Kenali mereka

Friday, September 2, 2011

Makhluk Paranormal (5)

Makhluk Paranormal (5)

Sebagai Orang Melayu, disini saya mengambil kesempatan mengucapkan 'Selamat Hari Raya' pada semua pembaca blog ini.

Kepada semua musuh-musuh saya
1. Cakra Alam & the group (termasuk famili)
2. Mahaguru Johari Mansur & the group (termasuk famili)
3. Bomoh-bomoh temberang
4. Persatuan silat yang melibat pukulan batin & the group
5. Permaisuri Aishah & the gang (termaasuk famili)
6. Penonton Filem Penunggu Istana

Saya mohon maaf zahir & batin kerana membongkar penipuan anda selama ini. Tiada serangan peribadi tetapi cara pengubatan dan perguruan anda yang temberang tu bertentangan dengan prinsip saya iaitu "To Seek The Truth".

Kepada pusat rawatan anda yang telah ditutup saya mengucap syukur pada ilahi kerana bangsa saya tidak kena temberang lagi. Saya rasa anda pun sudah mengutip berjuta ringgit lebih dari satu dekad. Jadi sebaiknya anda berniagalah dengan jujur selepas ini.

Untuk penonton Filem Penunggu Istana, sekali lagi saya jelaskan bahawa saya hanyalah pelakon pembantu yang mengikut skrip. Rahsia yang telah ditandatangani saya harus akur.

Berbalik pada imej di atas, 2 hari yang lalu saya terima satu email dari seseorang untuk memberi komen terhadap imej yang berjaya dirakamnya. Seperti biasa dan sudah beberapa kali saya jelaskan bahawa saya hendak meletakkan jawatan sebagai pengkaji paranormal hujung tahun ini jadi mood semakin kurang untuk perkara sebegini. Dengan ini, saya serahkan anda semua untuk menilaikannya.


_________________________
I have added cool emoticons to this message.
To see them go to http://x.exps.me?33106f04f114cff28e1a22ab23995491

3 comments:

rageram said...

bukan orang melayu lah.. rageram tul aku tgk orang cam ni.. orang islam.. melayu dah ramai murtad la..

UncleSeekers said...

Salam rageram, tentang 'perayaan' cuma ada dalam Surah AL-MAIDAH ayat 114.

Tiada satu pun didalamnya yang menyebut tentang Raya Aidilfitri apatah lagi untuk mengamalkannya. Kalau ada pun hanya dalam hadis riwayat Bapa Kucing (Abu Hurairah)

Namun begitu, tiada larangan untuk menyambutnya kerana ada kebaikan seperti dapat berkumpul dan bermesra bersama sanak saudara dan kunjung mengunjungi serta dapat makan yang sedap-sedap.

Yang penting bro, apenda pun dalam dunia ini guna akal dan jadikan perayaan ini satu upacara 'keagamaan'

Anyway, camat ari raya..yea..rayer

Enze A. Amom said...

Alahai Uncle. Saya baru tonton Penunggu Istana. Takkan terus jadi musuh. Kejam! Kejam!