Ariff anak Latiff
Ruang masuk kebilik air dan bilik utama tido aku. Ariff anak latiff mengambil masa 8 jam untuk menyiapkan ruang sekecil ini. Kos tidak lebih RM220.
Boleh kata keperluan bilik tido (pandangan sebelah kanan) sudah 70% siap (klik). Takder cermin atas siling, cermin condong sebelah dinding pun ok gak. Ahakz!
Aku terima nikahnya......bte....dengan maskawennya...ermmmph..emas kawen selangor berapa ek? Terengganu? Kelantan? Penang? Kedah? yang paling murah kat johor kot. 25 hengget jer..
Dulu bilik ni hampir 6 bulan tak boleh digunakan sebab bumbungnya bocor. Hampir jadi bilik berpuaka. Aku manalah tau nak repair bumbung. Ariff anak Latiff yang bersusah payah 'repair' dari petang sampai ketengah malam walaupun aku dapat tahu akhirnya atap yang dia pasang tu terbalik rupanya. Lepas bumbung ok jer, dia pulun buat bilik ni 3 malam berturut2. Kos ubahsuai bilik tak lebih 300 hengget.
Bilik ini dijadikan bilik tetamu nombor 3. Rumah yang aku duduk ni ada 6 bilik. Boleh dikatakan tetamu yang datang tak putus-putus.
Jangan lupa pesan abang wahai Ariff anak latiff, kejatuhan perniagaan kau yang jatuh berdentum-dentam selama ini adalah kerana wanita. Tak serik2 lagike. Adusss..
Camner pun, abang ucap terima kasih banyak-banyak kerana 'menguruskan semua' dari A to Z bilik yang kau hias tu.
Sekarang ni Arif anak latiff tengah hias bilik tetamu yang ke 4. Aku minta dia siapkan sebelum maghrib jumaat nanti. Kalau tak siap, jangan harap ko bleh jumpa awekz ko tu.
Dah siap kalu, aku kasi korang tengok hasilnya camner.
Inilah dia makhluk yang bernama Ariff anak Latiff. Buat masa ni beliau tidak mahu diperkenalkan kerana dia kata dia terlalu hensem..wakaka..(sebenarnya memang hensem pun budak ni).
Sebenarnya aku nak pindah dan menetap di Kuala Lumpur dalam tahun ini kalau DIA izinkan. Janda Baik pada aku agak jauhlah jugak (45 km to KL) untuk menguruskan sesuatu urusan. Yang besh kat tempat orang tua aku ni adalah cuacanya, tamannya yang cantik dan rumah disebelah air sungai yang jernih.
Lagi satu, walaupun ruang dalam yang dihias Ariff anak latiff pada aku boleh tahan tetapi sebenarnya, rumah yang aku duduk ni adalah yang paling buruk (kakak aku yang cakap) antara semua rumah yang ayah aku bina.
Yang pasti aku nak Ariff anak Latiff menghiasi semua sudut hiasan dalaman kediaman baru aku nanti.
10 comments:
He's great!
knape arif anak latif, die ni bukan islam ker...mntak maap kalo komen x berkaitan.
btw...mmg cantik & murah. tapi perlu ke bilik yg 1 tu gune lampu mcm disko?
kelas....
memang terliur tengok.
nak buat jugak boleh ke bang ?
;)
terima kasih sangkut blog gua di sini..
bila nak ajak ke Wadi Husin ?
dulu dah pegi..
kebetulan balik kursus lalu situ.
ayahanda bagi berbelas buku.
rezeki.
blog bro selalu gua buka.
ini kali pertama baca dgn komen.
sblm ni baca je.
tapi gua dah autofeed blog bro ke fb tweet gua...
senang nak tahu citer apa..
k bye.
nak ke janda baeek weekend ni. bole melawat uncle tak?
Salam panglima perangcyber dan ketualanun.
Selamat datang Kejanda bila-bila masa pun kalau aku ada.
Salam Akmar
Arief berbangsa Melayu dan beragama Islam.
Arif anak Latiff nama samaran jer.
Bilik yang dihias itu mengikut ciri-ciri jiwanya yang romantik.
Tetamu yang sudah berkahwin akan rasa 'feel'nya kalau tidur dibawah lampu 'liplap' diiringi dengan lagu romantik.
Sejujurnya, saya sendiri bila baring atas katil tu memang terasa 'ermphh'nya bila berfantasi berpelukan dan dot..dot..dot.
Suasana, lighting, kedinginan malam, angin sepoi-sepoi, bunyi air sungai mengalir tanpa henti, muzik, tilam dan bantal yang empuk, cadar yang lembut memang akan membuat 'couple' yang tido dalam bilik ini tak akan lupa sampai tahun 2020!
Harga - Free, sebab bukan untuk disewakan. Hanya untuk para teman-teman yang rapat sahaja. Tapi kalau teringin nak rasa baring atau tido, kena tolongkan masakan pulut kuning yang ada timun, telo rebus ngan rendang ayam atas pulut tu untuk saya sebab dah lebih 2 tahun saya teringin sangat nak makan tapi tak jumpa kat mana orang jual. :(
Anoy,
Jangan puji lebih2 takut senyumannya nanti 'pair' dengan yang kat chow kit tu! Dia tengah sakit perut sbb salah makan.
jap lagi dia kata nak jumpa doktor amik ubat.
Amik ubat ke atau rindu nak jumpa marka...wakaka
salam,
uncle,,,aku pn nk design macam ni juga,,,macam mana ea nk contact tukang design 2
emy
salam anoy 3-4 kul 12.04am
tinggalkan no fon kau, nanti aku suruh dia call
salam uncle....
sesungguhnya liza rindukan janda baik dan rumah uncle......uwaaa...
Post a Comment