Kenali mereka

Friday, June 10, 2011

Risda Temberang Pekebun Kecil? Alahai...(Part 1)

Risda Temberang Pekebun Kecil? Alahai...(Part 1)

Sepatutnya hari ni aku keluar nak pi tengok kereta ni. Kalau ok nak sambar sebiji kalau semua perjanjian perniagaan hujung bulan ni ditandatangani bersama. Orang nak bagi kita amiklah...Tapi kena bersihkan lumpur plak. Takper, minggu depan ada lagi

Cun kan?

Seperti biasa bila aku bangun tido, lepas pekena air masak seteguk, aku terus pergi dapur untuk masak air untuk minuman kegemaran aku 'nescafe cair'. Terkejut beruk aku bila tengok dapur dipenuhi lumpur! Dalam hati aku bercakap, kalau kat dapur pun lumpur boleh masuk kalau kat luar mesti lagi teruk!

Jahanam! Habis 2 bilik air dan ruang luarnya. memang teruk penuh dengan lumpur!

Korang tengoklah sendiri gambar kat atas ni. Gambar ni aku amik selepas 1 jam aku pancut dengan paip getah (keje malas sbb cari cangkul tak jumpa)

Tetiba aku ternampak 'Burdy' (kawan abah aku dari Australia) tgh pancut air pakai 'water jet' sekitar diluar ruang biliknya. Aku nak minta pinjam sat tetapi ternampak cangkul!

Sedang khusyuk mencangkul lumpur tetiba abah aku menyapa dari belakang. "Semalam hujan lebat, Ami Umar kata tsunami! (Ami umar adalah adik abah aku)

Selepas 8 jam kemudian, akhirnya berjaya juga aku bersihkan. He he.

Y.B Dato Seri Haji Mohd Shafie Bin Apdal
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Kalau beginilah gayanya Dato Seri, boleh jahanam pilihanraya akan datang.
Pergilah selesaikan dengan segera..

Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik
Pengerusi Risda (klik)
Apa yang anak buah Tan Sri dah buat 'kong kali kong' dengan pekebun kecil?
Penipuan mereka sungguh licik Tan Sri...Semua dokumen bukti penipuan seluruh Malaya ada ditangan ...jeng... jeng.. jeng. ..tebal tu Tan Sri...


Berat buah yang masuk ke pusat timbang mengalami susutan yang tidak munasabah selepas dihantar ke kilang. Pembelian buah sawit daripada projek adalah berat belian sawit yang sampai di pusat timbang. Didapati jumlah susutan di kedua-dua pusat timbang mencapai 811.72 MT dan nilai kerugian pekebun kecil di anggarkan RM487,032.00(harga buah RM600.00/MT). Kadar OER yang dibayar tidak sama dengan kadar OER yang ditender.
Nombor lori dan Nama tempat terpaksa dipadamkan. Minta maaplah bro..

Pernah kulihat..tapi dimana yaa..
Tadaa...

2 comments:

^MaX2™ said...

ALAMAK!!!
JARING!!!!

Unknown said...

Rajinnye...

Tipu menipu dah jadi benda biasa kat M'sia ni...lg pembongkaran please....