Kenali mereka

Wednesday, May 9, 2012

Kisah Tiong Emas Dengan Tok Sami

Kisah Tiong Emas Dengan Tok Sami

Burung Tiong Emas (klik)

Bersambung cerita dari abang ipar aku ni yang mukanya mirip macam pelakon Haji Bakhil (Allahyarham Udo Omar) dalam filem Labu-Labi arahan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.

Allahyarham Udo Omar

Abang ipar aku yang periang.

Ada sorang pakcik ni bela sekor burung tiong emas yang pandai bercakap dan juga seekor ayam serama. Setiap hari jumaat, dia akan asah lidah burung tu dengan cincin emas belah rotan. dan selepas itu diberi makan sebiji cili api. Beliau melakukan perkara sedemikian dipercayai supaya tuturkata burung tersebut lebih jelas. Selepas itu dimandikan/siram dengan air lebih kurang 5 minit.

Cincin emas belah rotan

Bila dia cerita macam tu, aku teringat mak aku juga pernah bela seekor dan buat perkara yang serupa cuma selepas diasah dengan cincin, diberi makan sebiji cili api selepas itu mak aku akan siram dengan air menggunakan paip getah sekitar 5 minit. Beliau melakukan perkara sedemikian dipercayai supaya tuturkata burung tersebut lebih jelas.


Masa tu aku duduk di SL 10 , Jalan Berlian, Taman Perwira 1, Gombak Batu 6 selama 10 tahun (1982 sehingga 1992). Jiran sebelah rumah (SL 9) adalah Tan Sri Datin Paduka Seri Hajjah Zaleha Ismail ketika itu menyandang jawatan Timbalan Menteri Pengangkutan dan jiran betul-betul depan rumah pula saya panggil ‘Uncle Razak’, kalau tak silap bekas Pengarah Siasatan BPR, Abdul Razak Idris.

Setiap kali tetamu yang datang atau sesiap saja yang melintas depan rumah, burung itu akan berkata

'Hello'

'Assalamualaikum'

'Dah makan ke'

'Buat apa tu'

Dan juga bersiul. Siulannya mirip seperti cara seorang lelaki bersiul melihat perempuan yang seksi. Susah saya nak ungkapkan dengan kata-kata disini.

Ramai tetamu yang pertama kali berkunjung kerumah akan bercakap dengan burung tersebut yang disangka mereka adalah orang dalam rumah.

Berbalik pada cerita abang ipar saya tadi tu.

Kepak burung tiung emas itu dipotong pendek secara menyilang supaya tidak boleh terbang tinggi.

Setiap kali tuannya pulang kerumah , tiung itu akan menyambut dengan kata-kata.

'Selamat petang Tuan'

Burung itu juga akan menyapa sesiapa saja yang datang kerumah atau melintas jalan yang berdekatan. Dopendekkan cerita, satu hari apabila tuanya balik kerumah, burung tu berkata

'Selamat petang tuan, aku nak menikah'

Tuannya terperanjat dan menyindirnya.

'Bolehke kau menikah'

Ayam Serama (klik)

Kerana tercabar dengan sindiran tuannya, tiung itu tadi terus terbang kebawah ‘memperkosa’ ayam serama sehingga menggelupur sampai mati. Kerana terlalu geram disebabkan ayam serama yang dibeli dengan harga RM20,000 itu mati, tuannya menangkap dan mencabut semua bulu dikepalanya sampai botak.

Sebagai ‘protes’, burung tu menundukkan kepala sambil wajahnya monyok dan tidak menyapa sesiapapun walaupun dengan tuannya lebih kurang seminggu. Jiran-jiran sebelah rumah cuba memujuknya dengan pelbagai cara termasuk membeli buah-buahan tempatan dan import untuk memujuk burung tu bercakap semula namun tidak berjaya.

Tiba-tiba lalu beberapa orang sami didepan rumah berpakaian warna oren. Burung itu mendongakkan kepala dan dengan penuh riang menyapa sami-sami tersebut.

“Kau orang semua pun menutuh ayam serama tuan kau jugak ke?”



Assalamualaikum, waalaikumsalam & Allahuakhbar


Kiss me, Chicken & duck


I love you


Lain-lain cerita merapu versi abang ipar
1. Betulke Hantu Takut Dengan Bulu Kemaluan?

No comments: