Kenali mereka

Tuesday, November 15, 2011

Angkara Saka – Part 1

Angkara Saka – Part 1

Salam sayang semua.

Seperti yang dijanjikan beberapa hari yang lepas bahawa saya akan berkongsi dengan anda semua tentang Angkara Saka. (Klik)

Biarlah saya mulakan dulu pesakit saya yang pertama dan yang paling muda iaitu Muhammad Aiqqal Azman berusia 12 tahun.

Sebelum itu hendaklah kita semua buat persedian yang perlu untukmenghadapi tragedi (klik) yang akan menimpa rakyat Malaysia tidak lama lagi.

Disember 2010

Kerana Sebentuk Cincin Arwah - (Klik).
Makan kuat tapi badan makin melidi - (Klik) atau (Klik)

21-4-2011
Saya menyahut cabaran Mazli Hassa Golddust

22-4-2011
Ketika saya mula-sampai di bilik ini saya lihat kaum keluarganya sedang membaca ayat suci dan Aiqqal terbaring lesu. Selepas setengah jam berbual dan bermesra dengannya, Aiqqal sudah boleh bangun dari tempat tido. Ini semua kuasa Allah, saya hanya membantu sahaja.

23-4-2011

Sebagai ‘paranormal negotiator’ saya hanya membantu pesakit atau keluarga mereka dengan 5 syarat yang harus dipatuhi.

5 Syarat

1. Tidak boleh beri saya sebarang imbuhan (pengeras, duit, makanan, hadiah atau apa saja) melainkan terdapat sebarang persyaratan yang diminta. Jangan terperanjat kalau saya yang beri anda wang. (bukan banyak pun, sikit jer)

2. Sessi rawatan mesti dihadiri oleh muhrim atau kaum keluarga (paling kurang 2 orang atau tidak lebih dari 3 orang termasuk pesakit). Kalau datang sorang-sorang nak menggatal (perempuan), Minta maaf banyak-banyak kalau saya halau balik!

3. Cara rawatan yang diberi tidak boleh dimaklumkan pada sesiapapun sampai bila-bila. Kalau mood saya baik hari tu bolehlah rakam semasa rawatan tetapi harus di deletekan sebelum pulang kerumah.

4. Tiada sebarang publisiti dari wartawan sebelum dan selepas sembuh dari rawatan. Bagaimanapun tertakluk pada situasi. (Saya memang kalah dengan rakan wartawan yang pandai memujuk. Tolonglah aku kali ini..please..Korang promote ajelah rawatan islam yang lain sebab mereka perlukan ini semua untuk cover overhead setiap bulan manakala aku plak hanya buat amal jariah saja)

5. Tolong bersihkan diri anda sebersih-bersihnya dari hujung rambut sampai hujung kaki. termasuk kaum keluarga yang datang bersama terutamanya kaum lelaki. Saya memang pantang kalau pengotor! Kalau tak sempat, boleh mandi kat tempat saya ni. Sesungguhnya Allah mencintai orang yang bersih.

Sessi rawatan

1. Kali pertama - Buat pemeriksaan untuk pengesahan dan puncanya sekitar setengah jam.

2. Kali kedua - Sesi rawatan (Selalunya lebih kurang sejam). Tak sampai 5 minit pun ada. Mungkin juga 24 jam.

3. Kali ketiga – Pengesahan sembuh 100%.

Bagaimana saya membantu anda?

1. Saya hanya membantu pesakit yang saya suka sahaja atau yang diarahkan olehNYA.

2. Hanya pesakit yang telah disahkan oleh doktor dan rawatan islam lain tidak mampu lagi membantu. Setakat sakit mengada-ngada sila jangan buang masa saya. Please..

3. Buat temujanji terlebih dahulu sebaiknya seminggu awal. Kalau tahap kritikal dan saya ada kelapangan dan tidak penat bolehlah saya bantu. Itupun tak janji. Jangan sesekali datang ke sini tanpa temujanji untuk minta saya membantu kerana anda akan pulang dengan perasaan kecewa. Saya pun nak keluar dengan awekz gak. ;)

4. Tak perlu bawa apapun (garam, limau atau apa saja yang merepek!) semasa sessi rawatan yang pertama.

5. Pantang – takder.

6. Lain-lain – Saya akan beri anda sepotong ayat suci yang harus dibaca sebelum, semasa dan selepas rawatan. (pendek saja). Yang tidak mampu, boleh baca terjemahannya.

Senangkan?

8-5-2011
Aiqqal, Kalau Uncle tiada lagi dalam dunia ini janganlah sesekali lupa pesan Uncle tau. Sentiasa ingat Allah setiap degupan jantung.



10-5-2011
Aiqqal di Janda Baik semasa proses penyembuhan.




Terima kasih pada anggota Team PSI yang terlibat semasa menghiburkan Aiqqal sepanjang hari. Jasa anda semua akan dibalas olehNYA bila sampai waktu.

Selepas 6 bulan kemudian..Gambar ini saya terima melalui mms oleh ibunya semalam. Betapa gembira hati seorang ibu bila melihat anaknya sihat kembali. Puan, anda seorang isteri dan ibu yang sangat baik dan menjaga anak dengan penuh kasih sayang seperti yang telah diamanahkan olehNYA. Aiqqal nak badan macam abahkan? Bro Azman, kita adalah idola kepada anak-anak kita. Lu punya badan makin berotot nampak?

12-11-2011
Semuga anda sekeluarga dirahmati olehNYA.
Kes selesai dan ‘Tutup Fail’

Hari ini biarlah saya pecah rahsia, ‘Hamba Allah’ dalam artikel itu adalah saya sebenarnya. Minta maaf banyak-banyak kerana tidak berkata benar saat itu.

Sesiapa yang nak tau lebih lanjut tentang kisah Saka ini sila hubungi mereka di Facebook.
Wan Man - Ayah
Wan Zuriati Wan Zulkipli – Ibu
Qal NO Jam – Aiqqal
Haha Affiq – Abang Aiqqal

Pelbagai komen tentang Aiqqal. Disini anda boleh nilaikan pemikiran seseorang itu...
(Satu), (Dua),(Tiga)

Setakat hari ini, (besok lusa belom tahu), Saya belum pernah kecundang sekalipun dalam merawat pesakit yang berkaitan dengan makhluk paranormal (melainkan ‘Mak Ecah’), sekali lagi saya mengingatkan anda semua bahawa saya adalah seorang ‘Paranormal Negotiator’ sahaja. Penyakit yang berjaya disembuhkan bukan kerana saya tetapi DIA lah penyembuh sebenarnya.

Anugerah yang Allah berikan pada saya ini akan diserahkan semula hujung tahun 2013 seperti janji saya padaNYA.

‘To Seek The Truth’

10 comments:

anna said...
This comment has been removed by the author.
Jamiejit said...

Anna, dah cuba consult Psychologist? Cuba dulu yang tu.

deck said...

tumpang gembira kerana sudah sembuh :)

anna said...

Jamiejit - when I mentioned alternative/traditional healing methods, it means we have tried most scientific methods available here.Lagipun tunang ipar sy ni mmg medical assistant so she has access to medical treatment.thanks 4 da advice anyway :)

Nazo said...

Entahlah kenapa rasa nak komen!

Tapi aku awalnya kurang percaya sangat menda saka2 ini, namun bila dah jadi/ dan lihat serta dengar sendiri dari org terdekat..memang itulah kenyataannya.

Orang yang terkena pasti menderita!

Uncleseekers said...

Salam anna, Setelah 10 jam saya fikir dan renungkan...hubungi saya melalui email.

Matahari said...

terharu dengan keikhlasan uncle..selama ni saya selalu berprasangka buruk pada uncle. saya ingatkan uncle buat ni semua sebab nak duit.

maafkan saya sebab berfikiran buruk dengan uncle sebelum ni.

Penyelusur Kota said...

huu..10jam berfikir.. saka ni mang berat.. he.. go,go,go uncle!

BAYA-NOR said...

TAHNIAH BROTHER, TAHNIAH KERANA DIA MEMILIH KAMU SEPERTI APA YANG DI KEHENDAKI. BAGI MEREKA YANG TIDAK MEMPEROLEHINYA, MUHASABAHLAH...SEBELUM TERLAMBAT,

Anonymous said...

salam uncle... just nak tell ttg siput sedut nongchik tu bukan asal raja, tp keturunan minangkabau, my father told me dia lulus dalam temuduga untuk kesahan kerabat selangor, mungkin uncle leh korek cerita asal keturunan beliau. - me "Ofill", pontianak 13 mei hospital kusta sg bulOh- ..