Kenali mereka

Wednesday, February 17, 2010

(Qareen) Teman yang dipercayai

(Qareen) Teman yang dipercayai


Saya baru terjaga dari tidur kerana bermimpikan ayat dibawah tentang teman yang dipercayai atau qaren seperti yang sering diperkatakan umum.

Sesiapa yang membutakan diri daripada Peringatan Yang Pemurah, kepadanya Kami menentukan syaitan untuk menjadi teman yang dipercayai (43:36)

Pada pemahaman saya yang daif ini, saya merasakan jika seseorang itu 'dengan sengaja' membutakan diri daripada 'peringatannya' akan ada jin yang perangainya tidak elok, akan diutuskan menjadi sahabat kepada setiap individu sebagai rujukan & sentiasa menghasut kita. (Maaf, kerana saya hanya membaca sebahagian ayat surah diatas tanpa pemahaman ayat sebelum dan selepasnya) Setiap individu dimuka bumi ini pasti kadangkala dengan sengaja (kebanyakannya) atau alpa (lalai, kurang mengendahkan - kamus dewan edisi keempat 2005) tentang perintahnya.

Bagaimana pendapat saudara dan teman-teman seperjuangan sekiranya kita mencelikkan mata keatas beberapa peringatan dan membutakan sebahagian peringatannya?

Sedangkan Nabi dan Rasul juga tidak terlepas tetapi Allah membantu.

"Kami tidak mengutus seseorang rasul, dan tidak juga seseorang Nabi sebelum kamu, melainkan bahawa apabila dia berkhayal, syaitan melemparkan ke dalam khayalannya; tetapi Allah menghapuskan apa yang dilempar syaitan, kemudian Allah menentukan ayat-ayat-Nya; Allah Mengetahui, Bijaksana." (22:52)

Saya juga sempat membaca secara rawak tentang info syaitan di (klik) dan ianya sangat memberi manfaat. Terima kasih

Sebagai seorang pengkaji paranormal sejak 2003 sehingga tarikh diatas, saya menyimpan sebaik-baiknya tidak kurang 200 pita rakaman imej paranormal yang berjaya dirakam. Selain dari itu banyak ribuan foto atau rakaman video tentang paranormal ini boleh disaksikan dengan mudah dalam youtube atau laman sesawang yang berkaitan dengan paranormal (ada juga yang di tafsirkan sebagai sahih imej tersebut dan ada juga tangan-tangan yang nakal telah mengubahsuainya).

Kadangkala saya terfikir adakah imej ini adalah Jelmaan Jin yang
1. Bodoh? - Yang bodoh di kalangan kami mengatakan terhadap Allah yang keterlaluan (72:4)

2. Salih? - Dan sebahagian daripada kami adalah yang salih, dan sebahagian daripada kami tidaklah demikian; jalan-jalan (tarekat) kami berlainan.(72:11)

3. Muslim? - Dan sebahagian daripada kami muslim, dan sebahagian daripada kami menyimpang. Mereka yang tunduk patuh mencari kelurusan hati (72:14)

yang berjaya dirakam ini. (Menurut kajian dan pengalaman team kami, ada diantara mereka tidak sedar bahawa kita sedang merakam aktiviti mereka dan yang paling lama imej yang berjaya dirakam adalah 54 saat satu lembaga hitam setinggi lebih kurang 12 kaki dan mengeluarkan suara yang tidak difahami dan menjadi api akhirnya) Adakah dikalangan mereka ini sengaja membiarkan jelmaan mereka dirakam atau tidak sengaja terakam dan apa tujuan mereka berbuat demikian? Adakah kerana untuk menakutkan manusia atau menunjukkan kehebatan mereka?

Imej-imej mereka ini hanya berjaya dirakam manusia dalam warna hitam putih seawal abad 19 dan manusia ketika itu amat teruja!

Apabila zaman berubah tika ini, imej-imej jelmaan mereka semakin banyak dalam bentuk warna dan manusia juga semakin teruja!
Bagaimana 30 tahun lagi?

Kalau setiap manusia diberikan satu teman yang dipercayai dikalangan mereka untuk menyesatkan kita sekiranya kita membutakan mata , bagaimana pula ada lagi beberapa gangguan jelmaan lain? Siapa dan apa tujuan mereka?

Disini saya sertakan satu imej untuk dikongsi bersama untuk renungan. Imej ini dirakam tahun 60an diKedah. Kalau diperhatikan imej dua individu agak kabur tetapi jelmaan tersebut tetap jelas.


Sila baca seterusnya artikel ini (klik)

Kiamat tahun 2280?
Seks Dalam Islam (Part 1) (Seks adalah emosi dan keperluan manusia tetapi bukan identiti agama)
Seks Dalam Islam (Part 2) (Seks adalah emosi dan keperluan manusia tetapi bukan identiti agama)
Seks Dalam Islam (Part 3) (Seks adalah emosi dan keperluan manusia tetapi bukan identiti agama)
Seks Dalam Islam (Part 4) (Seks adalah emosi dan keperluan manusia tetapi bukan identiti agama)
Syaitan Dari Golongan Jin Dan Manusia
Syaitan dibelenggu dan dirantai?
(Qareen) Teman yang dipercayai
Bunuh Cicak dengan Lembing
Makan..Makan..Makan..
Ahlul Bait VS Ahlul Quran
Ahlul Bait vs Ahlul Quran -Respon 3
Ahlul Bait vs Ahlul Quran -Respon 5
Quran dicatat di pelepah pohon tamar dan batu? Ye Ke Ni..
Jumlah Ayat Dalam Quran Sebanyak 6666 adalah Karut! Sila Kira Baik-Baik
'Amin' Islam, Kristian dan Yahudi
Siapa Yang Berpuasa?
Benarkah Jodoh, Maut, Rezeki ditangan tuhan?
Allah suka orang yang bersih
Sudahkah anda diuji pada tahun ini?
Kau dan Aku (Part 1)

No comments: