Kenali mereka

Saturday, May 5, 2012

Dana Haji Jasman (Part 1)

Dana Haji Jasman (Part 1)
Labur SERIBU dapat SEJUTA? Fuiyoo...Melayu kena temberang hidup-hidup.
Kesian pelabur-pelabur dan leader-leader yang berniat mahu menolong bangsa Melayu tapi akhirnya merempat...



Klik imej lebih besar

BAI’AH
(Perjanjian Bersumpah)

WA ALLAHI, WA BILLAHI, WA TALLAHI; Sesungguhnya saya;………………………………………………………
K/P No;……………………………………… beralamat di……………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………....bersumpah atas nama Allah SWT bahawa saya akan menjalankan dan/atau menggunakan
Sepenuhnya amanah dalam bentuk kewangan yang diberikan kepada saya:-

1. Untuk menegakkan syiar Islam dan membantu umat Islam secara am;

2. Menjaga dan menggunakan harta amanah ini sebaik mungkin bagi tujuan kesejahteraan
diri sendiri, keluarga dan saudara mara dan berbelanja secara berhemah;

3. Memperkembangkan dan menjana rezeki melalui perniagaan,pemilikan aset atau equity berlandaskan syarak, samada persendirian atau usaha sama;

4. Menubuhkan yayasan bagi menyalurkan bantuan kewangan dan mewujudkan kemudahan – kemudahan untuk tujuan pendidikan, perubatan, perumahan dan keperluan makanan kepada umah khususnya umat Islam yang memerlukan;

5. Mempelopori aktiviti dakwah islamiah dan bimbingan rohani
Demi Allah, saya memberi aku janji(undertaking) ini; bahawa dana yang diamanahkan kepada saya ini tidak boleh dalam apa jua keadaan pun digunakan dengan sesuka hati bagi tujuan:-

1. Sokongan terhadap pihak pengganas ataupun pertubuhan bukan kerajaan yang menentang Islam atau melanggar undang-undang keselamatan negara Malaysia atau mana-mana negara lain;

2. Sokongan terhadap mana-mana parti politik;

3. Mewujudkan atau menyokong sebarang pertubuhan atau pengamal akidah yang bertentangan amalan Ahli Sunnah Wal-Jamaah

4. Mengkianati mana-mana individu khususnya sesama Pemegang-Pemegang Amanah
DAN sesungguhnya saya membuat Bai’ah ini dengan rela hati tanpa apa-apa paksaan dan saya akan ditimpa kemurkaan dan dilaknat oleh Allah SWT sekiranya saya kianat.

Bertarikh:
Ditandatangani oleh Penerima Amanah )…………………………………………………………………
Penyaksian oleh )…………………………………………………………………

Siapakah????

Tunggu... - Part 2


_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

8 comments:

Anonymous said...

Salam.

Uncle, perghh....cite yg sensasi ni. Xsabar rasanya nk tahu part 2. Negeri kelahiran ante le banyak yg labur dalam dana ni. Katanya dana ni peninggalan atuk nenek moyang. Perghhh aku xtahu lah pulak nenek moyang aku kayo2 masa dulu. Aku masuk gak...ha ha ha. Ok tggu ulasan uncle selanjutnya.

Arya-Damar.

Anonymous said...

Salam, Saya PM Wangsa Maju memohon maaf kerana telah banyak menipu SH...

LSDShariff adnan nizam fauzi

Anonymous said...

memang betul la....janji tinggal janji je...pas seminggu tarikh di beri..insyallah tarikh baru telah di beri kan..pas tu lagi tarikh baru...sadar2 dah setahun belalu...ada yang 4 tahun menunggu..tak keluar jgak DANA ni...penipuuuuuuu besakkkl

Anonymous said...

Dana penipu.nk komen yg baik2 nk pe

Anonymous said...

Bile agak nye part 2 nak kluar?

Anonymous said...

Mmg menipu pun bodoh mlyu ngn mlyu nk tipu

Anonymous said...

uncle tolong dedahkan kebenaran. . . . . . ramai yg ternanti2 akan kebenaran.

Anonymous said...

bila nk kuar part 2 psl jasman ni. x sbr nk tahu kebenarannya.