Makhluk Paranormal
Tugas Pengkaji ParanormalTugas pengkaji adalah suatu usaha untuk mengkaji dan membuktikan kewujudan makhluk paranormal, Mengkaji adalah sulit, tapi membuktikannya adalah lebih sulit. Dari tahun 2004 sehingga kini saya bersama Team PSI belum pernah mendapat maklumat secara saintifik tentang makhluk paranormal dan adalah mustahil ianya boleh dikaji sebegitu. Tiada sesiapapun di dalam dunia ini tahu secara mutlak tentang kehidupan alam makhluk paranormal.
Pengkaji atau penyelidik paranormal selalunya sibuk pada bulan November atau Disember setiap tahun untuk mengkaji atau menyelidik lokasi yang dikatakan terdapat aktiviti paranormal kerana dikatakan pada bulan tersebut manusia mencetuskan tenaga negatif yang kononnya salah satu ‘agen penyubur’ makhluk paranormal. Akan tetapi ada juga yang mempercayai pada bulan Januari adalah bulan yang paling banyak manusia menghasilkan tenaga negatif akibat tekanan perasaan disebabkan faktor kewangan dan secara tidak langsung menjejaskan hubungan sesama keluarga.
Perasaan Ketika Mengkaji
Adalah lumrah ketika kajian sedang dilakukan ditempat yang dikatakan terdapat aktiviti paranormal emosi pengkaji bergolak, ghairah, panik, teruja, takut dan berkecamuk!
Jangan melakukan sebarang kajian kalau mengantuk atau sakit kerana banyak musibahnya! Apa yang pernah berlaku pada salah seorang pengkaji Team PSI yang bernama Salim jadikan iktibar!
Perasaan marah, tertekan, kesal dan bosan bersama pengkaji yang tidak mendengar kata, tidak memberi tumpuan, leka, suka berkhayal, mengeluh, atau tidak memberi kerjasama harus dibuang jauh-jauh. Perasaan sebegini membuatkan malam semakin jauh!
Perasaan takut adalah lumrah dalam setiap kajian tetapi reaksi terhadap ketakutkan adalah lebih penting. Lokasi yang terdapat aktiviti paranormal kebiasaannya menghasilkan perasaan unik terutama pada pengkaji baru yang kurang daya ketahanan diri.
Perasaan sedih secara tiba-tiba kadangkala muncul ketika kajian sedang dijalankan dan tidak kurang juga perasaan marah yang memuncak sesama anggota. Pernah berlaku satu peristiwa pada tahun 2005 di Bukit Tuanku, dimana dua orang anggota wanita bergaduh sesama mereka sehingga hampir menggunakan pisau untuk bergaduh! (Sejak dari peristiwa tersebut, Team PSI tidak dibenarkan membawa pisau!)
Peralatan
Pastikan perlatan yang dibeli adalah peralatan yang terbaik,tepat dan sesuai dengan tugasnya supaya pembaziran wang dan masa dapat dielakkan. Perkara yang paling penting adalah mempunyai pengetahuan tentang peralatan kerana ianya adalah kunci keberhasilan setiap kajian. Luangkan masa untuk mengetahui lebih mendalam tentang alat-alat ini.
Semasa kajian dilakukan, tulis semua maklumat yang penting, masa dan juga perasaan (bosan, gembira, takut), pengalaman dan apa juga yang difikirkan! Anda juga harus menulis apa yang dilakukan oleh rakan lain semasa kaijan dilakukan. Soalan-soalan didalam fikiran juga harus ditulis selepas kajian selesai! Jurnal kajian boleh mengesahkan setiap kejadian yang berlaku.
1.EMF (Electromagnetic field)
Kebanyakan pengkaji paranormal percaya bahawa makhluk paranormal memancarkan medan elektromagnet. Pengkaji paranormal amatur seluruh dunia masih menggunakan alat ini sebagai alat untuk mengesan kewujudan mahkluk paranormal yang berdamping pada manusia, tempat atau benda.
Pada pendapat kami, alat sedia ada ini tidak cukup canggih untuk mengesan kehadiran mahkluk paranormal dan ianya tidak banyak membantu kami dalam penyelidikan!
EMF digunakan untuk mengesan medan elektromagnet yang dipancarkan oleh peralatan seperti telefon bimbit, television, gelombang mikro dan lain-lain dan kesan sinarannya dikatakan boleh menyebabkan barah.
Adakah kehadiran mahkluk paranormal dialam maya ini salah satu penyebab peasakit barah semakin meningkat?
Model-model yang paling dianjurkan oleh pengkaji paranormal adalah “Trifield EMF Detector” dan “Trifield Natural EM Meter”.
2. IR Thermometer
Penyelidikan paranormal bukan ilmu pasti dan sangat bergantung pada bukti.
Pengukuran suhu adalah komponen penting dari setiap standard penyiasatan dan pengumpulan yang tepat daripada jenis bukti persekitaran boleh membantu mengesahkan fenomena keseluruhan.
"Saya mendengar suara" atau "Aku merasa dingin di sini" adalah beberapa contoh asas tuntutan biasanya dikaitkan dengan sesuatu paranormal. Takkan nak ukur suhu sekeliling dengan telinga
Suhu sekeliling tidak sama dengan suhu permukaan dinding batu, bingkai besi tingkap luar & kipas siling. Para pengkaji paranormal professional mencadang gajet yang terbaik adalah jenama Omega HH501AT digital thermometer kerana gajet ini memberi respon yang baik pada suhu persekitaran.
“Kita tidak pasti dikelilingi oleh yang tidak diketahui dan yang tak dikenali”
3. EVP (Electronic voice phenomena)Mungkin terdapat makhluk paranormal atau juga segelintir manusia sendiri yang tidak tahu kegunaan peralatan ini (Fenomena Suara Elektronik).
Ramai saintis masih gagal merungkai rakaman suara makhluk paranormal yang berjaya dirakam oleh pengkaji paranormal.
Bagaimana menggunakan gajet ini.
a. letakkan perakam dan bertenang
b. Duduk, tenangkan diri, kosongkan minda dan berdoa
c. Tanyakan setiap soalan yang mahu diajukan pada makhluk paranormal sebanyak tiga kali (suara sederhana) dan beri mereka masa untuk menjawab kerana makhluk ini menempuh laluan yang sukar untuk mengumpul tenaga menjawab persoalan anda.
d. Sekiranya terdapat gangguan diluar seperti bunyi sungai atau keadaan sekeliling, biarkan sahaja kerana bunyi tersebut mungkin membantu mereka mengumpul tenaga (perakam lebih sensitif dari telinga kita)
e. Jangan lupa mengucap terima kasih sekiranya mereka memberi respon ditakuti rakaman yang berjaya mungkin hilang sewaktu pemeriksaan kemudian hari ( tidak mustahil perkara sebegini boleh berlaku menurut pengalaman kami)
f. Jangan bernafas dekat dengan alat perakam, jangan menggunakan perakam yang tidak pasti kualitinya dan jangan berbisik sekiranya terdapat lebih dari seorang pengkaji.
4. Kamera dan kamera video Inframerah
Mata manusia sangat terbatas dalam kegelapan total. Walaupun gajet ini hanya sebahagian dari peralatan para pengkaji paranormal namun memilikinya adalah digalakkan kerana bukti rakaman dari gajet ini boleh menggemparkan!. Kamera infra ini banyak membantu objek yang tidak mampu dilihat oleh mata kasar. Serangga, rambut, debu, malah zarah kecil yang berterbangan didalam bilik yang mana aliran udara yang lemah mampu diterjemahkan oleh kamera ini walaupun dikalangan kami tahu inframerah sukar ditakrifkan.
Kamera inframerah mampu melihat apa yang manusia tidak mampu tetapi warna tidak dapat dilihat pada gambar infra-merah, kerana tidak ada "cahaya putih" untuk menghasilkan gambar berwarna.
Pengkaji paranormal percaya imej makhluk paranormal boleh dirakam dengan kamera ini.
“Kajian paranormal berlandaskan kebenaran”
Persoalan1. Makhluk paranormal ikut balik kerumah!
Menurut pengalaman kami bertiga membuat kajian dimerata tempat. belum pernah merasai secara emosi terdapat makluk paranormal mengikut pulang.
Oleh kerana terlalu penat membuat kajian semalaman, selalunya apabila sampai saja di pejabat, Adeek dan Sis akan terus tertidur diruang tamu pejabat kadangkala didalam kereta tanpa membasuh muka, kaki apatah lagi mandi!
Walaubagaimanapun, pembantu rumah dan beberapa individu Team PSI kerap melihat melihat mahkhluk paranormal atau suara aneh dipejabat. Suara-suara kecil dikalangan mereka mendakwa makhluk paranormal yang ‘ikut’ tidak mahu pulang ketempat asal. Dan ada juga dikalangan mereka mendakwa makhluk paranormal yang ‘ikut’ ini hanya mengganggu dan menakutkan tetapi tidak mengancam sehingga membawa malapetaka!
Sehingga hari ini, kami bertiga menganggap cerita tersebut sebagai dongeng kerana kami berpegang pada bukti secara audio atau video!
Sekira benar sekalipun dakwaan mereka, kami hanya menganggap makhluk paranormal secara sengaja atau tidak yang mengikut kami pulang bersifat nakal, meminati peralatan yang kami bawa. (seperti budak kecil yang tertarik pada mainan yang baru) atau marah pada kami kerana mengganggu kawasan atau keharmonian mereka ketika kajian sedang dijalankan.
Ada juga tetamu yang datang kepejabat kami merasakan tidak selesa dan bertanyakan adakah kami membuat upcara menghalau atau kami memakai sebarang pendinding agar makhluk paranormal yang mengikut pulang tidak mengganggu.
Jawapan kami senang. Saya selalu berpesan kepada anggota Team PSI sekiranya diganggu buat tak tahu saja, lama-lama mahkluk itu akan bosan atau sekiranya makhluk itu masih nakal, suruh mereka pulang dengan nada yang keras.
Perbuatan sebegini boleh dianggap tidak masuk akal tetapi itulah kenyataannya.
2. Kenapa Bateri Tambahan Diperlukan?
Perkara yang paling penting selain perlatan yang dibawa oleh seorang pengkaji adalah videokamera dan bateri tambahan (semua item yang menggunakan bateri).
Menurut pengalaman Team PSI yang sudah mengkaji lebih dari 500 lokasi seluruh Semenanjung Malaysia. masalah kerosakan teknikal yang melibatkan bateri seringkali berlaku secara tiba-tiba!
Perkara ini juga berlaku pada pengkaji paranormal seluruh dunia. Menurut pengkaji paranormal dari barat, kononnya mahkluk paranormal ini memerlukan banyak sumber tenaga untuk menjelma dalam bentuk bunyi,bau, hologram atau pelbagai bentuk kerana mereka tidak mempunyai tenaga sendiri. Pada kebiasannya, pengkaji merasa terlalu penat dan kerap haus semasa dan selepas habis membuat kajian. Kononnya juga faktor sedemikian adalah disebabkan oleh makhluk paranormal itu menyerap tenaga pengkaji sepanjang kajian dilakukan tanpa disedari.
Teori ini mungkin ada kebenaranya pada item yang menggunakan bateri tetapi kami lebih cenderung mengatakan kepenatan yang dirasai oleh pengkaji disebabkan oleh tekanan minda dan semua pancaindera telah digunakan secara maksima semasa kajian dilakukan.
3. Benarkah Kanak-Kanak Boleh Melihat Makhluk Paranormal?
Bukan sahaja masyarakat Melayu mempercayai segelintir kanak-kanak boleh melihat makhluk paranormal malah pelbagai bangsa lain juga begitu.
Adakah kanak-kanak sensitif dengan keadaan sekliling? atau akal mereka belum cukup sempurna? atau mereka berimiginasi atau berfantasi? Atau makhluk paranormal lebih cenderung mendekati mereka? atau ini adalah anugerah istimewa tuhan kepada kanak-kanak?
Mungkin semua jawapan diatas adalah YA. Kita jangan lupa bahawa kita juga pernah melalui zaman kanak-kanak. Kadangkala kita lupa dan ada juga makhluk paranormal yang pernah kita lihat semasa kita berstatus kanak-kanak melekat di kepala.
4. Kenapa Makhluk Paranormal Aktif Waktu Malam?
Adalah dipercayai makhluk ini mencari dan menakutkan manusia yang memerhatikannya. Para pengkaji paranormal yang aktif sudah sedia maklum bahawa makhluk ini sangat aktif dari pukul 11.00 malam sehingga 4.00 pagi kerana tempoh ini adalah sangat gelap diwaktu malam. Banyak artikel tentang paranormal menulis walaupun makhluk ini memerlukan lebih tenaga banyak untuk menjelma tetapi tenaga diwaktu siang adalah terlalu kuat untuk makhluk paranormal ini menjelma. (ibarat menyuluh lampu suluh disiang hari). Teori ini mungkin benar dan mungkin tidak kerana Team PSI sendiri tidak pernah membuat kajian diwaktu siang.
5. Profesion Sebagai Pengkaji Paranormal
a. Jangan harap boleh jadi kaya dengan memilih bidang ini malah wang yang banyak diperlukan untuk keperluan gajet dan lain-lain. Tetapi kalau anda pandai menggunakan laluannya, kekayaan akan datang mencari anda. Bagaimana? Tunggu..
b. Jadikan profesion ini sebagai hobi. Kalau ada kerjaya yang baik anda akan dihargai untuk bersama didalam pasukan ini.
c. Kesilapan yang paling besar bagi seorang pengkaji adalah menyangka kawasan perkuburan adalah paling banyak aktiviti paranormal kerana manusia sudah mati. Bagaimana pula manusia yang sudah mati tiga hari yang lalu tapi masih belum dikebumikan?
d. Setiap kajian dimana sekalipun mestilah mendapat keizinan dari pemberi kuasa. Sekiranya tertangkap, penghormatan anda sebagai pengkaji paranormal sudahpun robek!
6. Adakah makhluk ini baik atau jahat?
Mengikut pengalaman Team PSI, makhluk ini ada yang bersifat baik ada juga yang jahat, ada pandai dan bodoh dan ada yang beragama Islam dan ada juga yang bukan. Secara keseluruhan sifat, intelektual dan agama sama seperti manusia.
7. Betulke ini imej/rakaman makhluk paranormal?
Soalan tersebut merupakan soalan curiga. Perkara paling utama sebelum menunujukkan hasil kepada sesiapapun, pengkaji sendiri yang harus ‘skeptis’ (curiga/was-was) terlebih dahulu.
Seperti sedia maklum semasa kajian dilakukan setiap pengkaji harus memastikan persekitaran tidak berhabuk, hujan, tidak bernafas depan kamera ketika cuaca dingin, merokok semasa proses rakaman, jaga tali kamera dengan baik serta rambut diikat dengan kemas (rambut panjang).
Apabila pengkaji sudah yakin dengan rakaman imej/rakaman makhluk paranormal tersebut, berbincanglah terlebih dahulu dengan rakan-rakan pengkaji yang lain dan bersedia dengan kritikan mereka.
Makhluk Paranormal
Secara tidak sedar, mahkluk paranormal telah banyak mempengaruhi pemikiran manusia pelbagai bangsa dan agama.
Mahkluk paranormal cenderung menghadirkan diri dalam pelbagai bentuk seperti
1. Bau,
2. Orb (bola-bola),
3. Suara,
4. Bayangan (hologram)
5. Sentuhan,
6. Gerakan,
7. Cahaya,
8. Kabus
9. Haiwan
10. Manusia
11. Tumbuhan
12. Pelbagai objek
Dalam setiap kajian yang paling penting adalah peralatan, saksi, tidak merokok, pernafasan, cuaca dan paling penting adalah keyakinan diri.
Adalah dipercayai makhluk paranormal hanya akan menjelma sekiranya manusia benar-benar mahu melihat mereka dan yang menjelma hanya yang sudah mencapai tahap matang dikalangan mereka kerana dikatakan mahkluk paranormal diusia muda tidak mempunyai tenaga yang mencukupi untuk menjelma.
1. Bau
Mahkluk paranormal selalu dikaitkan dengan bau wangi atau busuk. Wangian seperti kemenyan atau bau bunga sering dikaitkan dengan kehadiran mahkluk paranormal spesis wanita yang cantik manakala bau busuk seperti bangkai, sulfur dan bau yang tidak boleh dijelaskan selalunya adalah mahkluk paranormal yang menakutkan!
Kami pernah menggunakan anjing semasa kajian dilakukan. Seperti sedia maklum, kebanyakan anjing mempunyai deria bau, pendengaran dan penglihatan yang sangat kuat. Tujuan kami menggunakan anjing adalah untuk menjejaki sumber bau!
Anjing dikatakan buta warna tapi diwaktu malam penglihatannya lebih tajam dari manusia.
Kalau anjing boleh dilatih oleh pihak berkuasa untuk mengesan dadah atau bom, apakata kita melatih anjing untuk aktiviti paranormal supaya kajian kita lebih mudah dari menggunakan peralatan terkini (tiga dalam satu – bau, penglihatan & pendengaran)
2. Orb (Bola-bola)
Kali pertama saya menulis tentang orb adalah pada tahun 2004 iaitu enam tahun lalu. Ketika itu ramai dari masyarakat Melayu ketika itu tidak tahu rupa-rupanya ada juga nama makhluk paranormal yang baru iaitu ORB atau Hantu Bola-Bola!
Makhluk paranormal ini semakin popular apabila semakin ramai pengguna kamera digital berjaya merakamnya. Secara ringkasnya terdapat tiga kemungkinan tentang imej ini yang kerap muncul dalam rakaman kita iaitu pembiasan kelembapan, pembiasan zarah debu atau refleksi.
Tetapi sekiranya kesemua tiga perkara di atas telah dikenalpasti bukan puncanya, ‘bola-bola’ tersebut berwarna biru, hijau atau putih dan memiliki seakan ekor, kemungkinan besar ianya adalah ‘tenaga’ dari makhluk paranormal. Mungkin!
Kita juga jangan lupa bahawa dizaman ini kita sentiasa dikelilingi oleh ‘koleksi tenaga’ (elektrik, solar, dan lain-lain).
3. Suara
Pada akhir tahun 2004, tiga orang didalam Team PSI berjaya merakam suara tapak kasut (boot) ketika membuat kajian disebuah banglo usang yang telah dibina pada 1876. Banglo usang di Kuala Kubu itu dikatakan telah ditinggalkan kosong sejak Jepun menyerang Malaysia.
Dalam rakaman tersebut, kami boleh menilaikan bunyi derupan kasut tersebut seolah-olah seperti tidak kurang tiga orang manusia berjalan.
Terdapat satu lagi bukti ketika kajian dibuat disebuah banglo usang pada bulan Mei 2005 di Shah Alam. Bukan sahaja imej tetapi suara mahkluk paranormal yang kuat seperti berdengung juga berjaya dirakam.
Anehnya, suara-suara tersebut tidak terdengar semasa kajian dijalankan!
Bersambung...
Akhir kata"Tanpa kita sedari ada beberapa perkara yang berlaku dalam hidup kita terjadi di luar kawalan kita."
7 comments:
kesian.. x der org komen kecuali aku..
mintak pandangan uncle, seekor ayam di dalam reban berkunci dari luar yg dah dua hari mati secara misteri, bangkai tersebut tidak berbau, tidak dihurung lalat mahupun semut, tidak berdarah walaupn bhgn dadanya koyak dan menampakkan jantung. Angkara binatang ape? atau lebih tepat angkara apa?
Cerita menarik. Boleh dapatkan gambar?
1. Bila ianya berlaku
2. Dimana
3. Siapa punya ayam
dan lain-lain info untuk kami
Terima kasih
salam, uncle, sy nak tnye, kenapa ayam mentah saya dirumah sentiasa hilang. bila dia hilang x ada tanda2 orang amik. macam terus ghaib. apa pandangan uncle?
salam uncle nak join Team PSI boleh x...:)
uncle nak tengok hantu tak?
Salam Uncle/// saya marzuki, saya memang berminat untuk join seekers ni tapi tak tahu dari mana dan bagaimana nak join. boleh Uncle bagi pendapat? saya bekerja di sungai udang melaka///
no : 012-6957796
Post a Comment