Kenali mereka

Sunday, June 19, 2011

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Part 1)

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Part 1)

Malu Sangat Dengan Helikopter Tentera* Kita! (diperbaiki semula)*

Agusta 109E

Super Lynx

Black Hawk

Agusta

Bell

Alouette III

S61A-4 NURI

Semua helikopter yang TUDM ada tu dah uzur, tua, xder daya tahan, tak bleh pergi jauh dan gerenti tak bleh digunakan secara maksima!

Camner agaknya kalau negara kita berperang nanti. Kita jangan lupa perang dunia ke II (1939-1945), darurat (1948-1960), Konfrantasi dengan Indonesia (1963-1966) dan penentangan dengan kominis (1948-1988).

Orang yang tidak tau atau malas nak amik tau pasal sejarah akan mengulangi kesilapan yang lalu!

Operasi ketenteraan tanpa bantuan helikopter tidak akan berjaya. Kita perlukan helikopter yang mampu pergi jauh, membawa penumpang yang ramai, bergerak pantas dalam apa jua keadaan, pelbagai guna, tahan lasak dan lain-lain. Helikopter yang TUDM ada ni gerenti tidak mampu berhadapan dengan perang sebanar! Hancus...

2 biji helikopter canggih MI 171 yang dibeli pada tahun 1998 ni pun bomba yang pakai. TUDM langsung takder. Jahanam...

Negara kita mesti sentiasa bersedia dengan segala bentuk kemungkinan. Negara yang lemah dan tidak bersedia akan jadi mangsa!

Tidak mustahil satu hari nanti negara kita akan mengutip seluruh helikopter swasta untuk kegunaan ketenteraan...

Uncle Zahid, walaupun kita kenal antara satu sama lain itu tidak bermakna saya tidak boleh menegur anda. Selama ni saya belum pernah minta seposen pun pada Uncle Zahid. Kalau Uncle Zahid nak marah atau terkecik hati dengan saya, itu Uncle Zahid punya pasal! Malulah saya ada seorang Menteri Pertahanan sebegini...Camner Uncle Zahid nak jadi Perdana Menteri Malaysia nanti kalau perkara ini pun Uncle Zahid tak ble selesaikan. Ada banyak lagi story saya nak kupas nanti..

Bersambung....

12 comments:

Kopiah Senget said...

Dalam banyak2 menteri kat malaysia ni Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ni la sorg yg saya respect.. Sebab slalu saya tgk die dalam TV, alhamdulillah, Datuk ni jenis yg tak menuding jari kepada orang lain.. Banyak yg dia kata pula berdasarkan ilmiah.. Tu yg saya perasan.. org lain tak tau la plak.. Hal2 dalaman mmg sy tak pernah dapat tau.. Anyway, ade aku kisah?? Tapi bile uncle yg saya respect timbulkan isu ni.. Hmm.. Ntahla.. Mungkin Datuk pun 'tersepit' jgak kot uncle.. saya tak nak judge ape2 pun la kat sini.. Cukuplah sekadar saya mendoakan yang terbaik dari Allah untuk semua..

Anonymous said...

i like this blog so much!!
-_<

Anonymous said...

klu nak bercerita ada baik nye citer pasal hantu. mcm2 citer ko bleh gubah. ni citer pasal helikopter plak!! klu x tau citer x yah nk malu2, gi la tanyer hantu2 ko tu. mana la tau hantu ko tu tech savvy. kah kah kah

AtreD said...

Salam,

Apa yg ankel tulis, sikit je point yg kene,
Dlm senarai tu hanya Nuri sahaja helikopter lama yg masih dioperasi oleh TUDM, Alloutte pula lebih kepada training dan sebahagian besar telah pun dihentikan dari perkhidmatan atau diserah kepada PUTD Tentera Darat

Itu pun semenjak kali terakhir kemalangan maut, byk proses menaik taraf telah dilakukan oleh Airod.
Seperti Sagem ICDS, automatik emergency beacon, auto hover, night flight instrument dll
Nuri telah berkhidmat dengan cemerlang sekali sejak zaman konfrontasi dan sehingga kini

EC725 pula dibeli sebagai tambahan dan untuk kegunaan CSAR

Agusta A109 pula adalah aset terbaru untuk PUTD Tentera Darat,
Manakala Super Lynx juga ialah aset terbaru TLDM utk menggantikan Wasp.
White Hawk pula untuk peangkutan VIP

MI-17 bomba pula asalnya adalah untuk kegunaan Polis, tapi tak dapat meet DCA certification requirements jadi PDRM tak mau ambil dan akhirnya Bomba guna untuk Fire Jumpers. Pasal tak dapat sijil DCA maka Mi-17 tadi telah didaftar atas Tentera, tu pasal no dia start dari M, malah pilot dia pon dari efos jugak. Rasa2 canggih Upgraded Nuri lagi dari Mi-17.

Polis lebih memerlukan fleet helicopter dari ATM. Tgk lah asset mereka dari dlu Bell Squirrel jugak.

Saya amat menghormati ankel sebagai orang yg lebih tua serta berpengalaman tetapi saya harap Ankel PADAM balik post ni, buat sikit kajian baru tulis balik, ini ialah menjaga nama TUDM dan kredibiliti Ankel sendiri.

Negara kita ada byk forum2 military seperti Panggilan Peritiwi, Gempur Wira, Mymil dan lain2 lagi yg boleh dibuat sebagai rujukan.

Saya hanya menegur yg mana saya Nampak silap.

Sekian

UncleSeekers said...

Salam AtreD, terima kasih atas maklumat anda. Saya dah tukar tajuk dari 'TUDM' kepada 'Tentera'. Terima kasih sekali lagi bro.

GGK said...

bang oi... sila study balik tentang aset2 helicopter tu... sebab cuma Nuri sahaja yang dah lama.. yang lain semua baru.

NURI di operasikan oleh TUDM. Telah menerima pelbagai baik pulih.

Krew maintenance nuri antara yang terbaik di dunia. Kehilangan berberapa pesawat nuri sepanjang masa ini kebanyakkannya di sebabkan perkara2 yang tak dapat di elakkan.

kemampuan tempur helikopter milik angkatan tentera malaysia bergantung kepada kemampuan pilot2 dan krew penyelenggaraan yang mengoperasikan pesawat tersebut.

tak adil nak mengatakan kan pesawat itu akan hancus semasa perang, abang ada pengalaman didalam tentera udara?

abang tau pesawat Fenec kita banyak kali memusnahkan lanun Somalia di Teluk Aden.

ada banyak lagi kisah tentang perkhidmatan helikopter tentera kita yang cemerlang.

abang cuma perlu tanyaje. tak perlu malu pun.

UncleSeekers said...

Salam bro GGK, terima kasih atas komen anda. Cuba baca semula artikel diatas. Mohon baca yang tersirat bukan yang tersurat. Maaf kalau kata-kata saya mengguris perasaan bro

Anonymous said...

Pakcik Seeker...
nie bukan kisah macam kat Muzium Shah Alam upah budak muzium jadi hantu yang gerak pintu dan langsir... ingat lagi ke episod tu? Yang pakcik tipu semua rakyat Malaysia tu?

Kalau nama helos yang diletakkan pun salah caption plus ada ke Bell 47G (sure Pakcik tak tahu ianya model 47G kan? ) mana ada dah dalam perkhidmatan - tak payahlah ambik upah parti politik untuk menjatuhkan orang politik atau lebih penting lagi pasukan keselamatan. Kalau tak pernah pegang senjata dan mempertahankan bumi bertuah nie dan cuma setakat berani pegang telur jer.... tak payahlah burukkan pasukan keselamatan atau mana-mana pihak yang bertanggungjawab terhadap pasukan keselamatan. Jangan cari lagi publisiti murahan.... kes Bank negara serbu kawasan rumah pakcik tu pun belum kami dedahkan

UncleSeekers said...

Salam, yang pertama adalah satu tuduhan fitnah krn saya tidak terbabit langsung dlm pameran hantu di muzium shah alam malah saya membongkar kejujuran mereka pada orang ramai.(http://uncleseekers.blogspot.com/2010/01/jenglot.html)

Kedua, anda juga telah memfitnah saya mengambil upah dari orang politik untuk menulis dalam blog ini. Tiada seorang ahli politik diblkg saya. Saper tak betul saya bantai.

Ketiga, saya tak pernah pegang senjata? Aluzzz..sila semak nombor saya (SP11708) di bukit aman.

Keempat, kes bank negara juga saya tidak gentar krn 3 kes diatas anda main hentam kromo sajer. Semua bukti 'bergambar dan rakaman' kes bank negara ada dalam simpanan kami. Helo bro, pesan kat 'dia' datang rumah org tak beri salam lepas tu buat kurang ajar. Bila sampai saatnya saya akan bongkar! Biar orang ramai nampak biadapya 'dia' sebagai orang muda dan nampak sangat bangangnya krn tidak tau undang2!

Perkenalkan diri anda pada semua pembaca disini kalau telus! Tak kan keje asyik pegang telur sambil fitnah orang bro. Saper dibkg anda? he he

Anonymous said...

Pakcik Seeker,

Kami ada saksi yang kini kerja sebagai kurator yang berani tampil mengatakan anda buat drama tentang hal hantu tu. Beliau masih berkhidmat di Selangor.

Kes Bank Negara tu ramai yang tak tahu... mungkin tiada yang tahu dan 'kekurangan' ajaran yang dimaksudkan dirasakan bertempat sebab sedangkan begitu target boleh bertindak meloloskan diri.... takat rakaman etc etc rasanya tak jadi hal. Kita temngoklah yer? Hehehehe. My point is simple... kalau tak tahu hal defence... stick to hal hantu sebab ramai yang boleh ditipu

UncleSeekers said...

Salam,
Ini kali terakhir saya menjawap persoalan anda kerana anda 'bacul' tidak memperkenalkan diri anda yang sebenar!

Walaubagaimanapun saya akan menjawap tuduhan yg baru.

Bro, sila kemukakan bukti yang saya buat hal drama hal hantu di muzium shah alam. Wow! another to seek the truth! Kita ble bongkar tuduhan ini melalui email saya (uncleseekers@gmail.com)dan orang ramai menilaikannya. Yeeehaa..

Kes bank negara tu satu hari nanti pasti akan saya bongkar dirumah saya ini! Tunggu masa yang sesuai akan saya letakkan dalam blog ini..(mungkin satu hari dua ni kot. hi hi..biar satu malaya taw! Byk gambo tu...

Aik? itu hari kutuk saya pasal pegang senjata pun x taw! Dah periksa nombor anggotas saya ke?

Bro kalau kail sejengkal jangan duga lautan dalam..

Bersihkan jari anda dulu sblm menuding jari!

Sekali lagi saya jelaskan, saya sudah beri anda 2 kali peluang untuk memfitnah saya dan saya juga menjawab 2 kali persoalan tersebut.

UncleSeekers said...

Salam bro,
Aku dah ckp kat komen yg lepas. Sila kemukan bukti dan perkenalkan diri anda dahulu.

Selagi tak buktikan, ko hantarlah beribu komen akan aku padam!

Dah beri 2 kali peluang beri komen kat sini nak pijak kepala plak?

Bolehkah anda beri peluang pada saya untuk komen sesuka hati dirumah anda?