Kenali mereka

Saturday, October 18, 2008

Pengurusan saman 'Uncle Seekers' Nov depan



Pengurusan saman 'Uncle Seekers' Nov depan
KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi Sivil di sini semalam, menetapkan 26 November depan untuk pengurusan kes saman fitnah RM5 juta Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas atau Uncle Seekers terhadap pengamal perubatan tradisional, Mohd Arief Mohamed Batcha.

Timbalan Pendaftar, Razman Ibrahim menetapkan tarikh berkenaan dalam kamar bagi pihak defendan yang diwakili peguam Zulkepli Omar daripada Tetuan Lainah Yaacob & Zulkepli, meneliti klausa-klausa tindakan yang telah dikemukakan.

Syed Abdullah melalui peguamnya, Wan Azmeer Wan Majid memberitahu, tarikh pengurusan ini diberikan setelah peguam defendan, SN Nair menarik diri.

“Saya pun tidak tahu bila kes ini akan berjalan (dibicarakan). Peguam defendan asyik tarik diri saja. Masuk hari ini (semalam) dah kali kedua,” kata Ketua Penyelidik Paranormal Seekers Malaysia itu.

Beliau memberitahu, saman fitnah itu difailkan pada 2007 ekoran kenyataan Mohd Arief berbaur fitnah yang menyatakan beliau melalui sistem pesanan ringkas (SMS) pernah mengugut Mohd Arif dengan memaksanya memberikan wang selain mengancam keselamatannya.

Selain itu, Syed Abdullah mendakwa Mohd Arief turut membuat fitnah dalam satu kenyataan di akhbar dengan menyatakan Syed Abdullah bersama tiga rakannya menyamar sebagai anggota polis sehingga menyebabkan Syed Abdullah ditangkap, digari dan direman selain hal berkenaan diterbitkan di muka hadapan akhbar Utusan Malaysia pada 21 Oktober 2006.

“Semua ini berlaku setelah saya mengeluarkan kenyataan dalam akhbar Kosmo! yang bertajuk ‘Ramai ustaz lebih cenderung memperdaya daripada mengubat – kaya dengan kelentong’.

“Ekoran itu, Ustaz Arief mendakwa saya telah mencemarkan nama baik, menyebarkan keburukannya dengan palsu. Sedangkan dalam kenyataan akhbar berkenaan saya tidak sebut pun nama dia atau nama sesiapa. Kenapa dia perlu terasa,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, pengkaji paranormal rancangan seram ‘Seekers’ bagi musim pertama dan kedua yang disiarkan di NTV7 memfailkan saman malu bagi menuntut ganti rugi RM5 juta terhadap pengamal perubatan tradisional atas dakwaan mengeluarkan kata-kata fitnah terhadapnya di akhbar.

Dalam penyataan tuntutan, Syed Abdullah mendakwa Mohd Arief pada 25 Oktober 2006 telah mengeluarkan kata-kata fitnah di akhbar The Malay Mail.

Beliau juga mendakwa Mohd Arief sekali lagi mengeluarkan kata-kata fitnah di akhbar yang sama pada 2 November tahun yang sama.

Syed Abdullah juga mendakwa, kata-kata fitnah itu dikeluarkan Mohd Arief setelah beliau (Syed Abdullah) membongkar amalan perubatan yang dilakukan Mohd Arief yang dikatakan palsu dan menipu orang ramai.

Beliau mendakwa, akibat daripada kenyataan fitnah Mohd Arief itu, dia ditangkap dan direman polis.

3 comments:

nadzri said...

Siapa makan aiskrim, dia terasa sedap.

ntah said...

http://forum.lowyat.net/topic/848653

leave ur comment...

n3xTz said...

org korea dan randi the magican didakwa membongkar penipuan ustaz arief cakra alam

http://www.youtube.com/watch?v=p9hgWWQC3e0


http://www.youtube.com/watch?v=9pBe2_tbPUE