Kenali mereka

Showing posts with label Pembongkaran Paranormal. Show all posts
Showing posts with label Pembongkaran Paranormal. Show all posts

Saturday, May 5, 2012

Cakra Alam, AlHikmah, Lincah & Indian Muslim

Cakra Alam, AlHikmah, Lincah & Indian Muslim

Syukur pada tuhan Wisma Cakra Alam ini dah takder lagi. Liat juga aku nak tumbangkan si Arief ni (klik) (klik) (klik) (klik). Macam-macam fitnah dia lempar kat aku sehingga sanggup buat laporan polis kononnya aku menyamar sebagai polis. Allah tu maha kaya, semua penipuannya sudah terbongkar dan pusat rawatan cakra alam pun dah tutup.

Bila Cakra Alam ditutup, si arief ni tukar pula modus operandi. Buka pula Pusat Rawatan AlHikmah. Kasihan isteri Arief ni. Hatijah, pesan kat laki hang sudah-sudahlah...duit dah banyak dan rumah sampai 4 tingkat, cuba meniaga secara jujur kan bagus.

Kenapa bangsa mereka 'India Muslim' suka sangat menipu bangsa Melayu kita?
MAHA'GARU' MAMAK PARPU PAYAT KARI ALKUTTY pengasas silat 'Lanchau' yang pernah di sumbat/buang di Pulau Jerjak atas kesalahan gangterisme ni teringin sangat nak jadi Melayu

Mana ada bangsa Melayu yang namanya Mauju? Pengasas sebenar Silat Lincah ini sebenarnya adalah bangsa Syed/Melayu bukannya 'Indian Muslim'! Tidak ada dalam sejarah 'Orang Kurang Upaya' sejak kecil dalam dunia ini menjadi pengasas/master/mahaguru seni pertahankan diri. Salah satu teknik yang akan saya bongkar dalam persilatan ini ialah bagaimana beliau boleh ditanam hidup-hidup. Podah! Abang Omar, sebaiknya serahkanlah semula 'title' pengasas ini kepada bangsa Melayu. Semua orang kanan dan jurulatih silat Lincah adalah bangsa Melayu. Kenapa keturunan ni pulak boleh jadi BOSS pada bangsa Melayu!

Kalau Hang Jebat tidak perlukan pengiring kenapa Abang Omar pula yang perlu.

Ini bukan ilmu bathin tapi keyakinan diri pada maha'garu', kawalan pernafasan dan ketegangan otot. Korang tengok muka sorang-sorang tahan sakit. Bathin kepala lanchau! Bathin tak keluar darah dan tak bengkak.

Abang marah ke? Boleh cari saya kat Janda Baik. Janda bang...feewiit...
Abang Omar, kenapa masih tak sahut cabaran saya berlaga bathin. Dah 6 tahun ni saya tunggu..Tarak telo ke macha...Entry akan datang saya bongkarkan teknik ditanam dalam tanah. Budak-budak pun bleh buat. Kacang jer. Hu hu

Friday, April 27, 2012

Zikir & Ghaib?

Zikir & Ghaib?
Masih ingat lagi artikel saya bagaimana seorang lelaki dari Malaysia yang boleh mengghaibkan diri ketika menjalani hukuman dalam penjara diSingapura ? (klik)

Mungkin kita pernah dengar pelbagai kisah pelik antaranya banduan yang boleh meloloskan diri hanya dengan melukis kapal didinding sel waktu malam dan hilang sebelum subuh dalam sel. Adakah ianya benar dan siapakah orangnya.

Mungkin saya akan perkenalkan pada anda di artikel akan datang siapakah beliau yang sebenarnya (klik)

Untuk artikel kali ini saya sampaikan antara zikir yang diamalkannya.

Ya batin nu - 13 ribu kali

Sebutan yabatin dibibir dan nu dalam hati.

Adakah anda masih ingat lagi satu ketika dahulu semasa kita belajar seni pertahankan diri, guru silat akan menganjurkan membaca zikir ini apabila dalam keadaan terdesak seperti pukulan menggunakan mata.

Ada juga yang menggunakan zikir ini apabila mencari barang yang hilang dan sebagai kunci membuka hijab melihat dimensi ketiga.

Walaubagaimanapun sekiranya DIA tidak mengizinkan, korang baca zikir ini sebanyak 1 trilion kali pun ianya tidak memberikan sebarang hasil!

Best ke jadi Hollow Man?

Saturday, February 4, 2012

Kecoh! Jelmaan Makhluk Paranormal Menonjolkan diri di Janda Baik?

Kecoh! Jelmaan Makhluk Paranormal Menonjolkan diri di Janda Baik?

Semalam malam sekitar 11.3o malam seorang pekerja ladang dari Madura,Indonesia datang ketempat aku mengadu yang beliau dan isterinya ternampak jelmaan Makhluk Paranormal di sebuah resort yang popular di Janda Baik!



Aku - Berapa kali kamu ternampak?

Pekerja - Saya sudah dua kali dan isteri sudah beberapa kali.

Aku - Sekitar jam berapa?

Pekerja - Sekitar jam 2 dan 3 pagi?

Aku - Rupanya bagaimana?

Pekerja - Rambut panjang lurus kebelakang (sambil menunjukkan lebih kurang 8 inci dari paras pinggang.

Aku - Warna pakaian?

Pekerja - Putih

Aku - Wajahnya?

Pekerja - Tidak nampak

Aku - Sudah berapa lama peristiwa ini?

Pekerja - Sekitar 2 atau 3 minggu

Aku - Apa lagi peristiwa kamu dan isteri alami?

Pekerja - Saya dengar bunyi air sebelah tandas kamar.

Aku - Apa yang kamu nampak?

Pekerja - Saya nampak hantu itu menuju kebilik air!

Aku - Isteri kamu bagaimana?

Pekerja - Dia nampak hantu itu menuju ke dapur.

Bila aku desak beberapa soalan dia kelihatan gusar

Aku - Kawan-kawan kamu yang lain bagaimana?

Pekerja - Belum cerita lagi...(wajah berubah secara tiba-tiba). Saya rasa hantu itu tiada lagi...

Mungkin dia takut aku khabarkan cerita ini pada majikannya (kawan baik aku) atau pelbagai kemungkinan kerana dia datang sini untuk mencari rezeki.

Untuk meredakan suasana ketika itu aku maklumkan padanya

"Makhluk Paranormal bukan hendak menakutkan kita tapi sekadar memaklumkan kehadirannya saja"

"Dan aku berlindung pada Engkau, wahai Pemeliharaku, daripada mereka hadir padaku."
Surah AL-MUKMINUN (Orang-Orang Mukmin) ayat 98)



Sorilah bro..Aku dah tutup kedai daa... (Pengakuan persaraan). Kajian terakhir aku di Penjara Pudu bersama saluran History Channel.

Syaitan Dari Golongan Jin Dan Manusia

Saturday, June 25, 2011

'Dia' Pasang Orang Follow Aku

'Dia' Pasang Orang Follow Aku

Salam semua. Pukul 3.56 petang aku dapat sms dari seseorang.

"Bang, sekadar makluman. Hati-hati dengan xxxx & xxxx. Dia orang ada pasang orang follow abang."

Pastu aku pun tepon dia balik, dia pun cakap - pendekkan citer

"Perbualan kita juga sekarang dia boleh dengar. Hati-hati ye bang"

Aku ketawa dalam hati. Sampai dua orang sekali dalam satu masa nak rembat aku balik. Mak ai! Memang takder bukti bertulis tetapi mereka lupa Allah sebagai saksi diatas perancangan mereka.

Belom start bongkar lagi dia orang dah gelabah. Apedaa...Kalau rasa tak boleh tido malam, carilah isu supaya aku dikenakan tindakan ISA. Akhirnya orang awam akan tahu juga saper punyer keje sampai aku kena tahan. Sekarang ni dunia tanpa sempadan...he he

Atau samanlah aku atau aku saman balik (klik) (klik)

Masa aku bongkar penipuan Ustaz Arief cakra Alam 2006 dulu (klik), Ustaz Arief punyalah geram sampai dia fitnah aku menyamar jadi polis dan aku honeymoonlah satu malam dalam lokap pudu.


Tapi Allah maha kaya, premis dia pun dah tutup sekarang. Sekurang-kurangnya aku puas hati orang Melayu kita tak kena tipu lagi dengan dia beribu ringgit setiap rawatan yang diberi. Hari ini bini dia plak take over bisness Ustaz Arief balik tetapi secara kecil-kecilan. Iklan dia ada dalam akhbat warta perdana.



Satu lagi penipuan oleh Mahaguru Raden Johari (klik) juga telah tumpas (klik). Premis diSentul juga telah tutup.

Bila datang kebenaran yang bathil akan gugur.

Aku lebih rela mati kena tembak atau bom dari mati sakit atas katil.

Wednesday, February 16, 2011

Raden Johari Mansur - Semuanya akan berakhir tidak lama lagi...

Raden Johari Mansur - Semuanya akan berakhir tidak lama lagi...

Salam,
Saya terkejut apabila dikaitkan dengan pembongkaran yang dilakukan oleh Mas Kancil artikel didalam laman sesawangnya seperti di bawah. (Klik).

Sebagai manusia, kita sedia maklum apabila seseorang yang hampir lemas, mereka akan mencapai apa saja untuk menyelamatkan diri..biasalah tuu...

Pada 8-2-2011 sekitar jam 9.21 malam ketika saya bersama dua orang lagi rakan dari Senawang sedanyg menikmati hidangan makan malam di sebuah restoran siam tetiba saya dapat satu panggilan bernombor 0197720611. Dalam hati saya, saper plak yang call aku tengah sedap makan ni? Dahlah satu hari tak makan sebab takder orang nak masak untuk aku.

"Hello, ini Uncleseekers?"

"Yer, saper ni?"

"Raden Johari"

Saya tidak pasti Raden Johari yang mana. Saya ingat kawan saya juga bernama Pak Raden tapi dari Kelang.

"Ini Syed Abdullah kan?"

"Ye, ada apa yang boleh saya bantu?"

"Ini Raden Joharilah..Kita kan sedara beb..Isteri ana sedara ente"

Dalam hati kecil saya, betulkah sedara aku kawin dengan Raden Johari. Tapi aku abaikan isu itu dahulu sebab nak tahu cerita selanjutnya. Dua orang rakan aku tadi berhenti makan sebentar kerana mendengar perbualan aku yang agak kuat sebab line kat Janda ni kadang-kadang ok kadang ko. Maklumlah..Janda. he he

"Beb, minta tolong kengkawan ente deletekan apa yang patut tentang ana dalam internet"

"Boleh..small matter, tapi ente kena jumpa ana"

"Nanti ana hantar wakil"

"Ana nak jumpa anta kat kl"

"Ente tolonglah ana apa yang patut, kita sedara beb"

"Takkan tolong macam tu ajer. Ana nak jumpa anta"

"Bolehlah tolong sikit-sikit, banyak takderlah"

Dalam hati aku berbisik. Aku cakap lain, dia maksud lain. Aku nak jumpa dia bertentang mata sebab 2 kali dia tipu aku nak jumpa. Satu kali sekitar tahun 2006 satu temujanji yang diaturkan oleh salah seorang pengarang majalah berkenaan paranormal (sekarang majalah tu dah takder lagi) di sentul. Aku datang dengan beberapa anggota Team PSI siap dengan peralatan video dan satu lagi bulan ramadhan 2009 bersama Zelmey. Aku lebih suka kalau ada temujanji atau sesuatu perkara, aku suka bawa teman sebab kalau ada terjadi perkara yang tidak diingini, mereka akan menjadi saksi nanti. Bila kami berdua sampai saja di tangga pejabat, salah seorang kakitangan memaklumkan bahawa Johari Mansur dah keluar. Tukang repair kasut kat bawah tu cakap dengan aku si Johari Mansur memang ada kat atas sebab dia ada kat situ dari tadi.

"Uncle dah kena main dengan dia..".

Aku ketawa sebab Zelmey cakap

"Kita dah kena main daa.."


Zelmey memang terkenal dikalangan kami sebagai joker.

"Ana kat johor, ente tolonglah apa yang patut. Nanti ana hantar wakil jumpa ente, Assalamualaikum" Dia terus tutup talian.

Kalau perbualan aku 'dirakam' oleh Raden Johari. Mohonlah padanya dengar semula semua percakapan saya. Ataupun sesiapa yang ada kaki di Celcom atau Maxis (saya pakai Maxis) bolehlah periksa semula rakaman tersebut. Zaman sekarang ni, bukti boleh dapat dengan cepat.

Beberapa hari selepas itu ketika aku sedang menyiapkan semua dokumen penting samaada bekas perdana menteri malaysia Dato Seri Abdullah Badawi dengan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono terlibat dengan skandal RM125Billion pada tahun 2008 (pertukaran wang lama dan baru) tiba-tiba adek angkat aku (kami panggil Sayur) bertanyakan tentang Raden Johari.

"Kau ni agin takder ribut takder tetiba jer tanya Pak Raden?

"Orangnyer camner?"

"Camtulah, kenapa?"

"Dulu saya pernah buat pembedahan kat Sentul dengan abang lan. Dekat sepuluh ribu gak habis sebab abang Lan buat dua pembedahan. Saya cuma buat kat leher saja."

"Baguslah"

"Saya nak minta duit baliklah sebab saya ternampak......"

"Macamnilah, Raden Johari baru tepon aku beberapa hari lepas, ko amik no tepon dia ni, ko tepon dia sendiri"

Keesokan harinya dia maklum pada saya yang Raden Johari tak angkat panggilannya. Sms juga tak berbalas. Saya tanya apa yang ko sms?

Dia jawab, saya cuma tulis "Uncleseekers"

Cinabeng lu, bagero lah ko ni. Dia mesti ingat aku yang message kau. Pundek ar ko ni! Pakai nama aku.

Dah seminggu aku tak nampak batang hidung dia kat Janda Baik ni. Kalau dia jumpa aku balik dan masih simpan sms dia pada Johari, saya akan paparkan disini.






Teknik pembedahan batin tanpa menggunakan peralatan bedah.


Cara-cara

1. Bahan yang diperlukan adalah tepung ubi, pewarna merah dan usus ayam. Tepung ubi digaul bersama pewarna merah di dalam periuk yang berisi air panas sehingga menjadi sebati.

2. Masukkan bahan-bahan tadi ke dalam plastik bersaiz kecil.

3. Lekatkan plastik itu di bahagian dalam se- helai kain kuning yang telah di carik (sebagai tempat menyeluk).

4. Letakkan kain itu di atas perut subjek utama.

5. Seluk bahagian yang telah dicarik dan tarik keluar usus ayam yang telah digaul bersama-sama tepung ubi tadi.

Nak tahu lebih lanjut tentang teknik bomoh temberang sila (klik)

Raden Johari adalah satu lagi kejatuhan bomoh temberang selepas Mahaguru Mat Zain dan Ustaz Arief Cakra Alam. Mereka berjaya mengelirukan beberapa pemimpin negara satu ketika dahulu dengan silap mata!

Siapa pula bomoh temberang yang baru akan muncul selepas ini?

Kalau Ustaz Arief asalnya hanya penjual roti dan Raden Johari menjual ubat satu ketika boleh menjadi kaya kerana mereka pandai atau kita yang bodoh?

Walaubagaimanapun, bila datang kebenaran, yang bathil akan gugur dengan sendirinya.

Nota : Mungkin 'bahasa' yang dituturkan oleh Raden Johari Mansur terdapat sedikit kelainan dengan apa yang dipaparkan di atas.

"To Seek The Truth"

Saturday, February 12, 2011

Mahaguru dan Maha Penipu - Apa Kaitan Johari Mansor dgn Dr Fazley?

Mahaguru dan Maha Penipu - Apa Kaitan Johari Mansor dgn Dr Fazley?

Hi Readers. Apa khabar semuanya? Semalam Mas Kancil menziarahi seorang kawan lama di Hospital Besar Kuala Lumpur. Kawan Mas Kancil ni mengidap Kanser Usus. Berjurai airmata Mas Kancil melihat keadaan dia, (my friend ni is in the terminal stage) terkenang kembali memori lama zaman kanak kanak dulu. Surya (nama samaran) dan Mas Kancil satu kelas semasa di sekolah rendah, kami selalu share dan bertukar bekalan makanan. Dia anak polis, mak dia tak bekerja jadi bekal makanan sekolah dia memang best ada rendang, kadang kadang serunding dll. Mas Kancil pula pembantu rumah asyik asyik bekalkan roti dengan cheese lah, roti dengan mentega dan peanut butter jellies..muak betul Mas Kancil rasa tetapi Surya pula suka akan makanan Mas Kancil so kami berdua pun bertukarlah makanan. Surya ni kira salah satu best friend Mas Kancil zaman kanak kanak dulu. Jadi imaginelah bila melihat keadaan dia..sayu amat perasaan Mas Kancil...

Surya was diagnosed with kanser usus 3 tahun yang lepas, pada masa itu Doktor dah beri nasihat untuk menjalani rawatan kemo dan sebagainya, tapi suami dan family dia tak nak kononya nak guna cara tradisi, rawatan alternatif...pelbagailah jenis rawatan dia buat, at one time ada dia ceritakan kat Mas Kancil yang kononya dia nak buang kanser dia melalui satu cara pembedahan ghaib bayaranya lebih kurang RM6000 ringgit. Puas Mas Kancil nasihatkan supaya jangan percaya perkara karut marut macam itu. I told her she is wasting precious time, seharusnya mesti cuba melalui rawatan kedoktoran dahulu, kanser semakin merebak dan dia membazir masa dengan kesana kemari tak menentu cari rawatan itu ini. To cut a long story short, dia telah pergilah berjumapa SRI SULTAN KANJENG PANGERAN RADEN JOHARI MANSOR NOTOBROTO NUSANTARA AL-HAJ DATO' Dr Prof. Last last kena tipu aje.....................

Mas Kancil ada beritahu dia yang si Johari Mansor ni penipu besar but atas desakan keluarga she still went to berubat.......In fact Surya ni mengidap sopak teruk akibat menggunakan kosmetik peeling yang ada racun mercury dan hydroquinone. Lebih kurang 10 - 15 tahun dulu masa tu dia begitu mengila guna produk bagi putihkan kulit macam Citra Ayu lah, BML, NV..pelbagailah...masa tu pun dah Mas Kancil nasihatkan, "Jangan Surya nanti mudarat boleh dapat Kanser", tak pula Mas Kancil tahu boleh kena sopak juga!! Ialah siapa nak dengar nasihat apabila pada masa guna produk produk macamgini selepas megelupas maca ular salin kulit, muka jadi putih melepak berkilat kilat dan cekang...

Sebelum lebih ramai lagi yang tertipu oleh JOHARI MANSOR ni, Mas Kancil nak share maklumat pasal dia.

Pernah ke Readers menggunakan Produk Sinar Sari? Citra Ayu? Addura? Vanessa? D'Fazley Cosmetic? - Dalang belakang produk produk ini ialah JOHARI MANSOR. Pengasanya sama, the same man behind all these skincare. Apabila satu produk tu dapat bad reputation, dia akan tukar nama produk tersebut dan menampilkan duta baru, dia akan guna khidmat artis macam Zarina Zainuddin dan Dr Fazley (Fazley nipun dah diketahui umum dimana Dr nya palsu).

Pergi ke blog produk Sinar Sari disini, anda akan nampak gelaran dibawah diberi pada nama dia.

"D.YM.M. Sri Sultan Kanjeng Pengeran Raden Johari Mansor Notobroto Nusantara Al-Haj Dato Mahaguru Pertubuhan Seni Silat Gerak Kilat Kebangsaan (PSSGKK)"


Latarbelakang:

Johari Mansor yang telah memberi dirinya pelbagai gelaran Datok, Dr, Prof, Radin dan sekarang pula dia jadi DYMM Sri Sultan (apa tujuan nya ni?)...dia ni dulu tinggal di Batu Pahat dan jual ubat di tepi kaki Jln Wong Ah Fook, biasa menjadi pekerja kontrak di Singapore. SRP/LCE (zaman dulu) pun dia tak lulus. 20 tahun dulu dia dah guna datuk katanya sultan johor bagi, bila tanya DPMJ atau SPMJ, mingu depan dia tukar pengakuan, sultan brunei pulak bagi...

Lebih 10 tahun dulu, Jabatan Perdangangan membuat serbuan pada permis dia di KOMTAR (Johor) dimanan dia telah mengeluarkan Kosmetik Ciplak Citra Ayu dan menggunakan nama Citra Putih...dia kemudiannya telah seduce tuan punya kosmetik Citra Ayu (wanita yang sudah tua jauh lebih tua dari si Johari ni) sehinggakan bercerai dengan suaminya dan berkahwin dengan si Johari Mansur, of course bila dah gitu maka kes pun tutup, the woman did not press charges against him...anyway bila dah dapat apa yang dia nak maka wanita Indon tu pun dicerailah.

Dulu si Johari Mansor ini pernah dipilih jadi Bendahari UMNO Bahagian Batu Pahat, si johari ni janji & dan umum dlm paper nak derma UMNO RM1 juta, tapi sampai skrg 1 sen pon tak nampak....Orang UMNO pun ramai yang kena tipu dengan diani....

Johari Mansor ni bukan hanya gelar diri dia Dr, Prof dia pun mengaku dirinya keturunan wali 9 dan keturunan raja indonesia dan mengelar diri dia Raden dan baru baru ini memberi diri dia derajat Seri Sultan! Menurut seorang sahabat Mas Kancil yang mengenali abang si Johari Mansor ni, abang dia yang bernama Tukiran memberitahu macammana si Johari jadi keturunan wali 9 dan Raden walhal mereka adik beradikpun tidak ada yang bergelar Raden?

Ini komen yang Mas Kancil Copy Paste dari beberapa forum yang ada kebenarannya:

dulu klinik bomoh tak jalan ... dia ceburi bidang kontraktor, selalu hantar bini no.3 namanye kak ani ET ketua jabatan ... hissssshhh sanggup jual bini ... ade jugak gadis bodoh pegi klinik dia untk suci diri then johari bawak dekat hotel murah kt taman pelangi untk tujuan mndi bunga tapi dgr cite gadis2 tu plak kne rogol ....

gamai gak org kg melayu tak tau si penifu wak ni, nikan org KL......dulu dengar org kanan dia, namanya org panggiil zabidi, samer gak....kena charge mahkamah jugak, tapi entah apa kesudahan....dia dituduh soh isap b*t*nG dia & telan air M*ni utk gadis suci diri, so ada pesakit klinik kat komtar 2 repot polis.....

yelah tu....awak tanya peniaga daging pasar larkin jb, sape yg tak kenal bomoh penipu ni, pagi-pagi kutip perut-perut lembu, bawak pi klinik, then operate org, pukau (mcm bius la kaedahnya), bila tersedar tunjukkan perut2 lembu tu , katanya barang yg telah dikeluarkan dari badan pesakit...

berjaya dah tipu ramai org...menteri pertahanan malaysia pon percaya wak kang ni salah seorg sultan...dah terima darjah kerabat (dk). dari wak kang ni..terima kat pwtc pulak..
taukeh sarawak ditipu berbelas juta, sampai buat runah 3 tingkat, pagar stainlesd steel pon belum bayar...
tiru produk kecantikan jenama citra ayu, kepada citra putih, pemakai gatal2 lalu pegi kilang citra ayu utk komplen, owner citra ayu komplen kpdnhep..kedai wak kang ni kena serbu, saya ada situ, kpdndhep jumpa bertong cream mcm2 warna dan botol2...
dengar kata, kerana nak tutup kes, wak kang ni goda owner citra ayu dan mereka kawin, ... buang kes...dah buang kes ibu tu dicerainya, kesian suami si ibu dari indon ni

RUSNANI RAHAMAN TU BINI DIA NO.3...YG BANYAK SIMPAN RAHSIA
DEPAN MURID SILAT, BERTUDUNG DAN CUKUP BERSOPAN SANTUN...TAPI JUMPA KAT LUAR, RAMBUT PERANG, TANGAN & LEHER TAK CUKUP NAK LETAK GELANG EMAS....AKU DENGAR DIA NI LAH YG SELALU ET KETUA JABATAN , SEMASA WAK NI CUBA JADI KONTRAKTOR......
MCM PERNAH DENGAR DIA YG BAWAK KETUA JABATAN GI KARAOKE & CHECK-IN...INFO DPT DARI SALAH SORANG KETUA JABATAN..

Penipuan Tanah
Kes1

Tahun 1995, dia telah menipu dengan meggunakan nama Menteri Besar Johor. Kes ni baru disebut dimahkamah pada tahun 2010 dan dia telah didakwa tetapi dia appeal dan kes masih berjalan sekarang:

kredit : kosmo.com.my

JOHOR BAHRU April 25th, 2010– Tiga lelaki dijatuhi hukuman penjara selepas didapati bersalah dalam kes penipuan penjualan tanah bernilai RM9.3 juta dengan menggunakan nama Menteri Besar Johor, 15 tahun lalu.

Mahkamah Sesyen di sini semalam menjatuhkan hukuman penjara enam tahun terhadap pengamal perubatan tradisional, Md. Jhomi Supian, 56, dan ahli perniagaan, Johari Mansor, 52, manakala tiga tahun penjara ke atas broker tanah, Yap You Jee, 61, kerana menipu Pengarah Syarikat Solid Estate (Sarawak) Sdn. Bhd., Datuk Ding Lian Cheon.

Mereka dituduh memperdaya mangsa dengan mendakwa telah mendapat kelulusan Majlis Mesyuarat Negeri Johor untuk pembelian lot tanah 21448 dan 1152 di Jalan Skudai, di sini dengan harga RM7.5 juta di antara 28 Jun 1995 dan 25 Julai 1995.

Berikutan itu mereka didakwa menerima cashier’s order bernilai S$3.45 juta (RM6.14 juta) daripada Lian Cheon, yang ditunaikan dengan kad pengenalan palsu tertera nama Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman.

Md. Jhomi dan Johari juga didakwa menipu Lian Cheon dengan mendakwa telah mendapatkan pembatalan tuntutan premium keatas tanah tersebut daripada Majlis Mesyuarat Negeri Johor di Hotel Tanahmas di Sibu, Sarawak pada 10 September 1995.

Berikutan itu, kedua-dua tertuduh telah mendapat bayaran sebanyak RM2 juta daripada Lian Cheon di Hotel Hyatt Regency di sini pada 23 September 1995.

Penipuan Tanah - Kes Kedua


Penipuan Hartanah - Penjualan Bangunan yang tidak Ujud
Kes Saman Sivil di Mahkamah tinggi Sabah/Sarawak Tahun 2007

JOHARI MANSOR telah menipu sepasang suami isteri dari Sabah berjumlah lebih 3 juta Ringgit Malaysia untuk pembelian sebuah bangunan yang tidak ujud di Johor Bahru. Dibawah ini ialah bukti kes mahkamah.






Untuk membaca surat mahkamah diatas seterusnya sila klik dan download DISINI

JOHARI MANSOR jadi Doktor Bedah:
Si Johari ni meletakkan 'perut palsu' diperbuat dari organ2 binatang diatas perut pesakit dan kemudian kononnya mem'bedah' pesakit secara 'LIVE' tanpa parut dan kesakitan. Lihat video dibawah, dimana kononya dia buat pembedahan untuk pesakait kanser usus (sama seperti kawan Mas Kancil lalui):



Pemilik Pusat Rawatan Keraton didakwa 14/10/2010

JOHOR BAHRU 14 Okt. - Pemilik Pusat Rawatan Keraton yang melakukan 'pembedahan' secara tradisional atau batin, Johari Mansor sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menjalankan operasi pusat jagaan kesihatan swasta tanpa lesen, Jun lalu.

Johari, 52, dan isteri, Rusnani Rahaman, 49, yang juga rakan kongsi pusat berkenaan bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Habibah Mohamed Yusof.
Mengikut kertas pertuduhan, mereka didakwa menjalankan operasi pusat jagaan ambulatori swasta tanpa lesen mengikut perenggan 3(c) Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di No. 34, Jalan Padi Emas 32, Bandar Baru Uda di sini pada pukul 6.30 petang, 9 Jun lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 5(2) akta tersebut dan boleh dihukum mengikut Seksyen 5(2) (aa) akta sama yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM300,000 atau penjara tidak lebih enam tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Anwar Raof sementara Johari diwakili peguam Bustaman Menon Abdul Hamid Menon.

Habibah menetapkan 29 November ini bagi perbicaraan kes tersebut.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan pusat berkenaan didakwa di mahkamah yang sama pada 7 Oktober lalu atas tuduhan menjalankan operasi pusat jagaan kesihatan swasta tanpa lesen, Jun lalu.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di premis dan pada waktu serta hari yang sama.

Pengakuan Seorang Anak Pesakit Johari Mansor:
"Salam....

Maaf kerana saya lewat membalas msg ni...untuk pengetahuan semua, emak & nenek saya telah membuat rawatan di pusat rawatan keraton di bndr baru sentol,kl pada jan 08, itupun kerana desakan dari bapa saudara yang terlalu yakin akan rawatan ini.

Untuk pengetahuan semua mak saya mengidap penyakit kanser dan nenek saya ketumbuhan didalam otak...Sampai di sana, seperti pesakit lain kami d suruh utk mengisi borang dimana borang itu terdpt pantang larang & juga perjnjian jika berlaku apa2 kita tak boleh mengambil tindakan......

pandai betul si wak raden ni kan.......so...bila kite nak saman @ report polis pun kita tak bleh la nak menang coz kite dah sain surat perjanjian tu....so sampai la giliran mak saya untuk mendapatkan rawatan....dan saudara terdekat bolehlah merakam pembedahan secara ‘live’ tu...

bapa saudara saya yg merakam pembedahan tersebut, saya hanya memerhati di luar, di tingkap kecil..memang la masa kite tngok memang Nampak real sangat2 pembedahan tu...tapi bila mak saya selesai je pembedahan tersebut..hati mak saya rasa memang tak sedap.......mak saya kata macam kene tipu hidup-hidup..coz nak tau apa yg dia buat kat mak saya dlm bilik tu...mak saya disuruh baring....

lepas tu mengucap..& mak saya kata keliling tmpt dia baring tu ada macam2 bentuk keris ada ...lepas tu si raden ni akan sapu minyak panas di tmpt yg nak dibedah tu sambil mulut dia membaca sesuatu mentera...di leher dan diperut...dia buat ni dalam keadaan mak saya sedar..lepas tu dia akan letak satu sekeping kain tebal diatas badan mak saya...ITULAH DIA PENIPUAN YG DIA BUAT..KAIN TEBAL TU LA DIA LETAK PERUT PALSU YG ADA HATI KE JANTUNG KE DAN MACAM2 LA..KONONNYA DIA NAK BELAH SECARA LIVE PERUT KITA...PADA HAL DIA DAH CIPTA PERUT PALSU DAH...so bila dia dah siap letak PERUT PALSU TU...dia akan panggil org yg nak rakam pembedahan tu masuk...

masa tu kita yg tngok ni memang la rasa real sangat......konon la dia bedah guna pisau lepas tu keluar le segala benda yg kononnya dia kata toksid dalam badan....nampakla dia selak hati....selak jantung..........kononnya real sangat la.....tapi padahal kita di tipu hidup2.......selepas pembedahan selesai kami diminta membayar sebanyak RM6260!!

Termasuk ubat apa2 entah.... bayaran tu sebab buat 2 tmpt iaitu di leher dan di perut..........tu baru mak saya.........nenek saya pun serupa....tapi ni lagi real.........siap ketuk kepala nenek dgn tukul......hahahahahaha.........kelakar betul.....kene tipu betul....mak& nenek saya memang sedar masa dia buat tu....tapi tak dengar pun apa dia buat....si raden ni dah baca dah macam2 leee...nenek saya pulak kene bayar RM3000 lebih....satu pembedahan je...cuba korang bayangkan 1 org RM3000 sehari 30 orng....sebulan dah berapa si raden ni dapat duit....tu yg dia boleh pakai kete yg berapa juta harga dia tu.....

kalu la betul2 alim kan...untuk yg sesiapa penah pegi la kan...cuba korang tngok yg jaga kauter tu...pakai tudung macam nak tak nak je...kat belakang kluar ekor...yg lelaki ada yg rambut panjang.........lu pk la sendiri.......so nak jadi citer...mak saya memang tak puas hati....

Genap je sebulan lepas tu mak saya pegi balik ke tempat tu...tujuan utama nak mintak balik duit RM6000 lebih tu...bila sampai giliran mak saya...apalagi....mak saya sembur la dengan macam2 kata2 kesat...macam2 la mak saya ugut.....last2 sekali wak raden pun sain la cek balik.........dia takut mak saya bawa ke tengah kes ni..dia pun tengok mak saya dia macam berani semacam je so dpt le balik duit kami.....alhamdulillah berkat rezeki yang halal kami dapat balik duit kami.........."

JOHARI MANSOR BERTUKAR MENJADI MAHAGURU SILAT dan mengelar diri dia Sri Sultan:

Untuk menipu Orang Melayu dia telah mengaku yang kononnya dia ni keturunan wali 9, Penipuan ini ialah untuk orangramai percaya akan kehebatan dia menjadi Pakar Bedah....
Untuk orang percaya dia sebagai mahaguru silat tersohor dia mengaku pula dirinya Raden dan mengambil gelaran SRI SULTAN KANJENG PANGERAN RADEN JOHARI MANSOR NOTOBROTO NUSANTARA AL-HAJ DATO'

SRI SULTAN KANJENG PANGERAN RADEN JOHARI MANSOR NOTOBROTO NUSANTARA AL-HAJ DATO'


Johari Mansor Bersama Isterinya (ada 4 isterinya-at any one time)
Ahmad faizal adik fazley. Dr Fazley memang rapat dgn Johari Mansor

KEHEBATAN JOHARI SEHINGGA MENTERI PERTAHANAN YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi TERTIPU:


Tak cukup kah Zahid Hamidi dapat anugerah dari Sultan di Malaysia sehingga sanggup terima darjat kerabat dari JOHARI MANSOR SULTAN PENIPU ni?


APA KAITAN JOHARI MANSUR DENGAN DR FAZLEY YAACOB (Dr palsu)?

Selasa Januari 16, 2007
Fazley ceburi bidang kecantikan pula
Oleh WAHIDA ASRANI
Dari mStar Kilk Disini untuk artikel penuh


"Bagi saya, benda yang jarang orang buat, itulah yang akan saya lakukan," - ringkas jawapannya, tapi itulah yang diluahkan oleh Dr. Fazley Yaacob, atau Fazley ketika menceritakan tentang kerjaya terbarunya sebagai pengusaha produk kecantikan untuk golongan wanita dan lelaki.

Tegas penyanyi, pengacara dan penceramah motivasi ini, tidak salah bagi kaum lelaki untuk menceburi konsep perniagaan seperti ini, walaupun pengusaha kosmetik di negara ini rata-ratanya didominasi oleh kaum wanita.

Berpegang kepada prinsip tersebut jugalah akhirnya jenama D'Fazley Cosmetic diwujudkan oleh Fazley serta ahli keluarganya yang lain di mana produk-produk di bawah jenama ini akan diuruskan sepenuhnya oleh Fazley International Cosmetic (FICOS), yang menyaksikan Fazley sendiri bertindak sebagai Pengarah Eksekutif syarikat tersebut.

"Sebenarnya, perancangan untuk buat perniagaan ini memang sudah lama saya fikirkan sejak kira-kira 7 bulan lalu. Ini adalah salah satu perancangan jangka panjang saya untuk mengembangkan lagi family business.

"Mengapa saya pilih untuk buat produk kosmetik? Saya rasa, sudah jadi hakikat semua orang ingin nampak menarik di mata umum. Walaupun jarang kita lihat pengusahanya lelaki, tetapi saya tidak kisah.

Fazley menunjukkan buku motivasi santai 'Bila April...Cerita Paji' serta perniagaan terbarunya, D'Fazley Cosmetic (Foto The Star oleh Norafifi Ehsan) "Insyaallah, produk ini akan dilancarkan dalam masa dua bulan lagi. Saya juga ada merancang untuk pasarkan produk ini nanti ke Timur Tengah," ujar Fazley ketika ditemui pada majlis minum petang bersama media, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.

Dengan slogan "Suci...itulah kelebihanku!" yang dicipta oleh ibunya sendiri, Datin Umi Kalsom, produk-produk yang akan dikeluarkan di bawah jenama ini adalah produk kecantikan untuk wanita, produk 'ketampanan' lelaki dan supplement untuk kecerdasan minda.

Menariknya, produk-produk tersebut turut menekankan pada penggunaan bahan-bahan halal untuk mengelakkan keraguan orang ramai dan memudahkan pengguna yang beragama Islam.

"Sekarang ini, kita di dalam proses untuk memastikan semuanya teratur dan berjalan lancar. Produk-produk ini turut jalani proses R&D di Johor.

"Kita juga sudah ada pengedar sendiri yang akan memasarkan produk-produk tersebut. Untuk pek pengenalan produk tersebut, kita meletakkan harga yang berpatutan sekitar RM50 hingga RM100," kata Fazley, yang hadir ke majlis tersebut dengan ditemani isterinya Azrene Soraya.

Menurutnya lagi, FICOS juga akan mengeluarkan beberapa lagi produk lain pada masa akan datang antaranya, produk pemakanan halal……………………….

Produk yang slogannya dicipta oleh ibu Fazley dan Proses R&D di Johor ialah sebenarnya satu usahasama dengan JOHARI MANSUR( pengasas produk Sinar Sari, Vanesses etc)

KINABALU: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin telah merasmikan Majlis Maulidur Rasul dan Pusat Rawatan Kesihatan dan Kecantikan Keraton di Plaza Tanjung Aru, hari ini.

Turut hadir di majlis itu ialah Ahli Dewan Negara (Senator) Dato’ Yaakob Mohammad, Pengarah Ekesekutif D’Fazley International Cosmetic Sdn.Bhd, Fazley Yaakob dan Prof.Dato’ Dr Raden Johari Mansor Al-Haj, Dr.Ahmad Fadzli Yaakob.


Yahya memotong reben merasmikan Pusat Rawatan Kesihatan dan Kecantikan Keraton. Gandingan usahasama Fazley dan Johari Mansor

SI JOHARI MANSOR SEBAGAI MAHAGURU SILAT ...mari tengok ilmu POWER RANGER sijohari ni.....



Nak baca komen peminat yg tengok video clip ini, sila klik

Komen: Kita Orang Melayu mesti sentiasa peka agar tidak mudah diperbodohkan oleh jenis manusia yang PENIPU begini.

Nota : Semua artikel di atas adalah saya copy paste dari blog Mas Kancil (klik) dan untuk pengetahuan semua, saya tidak kenal langsung dengan Mas Kancil selama ini. Artikel akan datang saya sekiranya ada masa terluang saya ceritakan pengalaman (sedikit sahaja) bertemu dan berbual (melalui handphone) antara saya dengan Raden Johari.

Monday, December 20, 2010

Keputusan perbicaraan antara Uncleseekers dengan Mohamed Areef bin Mohd Batcha

Keputusan perbicaraan antara Uncleseekers dengan Mohamed Areef bin Mohd Batcha

(a)

(b)

(c)

Nak story sikit.

Bertolak dari Janda Baik tepat pukul 7.00 pagi bersama Apek dan pengurus Team PSI saudara Zelmey. Tiba di Mahkamah Jalan Duta sekitar pukul 8.15 pagi. Minum pagi sehingga pukul 8.45 pagi. Peguam Wan Azmir datang ke meja kami sekitar 8.45 pagi sambil berkata

"Ustaz Areef ada diatas!"

Sukanya hati saya, tuhan saja yang tahu.

Sekitar pukul 9.10 pagi menuju ke mahkamah Tinggi Sivil NCvC2 dan ternampak papan kenyataan (a). Sementara peguam Wan Azmir masuk kedalam mahkamah, saya dan Apek bergambar kenangan (b). Tetiba datang 2 orang wartawan dari 'Bernama' (kalau tidak silap) memanggil nama saya

"Uncle"

dan seorang gadis yang manis orangnya dari Utusan Malaysia (kalau tak silap kot!)

Sekitar 10.15 pagi, Wan Azmir memanggil kami masuk. Saya ternampak Areef dan isterinya duduk dibelakang sekali sebelah kanan. Kami bertiga duduk dibarisan kedua sebelah kiri.

Lebih kurang 5 minit kemudian keluar sosok lelaki berusia sekitar lewat 50 tahun berambut putih keluar dari bilik lantas seorang anggota polis berbangsa India atau mungkin Singh berusia pertengan 50 tahun berkata "Banguunnn".

Saya perhatikan wajahnya. Air mukanya tenang, adil, berpengalaman, pintar kerana dahinya luas dan pada pendapat peribadi saya orangnya baik .

Pendekkan cerita, aku dipanggil untuk masuk kandang saksi. Jeng...jeng..jeng..

Seperti biasa dalam filem kenalah baca pengakuan sambil angkat tangan kanan....bla bla bla..tiada yang benar melainkan yang benar...(terasa macam berlakon plak)

Peguam Areef pun mulalah tanya aku pelbagai soalan (tak silap aku lebih 20 soalan). Ada 4 soalan yang aku celaru sebab dia pandai pusing ayat. Biasalah.."Lawyer" tapi aku tabik dengan dia sebab pandai buat aku jadi 'blur' sekejap. Camnerpun aku tak kisah sebab aku tahu aku dipihak yang benar.

Walaupun aku memandang muka peguam Areef ketika menjawab semua soalannya namun aku perasan Hakim Tuan Prasad Sandosham Abraham sentiasa memerhatikan aku setiap kali aku menjawab soalan peguam tersebut.

Aku seronok apabila Hakim tersebut menegur tidak kurang 6 kali soalan yang dikemukan pada aku oleh peguam Areef. Sukanya bila Hakim menyebelahi aku dan menegurnya. Bangga siot!

Setelah selesai soalan dari peguam tersebut, Hakim mohon berehat 15 minit (aku tak berapa pasti bahasa mahkamah).

Ketika aku menuju kepintu keluar, Aku ternampak Areef tersenyum pada aku. Aku menyapa dia terlebih dahulu

"Apa Khabar"

dan Areef menghulur tangan untuk berjabat dan aku menyambut jabatnya.

Kalau tidak silap, hampir 12 tahun aku tak bersua dengannya. Selepas itu kami berbalas senyuman sambil melangkah keluar.

Kami bertiga keluar kebilik air untuk merokok. Sedang kami berbual tetiba peguam areef pun muncul, aku pun menegur

"Hello bro"

lantas dia menjawab

"Hi"

kemudian dia berkata lagi

"Jangan berkecil hati tadi,"

dan aku menjawab pula

"Saya faham, anda menjalankan tugas"

dan dia berkata lagi

"You steady jer tadi jawab soalan I"

Aku gelak kecil. Dalam hati dia tak tahu aku 'blur' dua tiga kali bila kena 'pusing ayat'

dan kami pun berbual kosong. Kemudian beliau memohon beransur.

Habis sahaja bara api dirokok, kami bertiga masuk semula kedalam mahkamah. Aku terkejut apabila ternampak Areef duduk betul-betul dibelakang kerusi aku. Dia menegur aku,

"Sejukkan dalam ini?"

Aku membalas semula

"A..ah"

Dalam hati kecil, aku dapat merasai sesuatu yang dia ingin menyampaikan sesuatu yang penting. Seperti biasa sikap Zelmey yang suka buat lawak sehingga aku terlupa Areef dibelakang sehinggalah terdengar suara

"Banguuunnn..."

Nama Areef dipanggil pula. Kini giliran peguam saya pula saudara Wan Azmir untuk mengasak pelbagai soalan. Dalam hati kecil saya berkata, "Hebat juga lawyer aku ni. Walaupun orangnya kecil tapi handsome dan pandai plak saiko orang yang dituduh. Memang kami amat rapat tetapi aku belum pernah lihat dia beraksi digelanggang mahkamah"

Aku teringat kata-kata abah semasa aku berumur sekitar darjah lima,

"Habiblah,orang yang bersaiz kecil ni, selalunya akal panjang. Cuba lihat orang-orang Jepun"

Dipendekkan cerita kalau tak silap aku, keputusannya akan diketahui pada 30hb Disember 2010. Lepas tu kami pun lepaklah sebentar diruang luar pintu mahkamah dan mengambil gambar kenangan bersama saudara Wan Azmir (c). Wan Azmir mengajak kami makan nasi ayam di Amcorp Mall di Petaling Jaya. Apabila kami baru saja hendak melangkah pergi tiba-tiba isteri Areef membuka pintu itu dan berkata

"Siapa Wan Azmir?"

beliau mengangguk kepala dan terus masuk kedalam mahklamah semula sambil berkata pada aku

"Sekejap ye bro"

Selepas kami bertiga menunggunya sekitar 15 minit dan dalam hati aku puas membebel

"Perut dah lapar ni.Pebenda plak mamat ni buat dalam mahkamah lagi?"

tetiba saudara Wan Azmir muncul sambil tersenyum dan tiba-tiba sambil dahinya berkerut sambil memandang tepat pada wajah aku. Suspen siot!

Wan berkata, tadi tuan hakim ada puji kau, dia kata...jeng... jeng... jeng...

"Sepanjang hidup saya, ini adalah kali pertama saya berjumpa dengan saksi yang paling jujur!"

Itulah kata-kata dari Hakim Tuan Prasad Sandosham Abraham kepada peguam Wan Azmir dan peguam Areef . Tak percaya? Tanyalah peguam Wan Azmir sendiri, peguam Areef, Zelmey dan Apek dan Hakim tu sendiri (tambahan baru)

To Seek The Truth

Sunday, December 19, 2010

Punca Uncleseekers Saman Mohamed Areef bin Mohd Batcha (Cakra Alam)

Punca Uncleseekers Saman Mohamed Areef bin Mohd Batcha
(Cakra Alam)


1. Uncleseekers membuat pendedahan teknik penipuan Perubatan Cakra Alam yang diketuai oleh Mohamed Areef bin Mohd Batcha di akhbar Kosmo! pada 17hb Oktober 2010

Komen : Mungkin headline 'Ustaz' Auta yang buat Areef tu bengang kot?
Tapi macha, ana bukan editor kosmo. Ana cuma beri info pada wartawan kosmo ajer. Rilekslah macha...

2. Mohamed Areef bin Mohd Batcha membuat laporan polis diatas pendedahan akhbar kosmo diatas.

Komen :Boleh tanya sikit macha,, siapakah yang telah mengugut anda melalui sms memaksa diberi wang dan mengancam keselamatan diri. Takpelah, nanti macha boleh story dalam mahkamah. Macha...macha...kenapalah lu suka sangat memfitnah untuk 'cover line' kelemahan sendiri.


3. Maka dengan rasminya, aku pun ditahan dalam lokap pudu lebih kurang 10 jam. Aku menghormati wartawan kosmo bernama shahren yang menangi anugerah kajai (tahun aku tak ingat) kelam-kabut ketika aku disoal siasat oleh pegawai polis di balai cheras sebab dia yang buat story ni.

Komen : Sebenarnya ada banyak story yang nak aku ceritakan pengalaman dari mula aku ditahan oleh beberapa pegawai polis yang datang kepejabat aku di Taman Tar Ampang, semasa soal siasat, pengalaman dalam lokap, dengan majistret, sampailah aku keluar dari lokap. Nanti aku story.

Aku pernah bertanya pada seorang sahabat aku yang memegang jawatan editor sebuah akhbar tabloid (telah meninggal dunia 2009), "Kenapa akhbar Utusan beri story aku ni kat front page?" Allahyarham menjawab, "Tuan Syed..Tuan Syed tak tau diri Tuan Syed yang sebenarnya! mereka ada motif.... " Sampai hari ini aku masih lagi tertanya-tanya.

Dalam kes permaisuri ini pun publisiti yang diberikan masih 'diposisi' yang sama selepas 4 tahun kemudian? Adakah ianya secara kebetulan atau...? Takperlah, adalah lebih baik saya bersangka baik. Terima kasih Utusan Malaysia.

Aku masih ingat lagi kata-kata pegawai polis diadalam gambar akhbar kosmo yang bertarikh 21 Oktober 2006 ini. "Ada press kat luar". Aku tersenyum dan sambil meletakkan kedua-kedua tanganku dibelakang untuk digari dan dia berkata 'Tak perlu, saya gari depan sahaja". Saya tanya kenapa? Dia pula tersenyum...

Cuma publisiti yang diberikan oleh akhbar China Press terlewat satu hari iaitu pada 22 Oktober 2006.

4. Lepas keluar dari lokap aku balik kepejabat dan berbual tentang pengalaman dari mula aku dibawa masuk dalam van sehinggalah keluar dari lokap. Keesokkannya aku kebalai polis Ampang buat laporan terhadap Areef buat fitnah aku menyamar polis. Yenade macha

5. Saya mulakan langkah pertama untuk menyaman areef


6. Sudahlah fitnah ana sampai masuk lokap pastu fitnah sekali lagi kononnya ada bukti gambar ana bersama 3 lelaki India nak ugut dia. Mana gambar tu macha?Mana...Dah 4 tahun ana tunggulah...ente lupake kata-kata "Bila datang kebenaran yang bathil akan gugur"

7. Maka bermulalah...


Pengumuman
Saya dapat panggilan dari peguam lebih kurang pukul 10.32 malam supaya hadir dimahkamah sebelum 8.30 pagi nanti. Harapa sangat saksi dapat hadir esok supaya keputusan dapat dibuat hari yang sama. Besok kalau Areef datang mesti best punya. Yea yea...