ONOMASTIK
…Memang benar kata pujangga…sejarah tidak akan berulang…Namun sejarah akan menceritakan segala-galanya untuk tatapan generasi baru dan generasi akan datang.
…Onomastik …akan mengupas sejarah lampau yang terjadi di negara kita yang kita kasihi ini. Apakan tidaknya dengan kehadiran penjajah pada masa lampau telah membuatkan kita menjadi kucar-kacir, bertelagah sesama sendiri, berbunuh sesama manusia dan fitnah yang bukan-bukan menjalar disetiap pelusuk tanah air. Dalam episod pengenalan ini dengan tajuk “SIAPA PUNYA” akan menyingkap penat jerih seorang anak watan yang bernama Rahim mengkaji, mencari dan meneliti kesan sejarah peninggalan kolonial di kawasan Kuala Kubu. Setelah hampir 12 tahun, baru beliau berjaya mencari titik permulaan kenapa pihak kolonial begitu berminat dengan Kuala Kubu pada seawal abad yang ke 18. Dengan bantuan dari pihak kerajaan mahu pun NGO beliau telah mendapat lampu hijau untuk menuju ke tempat yang dimaksudkan untuk melihat dan mengkaji kewujudan tempat tersebut. Atas dasar setiakawan beliau telah mengajak dua orang rakannya dari Singapura untuk bersama mengkaji sejarah lampu di kawasan tersebut. Akhirnya mereka berjaya menemui apa yang mereka idamkan selama ini.
…Untuk episod pengenalan ini, selain kita mengupas kewujudan peninggalan sejarah lampau di kawasan Banjaran Titiwangsa, kita juga akan diingatkan juga tentang pulau-pulau yang menjadi rebutan negara kita dengan negara jiran, antaranya Pulau Batu Putih dan juga Pulau Pisang. Ini adalah rentetan kisah lampau yang harus kita jadikan tauladan dan sempadan. Sehubungan dengan itu, akhbar negara jiran juga ada menyiar akan kisah penemuan bahan-bahan artifak lama dan juga lokomotif lama di Banjaran Titiwangsa yang mana mereka menyatakan penemuan tersebut adalah penemuan dari hasil kajian rakyat mereka, sedangkan kajian dan penyelidikan anak watan negara tidak di ketengahkan. Ibarat..Lembu Punya Susu, Sapi Mendapat Nama.
…Adakah benar..terjadinya sedemikian sepertimana yang digembar gemburkan atau satu sandiwara semasa untuk mencari publisiti murahan. Jadi..renungkanlah bersama dan jawapannya anda sendiri tahu bukan…!!! Untuk kebenaran saksikan sendiri..Onomastik…satu realiti…sebuah catatan kebenaran…
1 comment:
salam uncle..lama tak dengar kabar.. anyway lama dah tak pergi janda baik..terasa rindu gak... ada apa-apa kerja yang boleh saya bantu uncle... ingat nak pergi tolong2 uncle sambil rest minda seminggu dua ker kat sana... bye
Post a Comment