Syaitan dibelenggu dan dirantai?
From: jamiesurina
To: ebacaan@yahoo.com
Sent: Fri, August 13, 2010 8:42:13 PM
Subject: Syaitan dibelenggu dan dirantai?
Salamun alaikum saudara.
Pertama sekali, Alhamdulillah, Terima kasih kerana mewujudkan laman web E-bacaan.
Tujuan utama saya menulis adalah untuk bertanya perkara yang saya tidak pasti iaitu berkenaan kata-kata "Syaitan dirantai dan dibelenggu apabila tiba bulan ramadhan". Saya cuba cari di laman web saudara berkenaan hal ini tapi tidak menjumpainya. Mungkin saya terlepas pandang atau perkara tersebut tidak ada sama sekali di dalam Al-Qur'an. Boleh saudara terangkan dari mana datangnya ayat tersebut dan jika ianya ada tertulis di dalam Al-Qur'an, bolehkah saudara menghuraikan maksud ayat tersebut. Terima kasih dan terima kasih sekali lagi kerana menyediakan laman web ini.
Salamun alaikum,
Terima kasih. Pertanyaan adalah mengenai satu kepercayaan lama, yang jatuh ke dalam kategori karut dan dusta, dan bagaimana ia boleh masuk ke dalam Islam menjadi satu misteri (bagi kami) kerana ia tidak disebut Allah di dalam al-Qur'an, dan tidak juga disebut oleh Rasul yang menyampaikan ayat-ayat-Nya.
Orang yang memulakan kepercayaan tersebut sudah jelas tidak mengetahui bahawa golongan syaitan terdiri daripada makhluk jin dan manusia, dan antara golongan manusia yang bergelar Islam pula, terdapat mereka yang satanic iaitu tidak berpuasa tanpa sebab-sebab yang dibenarkan Tuhan. Mereka didapati berkeliaran, tidak dibelenggu mahupun dirantai.
Antara mereka yang bergelar Islam juga didapati pada sepanjang bulan Ramadan menyampaikan beberapa ajaran terutama berkaitan puasa Ramadan yang tidak diturunkan Allah dan turut tidak disampaikan oleh Rasul-Nya. Mereka juga didapati tidak dibelenggu dan dirantai.
Tidak juga disebut di dalam al-Qur'an tentang cerita syaitan daripada golongan jin pada sepanjang bulan Ramadan. Justeru mereka juga tidak dibelenggu dan dirantai.
Maka kepercayaan bahawa "Syaitan dirantai dan dibelenggu apabila tiba bulan ramadhan" adalah tiada melainkan karut dan dusta belaka.
Yang benar adalah daripada Allah. Sanjunglah Dia dengan menyebut-nyebut ajaran-Nya, iaitu daripada al-Qur'an, yang diturunkan pada bulan Ramadan.
Maaf jika tersinggung. Selamat meneruskan puasa!
16 Ogos 2010 (klik)
Kiamat tahun 2280?
Seks Dalam Islam (Part 1) (Seks adalah emosi dan keperluan manusia tetapi bukan identiti agama)
Seks Dalam Islam (Part 2) (Seks adalah emosi dan keperluan manusia tetapi bukan identiti agama)
Seks Dalam Islam (Part 3) (Seks adalah emosi dan keperluan manusia tetapi bukan identiti agama)
Seks Dalam Islam (Part 4) (Seks adalah emosi dan keperluan manusia tetapi bukan identiti agama)
Syaitan Dari Golongan Jin Dan Manusia
Syaitan dibelenggu dan dirantai?
(Qareen) Teman yang dipercayai
Bunuh Cicak dengan Lembing
Makan..Makan..Makan..
Ahlul Bait VS Ahlul Quran
Ahlul Bait vs Ahlul Quran -Respon 3
Ahlul Bait vs Ahlul Quran -Respon 5
Quran dicatat di pelepah pohon tamar dan batu? Ye Ke Ni..
Jumlah Ayat Dalam Quran Sebanyak 6666 adalah Karut! Sila Kira Baik-Baik
'Amin' Islam, Kristian dan Yahudi
Siapa Yang Berpuasa?
Benarkah Jodoh, Maut, Rezeki ditangan tuhan?
Allah suka orang yang bersih
Sudahkah anda diuji pada tahun ini?
Kau dan Aku (Part 1)