Kenali mereka

Friday, February 24, 2012

Dr Faiz? (Part 6)

Dr Faiz? (Part 6)

Nama: Faiz bin Hashim
Education:
1990 - 1992 - Diploma Sains UiTM
1993 ke 1997 (lebih kurang) - sarjana Botani dari UKM

Pada tahun 1996 dia dapat peluang join program pertukaran pelajar ke Ohio University, Athens, OHIO, USA selama 6 bulan sahaja.

Pada tahun 1997 si Faiz ni sedang menjalankan skim cepat kaya (pyramid) yang tengah hangat masa tu. Ramai yang terpedaya jadi downline dia. Selepas beberapa bulan skim tu diharamkan dan keluar di tv.

Pada waktu ni Faiz claim dia dah kerja sebagai Pilot di Singapore airlines (siap ada business card lagi) - First Officer. Dia cerita katanya lepas skim cepat kaya tu gagal dia dapat interview utk pilot dan training di australia.

Anyway pada masa tu dia pun canang konon nak berhenti kerja dan nak business arang batu dari Afrika. Dia ajak ramai orang join dia dengan keluarkan modal. At the same time dia buat business jual kereta mahal tapi takde geran (kononnya kereta dah lupus dari singapore), geran boleh mohon kat JPJ. Saya tanya orang JPJ mereka kata illegal. Dia pun ada pakai kerata mercedes pada masa tu, rupa2nya saya dapat tahu roadtax nye palsu (print pakai agen penipu kat Johor Bahru).

At the same time dia berkenalan dengan seorang businessman Korea yang tengah cari kereta sewa. So dia sewakan sebuah lagi kereta mercedes roadtax palsunya dengan orang korea tersebut. Faiz juga berjaya menyakinkan orang Korea tersebut utk join business nya utk import arang batu dari Afrika. At the same time dia beli rumah di Pasir Gudang renovate sampai 200K, pakai orang indonesia. Mamat indon ni pulak claim Faiz hutang dalam 8 ribu kat dia sebab tak bayar upah.

Akhirnya mamat indon ni yang pecah rahsia bahawa si Faiz ni rupanya pramugara di Singapore Airlines- Saya masih ingat dialog mamat indon tu "bapak boleh percaya sama si Faiz, bapak pernah tengok dia pakai baju pilot ke, saya cakap tak pernah, saya pernah tanya Faiz soalan yang sama, katanya dia pakai baju biasa ulang alik dari Pasir Gudang ke Singapore dan tukar baju Pilot bila sampai kat rumah keluarga angkat dia kat Singapore sebab takut baju kotor, so saya terima jawapan tu. Budak indon ni cakap, bapak! si Faiz ni kerjanya bancuh kopi atas kapal tuu, lamanya jugak saya cuba nak pahamkan, bila saya tanya balik kerja pramugara ke? budak indon tu cakap, Ye la pak, saya yang tak sekolah ni pun tahu. Bila pikir2 balik, logik jugak cerita budak indon ni. Mungkin uncle seekers boleh confirmkan dengan Singapore Airlines sendiri.

Akhirnya si Faiz and family cabut balik perlis, rumahnya pun ada notis bank sebab default payment. Ramai org cina (Along) yang sama cari dia kes hutang tak bayar.

Dipendekkan cerita, dengarnya arang batu pun tak sampai2, business partner dia orang korea tu pun bangkrap (sampai isteri dia lari balik korea), barang2 dia habis tergadai. Pada masa ni, ramai cuba contact dia, tapi semua line talipon dah tamat perkhidmatan. Pernah satu hari member ada terserempak dengan Faiz di LCCT bersama seorang lagi businessman yang dia nak klentong, katannya nak uruskan business arang batu di Indonesia. Saya terus buat keputusan malas nak contact dia lagi, urusan hutang tu samada dia bayar atau urusan dia dengan Tuhan.

Bila saya baca blog uncle seekers, saya tergamam, bila pulak dia ada PhD, PhD sekurang2nya 4 tahun minimum kalau nak buat.

Pasal business tu, tak mustahil kalau dia menipu, sebab dia ni memang kaki penipu. Kelebihan dia ni memang pandai bercakap dan yakinkan orang,

Satu lagi, saya pasti si Faiz ni lahir dalam December 1970. So bab umur pun dia tipu juga.Kalau ikutkan dalam 40 - 41 tahun.

Sekian,

Email dari seseorang yang tidak mahu disiarkan maklumat tentang dirinya.

Dr Faiz? (Part 1)Dr Faiz? (Part 5)

1 comment:

Ceciter said...

hadohai..kenapa la suka menipu nak hidup? Terasa puas ke hidup dengan hasil menipu orang sana-sini? Ramai je jutawan kat Malaysia ni meniaga jujur..berjaya pulak tu..