Kenali mereka

Tuesday, June 21, 2011

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Part 3)

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Part 3)

Salam semua, sepatutnya aku sambung citer pasal isu payung terjun tetapi aku hold dulu sebab ada orang minta tolong. Aku kesian sangat kat dia..

Minggu lepas aku dapat email dari saudara Ahmad Suhaimi Munir mengadu tentang dirinya ditipu hampir RM1.2 juta oleh seorang bekas majistret. Wow! banyak tu. Pendekkan citer aku jumpalah dia dikedai makan sekitar Bukit Antarabangsa lebih kurang jam 7 petang. Banyak diluahkan dan yang paling menarik sekali ialah bekas majistret tersebut hampir bertunang dengan anak perempuan Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi...!!!

Nasib baik bekas majistret tu tak jadi menantu Uncle Zahid, tidak kalu Malaysia ni pun dia jual. Nasib baiklah si Ahmad Suhaimi Munir ceritakan perkara sebenar pada anak perempuan Uncle Zahid..perghh selamat...

Dipendekkan cerita disini saya copypaste semula kandungan emailnya.


KES PENIPUAN AHMAD AZHAR BIN MOHAMED KECHIK NO. KP 661101-10-6145 DAN TETUAN LOKMAN ASSOCIATES

Saya amat bersyukur kerana dapat bertemu dengan blogger Uncle Seekers dan En Azmi Ibrahim empunya blog aku peduli apa dan seorang lagi blogger (minta maaf tak ingat nama). Walaupun perjumpaan sepatutnya pada pukul 5 petang tetapi terpaksa ditunda ke pukul 7 disebabkan ada urusan lain yang lebih mendesak, namun dengan izin Allah dapat juga bertemu, ribuan terima kasih kerana sanggup meluangkan masa mendengar masalah yang dihadapi.

Saya telah mencerita serba sedikit latarbelakang diri dan permasalahan yang dihadapi.

Pada tahun 2005 saya telah menjadi mangsa penipuan oleh seorang individu yang bernama Ahmad Azhar Mohamed Kechik (No. K/P 661101-10-6145) iaitu seorang bekas majistret, dan seorang peguam yang bernama Muzamil bin Hashim (No. K/P 721125-05-5981) dari Tetuan Lokman Associates), seorang pegawai kanan polis yang bernama Adnan bin Abdullah yang melibatkan kerugian jutaan ringgit. Saya telah diperdaya untuk membuat pelaburan didalam projek perumahan dan mendapatkan dana dari luar negara.

Berikut adalah gambar penipu tersebut.








BIODATA :

BEKAS PELAJAR MAAHAD MUHAMADIYAH KAJANG

BEKAS PELAJAR UIA

BEKAS MAJISTRET DI BUTTERWORTH

BEKAS PENDAFTAR KANAN MAHKAMAH TINGGI

BEKAS PENGUASA PENJARA KAJANG

MOTIVATOR/KONSULTAN


RAKAN SUBAHAT AHMAD AZHAR MOHAMED KECHIK ADNAN BIN ABDULLAH



Saya telah ditipu sebanyak RM700,000.00, selain itu saya kehilangan kereta dan rumah. Mereka telah menggunakan harta milik saya sebagai cagaran bagi mendapatkan pinjaman. Selain daripada itu saya telah diperdaya untuk memperkenalkan rakan-rakan perniagaan saya yang lain kepada mereka dengan tujuan mendapatkan pinjaman. Ini menyebabkan kehidupan saya sering diganggu oleh pihak-pihak tertentu untuk mendapatkan kembali wang mereka. Saya dan keluarga pernah diancam untuk dibunuh dan dicederakan.

Berikut adalah laporan polis yang telah saya buat.





Malangnya setelah beberapa kali ke balai polis sehingga kini pihak polis masih gagal menyiapkan siasatan, pelbagai alas an diterima antaranya masih gagal mengesan peguam Muzamil bin Hashim untuk mendapatkan keterangan disamping beberapa alasan yang lain antaranya disebabkan pertukaran pegawai dan banyak kes-kes berprofil tinggi yang belum diselesaikan.

Saya juga telah mengambil inisiatif yang lain antaranya membuat aduan kepada PPIM dan Biro Pengaduan Awam Jabatan Menteri, tapi jawapan yang diterima amat mendukacitakan. Berikut saya lampirkan surat-surat daripada JPM

Sampai sekarang tiada apa-apa tindakan.





Selain usaha diatas saya juga telah menyiarkan berita-berita ini disurat khabar kosmo selama tiga hari berturut-turut dan di Buletin Utama TV3.

Selain daripada saya telah ramai lagi yang telah menjadi mangsa oleh conman ini. Saya berharap dengan pendedahan ini tidak lagi orang ramai yang menjadi mangsa kepada conman ini.

Saya ucapkan terima kasih kepada Uncle Seekers dan En. Azmi.

Nota - Ada blog khas (klik) pasal conman ni..

Bersambung (Part 4) - Payung terjun dan bomoh!

Siapakah Anaconda dalam Barisan Nasional ? (Part 5)

1 comment:

makcikcantik said...

salam Uncle Seekers.


aku salah sorang mangsa si Azhar celaka ni. kebetulan, aku junior dia daripada sekolah yang sama, iaitu SMKA Maahad Hamidiah, Kajang.

Budak2 sekolah aku pun ramai yg jadi mangsa si Azhar ni. ramai yg senyap. ramai juga yg dah buat report polis.

tapi pelik, Azhar ni 'kebal' drpd tindakan undang-undang. Katanya Azhar ni ada kawan-kawan kat polis yg bantu dia lepas. Almaklum, dulu kerja Azhar ni pun bukan calang-calang. Magistret tuuu....

ntah berapa juta duit org ramai si Azhar ni dah kebas. ntah berapa ramai lagi yg akan jadi mangsa dia yg baru.

terima kasih sebab Uncle highlight isu ni. mana la tau, ada pihak2 yg dapat dikejutkan daripada tidur utk ambik tindakan serius menghukum Azhar ni.

kpd Azhar, di dunia ni mungkin kau terlepas. di akhirat, Allah Maha Adil. kau tunggu saja balasan kau di sana.