Kenali mereka

Wednesday, January 6, 2010

Hipotesis

Hipotesis


Montaj

…Rancangan ini akan mengupas akan kedudukan insan yang digelar Dukun, Pawang atau Bomoh. Tidak di nafikan bahawa dukun, pawang atau bomoh ada keistemewaan tersendiri dalam mengubati berbagai penyakit secara alternatif. Sejak dulu lagi mereka ini sudah mendapat tempat di hati masyarakat di negara kita khususnya dan masyarakat dunia amnya. Berbagai cerita yang kita dengar dan kita lalui menyentuh soal dukun, pawang atau bomoh ini.


…Rancangan Hipotesis ini sendiri akan mengutarakan seorang dukun, pawang atau pun bomoh yang sudah sinonim nama mereka dipanggil untuk menunjukkan kepakaran mereka dalam bidang yang mereka ceburi. Dukun, pawang atau bomoh ini akan menggunakan kepakaran beliau mengubati penyakit dari mereka yang datang meminta pertolongan . Berbagai aksi, berbagai cara dipergunakan untuk mengubati namun begitu masih tidak ramai yang tahu akan wujudnya penipuan.


…Jangan lepaskan peluang anda untuk menyaksikan sendiri pembongkaran yang bakal dibuat oleh dukun, pawang dan bomoh itu sendiri untuk tatapan kita semua. Yang baik kita jadikan pedoman, yang buruk kita jadikan sempadan…Yang pasti tidak semua insan yang digelar dukun, pawang atau bomoh itu tidak benar dari segi perubatan alternatif mereka, hanya segelintir saja yang bersifat sepertimana yang bakal dipaparkan. Oleh itu..tanya-tanyakan diri…adakah betul yang bakal kita lalui nanti atau hanya sekadar menjerat diri sendiri…



TELOR SAKTI DAN NOMBOR EKOR
Dalam episod pertama Tok Bomoh yang dikenali sebagai Tok Bomoh Yul Bruno telah menerima kunjungan pelanggan atau pesakit yang berbilang kaum dan umur. Masing-masing ingin mendapatkan khidmat dukun atau bomoh dari Yul Bruno. Dalam episod pertama ini tok Bomoh Yul Bruno telah menggunakan telor dalam teknik perubatannya. Masing-masing kagum dengan kepintaran Tok Bomoh Yul Bruno kerana berjaya mengeluarkan penyakit hanya menggunakan telor, berbagai jenis benda yang keluar daripada telor yang digunakan ada darah kotor, rambut, cecair yang berbagai warna, dalam pada itu ada yang datang untuk mendapatkan nombor ekor. Permintaan pelanggan berjaya di adakan oleh Tok Bomoh, tapi wang “pengeras” yang dikenakan memang tidak masuk dek akal, yang paling penting tok bomoh Yul Bruno pantang berjumpa dengan pelanggan wanita yang cantik, dengan cara tak sengaja beliau akan mudah jatuh cinta dengannya.

Di akhir rancangan tok bomoh Yul Bruno akan mendedahkan rahsia daripada teknik perubatan yang beliau gunakan. Tujuan utama beliau menjalankan pengubatan ini adalah semata-mata untuk mencari duit lebih dan mencari jodoh. Bayangkan beliau sanggup menipu orang ramai semata-mata kerana wang dan juga cinta.



KEBAL
Hipotesis episod kedua mengisahkan dua orang rakan ingin mempelajari ilmu Kebal daripada tok bomoh Yul Bruno. Bagi memenuhi syarat untuk mempelajari ilmu kebal, Mack dan Adan dikehendaki mencari beberapa orang rakan lagi serta menyediakan wang « pengeras » sebanyak seribu seorang. Oleh kerana terlalu ingin mempelajari ilmu tersebut Mack dan Adan berjaya mengumpul rakan mereka dan menyediakan separuh daripada wang pengeras yang telah diminta. Hingga pada suatu malam mereka berkumpul untuk mempelajari ilmu tersebut. Tok bomoh Yul Bruno pada mulanya meminta mereka semua harus bersabar dalam pengajian ilmu tersebut dan harus menyediakan separuh lagi wang pengeras jika mahu ilmu itu dipelajari sepenuhnya. Berbagai jenis ilmu kebal di tunjukkan oleh tok bomoh Yul Bruno membuatkan mereka yang hadir dalam pengajian itu merasa teruja untuk belajar.

Di akhir rancangan ini tok bomoh Yul Bruno menunjukkan cara atau teknik beliau mengajar sebagai pendedahan bahwa ilmu yang beliau ajar adalah tidak benar, ini semuanya semata-mata menipu orang untuk mendapatkan wang. Dalam pada itu kisah cinta tok bomoh Yul Bruno bermula dengan salah seorang pelanggan wanitanya yang bernama Peah. Hinggalah pada suatu ketika Yul Bruno merasa di tipu oleh Peah kerana beliau melihat Peah bermesra dengan lelaki Bangla, kejadian itu telah membuat Yul Bruno sedih ibarat kecewa dalam gundah, ketawa dalam pasrah.


BEDAH BATIN
Dalam episod ketiga ini pula ianya mengisahkan bagaimana tok bomoh Yul Bruno menjalankan perubatan “Bedah Batin”. Pada suatu malam ketika tok bomoh Yul Bruno sedang berehat di pondoknya telah di datangi oleh Yusuf, Budin dan Mira. Yusuf memberitahu kepada tok bomoh Yul Bruno bahawa adiknya Mira telah mengalami sakit dalam perut yang amat dahsyat. Tok bomoh Yul Bruno telah di beritahu awal akan kedatangan Yusuf dan telah meminta Yusuf menyediakan beberapa peralatan untuk menjalankan rawatan. Seperti yang dijanjikan Yusuf berjaya membawa segala keperluan yang dikehendaki oleh Yul Bruno.

Dari mula rawatan dijalankan hinggalah ke akhir pembedahan batin, Yul Bruno berjaya membuatkan ketiga-ketiga mereka yang hadir percaya akan perubatan yang beliau jalankan. Semasa pembedahan dijalankan tok bomoh Yul Bruno berjaya mengeluarkan paku dan kaca dari perut Mira, masing-masing terkejut dan amat percaya dan duit pengeras yang dikenakan adalah sebanyak RM3000/-. Oleh kerana taksub dengan apa yang dilakukan oleh Yul Bruno, Yusuf menyerahkan wang seperti yang diminta asalkan adiknya berjaya di ubati, dalam pada itu Yul Bruno cuba memikat Mira pula, walau pun berjaya memikat Mira dia terpaksa melupakan Mira kerana Yusuf telah membawa adiknya pulang ke Singapura dan Yul Bruno telah terputus hubungan. Setelah mendapat wang pengeras Yul Bruno sekali lagi membuka rahsia atau tembelang yang beliau lakukan dalam teknik perubatan beliau itu..semuanya bohong belaka.


ELEKTRIK
Dalam episod berikut pula tok bomoh Yul Bruno telah di kunjungi oleh seorang gadis jelita yang bernama Jamie ketika beliau sedang melayari internet di pondoknya. Tok bomoh Yul Bruno terpegun dengan kecantikkan Jamie membuatkan terpaku seketika apabila melihat Jamie. Kedatangan Jamie ke pondok tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai tenaga eletrik yang di salurkan dari tubuh badan manusia untuk menjalankan rawatan alternative. Oleh kerana terpaku akan kecantikkan Jamie, jiwa tok bomoh Yul Bruno seakan lebur dan jatuh cinta pandang pertama terhadap Jamie. Apa yang diminta oleh Jamie telah di tunjukkan oleh Yul Bruno mellaui internet, dalam pada Yul Bruno tidak bertepuk sebelah tangan kerana Jamie juga terpikat kepadanya.

Keesukannya Jamie dan Yul Bruno bertemu di taman dan bernyanyi, dalam pada itu Yul Bruno masih mengingati kekasih lamanya Peah lalau menjalinkan cintanya semula dengan Peah, pada suatu hari Jamie telah ternampak Yul Bruno sedang bermesra dengan Peah di atas bukit sambil menyanyikan lagu Hindustan. Jamie kecewa lalu membawa diri pulang ke Johor.


RASUK
Dalam duduk menggelamun tok bomoh Yul Bruno di kunjungi oleh Mack dan adiknya yang berada didalam keadaan separa sedar. Mack berlari meminta pertolongan tok bomoh Yul Bruno dengan mengatakan adiknya Liza telah di rasuk benda halus. Tanpa membuang masa Yul Bruno meluru turun dari pondoknya dan mendapatkan adik Mack yang bernama Liza yang sedang dalam keadaan kerasukan. Dalam pada itu beliau sempat mengorat Liza yang dalam keadaan lemah itu.

Setelah menggunakan kepandaian yang beliau ada akhirnya Liza berjaya di pulih, jiwa tok bomoh semakin bergelora apabila Liza yang kepenatan terus memeluknya. Yul Bruno terus mengambil kesempatan yang terhidang di depan mata lalu memeluk Liza lebih erat lagi. Mack yang menyaksikan kejadian itu merasakan ini bagaikan satu malapetaka buat adiknya Liza. Liza kembali pulih semula dan tok bomoh Yul Bruno terus meminta nombor telefon untuk bertanya khabar. Akhirnya Yul Bruno di lamun cinta dengan Liza pula.


ILMU TELUS
Bermula dengan tok bomoh berjaya mengubati penyakit adik Max yang bernama Liza. Max semakin percaya dengan kebolehan Yul Bruno, pada suatu malam ketika Yul Bruno sedang duduk berangan tepi tangga Max datang dengan membawa komputer riba untuk bertanya tentang perubatan menggunakan elektrik dan juga Ilmu Telus. Dengan angkuhnya tok bomoh Yul Bruno menerangkan apa yang Max ingin tahu, akhir sekali Max meminta tok bomoh Yul Bruno mengajarnya mengenai Ilmu Telus, pada mula Yul Bruno agak keberatan untuk mengajar sedangkan wang pengeras semasa Mack belajar ilmu kebal belum di bayar, akhirnya beliau bersetuju dengan syarat Max memberikan adiknya Liza untuk dijadikan teman hidup Yul Bruno, oleh kerana taksub dengan kehebatan Yul Bruno Max sanggup meletakkan adiknya sebagai cagaran.

Yul Bruno telah mengajar Max beberapa ilmu telus, yang mana semuanya di dedahkan Yul Bruno setelah Max tiada bersamanya. Antara perbuatan yang menunjukkan Ilmu telus ini adalah menutup mata sambil meniru gerak gaya orang lain, memotong buah timun sambil menutup mata dan menunggang motosikal semasa mata di tutup. Max semakin kagum dengan kehebatan Yul Bruno. Akhirnya Yul Bruno mendedahkan rahsia sebenarnya, dan Max tidak tahu bahawa beliau telah di peralatkan oleh Yul Bruno.


HISTERIA
Semasa Max dan tok bomoh sedang bermain gitar dan menyanyi, mereka berdua telah di datangi oleh Nizam seorang pemuda yang datang meminta tolong kerana ketika beliau berjalan menyusuri sungai dia nampak sekumpulan budak perempuan yang sedang berada dalam khemah telah jatuh dan menjerit-jerit.

Tanpa membuag masa tok bomoh Yul Bruno dan Max terus menuju ke tempat yang dimaksudkan oleh Nizam tadi untuk memberikan pertolongan. Sampai sahaja ke tempat tersebut Yul Bruno dan Mack dapati melihat ada tiga orang gadis bawah umur dalam keadaan meronta-ronta sambil menjerit-jerit, tok bomoh Yul Bruno dan Max serta Nizam telah memberikan bantuan kepada budak-budak tersebut, Yul Bruno dapati kesemua mereka di serang penyakit Histeria. Akhirnya budak-budak perempuan itu dapat di pulihkan. Max bertambah teruja dengan kehebatan tok bomoh Yul Bruno. Akhirnya Max mengakui bahawa tok bomoh Yul Bruno memang handal.


KUAT
Pada suatu hari ketika tok bomoh Yul Bruno sedang berangan-angan dengan kisah cintanya, dia telah di kejutkan dengan kehadiran dua orang wanita seorang bernama Adaniah dan seorang lagi bernama Julie Kuat. Yul Bruno terpegun melihat mereka berdua seakan macam dia kenal salah seorang daripada wanita tersebut tapi dia takut bertanya kerana beliau menyangkakan pelanduk dua serupa. Kehadiran mereka berdua bertemu tok bomoh Yul Bruno adalah untuk belajar ilmu kuat. Yul Bruno menjadi semakin berani kerana Adaniah menggodanya hingga menggegarkan imannya. Akhirnya beliau bersetuju mengajar kedua wanita tersebut walau pun hatinya berbelah bagi kerana jatuh hati dengan Adaniah pula. Siapakah wanita berdua tersebut? Adakah manusia atau manusia yang berselindung disebalik topeng atau manusia jadian-jadian dari lelaki menjadi perempuan. Ikuti bersama episode kelapan ini dengan penuh khusyuk dan tawaduk.

No comments: