Luahan Hati Seorang Guru - 1
Assalamualaikum Uncle….
Syukur ke hadrat Illahi…
Sebagai pembuka kata,
Saya ada membaca blog uncle…saya lihat banyak juga kontroversi di dalamnya,sedikit sebanyak saya mula rasa kagum dengan keberanian uncle membentangkan sebuah isu, walaubagaimana pun saya tidaklah berminat untuk membaca komen-komen anak muda yang bersifat kurang ajar. Kerana saya tidak selesa dengan hal itu.
Saya mengambil masa untuk berfikir untuk menulis dengan sebaik mungkin, agar tidak termasuk apa-apa penambahan untuk saya menyedapkan cerita, saya tidak suka ajinamoto dan rempah ratus, cukuplah sekadar nasi putih dan garam.
Baiknya..Kata ahli falsafah orang-orang seni berfikir mengunakan minda logic dan kreatif untuk diselaraskan dalam menjalani hidup, dan kata mereka lagi orang-orang seni amat sensitive dengan alam sekeliling yang jelas mahupun kabur.
Buruknya. Orang seni banyak yang jadi penipu, mengelat, melencong dan rata-rata mereka berada di lorong yang gelap.
Saya seringkali memilih untuk menjadi sebaik mungkin, kerana saya bergelar guru muzik dan tugas saya mendidik, wajib bagi saya punyai hati yang telus dan ikhlas. Bagaimana pun saya juga insan yang tidak lari dari lalai dan leka.Saya akui
Cerita Akhir saya;
Jika membaca kisah saya orang pasti akan ingat saya seorang pendiam, misteri dan perahsia. Sebenarnya tidak, saya peramah, suka berlawak dan suka menyakat rakan-rakan. Hanya ini kisah dan rasa peribadi yang sejak lama saya simpan.
Saya cuba untuk mengamati setiap inci dari karangan rencana ini agar ianya selesa dibaca uncle. Dan rencana ini saya tidaklah minta sesiapa pun mempercayainya, saya tidaklah berharap sesiapa pun memberi pandangan juga buah fikiran mengenainya, tidaklah mengharap sebarang bantuan untuk saya hidup dengan lebih baik, tidak saya pinta untuk ditemuramah, tidak saya pinta untuk dikritik tidaklah saya mahu dipuji-puji apatah lagi sebarang kekaguman.Say percaya setiap minda logic sendiri dan persepsi sendiri tidaklah mampu menjawab sebarang pertanyaan.
Penulisan ini sekadar luahan bagi meluahkan segenap rasa dikalbu, kerana saya tidaklah Berjaya meluahkan melalui lisan justeru tiada sesiapa mahu memahaminya, saya hanya mahu akan pendengar sudah cukup memadai.
Saya menulis ini untuk uncle adalah terakhir, selepas ini saya tak mahu bercerita lagi, saya akan mengulaskan semuanya dan bercerita sebenar mungkin pengalaman dan saya mohon maaf jika sekiranya penulisan ini tidaklah sesedap sebagaimana pengalaman uncle telah lalui.
Kisah Saya.
Keadaan saya sama seperti kanak-kana biasa, normal, lincah dan periang, namun saya diselubungi perasaan risau dan gerun apabila hendak tidur. Pada pertengahan umur 15 tahun waktu meningkat remaja, saya telah tahu dalam tidur, saya berupaya untuk keluar dari badan sendiri, ia seperti mimpi, namun saya dapat mengawal diri saya seperti mana waktu biasa.
Jika disamakan dengan mimpi, kita tidaklah mampu mengawal diri, hanya kita serahkan pada keadaan saja. Saya juga mengalami mimpi kadang-kadang.
Saya menggelar diri saya sebagai ‘Pelintas Border’.
Jika saya melintas border, saya akan menyaksikan warna di alam itu, sekeliling saya seperti rutin biasa jika rumah, rumahlah keadaannya, berbezanya warna suasana itu ada putih seperti kabus, ada kuning seperti dibawah lampu jalan, ada warna merah dan berwarna hitam.
Keadaan waktu saya melintas border tidak dapat saya pilih, namun saya cukup pasti jika saya bangun dalam keadaan suasana berwarna merah makhluknya dari komuniti yang berbeza. Dan tahap kematangan saya telah mengetahui warna apa yang muncul apakah jenis penghuninya. Setiap warna yang muncul adalah makhluk yang berbeza.
Di alam itu saya telah belajar beberapa perkara, disana juga kita harus belajar untuk bersopan dan mengenal apa itu kurang ajar. Saya tidak dibenarkan untuk memandang makhluk-makhluk dengan pandangan tepat, atau ‘merenung ikut’(renung hingga subjek hilang). Jika saya melakukan demikian
Mereka akan marah dan menunjukkan protes dan saya tidaklah gemar untuk menceritakan bagaimana protes itu dilakukan pada saya.
Dialam sana mereka ada bermacam-macam keadaan, sebenarnya keadaan mereka tidaklah sejijik digambarkan dalam tv, segelintir mereka ada yang memakai tudung dan berbaju kurung seperti kita.
Ada juga yang sukakan saya, makhluk perempuan, dia pernah menunjukkan tempat-tempat yang tersembunyinya harta-harta lama, ada sekali itu saya ditujukkan sebuah tempat yang mengandungi batu permata dan saya tahu tempatnya, namun tiada pernah terniat untuk saya kunjungi.
Ada juga dikalangan mereka orang-orang tua, pernah saya ditawarkan untuk belajar beberapa ilmu dari mereka, namun saya tidak pernah berminat untuk pelajarinya. Jika saya menyebut apa ilmu yang akan mereka ajarkan, pasti uncle akan kata ianya mengarut, kerana saya juga fikirkan demikian, namu begitu persepsi tidaklah menjawab sebarang pertanyaan,kesan ilmu yang ditawar tidak saya tahu kerana tidak pernah pelajarinya.
Ulasan kecil
Saya bertemu seorang guru Tahfiz bernama Pak Din, yang telah meninggal dunia, di Masjid besar Sg.Petani, dia menjelaskan alam ghaib ini terbahagi pada 4 didalam Al-Quran. Yakni dipanggil sebagai Qhodozoh Roh (maaf jika ejaan tidak betul), roh kita berjalan melalui alam Malaikat,jin, iblis dan syaitan. Wallahualam.
Rata-rata manusia biasa mampu bermimpi dan kadang-kadang kea lam malaikat untuk Allah member sebarang petanda mimpi untuk manusia berjaga dalam kehidupan,tetapi selalunya manusia hanya berkata mainan tidur. Walhal riwayat para Aulia dan Anbia banyak sejarah mereka berkaitan dengan mimpi, maka janganlah sepenuhnya mengatakan mimpi itu mainan dan janganlah terlalu taksub dengannya, setiap perkara ada pro dan kontra, sama juga dengan Qhada dan Qhadar.
Kata Pak Din lagi saya dilahirkan dengan bakat, Pak Din menjelaskan saya tidur mengikut sunnah Rasul SAW, agar mengiring ke sebelah kana dan berbantalkan telapak tangan ke pipi, mengambil wuduk sebelum tidur.
Kata Pak Din, posisi tidur yang salah membolehkan orang berbakat melintasi border,dan saya percaya sayalah orang itu. Syukur Alhamdulillah saya mengamalkannya dengan yakin. Namun ada kala saya secara tidak sedar bergerak ke posisi yang salah lalu terjerumus ke laluan border. Dari tahap pengalaman dan kematangan saya sudah tahu bagaimana untuk menghadapinya.
Setiap dari kejadian pasti ada manfaatnya, manfaat yang saya perolehi, jika sekiranya orang mengatakan sesuatu tempat itu ada gangguan atau keras, saya berupaya untuk melihat bagaimana rupa makhluk itu susuk tubuhnya dan mengapa ia sering mengganggu, namun begitu saya tidaklah dapat menghalangnya dari mengganggu, terserah kepada ahli bijak pandai paranormal.
Hal ini sudah sekian lama saya hadapi, walaupun saya telah matang dan lali akan munculnya peranan ini, ketakutan sentiasa menghampiri saya, dan keberanian muncul pada tempatnya.Saya punya motivasi sendiri setiap perkara yang terjadi pasti punya hikmah, pasti ada manfaat pasti ada laluannya. Semua yang terjadi atas izin yang Maha Mengetahui.
Setakat ini saja luahan saya, dan uncle anggaplah ini luahan saya yang akhir, bimbang hal ini akan menjadi prasangka negative yang bertali-tali.
namun begitu saya amat berharap nasihat, pandangan tunjuk ajar dari uncle, jika uncle tidak tertarik dengan kisah ini cukuplah saya dapat hanya sepotong kata-kata dari uncle.
"Maafkan saya kerana saya sesekali tidak mahu bertukar pendapat dan menjawab apa-apa pertanyaan dari pembaca..pertanyaan mengenai hal yang sukar dijawab seperti ini akan mendorong saya untuk untuk menjawab perkara yang tidak benar atau direka-reka. Maafkan saya."
Amin…
Anas Arafadd.
Pandangan Uncle - Setiap dari kita ada pengalaman, impian dan mimpi yang tersendiri. Biarlah pembaca yang menilaikannya.
5 comments:
ada emel anas ni ker..? nampaknya kami dari spesis yg sama..hehe
Rasanya dia sahabat saya..heehe
salam..nama saya rizal, saya menghadapi masalah yang berkaitan dengan sesuatu yang sukar dijelaskan.harap kalian dapat membantu InsyaAllah. e mail saya mainbolabest@yahoo.com
ko seorg yg kasyaf la anas...cayalah
Anas...minta Email....ada pertanyaan..
Post a Comment