamdulillah tip top lagi dan paling penting masih boleh angkat 2 biji kelapa atau tuala basah..hu hu..

Banyak-banyak daging kambing nasi beriyani yang paling sedap rasanya selain mak aku adalah daging kambing nasi mandy tempat ni. Ya Allah sedapnya aku makan tadi! Nyum...


Amjad Alaosag
Seorang budak Palestin datang mencari rezeki di bumi Malaysia dari seorang waiter dinaikkan pangkat menjadi manager. Mungkin sifatnya yang rajin, jujur dan amanah serta rajin berdoa menjadikan pintu rezekinya terbuka luas sebagai seorang musafir di negara orang.

Pengurusnya Taha Abdul Malik (kanan) dan Amjad Alaosag. Kekadang aku pelik tengok dari boss sampailah kekakitangan bawahan wadi Hadramawt ni, kalau amik gambar mesti tunjuk tangan camtu!

Satu lagi aku nak story, kita ni kebanyakkannya asal dari pendatang haram. Tak percaya? Datuk nenek korang asal dari mana? Kalau atok korang dari indonesia, atok aku plak dari Yaman Selatan (Hadramawt). Tapi kita semua telah dihalalkan....Orang Asli tidak termasuk dalam isu ini


Macam besh jer tapi aku tak makan sebab aku suka air fayapa

Salah satu amalan aku setiap kali lepas makan daging kambing aku akan minum air limau. Tapi di restoran ini aku amik air fayapa!

Entah kenapa nasib aku baik hari ini, Si Amjad Alaosag tak nak terima duit aku... Dia mengigau ke apa?

Adnan Sempit 2, Wadi Hadramawt & Taj Hadramawt?
KFC Bandar Baru Ampang VS KFC Jalan Raja Laut
Satay dia sedap tahap cipan. Memang sedap siot!

Monday, February 27, 2012

Adnan Sempit 2, Wadi Hadramawt & Taj Hadramawt?

Adnan Sempit 2, Wadi Hadramawt & Taj Hadramawt?


Salam semua,
Aku baru sampai Janda Baik selepas menonton wayang Adnan Sempit 2 dengan seorang yang awekz yang cun melecun kat Wangsa Walk sekitar 6.10 petang. He..he..

Masa dalam panggung tu, 10 minit yang pertama aku layan popcorn dulu (kaki bersila) sambil memerhatikan reaksi penonton. Aku terpengaruh untuk menonton filem ini kerana komen 'power' seorang wartawan Hmetro. Sekitar setengah jam, aku hanya tersenyum dan ketawa kecil bila muncul pelawak Angah Raja Lawak.

Bila nak habis barulah aku dapat lawak besar bila Shaheizy Sam sebut dailog 'conditioner'.

Pada pendapat aku, Filem Adnan Sempit arahan Ahmad Idham lebih baik dari Adnan Sempit 2 arahan Ismail Bob Hasim atau mungkin aku terlalu mengharap yang terbaik untuk Filem kali ini. Entahlah...popcorn pun makan tak habis dan masih berbaki tiga suku bekas yang sengaja aku tinggalkan atas kerusi untuk rezeki semut dan makhluk yang lain.

Restoran Taj hadramawt

Pastu aku pergi Restoran Taj Hadramawt (ngan awekz cun tu lah) kat belakang Taman Melati tu sekitar 8.30 malam. Bila aku tanya waiter tu adakah Restoran Wadi hadramawt dengan Taj Hadramawt tu sama, dia pun jawab agak gagap...SAMA..

Aku rasa macam ada benda yang tak kena jer!

Mandy lamb di Restoran Taj Hadramwat lebih murah berbanding Wadi Hadramatwt

Aku pun orderlah Lamb Mandy ngan Papaya Juice. Kesimpulannya rasa agak mirip cuma nasinya saja kekadang aku tergigit lima hingga enam kali terasa keras sikit.

Restoran Wadi Hadramawt

Pada pendapat peribadi aku sendiri aku lebih suka makan di Restoran Wadi hadramawt kerana hiasan dalaman dan luaran agak mewah, masakannya, layanan pekerja, kebersihan luaran, dalaman serta bilik airnya lebih besih dari Taj Haramawt walaupun harga di Taj Hadramawt lebih murah.

Sorilah semua aku nak beransur dulu sebab besok aku nak cat siling ruang makan dan dinding bahagian dapur plak.

Tuesday, December 6, 2011

KFC Bandar Baru Ampang VS KFC Jalan Raja Laut

KFC Bandar Baru Ampang

KFC Jalan Raja Laut


30 November 2011, aku bertolak dari Janda Baik sekitar 6.30 petang melalui jalan lama menuju ke Pasar Chow Kit untuk beli rokok dengan 2 ekor ayam kampung.

Lebih kurang pukul 9 malam aku singgah di Kentucky Fried Chicken Jalan Raja Laut untuk mengisi perut aku yang lapar. Pada awalnya aku nak makan nasi campur berlaukkan ayam kampung goreng di gerai makan yang berdekatan tetapi bila tengok ayamnya kelihatan sejuk dan keras selera aku terpotong! Potong stim betul…

KFC Jalan Raja Laut

Ketika aku sedang beratur menunggu giliran sesorang wanita sekitar 30an memakai tudung mengambil pesanan pada pelanggan yang beratur. Dalam hati aku berkata…

‘Bagus..bagus…camnilah service..’

Lebih kurang 10 minit giliran aku pun sampailah. Seperti biasa aku suka makan Dinner Plate (Original). Aku minta semua daging ditukar kepada paha dan Coleslaw ditukar kepada Whipped Potato dan minta extra Gravy. Pelayan yang mengambil order dengan senyuman yang manis melayan kerenah aku. Terima kasih banyak-banyaklah.

Artikel ni aku tulis 1-12-11 di FB (Maaf, bukan di chow kit tapi di Jalan Raja Laut). Mula-mula aku tak nak tulis citer ni dalam blog, tapi lepas fikir-fikir balik sebaiknya tulislah jugak supaya pihak syarikat boleh ketatkan mana skru-skru yang longgar.

Antara keluhan…

Aku naik ketingkat atas basuh tangan, baca BISMILLAH dan ‘NGAP’ terus. Aku tak baca doa panjang-panjang sebab tuhan cuma suruh sebut nama DIA saja masa nak makan. (klik)

"Makanlah daripada apa yang padanya diingatkan (disebut) nama Allah, jika kamu mukmin pada ayat-ayat-Nya." (Surah AL-AN'AM (binatang ternak) ayat 118)

Betapa kecewanya saya apabila rasa ayamnya lebih kurang saja macam ayam goreng kat warung Makcik Bedah tepi jalan!


Rasa paha ayam yang mengecewakan

Walaupun hati kecil saya merungut sedikit tetapi bila bayangkan orang lain mungkin tidak berpeluang langsung tika ini masuk KFC saya terus bersyukur pada tuhan atas ketentuan rezeki sebegitu malam tersebut.

Lepas makan lebih kurang (sekadar mengisi perut yang kosong), saya makan Whipped Potato pulak. Kali ini saya betul-betul sedih sebab rasanya MASIN! Saya terus tinggalkan makanan tersebut begitu saja. Dalam hati terus membebel!

Gravy yang masin…adusss..

“Aku datang jauh-jauh redah hutan dengan jalan bengkang-bengkok bila beli makan dapat rasa macam ni pula”

Saya turun dan mencari wanita yang mengambil tempahan saya ketika sedang berbaris tadi. Saya dapat merasakan bahawa wanita itu adalah pengurus kerana ‘warna pakaian, cara dia becakap dan berdiri’ ketika bercakap dengan saya.

“Selamat Malam, you ni Manager sini ke?

Dengan senyumannya yang nampak jelas keletihan menjawab pertanyaan saya dengan lembut.

“Ye, kenapa?”

KFC Bandar Baru Ampang

Entah kenapa tetiba saya kasihan melihat dirinya. Mungkin dia terlalu penat disebabkan pelanggan yang terlalu ramai terutama yang datang ke PWTC sempena Perhimpunan Agung UMNO.

“Kenapa ayam tu rasa lain sangat? Tak tukar minyak baru ke? Pastu gravy pun rasa masin”

Beliau terus menyambut kekecewaan saya dengan senyuman walaupun jelas senyuman beliau juga nampak kecewa.

“Minta maaf, customer ramai sangat hari ni”

Saya mengangguk tanda faham dan terus keluar dari tempat tersebut. Sedang saya menunggu lampu hijau untuk melintas jalan, hati saya becakap.

“KFC Bandar Baru Ampang juga yang paling BEST. Rasanya sentiasa konsisten”



Nota
Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Ulang Tahun dan bakal bergelar Ayah pada Boy (Klik)

Monday, December 5, 2011

Satay dia sedap tahap cipan. Memang sedap siot!

Satay dia sedap tahap cipan. Memang sedap siot!

Gambar hiasan

Hari Jumaat 2 November 2011, aku pergi pasaraya Ong Tai Kim kat Gombak batu 5 beli barang dapur sikit sebab ada tetamu/rakan niaga nak datang mesyuarat keeseokkan harinya. Harga barang-barang yang dijual boleh dikatakan agak berpatutan tapi aku memang tobat x nak datang lagi beli belah kat sana sebab terlalu sempit! Kepala aku berserabut dan bengang apabila troli dan aku sendiri bergesel dengan pembeli yang sangat ramai dari pelbagai bangsa. Serabut aku agak reda sikit apabila salah seorang peminat yang bekerja disitu tolong aku carikan barang yang aku nak beli dan pekerja (mungkin bangladesh kot) menyambut aku didepan pintu keluar dan tolong menghantar troli aku ke kereta.

Satay Idaman Istimewa & Catering, Jalan Batu 5. (Berhadapan dengan kedai kasut Bata).

Pendekkan cerita, aku lapar! Cuba cari-cari makanan untuk mengisi perut dikawasan persekitaran. Yang ada KFC, MCD, warung menjual steamboat dan ada lah dua tiga yang menjual pelbagai makanan. Aku ternampak sepasang suami isteri sedang makan SATAY!

Aku pun order 5 satay ayam dan 5 satay daging lembu sebab satay kambing dah habis kalau tak silap aku. Bila aku masuk sebatang satay dalam mulut jer, aku mula jatuh hati. Lembut, sedap, berasa dan paling best ialah rasa JUICYnya! Aku boleh beri 5 bintang. Sedap siot..tapi kuah dia aku cuma boleh beri 3 bintang saja ikut tekak aku. Tekak korang, korang berilah berapa bintang yang korang nak beri.Muahaa..

Lepas bayar 7 hengget aku pun minta kad perniagaan mamat tu tapi habislah plak tapi dia ada sms aku perkhidmatan perniagaannya. Nama dia En Ghauss Shapee 014-2320571. Korang boleh makan kat situ dari 6 petang sampai 1 pagi.

Mamat Ghauss ni tak beri aku seposen pun atau terhegeh-hegeh minta tolong promote perniagaan sataynya tapi aku tolong sebab SATAYnya memang sedap tahap CIPAN..Sedap siot!

Macam nilah Orang Melayu yang aku banggakan! Tak tipu orang. Kan bagus?