Allahyarham Noritta Samsuddin
Jenazah yang paling cantik

Jenazah yang paling cantik yang pernah saya lihat - Pakar Porensik
Saya cukup yakin bahawa beliau banyak membuat kebajikan dan kebaikan semasa hidupnya. Masihkah anda ingat tentang satu cerita "Pelacur dengan Anjing"? Saya juga pernah terbaca dalam satu artikel (dah lupa akhbar mana) bahawa beliau adalah anak yang sangat taat pada kedua ibubapanya.
Siapalah kita untuk menentukan syurga dan neraka seseorang...



Selepas 10 minit beramah mesra, Encik Latif membawa kami berjumpa dengan Encik Mohd Rashid Wahab bagi mendapatkan keizinan untuk masuk ke dalam bilik menyimpan mayat. Sifat beliau yang profesional membuatkan Uncle kagum dengan anak muda ini. Uncle doakan, Encik Rashid Wahab berjaya dalam bidangnya. Selepas mendapatkan keizinan daripadanya, Uncle dibawa oleh Encik Azmi dan Encik Latif ke bilik penyimpanan mayat. Encik latif

Alangkah terkejutnya Uncle apabila semua mayat dibungkus dengan kain putih. Selama ini Uncle memikirkan mayat yang disimpan di dalam ‘peti sejuk mayat’ berada dalam keadaan bogel seperti yang selalu digambarkan di dalam filem, tetapi rupa-rupa-nya jangkaan Uncle meleset.
Kami dibawa ke bilik menguruskan jenazah beragama Islam dan bukan Islam. Kedua-dua bilik itu tersusun rapi peralatannya dan persekitarannya sungguh bersih. Selepas itu kami dibawa ke ‘bilik bedah siasat mayat’ dan ‘bilik bedah siasat mayat reput’. Selepas 20 minit kami dibawa melawat keadaan sekitar, kami memohon keizinan untuk keluar kerana tidak mampu menahan bau persekitaran.
Uncle memaklumkan kepada Encik Latif bahawa tujuan Uncle ke sana adalah bagi mengkaji lebih mendalam tentang kewujudan Hantu Orang Mati Dibunuh. Sambil tersenyum,

Pada pukul 5.05 petang, kami diperkenalkan pula dengan Tuan Haji Abu Bakar, iaitu penyelia di jabatan itu. Walaupun umurnya sudah menjangkau 48 tahun, namun tubuhnya masih tegap dan beliau banyak membantu kami memberi info berkenaan jabatan itu. Kami bertukar maklumat sehingga pukul 6.00 petang. Terima kasih kepada Tuan Haji Abu Bakar kerana sikap anda yang terbuka dan profesional. Kami bertemu dengan Dr. Mohd Shah Bin Muhammad selaku Ketua Jabatan Forensik pada pukul 6.20 petang. Beliau menjelaskan sekiranya...

2 comments:
salam..
uncle , maaf saya ada sikit pertanyaan..heboh dan kecoh cerita yg saya dengar tentang roh beliau(N.S-singkatan pada namanya) merayau2 di kg halamannya..cerita ini disampaikan oleh salah seorng kawan sy yg sekampung dgn arwah....termasuk lah kes kubur nya dikorek semula kerana mereka perlu mengeluarkan susuk yg dipakai...saya tidak pasti kesahihan cerita ini. cuma ingin bertanya komen uncle tentang kisah ni..maaf lagi sekali yer ;-)
maaf saudara said... saya jugak sekampung dgn arwah NS ni...cuma dengar citer je..tapi x penah ada yg jumpa pun..skrg citer dah berlalu..tiada lg apa yg diperkata sebelum ini...
Post a Comment