Kenali mereka

Wednesday, January 6, 2010

Iktilaf

Iktilaf



Montaj
…Mengisahkan dua perbezaan pendapat antara seorang remaja yang masih di bangku sekolah dengan seorang dewasa mengenai kewujudan hantu. Remaja yang dikenali sebagai Habib adalah seorang kanak-kanak remaja yang amat aktif, beliau tidak mempercayai lansung tentang kewujudan hantu, tetapi sebaliknya Zelmie pula sudah pun berusia dipertengahan 30-an amat taksub dan mempercayai hantu.


…Program ini mengupas secara logik mengenai setiap tajuk yang di paparkan seperti dimana episod pertama rancangan atau program ini akan mengutarakan tajuk Hantu Air. Habib dengan gaya remajanya mempersoalkan mana ada hantu didalam dunia yang serba moden ini, pendapat Habib di sanggah oleh Zelmie yang begitu taksub dengan kewujudan makhluk tersebut. Habib akan mengupas secara saintifik dan Zelmie akan mempertahankan kewujudan makhluk teersebut dari sudut yang lain pula.


…Bukan setakat itu saja, pendapat dari penonton di luar juga dirakam di terima pakai untuk menguatkan program ini. Sama ada anda juga seperti mereka berdua di atas, sama-sama kita saksikan Ikhtilaf…dalam episod pertama yang bertajuk Hantu Air. Percaya atau tidak, terpulang kepada pendirian anda…yang pasti…sepotong ayat Al-Quran ada menyatakan…”Tidak aku jadikan manusia dan jin…adalah semata-mata untuk menyembah aku”…




Hantu Air
Dalam episod pengenalan ini Zelmy adalah seorang pemuda yang berusia dalam 30-an dan seorang remaja yang bernama Habib akan bersama mengacarakan program ini. Zelmy adalah seorang yang sangat percayakan dengan kewujudan hantu tetapi tidak kepada Habib seorang remaja yang begitu aktif dengan sukan, beliau akan menafikan sekeras-kerasnya bahwa hantu itu tidak wujud semuanya hanya khayalan belaka.

Untuk episod pertama kedua Zelmay dan Habib akan mencari kewujudan tentang hantu air. Pendapat Zelmey banyak disangkal oleh Habib tentang wujudnya Hantu air, dalam pada itu beberapa pendapat dan adegan tentang hantu air di paparkan untuk mengguatkan pendapat Zelmy dan Habib. Begitu juga dengan pendapat beberapa orang penonton yang ditemui. Adakah Hantu Air itu ada atau hanya misteri yang terungkap jawapannya, sama=sama lah kita lihat episod pertama ini dalam rancangan Ikhtilaf.


Toyol

Dalam episod kedua ini Zelmy dan Habib cuba mencari penyelesaian mengenai kewujudan Toyol. Zelmy tetap mempertahankan bahawa Toyol itu wujud dan boleh di dapati hanya dengan membelinya.

Habib pula mempertahankan pendapatnya bahawa Toyol tidak ada yang hanya semuanya timbul dalam fikiran sahaja. Kedua mereka tetap mencari jawapan dan menyelesaikannya dengan mengikut pandangan masing-masing.

Zelmy dan Habib cuba mendapat jawapan yang pasti dengan mengkaji dari buku-buku, majalah dan beberapa adegan dari filem=filem yang mereka lihat dan mempersoalkan pendapat orang ramai. Toyol itu wujud atau tidak sama-sama kita saksikan bersama.




Pontianak I
Dalam menjalankan aktiviti bersukan Habib masih lagi dengan sifat ingin mengetahui adakah benar hantu itu wujud atau tidak. Zelmy telah mengunjungi Habib ketika satu perlawanan sukan diadakan di salah sebuah pusat membeli belah yang terkenal di ibu kota. Tujuan Zelmy menemui Habib di situ ialah untuk sama-sama berbincang mengenai Pontianak.

Zelmy masih mempercayai bahawa Pontianak itu wujud tetapi pendapatnya di sangkal oleh Habib. Dalam pada itu Habib dan Zelmy cuba mencari jawapan dengan menanyakan beberapa soalan tentang hantu tersebut kepada orang ramai. Akhirnya jawapan masih belum terjawab keduanya terus mencari dan mencari. Namun begitu beberapa adegan filem-filem mengenai hantu tersebut di putarkan oleh mendapat jawapan dari orang ramai.




Pontianak II

Masih di lokasi yang sama, Zelmy telah membawa buku-buku rujukan untuk ditunjukkan kepada Habib mengenai kewujudan Hantu Pontianak, Habib pula mempersoalakan adakah benar wujudnya makhluk tersebut. Walau pun sibuk dengan perlawanan Hoki Ais, Habib sempat meluangkan masa untuk mendapatkan jawapan yang pasti. Beberapa pendapat orang ramai di ketengahkan demi memperkuatkan pendapat masing-masing.

Dalam pada itu Habib mempersoalkan yang mana satu panggilan yang betul untuk Pontianak, dan Zelmy pula memberikan pendapatnya dari buku rujukan yang beliau perolehi di pasaran tentang wujudnya hantu tersebut.


Pontianak III
Dalama episod ini kesinambungan daripada episod Pontianak maasih belum mendapat jawapan yang pasti, Zelmy dan Habib telah cuba mencari jawapan bagi menutup kisah ini tetapi jawapannya masih samar. Mereka berdua terus mencari dan mengkaji mengikut cara mereka sendiri di samping menjalankan ujikaji di samping itu juga mereka bertanya kepada beberapa orang untuk mengguatkan pendapat mereka.

Zelmy masih tetap dengan sifat yang begitu taksub dengan kewujudan hantu Pontianak dan Habib tetap mempertahankan bahawa hantu itu tidak wujud. Adakah Zelmy dan Habib mendapat apa yang mereka cari atau cerita Pontianak ini hanya mitos sahaja. Sama-sama kita saksikan kisah ini Pontianak III.


Pontianak IV
Dalam episod ini pula Zelmy dan Habib telah keluar bandar untuk mencari jawapan yang pasti mengenai kewujudan Pontianak. Zelmy telah membawa Habib ke beberapa lokasi yang menakutkan untuk menunjukkan kepada Habib di tempat itulah Pontianak di temui oleh beberapa orang.

Zelmy juga telah menemukan Habib dengan beberap orang yang telah di ganggu makhluk tersebut, malah Zelmy menceritakan bahawa anggota Team PSI juga telah menemui makhluk tersebut di lokasi yang beliau bawa kepada Habib. Habib masih dengan sifat ingin tahu lebih mendalam lagi selagi tiada bukti beliau tidak akan mempercayai wujudnya Pontianak.


Jin Islam
Dalam episod ke tujuh ini pula Zelmy telah membawa Habib ke salah sebuah lokasi yang jauh dari bandar. Habib menyahut cabaran itu demi untuk mendapatkan jawapan yang pasti. Kali ini mereka ke Parit Serong, Tanjung Karang, Selangor untuk bertemu dengan beberapa orang untuk mendapatkan jawapan mengenai wujudnya Jin Islam.

Walaupun lokasinya jauh namun keperihatinan untuk mendapatkan jawapan harus dijalankan. Mereka berdua telah mewawancara beberapa penduduk setempat mengenai Jin Islam malah mereka juga berkesempatan untuk menanyakan hal tersebut kepad bekas imam mesjid tinggal kawasan tersebut. Adakah mereka temui apa yang mereka hajati. Sama-sama kita saksikan Iktilaf dengan tajuk Jin Islam.




Penanggal
Untuk tajuk kali ini pula Penanggal pula di perkatakan oleh Zelmy dan Habib. Kedua mereka sedaya uapaya mencari jawapan mengenai kewujudan Hantu Penanggal. Mereka berdua dengan fakta masing-masing cuba mendapatkan jawapan yang psti untuk mereka kongsi bersama penonton.

Beberapa adegan dari filem turut di putarkan serta beberpa pendapat orang ramai juga di ketengahkan. Beberapa aspek tentang kewujudan hantu ini dipersoalkan serta lokasi yang menjadi pilihan hantu ini di cari oleh Zelmy dan Habib.

No comments: