Kenali mereka

Tuesday, December 27, 2011

Rawatan untuk pesakit

Rawatan untuk pesakit

Pondok Pak Habib, Kampung Janda Baik.

Salam sore semua,

Memandangkan kadangkala antara peralatan (seperti dibawah) untuk merawat pesakit kehabisan stok/sukar untuk mendapatkannya dikawasan Janda Baik/terlupa nak beli beli ketika saya berada di Kuala Lumpur, sebaiknya bermula hari ini saya meminta jasa baik anda untuk membawanya sendiri ketika berjumpa dengan saya. Kalau anda tidak berkemampuan, tolong belikan dulu dan saya akan jelaskan bilnya.


Instant hand sanitizer

latex hand gloves (size - small)

Mouth wash

Sarung muka dan penutup kepala

Dettol hand wash

Kapas

7 helai kain putih (cotton)

Plaster (saiz sederhana)
Dettol wet tissue

Dettol liquid

Yang tak sempat bersihkan diri sebelum berjumpa dengan saya tolong bawa 'Dettol body wash' atau lain-lain jenama. Kat sini ada tak kurang 13 bilik air yang boleh digunakan. Nak mandi air sungai pun boleh.

Anda boleh mandi sungai sampai kecut sepanjang 1 kilometer dilereng rumah

5 Syarat yang harus dipatuhi

1. Tidak boleh beri saya sebarang imbuhan (pengeras, duit, makanan, hadiah atau apa saja) melainkan terdapat sebarang persyaratan yang diminta. Jangan terperanjat kalau saya yang beri anda wang. (bukan banyak pun, sikit jer)

2. Sessi rawatan mesti dihadiri oleh muhrim atau kaum keluarga (paling kurang 2 orang atau tidak lebih dari 3 orang termasuk pesakit). Kalau datang sorang-sorang nak menggatal (perempuan), Minta maaf banyak-banyak kalau saya halau balik!

3. Cara rawatan yang diberi tidak boleh dimaklumkan pada sesiapapun sampai bila-bila. Kalau mood saya baik hari tu bolehlah rakam semasa rawatan tetapi harus di deletekan sebelum pulang kerumah.

4. Tiada sebarang publisiti dari wartawan sebelum dan selepas sembuh dari rawatan. Bagaimanapun tertakluk pada situasi. (Saya memang kalah dengan rakan wartawan yang pandai memujuk. Tolonglah aku kali ini..please..Korang promote ajelah rawatan islam yang lain sebab mereka perlukan ini semua untuk cover overhead setiap bulan manakala aku plak hanya buat amal jariah saja)

5. Tolong bersihkan diri anda sebersih-bersihnya dari hujung rambut sampai hujung kaki. termasuk kaum keluarga yang datang bersama terutamanya kaum lelaki. Saya memang pantang kalau pengotor! Kalau tak sempat, boleh mandi kat tempat saya ni. Sesungguhnya Allah mencintai orang yang bersih.

Selagi anda tidak jumpa 'penanda' ini itu bermakna anda tersasar dari destinasi yang sebenar.

Sessi rawatan

1. Kali pertama - Buat pemeriksaan untuk pengesahan dan puncanya sekitar setengah jam.

2. Kali kedua - Sesi rawatan (Selalunya lebih kurang sejam). Tak sampai 5 minit pun ada. Mungkin juga 24 jam.

3. Kali ketiga – Pengesahan sembuh 100%.

Bagaimana saya membantu anda?

Kalau ada waktu terluang saya akan bawa anda persekitaran taman ini. Taman ini pernah memenangi 'Taman tercantik' di Malaysia dan seluruh negeri Pahang beberapa kali didalam pertandingan yang telah dianjurkan.

1. Saya hanya membantu pesakit yang saya suka sahaja atau yang diarahkan olehNYA.

2. Hanya pesakit yang telah disahkan oleh doktor dan rawatan islam lain tidak mampu lagi membantu. Setakat sakit mengada-ngada sila jangan buang masa saya. Please..

3. Buat temujanji terlebih dahulu sebaiknya seminggu awal. Kalau tahap kritikal dan saya ada kelapangan dan tidak penat bolehlah saya bantu. Itupun tak janji. Jangan sesekali datang ke sini tanpa temujanji untuk minta saya membantu kerana anda akan pulang dengan perasaan kecewa. Saya pun nak keluar dengan awekz gak. ;)

4. Tak perlu bawa apapun (garam, limau atau apa saja yang merepek!) semasa sessi rawatan yang pertama.

5. Pantang – takder.

6. Lain-lain – Saya akan beri anda sepotong ayat suci yang harus dibaca sebelum, semasa dan selepas rawatan. (pendek saja). Yang tidak mampu, boleh baca terjemahannya.

Lain-lain yang diperlukan

1. Silalah beri maklumat lengkap tentang diri anda

2. Tulis permasalahan anda dengan padat tapi lengkap. Tak payahlah panjang-panjang sangat sebab banyak benda lain saya kena buat.

3. Tolong maklum juga samada rawatan yang saya beri dirahsiakan atau boleh dikongsi dengan para pembaca.

4. Beri saya masa untuk menjawab email anda.

5. Niat nak menggatal dengan saya, pergi main jauh-jauh!

Pesakit 1 - Angkara Saka

Pesakit 2 - Angkara Saka (Penggerun)

Pesakit 3 - Angkara Saka Suami (Berlegar di dalam rumah)

Pesakit 4 - Angkara Gangguan Makhluk Halus

Maaf, saya tidak merawat pesakit dirumah masing-masing.

Sekadar renungan

"O you who believe, many religious leaders and preachers take the people's money illicitly, and repel from the path of GOD. Those who hoard the gold and silver, and do not spend them in the cause of GOD, promise them a painful retribution". [Surah At-Taubah:34]

"The day will come when their gold and silver will be heated in the fire of Hell, then used to burn their foreheads, their sides, and their backs: "This is what you hoarded for yourselves, so taste what you have hoarded." [Surah At-Taubah:35]

6 comments:

Kak Uda ila said...

Cantiknya persekitaran rumah uncle. Nak demand gambar sekitar dalam rumah plak boleh ker? hehe..
Sungai tu bestnya...perghh..
Rumah Orang tua saya cuma ada paya jer hihi..

mayangberseri said...

memang cantikk.. patutlah menang pertandingan. geram tgk sungai tue... grrrr

Safuan said...

Assalamualaikum

Uncle,

Rawatan masalah dalaman mcm mana seperti masalah naluri (homoseksual)? Boleh tak dirawat? Saya pernah mendapatkan rawatan di Al-Syifaa untuk penyakit saya, tapi masih belum ada keiziznanNYA untuk sembuh sepenuhnya.

Kak Uda ila said...

Safuan..

Saya sebagai saudara seagama anda, mendoakan agar anda diperkuatkan iman dan semoga penyakit anda kan menemukan kesembuhan 100% dengan keizinanNYA. InsyaAllah.

Aminn...

Safuan said...

Terima Kasih Kak Uda ila..

Kadang2 saya buat tak tahu shj dgn penyakit saya, sebab kalau saya selalu fikir dan bandingkan dgn kawan2 lain yang dah kahwin dan punya anak, saya akan makin tertekan.

Sya bersyukur pada Allah SWT, kerana masih menguatkan semangat dan keimanan sya, supaya tidak terjerumus ke lembah maksiat..

Rawatan secara sesi kaunseling dgn doktor dan kaunselor sya sudah byk kali jalani.

Sekarang saya nak cari alternatif lain. Terjumpa blog uncleseeker di Beautifulnara,

life_damn_good said...

uncle..kalau datang nak mandi sungai je boleh x? best la tengok....