Kenali mereka

Tuesday, December 6, 2011

KFC Bandar Baru Ampang VS KFC Jalan Raja Laut

KFC Bandar Baru Ampang

KFC Jalan Raja Laut


30 November 2011, aku bertolak dari Janda Baik sekitar 6.30 petang melalui jalan lama menuju ke Pasar Chow Kit untuk beli rokok dengan 2 ekor ayam kampung.

Lebih kurang pukul 9 malam aku singgah di Kentucky Fried Chicken Jalan Raja Laut untuk mengisi perut aku yang lapar. Pada awalnya aku nak makan nasi campur berlaukkan ayam kampung goreng di gerai makan yang berdekatan tetapi bila tengok ayamnya kelihatan sejuk dan keras selera aku terpotong! Potong stim betul…

KFC Jalan Raja Laut

Ketika aku sedang beratur menunggu giliran sesorang wanita sekitar 30an memakai tudung mengambil pesanan pada pelanggan yang beratur. Dalam hati aku berkata…

‘Bagus..bagus…camnilah service..’

Lebih kurang 10 minit giliran aku pun sampailah. Seperti biasa aku suka makan Dinner Plate (Original). Aku minta semua daging ditukar kepada paha dan Coleslaw ditukar kepada Whipped Potato dan minta extra Gravy. Pelayan yang mengambil order dengan senyuman yang manis melayan kerenah aku. Terima kasih banyak-banyaklah.

Artikel ni aku tulis 1-12-11 di FB (Maaf, bukan di chow kit tapi di Jalan Raja Laut). Mula-mula aku tak nak tulis citer ni dalam blog, tapi lepas fikir-fikir balik sebaiknya tulislah jugak supaya pihak syarikat boleh ketatkan mana skru-skru yang longgar.

Antara keluhan…

Aku naik ketingkat atas basuh tangan, baca BISMILLAH dan ‘NGAP’ terus. Aku tak baca doa panjang-panjang sebab tuhan cuma suruh sebut nama DIA saja masa nak makan. (klik)

"Makanlah daripada apa yang padanya diingatkan (disebut) nama Allah, jika kamu mukmin pada ayat-ayat-Nya." (Surah AL-AN'AM (binatang ternak) ayat 118)

Betapa kecewanya saya apabila rasa ayamnya lebih kurang saja macam ayam goreng kat warung Makcik Bedah tepi jalan!


Rasa paha ayam yang mengecewakan

Walaupun hati kecil saya merungut sedikit tetapi bila bayangkan orang lain mungkin tidak berpeluang langsung tika ini masuk KFC saya terus bersyukur pada tuhan atas ketentuan rezeki sebegitu malam tersebut.

Lepas makan lebih kurang (sekadar mengisi perut yang kosong), saya makan Whipped Potato pulak. Kali ini saya betul-betul sedih sebab rasanya MASIN! Saya terus tinggalkan makanan tersebut begitu saja. Dalam hati terus membebel!

Gravy yang masin…adusss..

“Aku datang jauh-jauh redah hutan dengan jalan bengkang-bengkok bila beli makan dapat rasa macam ni pula”

Saya turun dan mencari wanita yang mengambil tempahan saya ketika sedang berbaris tadi. Saya dapat merasakan bahawa wanita itu adalah pengurus kerana ‘warna pakaian, cara dia becakap dan berdiri’ ketika bercakap dengan saya.

“Selamat Malam, you ni Manager sini ke?

Dengan senyumannya yang nampak jelas keletihan menjawab pertanyaan saya dengan lembut.

“Ye, kenapa?”

KFC Bandar Baru Ampang

Entah kenapa tetiba saya kasihan melihat dirinya. Mungkin dia terlalu penat disebabkan pelanggan yang terlalu ramai terutama yang datang ke PWTC sempena Perhimpunan Agung UMNO.

“Kenapa ayam tu rasa lain sangat? Tak tukar minyak baru ke? Pastu gravy pun rasa masin”

Beliau terus menyambut kekecewaan saya dengan senyuman walaupun jelas senyuman beliau juga nampak kecewa.

“Minta maaf, customer ramai sangat hari ni”

Saya mengangguk tanda faham dan terus keluar dari tempat tersebut. Sedang saya menunggu lampu hijau untuk melintas jalan, hati saya becakap.

“KFC Bandar Baru Ampang juga yang paling BEST. Rasanya sentiasa konsisten”



Nota
Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Ulang Tahun dan bakal bergelar Ayah pada Boy (Klik)

5 comments:

cacamarba said...

sekali sekala try la ayam goreng dkt popeye plak..boleh tahan rasa dia.. ;)

Matt said...

"Makanlah daripada apa yang padanya diingatkan (disebut) nama Allah, jika kamu mukmin pada ayat-ayat-Nya." (Surah AL-AN'AM (binatang ternak) ayat 118)

Saya rasa ayat ini suruhan kita makan makanan yg disembelih cara Islam (iaitu dgn cara nama Allah disebut), bukan suruhan sebelum makan sebut nama Allah..

Shah_clunk said...

huhuhu...nak makan kfc betul2..bila la abg nak banje makan lagikan..heheh...nanti sy nak amek gambar berkemungkinan besar dijanda baik....huhuhuh

anak jenglot said...

"Makanlah daripada apa yang padanya diingatkan (disebut) nama Allah, jika kamu mukmin pada ayat-ayat-Nya." (Surah AL-AN'AM (binatang ternak) ayat 118)

Saya juga rasa kita disaran makan makanan yg disembelih cara Islam (iaitu dgn cara nama Allah disebut),makanan dari mereka yang bila buat sesuatu sentiasa ingat yakni zikir hatinya, perkataan nya dan perbuatan akan ALLAH dari telur,peliharaan sampai sembelihan . Dengan ini ekonomi orang mukmin akan maju

Hercules said...

semalam mkn sate, hari nie mkn ayam goreng, esok bgtaulah nak mkn ape pulak.. bagus utk saya yg sentiasa takde idea nak mkn ape.. membantu juga uncle..Tq..