Kenali mereka

Monday, January 25, 2010

Bomoh Temberang

Bomoh Temberang






1. Teknik Mengelar Kulit Tanpa Sebarang Kecederaan

Cara-cara

1. Parang yang hendak digunakan perlu ditumpulkan terlebih dahulu dengan menggunakan pengasah pisau sebelum teknik ini dilakukan.

2. Kemudian, parang tadi dikepit pada tangan (lengan) atau leher. Pastikan mata parang tidak mengenai kulit.

3. Tarik keluar parang itu perlahan-lahan supaya nampak parang itu seperti menghiris kulit lengan atau leher.

4. Apabila parang tadi sudah ditarik keluar dari lengan anda, penonton yang melihat akan merasa hairan kerana lengan tidak terluka semasa parang menghiris kulit.

2. Teknik Mengepit Playar pada Tangan Tanpa Sebarang Kesakitan



Penjelasan

1. Playar hendaklah dikepitkan di bahagian lengan.

2. Jangan mengepit terlalu sedikit di bahagian kulit kerana akan mengalami kesakitan yang maksima apabila dikepit dengan playar.

3. Bekas kepitan jelas kelihatan selepas dikepit namun kesakitannya tidak terlalu maksima.

3. Teknik Telur Berdarah





Cara-cara

1. Telur ditebuk terlebih dahulu dengan jarum di bahagian hujung.

2. Keluarkan sedikit isi kandungan telur.

3. Suntik telur dengan pewarna merah ataupun hitam. Boleh juga memasukkan objek-objek lain seperti pasir ataupun rambut.

4. Tutup lubang yang ditebuk menggunakan lilin.

4. Teknik pembedahan batin tanpa menggunakan peralatan bedah.





Cara-cara

1. Bahan yang diperlukan adalah tepung ubi, pewarna merah dan usus ayam. Tepung ubi digaul bersama pewarna merah di dalam periuk yang berisi air panas sehingga menjadi sebati.

2. Masukkan bahan-bahan tadi ke dalam plastik bersaiz kecil.

3. Lekatkan plastik itu di bahagian dalam se- helai kain kuning yang telah di carik (sebagai tempat menyeluk).

4. Letakkan kain itu di atas perut subjek utama.

5. Seluk bahagian yang telah dicarik dan tarik keluar usus ayam yang telah digaul bersama-sama tepung ubi tadi.

5. Teknik berjalan di atas api


Cara-cara

1. Sediakan sekeping papan.

2. Siram papan itu dengan minyak tanah dan nyalakan dengan api.

3. Berjalan dengan cepat di atas papan itu.

4. Api hanya menyambar objek sekiranya berdiri di atas papan itu.

5. Rahsianya adalah nekad, yakin dan berjalan dengan cepat.

6. Sebaik-baiknya basahkan kaki dengan air sebelum berjalan di atas api.

6. Menghentak mentol kalimantang di kepala tanpa sebarang kecederaan


Cara-cara


1. Gunakan mentol kalimantang kerana ia terdiri daripada kaca yang nipis dan mudah pecah.

2. Subjek ujikaji hendaklah berdiri dengan memasang kuda-kuda dan mesti berkeadaan lebih rendah dari orang yang menghentak. Boleh juga duduk ibarat duduk di antara dua sujud.

3. Pastikan hentakan itu menggunakan bahagian tengah mentol dan bukan di hujungnya.

4. Hentakan hendaklah dibuat di bahagian hujung dahi (bawah dari ubun-ubun) dengan menggunakan kekuatan dari pergelangan tangan. Jangan hentak di bahagian ubun-ubun kerana dikhuatiri cedera. Tidak perlu hentak dengan kekuatan maksima. Cukup sekadar sehingga boleh memecahkan mentol.

5. Efek bunyi dan cahaya letupan akan membuatkan orang yang melihat teruja.

7. Teknik memakan kaca mentol kalimantang

1. Sebaik-baiknya makanlah pisang terlebih dahulu ataupun minum air kosong.

2. Kaca perlu dari pecahan kaca lampu kalimantang yang sudah dibuang serbuk di dalam kaca lampu itu.

3. Hanya dengan keyakinan, sesiapa sahaja boleh memakannya.

4. Kunyah sehingga halus dan telan kaca itu.

5. Lampu kalimantang sebenarnya halus dan mudah digigit dan dikunyah.

6. Gigi geraham yang jarang tidak digalakkan. Dikhuatiri serpihan kaca tadi akan tersangkut di celah-celah gigi.

8. Teknik berjalan diatas serpihan kaca

Cara-cara

1. Pecahkan 10 botol. Buang pecahan leher botol dan bahagian bawah. Ambil pecahan kaca yang mendatar.

2. Semakin banyak pecahan kaca semakin selamat kerana ketika berjalan, kaca-kaca tadi akan menutup ruang yang tajam dan mengelakkan kaca daripada menghiris kaki subjek.

3. Pecahan kaca hendaklah diletakkan secara menutup supaya tidak menusuk kaki.

4. Berjalanlah di atas pecahan itu dengan yakin dan berani. Sekiranya sudah biasa dengan berjalan, mulailah dengan melompat-lompat atau baring.

5. Dalam keadaan berbaring, minta teman anda meletakkan batu-bata di atas perut dan suruhlah dia memukulkan dengan pemukul besi.

6. Pecahan kaca juga boleh dijirus dengan minyak tanah. Nyalakan api dan berjalan di atasnya dengan cepat. Berjalan dengan cepat, api tidak akan menyambar kaki anda.

7. Teknik yang paling selamat adalah dengan mengasah setiap penjuru pecahan kaca sehingga tumpul.

9. Teknik Mengelar Kulit Menggunakan Pisau Cukur Tanpa Sebarang Kecederaan
Cara-cara


1. Sediakan pisau cukur yang masih baru.

2. Tumpulkan sebelah mata pisau tadi dengan menggiris di atas batu.

3.Ambil sekeping kertas bagi menguji ketajaman pisau tadi. Potong kertas dengan menggunakan sebelah mata pisau yang tidak diasah. Anda boleh memanggil seseorang untuk menjadi saksi bahawa pisau cukur itu masih tajam.


4. Kemudian, hiris pisau cukur tadi pada kulit anda atau pada seseorang saksi. Pastikan anda menggunakan bahagian mata yang sudah ditumpulkan.

5. Saksi yang melihat pula akan merasa teruja dan kagum dengan pertunjukkan silap mata yang anda lakukan tadi.

10. Teknik mandi minyak yang masih mendidih

Cara-cara

1. Panaskan minyak kelapa bersama cuka di dalam kuali.

2. Ambil sedikit minyak di atas permukaan minyak yang mendidih.

3. Tuangkan minyak itu di atas permukaan kulit seperti tangan atau tubuh badan.

11. Teknik memecahkan bahagian bawah botol yang masih berisi air.

Cara-cara

1. Sediakan botol yang masih berisi air dan penutupnya masih rapat.

2. Pegang leher botol dengan tangan kiri dengan kuat.

3. Berdiri dengan kuda-kuda ke hadapan (kaki kiri ke hadapan dan kaki kanan ke belakang).

4. Letakkan bahagian dalam tapak tangan anda di atas tutup botol.

5. Tarik nafas dan hentak penutup botol itu dengan bahagian dalam tapak tangan kanan anda dengan tepat, kuat dan laju sambil melepaskan nafas dengan kencang dari mulut (boleh juga dengan berteriak).

6. Pastikan semasa tangan kanan memukul penutup botol, tangan kiri tidak boleh bergerak.

7. Satu lagi cara ialah dengan menggunakan botol yang diisi dengan ¾ air dan tanpa penutup. Cara ini agak susah, tetapi sekiranya sering dilakukan dan mengetahui teknik yang terbaik pasti ia akan menjadi mudah.

12. Teknik Mengeluarkan Nombor Ekor dari Sampul Surat Menggunakan Telur

Cara-cara

1. Ambil limau nipis yang sudah dipotong dan cucuk limau dengan menggunakan pencungkil gigi. Kemudian, tulis nombor kesukaan anda pada bahagian dalam penutup sampul surat tadi dengan menggunakan cungkil gigi tadi. Lakukan dengan berhati-hati.

2. Keringkan sampul surat itu sebentar.

3. Apabila sudah kering, lipat dua penjuru bawah sampul surat itu supaya telur tidak meleleh keluar.

4. Panggil seorang atau dua orang untuk melihat keadaan yang berlaku pada sampul surat yang kononnya kosong tanpa nombor.

5. Kemudian, pecahkan sebiji telur ayam ke dalam sampul surat dan kemudian tutup penutup sampul surat itu.

6. Selepas beberapa saat, buka kembali penutup sampul surat tadi dan nombor akan jelas kelihatan dari sampul surat.

13. Teknik Mengeluarkan Nombor Ekor dari Pinggan Yang Kosong

Cara-cara

1. Kopek bawang putih dan cucuk bawang tadi dengan menggunakan lidi.

2. Selepas itu, tulis nombor kesukaan anda pada pinggan kosong dengan menggunakan lidi tadi.

3. Bakar kertas di atas pinggan dan gosokkan abu kertas yang terbakar tadi pada nombor yang ditulis pada pinggan tadi.

4. Hasilnya, nombor yang tertulis tadi akan muncul pada pinggan yang dianggap kosong.

14. Teknik lidah kebal dari bahang api dan panas



Cara-cara ingin memulakan aksi ini:

Tunjukkan besi logam kepada penonton. Besi itu dipanaskan dengan api sehingga kelihatan merah membara. Masukkan besi yang sedang panas ke dalam gelas yang berisi sedikit air. Gelas tersebut akan pecah akibat panas besi logam itu. Panaskan semula besi logam dengan api sehingga merah dan diletakkan di lidah. Penonton akan terkejut kerana ada asap di lidah.

Rahsianya:
1. Gelas hendaklah nipis kacanya.

2. Besi logam panas hendaklah dijilatkan secara pantas di lidah berulang kali.

3. Kumpulkan air liur sebanyak mungkin di lidah. Apabila besi logam yang panas tersentuh dengan air liur akan menyebabkan asap.

4. Jangan sesekali meletakkan besi logam panas di atas lidah terlalu lama kerana ia akan mencederakan lidah.

Nota: Ada pertunjukkan silap mata yang meletakkan sejenis bahan kimia “sterax encer” di lidah sebelum diletakkan besi panas.

15. Teknik Mengangkat Individu dengan Menggunakan Surat Khabar.

Cara-cara

1. Memerlukan tiga orang dan beberapa helaian surat khabar untuk melengkapkan aksi ini.

2. Subjek uji kaji hendaklah berdiri di atas helaian akbar itu.

3. Dua lagi subjek hendaklah berada di sisi subjek pertama dalam keadaan mencangkung (bersedia untuk berdiri).

4. Helaian surat khabar hendaklah direnyukkan pada setiap hujungnya.

5. Subjek pertama hendaklah memegang bahu kedua-dua subjek di sampingnya dengan keadaan menekan (kekuatan bergantung pada tekanan yang dilakukan oleh subjek pertama).

6. Dua subjek yang memegang hujung akhbar hendaklah bangun sambil mengangkat subjek pertama. Subjek pertama hendaklah menekan bahu kedua-dua subjek pada waktu serentak.

7. Gambaran akan memperlihatkan seolah-olah subjek pertama berdiri di atas helaian akhbar.

16. Teknik Menyalakan Mentol atau Pena Ujian dan Mengalirkan Arus Elektrik

Cara-cara:

1. Di dalam tumit kasut atau selipar ada bateri. Suis di hujung kaki ibu jari di dalam kasut.

2. Pijak di atas permaidani yang basah.

3. Ambil mentol dan sentuh bahagian hujung mentol. Sebelum itu, peserta perlu menyentuh hujung mentol yang satu lagi. Pena ujian juga boleh digunakan.



Nota: Jika anda tidak memakai kasut, rakan anda haruslah mempraktikkan cara nombor 1, 2, dan 3.

17. Teknik Sepak Bola Api

Cara-cara:

1. Ambil kelapa tua yang kering dan kupas kulit bahagian luarnya.

2. Tebuk kelapa dengan paku dan keluarkan airnya. Jangan ada yang tertinggal.

3. Cucuk sekurang-kurangnya enam tusukan dengan hujung pisau ke dalam sabut untuk menyerap minyak tanah.

4. Rendam kelapa ke dalam minyak sekurang-kurangnya 10 minit sebelum dinyalakan.

5. Rahsia permainan ini adalah “nekad”. Tendang bola, jangan tahan lama-lama bolanya di kaki, kerana akan mencederakan kulit.


KOSMO, 17/10/2006



Ramai 'ustaz' lebih cenderung memperdaya daripada mengubat
Kaya dengan kelentong

KUALA LUMPUR: Orang ramai yang ingin mendapatkan rawatan tradisional, pastikan tidak terpedaya dengan kecenderungan pengamal ilmu perubatan tradisional di ibu kota.

Ada golongan ini yang suka mempopularkan diri sebagai “ustaz”, mengutip bayaran sehingga ratusan ringgit setiap kali sesi rawat- an dengan mendakwa mempunyai kuasa mistik yang mampu mengubati pelbagai penyakit. Bukan itu saja, mereka turut mendakwa mempunyai produk luar biasa yang didakwa boleh memenuhi impian seseorang dalam hal berkaitan jodoh, pandai bersilat, pandai menilik nasib, membuat ramalan dan juga menganiayai seseorang dari jarak jauh. Namun di sebalik keyakinan ramai, mereka sebenarnya tidak mempunyai kuasa tetapi cuba mengaburi masyarakat dengan melakukan beberapa demonstrasi melalui kelas tenaga dalam dan batin yang dibuka kepada umum.

“Banyak orang terpedaya apabila melihat “ustaz” melakukan demonstrasi seperti makan kaca, berjalan atas api dan kaca serta mencucuh api di lidah,” kata Ketua Pasukan Paranormal Seekers Malaysia (PPSM), Syed Abdullah Al-Attas kepada KOSMO! semalam.

Ini adalah pendedahan kedua Seekers selepas isu makhluk aneh yang dipanggil jenglot baru-baru ini. Bagi Syed Abdullah, Seekers mempunyai maklumat ramai pengamal perubatan bergelar “ustaz” yang lebih cenderung memperdayakan pesakit dari- pada mengubat. Sebagai contoh katanya, ada demonstrasi oleh “ustaz” kepada umum sebenarnya tidak berbahaya. “Mereka berjalan atas ketulan kaca, tapi sebenarnya sebelum itu, dia telah mengasah kaca supaya tumpul. Malah kaca tersebut telah ditelangkup untuk mengelak kecederaan dan aksi mencucuh api ke atas lidahnya juga tidak menda- tangkan kecederaan kerana lidah kita mempunyai air dan tidak mudah terbakar,” katanya.

Ditanya bagaimana beliau mengetahui penipuan yang dilakukan, Syed Abdullah mendakwa: “Saya kenal baik mereka dan pernah menasihatkan supaya tidak menipu tetapi berdegil. Sebab itu saya tiada pilihan untuk tampil mendedahkan perkara ini supaya masyarakat tidak lagi tertipu.”


Bacaria 3/2/2007

Usah Percaya Temberang Bomoh
Dalam Bacaria keluaran 22 Februari 2006 lalu, Syed Abdullah Syed Hussien atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers pernah mengeluarkan kenyataan berbaur sindiran dengan menyatakan bomoh komersial di Malaysia adalah kaki temberang dan hanya mahu mengaut wang.

Bagi membenarkan kata-kata itu, Uncle Seekers pernah mencabar bomoh-bomoh komersial di negara ini untuk menunjukkan atau menghantar sesuatu kepada dirinya.

“Isu bomoh temberang sudah lama berlaku dan saya sendiri percaya ramai daripada mereka yang menjalankan kegiatan perbomohan adalah kaki temberang dan melakukannya hanya untuk mengaut keuntungan sahaja. Kita lihat saja tawaran perubatan yang ditawarkan kepada pelanggan contohnya seperti mampu mendatangkan rezeki, mempercepatkan jodoh, kebal dan sebagainya. Bagi saya ini semua adalah karut. Tentang rezeki dan jodoh itu bukankah telah ditetapkan Allah dan tugas kita sebagai manu-sia hanya berusaha mendapatkan rezeki masing- masing dengan usaha iai- tu bekerja,” katanya.

Dalam masa yang sama Uncle yang juga ketua penyiasat dan penceramah paranormal masih mempercayai baki bomoh yang lain masih mampu untuk mengubati tetapi bergantung kepada apa yang mereka tawarkan kepada pelanggan. Uncle juga berpendapat memang ada bomoh yang mempunyai kelebihan yang Allah kurniakan pada mereka.

“Saya percaya ada bomoh yang berkebolehan atau pengubat tradisional yang dikurniakan Allah dengan kemampuan untuk mengubati. Bomoh yang berkebolehan itu yang saya kagum dan hormat,” kata Uncle.

Apabila diminta mengulas mengenai sindrom masyarakat yang masih mempercayai akan seseorang yang berselindung atas nama bomoh, Uncle menjelaskan ia seperti sudah menjadi satu tabiat yang sukar dihindari.

“Walaupun tahu bomoh itu temberang, tetapi orang itu masih tetap mencari bomoh selagi dia berpuas hati. Umpamanya seorang kaki nombor ekor, dia akan jadi ketagih dan akan sentiasa membelinya.

Begitu juga dengan kepercayaan terhadap bomoh temberang ini. Ada orang yang begitu taksub sehingga mencuba beberapa bomoh sehingga hajat tercapai. Kepercayaan terutamanya orang Melayu terhadap bomoh itu sebenarnya sudah berlangsung begitu lama dan ia memang sukar untuk dibuang,” kata Uncle.

Kisah-kisah bomoh temberang sudah seringkali menghias dada-dada akhbar dan tidak kurang pula ada bomoh yang mengambil kesempatan ke atas pelanggan. Biarpun berita itu sering didedahkan, namun masih ada lagi masyarakat yang menaruh harapan untuk mendapat bantuan dan rawatan terhadap bomoh temberang itu.

Bacaria 3/2/2007

Uncle Dedah Tipu Helah

SEPERTI yang terdapat di dalam laman webnya, Uncle mendedahkan terdapat 18 kaedah yang digunakan oleh bomoh komersial yang nampak seolah-olah benar dalam melakukan rawatan ke atas pesakit.

Rawatan mengeluarkan penyakit melalui telur dakwanya adalah salah satu kaedah yang pembohongan yang ada digunakan oleh bomoh komersial. Dakwa Uncle, telur yang digunakan digolekkan ke tubuh pesakit yang apabila dipecah- kan akan mengandungi darah.

Sebenarnya dakwa Uncle, telur ayam yang diberikan terlebih dahulu itu ditukar tanpa pe- ngetahuan pesakit kepada telur yang sudah ditebuk dan disuntik dengan pewarna. Bekas suntikan itu bagaimanapun ditutup kembali dengan menggunakan cecair lilin agar kesan suntikan itu tidak nampak. Pesakit pula akan berasa terkejut apabila melihat di dalam telur itu mempunyai warna yang pelik, kononnya racun atau penyakit yang telahpun dibawa keluar daripada badan pesakit.

Ia merupakan salah satu daripada beberapa kaedah yang didedahkan dan didakwa Uncle sebagai satu penipuan dalam melakukan rawatan ke atas pesakit. Malahan ada antara peralatan yang digunakan boleh diperolehi dengan mudah daripada kedai silap mata di ibu negara.

Terdapat banyak lagi kaedah yang didedahkan oleh Uncle seperti yang terdapat dalam lamannya itu antaranya memecahkan botol, penggunaan lampu dalam perubatan dan sebagainya.

Utusan Malaysia, 21/10/2006

'Uncle Seekers' direman kes menyamar polis

KUALA LUMPUR 20 Okt. – Mahkamah Majistret di sini hari ini memerin tahkan Ketua Penyelidik Paranormal Seekers Malaysia, Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas ditahan reman selama tiga hari untuk membantu siasatan setelah dikatakan me- nyamar sebagai anggota polis.

Majistret Manira Mohd. Nor mengeluarkan perintah terhadap Syed Abdullah, 46, yang lebih dikenali sebagai Uncle Seekers supaya ditahan sehingga 22 Oktober ini untuk disiasat di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan. Mengikut seksyen itu, seseorang boleh ditahan tanpa waran dan memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda ataupun kedua-duanya jika disabitkan kesalahan. Memetik laporan akhbar hari ini, Syed Abdullah ditahan di rumahnya di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini pukul 6 petang semalam. Dia kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras untuk disoal siasat.

Isnin lalu, Syed Abdullah mengetuai kumpulan Seekers mendedahkan dalam akhbar KOSMO! mengenai penipuan ‘Ustaz’ yang mendakwa dapat menyembuhkan penyakit dengan kuasa kebatinan yang dimilikinya.

Sebelum ini kumpulan Seekers juga aktif meng- kaji fenomena aneh termasuk bigfoot di Johor dan jenglot di Pameran Alam Misteri di Muzium Seni Asia, Universiti Malaya (UM).






Bacaria 11/4/2007

Saman RM5 Juta
"Kita tengok siapa yang mati nanti, dia atau saya.."

KUALA LUMPUR: Ketua Penyelidik Paranormal Seekers Malaysia, Syed Abdullah Syed Al-Attas memilih tarikh maut 4.4.2007 untuk mengheret bomoh Cakra Alam, Mohd Arief Mohd Batcha ke muka pengadilan.

Syed Abdullah yang lebih dikenali sebagai Uncle Seekers, memberitahu pemberita bahawa dia bertindak memfailkan saman malu terhadap terhadap Mohd Arief yang telah memfitnahnya dalam sebuah akhbar.

“Disebabkan aduannya, saya telah dimasukkan ke dalam lokap. Lapan jam saya meringkuk dalam lokap. Pakai kemeja-T dan seluar pendek, betul- betul macam orang salah.

Keluar berita dalam Malay Mail lagi. Hari ini saya dengan peguam saya failkan saman malu. Saya pilih tarikh mati, 4 April untuk mulakan saman ini. Kita tengok siapa yang mati nanti, dia atau saya,” katanya yang ditemui bersama peguamnya, Wan Hazmir Wan Majid, sejurus keluar dari Mahkamah Tinggi, Wisma Denmark, disini.

Mohd. Arief yang lebih dikenali sebagai Ustaz Arief. Arief ialah pengasas Pusat Perubatan Tradisional Cakra Alam. Mengimbas urutan kejadian yang menyebabkan Syed Abdullah mengambil tindakan ini ialah apabila Mohd Arief membuat laporan polis mengatakan dia (Syed Abdullah) bersama tiga lelaki India telah mengugutnya.

“Pada 19 Oktober tahun lalu, dalam bulan puasa, sepasukan enam anggota polis yang diketuai seorang inspektor telah datang ke rumah saya. Mereka datang dengan van kira-kira 6.45 petang.

“Apabila saya tanya kenapa, mereka kata nak bawa saya ke balai polis untuk soal siasat. Mereka beritahu Ustaz Arief telah membuat aduan bahawa saya bersama tiga lelaki India telah mengugutnya.

“Pasukan polis itu telah bertindak secara profesional. Mereka tidak berkasar dengan saya sewaktu membawa saya ke Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras. Malah saya diberi makan ketika tiba waktu berbuka. Tapi apa yang menyebabkan saya berasa malu ialah apabila terpaksa berada di dalam lokap selama lapan jam. Saya juga dipakaikan pakaian tahanan lokap, iaitu kemeja-T dan seluar pendek. Macam orang salah. Kemudian berita penahanan saya itu tersiar dalam akhbar Malay Mail.

“Dia tuduh saya ugut dia pada 31 Julai, sedangkan pada tarikh berkenaan, saya berada di pejabat akhbar Kosmo. Saya hairan kenapa hanya saya yang ditahan, mana tiga lelaki India yang dikatakan bersekongkol dengan saya mengugut Ustaz Arief? Jika mereka wujud, mana mereka?” ujarnya lagi.

Menurut Syed Abdullah, antara kenyataan berunsur fitnah yang dibuat oleh Mohd Arief kepada wartawan Malay Mail yang kemudian disiarkan dalam akhbar berkenaan ialah:

“He had claimed that he was treatened by Syed Abdullah and three men, who allegedly masqueraded as undercover policemen, at his premises in Taman Maluri, Cheras, at about 10pm,”
“I have evidence and I can prove it,”
he said. “I have picture and witnesess. If he (Syed Abdullah) wants to take legal action, then go ahead and sue me.”
“Speaking to the Malay Mail, Mohd Arief said he stood by his claim the three men had threatened him while Syed Abdullah was spotted in a van parked outside.”

Terjemahan:
“Dia mendakwa telah diugut oleh Syed Abdullah dan tiga lelaki, yang kononnya menyamar sebagai polis preman, di premisnya di Taman Maluri, Cheras, pada kira-kira jam 10 malam.”
“Saya ada bukti dan saya boleh buktikan,” katanya lagi.
“Saya ada gambar dan saksi-saksi. Jika dia (Syed Abdullah) mahu mengambil tindakan undang-undang, teruskanlah dan saman saya.”
“Bercakap kepada The Malay Mail, Mohd Arief berkata dia tetap dengan dakwaannya tiga lelaki mengugutnya sementara Syed Abdullah dilihat berada di dalam van yang diletakkan di luar.”
Antara lain, kandungan itu secara tersirat menuduh Syed Abdullah sebagai seorang gangster, terlibat dalam jenayah dengan mengugut orang serta menghantar kaki pukul untuk menyampaikan ugutan.

Kenyataan itu juga boleh difahamkan sebagai menuduh Syed Abdullah seorang yang sanggup melakukan penyamaran polis hanya dengan tujuan untuk menakutkan defendan (Mohd Arief).

``Sehubungan itu, Syed Abdullah melalui Tetuan Hafarizam & Co memfailkan writ saman di Wisma Denmark, menuntut ganti rugi teladan daripada Mohd Arief berjumlah RM 5 juta berserta ganti rugi lain. Syed Abdullah turut menuntut Mohd Arief membuat pemohonan maaf sepenuhnya serta menarik balik segala fitnah dengan cara menerbitkannya sekali dalam satu muka surat penuh di dalam setiap akhbar tempatan.

3 comments:

Anonymous said...

I believe you UncleSeekers. Terimakasih banyak banyak kerana sudi mengetengahkan dan berkongsi penipuan begini untuk menyedarkan masyarakat Melayu yang begitu mudah terpedaya oleh rawatan alternatif...
They are better off seeking proper medical help from professionals.

jobornyaman said...

aku masih ingat rancangan tv pasalat mahaguru ke apa masa kecil dulu dalam tv3 kot pasal silat cakra alam si ustaz nilaaa masa aku mmg kagum dng ilmu si cakr alam ni skrg baru aku taau rupanyanya temberang!!!!! pabila aku baca newsarticle yg uncle post pasal si ustaz temberang ni dalam artikel tu ustaz ckp uncle masih hutang fee RM20,000 ??? jadi mksudnya dia memang mengaut keunntungan LUMAYAN jika mendapat yuran MAHAL GILAAA UNTUK SORANG STUDENT!!! itu sendiri dah membuktikan motif bagaimana dia sanggup menipu untuk keuntungan bodoh betul si ustaz ni.. harap2 uncle saman si conman mcm ni dan menang supaya bomoh/penipu takkan bermaharajalela di negara ni.

Abang Kch

Unknown said...

Mostly yang bagi bad comment semua adalah anonymous. Ntah-ntah Ustaz Arief sendiri.? who knowssss :)