Kenali mereka

Wednesday, February 9, 2011

Jutawan senyap atau Jutawan temberang?

Jutawan senyap atau Jutawan temberang?

26hb Januari 2011, aku lepak kat restoran member aku. Aku tengok wajahnya sugul, aku pun tanyalah

"apa dah jadi bro?"

Member aku jawab

"Adalah sorang mamat tu yang bergelar jutawan senyap makan kat tempat aku masa krismas dengan kengkawan dia, sampai sekarang bil RM4,300 tak nak bayar"

Aku tanya dia balik sebab aku kenal sangat dengan mamat jutawan senyap ni.

"Betulke ni? Tak kan RM4,300 seorang jutawan x mampu nak bayar!"

Aku sajer je provok dia tapi dalam hati aku berkata, member aku yang sorang ni tak pernah bohong aku sekalipun.

"Cerita bisnes ratus juta kat aku, bila hantar msg x jawab, bila tepon x angkat"

Aku pun cakap dengan dia balik

"Cuba aku plak try"

Aku pun mesejlah (mesej tu aku dah terdelete plak, sori!) mamat jutawan senyap tu samada boleh atau tidak aku mewakili member aku ni datang opis dia keesokkan harinya (khamis) collect cek.

Kalau dia ada duit tapi saja x nak bayar memang tak patutlah tapi kalau memang betul dia dalam keadaan susah nak buat camner. Macamlah dialog dalam filem P.Ramlee (lupa tajuk) "Orang kaya pun kadang-kadang pun sesak jugak"

Kita pun sebagai manusia pun kekadang ada jugak sangkut nak bayar tunggakan atau apa saja janji yang kita berikan harapan pada orang lain tapi last minute disebabkan duit yang orang janji nak bayar atau backup meniaga hanya janji kosong. Akhirnya kita bersama orang yang diberi harapan juga tertiarap!

Sori, terbabas plak citer. Kita sambung balik. Dia pun jawab mesej aku pada 10.09 malam

Sori, abg kt kucing blk jumaat, sabtu ok...maaf susahkan kalian.


Aku pun tunjukkanlah kat member mesej tersebut dan suruh dia bersabar 3 hari jer lagi. Aku bersangka baik sebab mamat ni terkenal, meniaga besar, opis besar, jawatan besar, CEO koperasi 'tuuut' dan pakai kereta porsche.

Pendekkan cerita hari yang dijanjikan utk bayar hutang RM4,300 gagal dilaksanakan dan satu lagi sms yang diterima pada 30-1-2011 jam 8.11 malam

Sori, sy kat swak, bck 2 kl on teusday. Cek payment ready in KL office. Will get my staf 2 bnk in.

Tunggu punya tunggu habuk pun tarak! Tepon x angkat yang dpt satu lagi mesej pada 1-1-2011 jam 6.56 petang

Upon clear my cheque pending floating few hours due 2 holiday. 2moro insyaallah.

bersambung .....

Nota: Artikel akan datang saya akan sertakan bukti bergambar sms yang diterima dan siapakah jutawan senyap yang popular tu. Berita terbaru yang saya terima mesej sekitar 7.19 malam yang telah diforwadkan oleh member saya

Sori bro, it was my fault n apologize for the delay. M in Sarawak suppose bck last week. I wrote a cheque 4u n my staff suppose 2 bnk in. Gv me 2days bck 2 kuching 2do the bank in frm here. Now in Semantan abt 80km frm kuching. Sori bro again.

Apa pendapat anda? Jutawan senyap ni takder duit ker atau apa?

1 comment:

^MaX2™ said...

Harap kete besar,kompani besar tpi duit sekangkang kere pon susah nk pulangkan balik....
G bawak Porche ko ngan kompani ko yg konon2nye besar tu masuk lubang kuboq! AKu paling hangin dgn mamat ni!!!