Bencana Alam 33 (Tragedi Sederhana)
Salam sayang pada semua peminat artikel ‘Ramalan Mimpiku’
Dua hari yang lalu saya terima banyak soalan dari rakan-rakan tentang kejadian yang meragut 3 nyawa seperti keratan akhbar dibawah yang berkaitan dengan nombor 3 seperti yang saya coretkan dalam artikel beberapa hari yang lepas bertajuk. Hari ini Rabu 23hb November 2011. Petanda-petanda awal kemungkinan bermula?
Saya katakan pada mereka semua, sila baca semula semua artikel yang berkaitan dengan tajuk tragedi tersebut dari mula sehingga terkini.
1. Rabu 12 Oktober 2011
2. Jumaat – 14 Oktober 2011
3. Sabtu – 12 November 2011
4. Ahad – 20 November 2011
5. Rabu – 23 November 2011
Dalam mimpi tersebut menggambarkan satu tragedi sederhana yang agak memilukan. Adakah ianya berkaitan dengan banjir semata-mata?
Gambar hiasan
Apa yang perlu kita lakukan sekarang ialah perbanyakkan doa agar dijauhi segala bentuk malapetaka yang bakal menimpa segelintir rakyat Malaysia kerana dosa-dosa yang kita semua telah lakukan.
Hanya tinggal 4 hari lagi kita akan menemui tarikh 30 November 2011 (Tragedi sederhana) dan 7 hari lagi tarikh 3 Disember 2011 (Tragedi Besar).
Kalau Tragedi Sederhana kemungkinan berlaku samada dinegeri Johor, Pahang atau Terengganu, Adakah Tragedi Besar pula mungkin berlaku samada di Kedah atau Selangor atau Sarawak? :(
Kalau tiada perkara yang mustahak, inilah waktu paling terbaik untuk kita semua merapatkan semula silaturrahim sesama kita yang sekian lama telah terputus akibat salah faham pelbagai isu sebagaimana saya pernah nasihatkan sebelum tragedi kemalangan kecil berlaku. Masalah perbezaan politik sebaiknya kita selesaikan dengan segera kerana selepas ini ada lagi tragedi sederhana dan besar akan menyusul dan jangan lupa satu lagi yang lebih memeritkan hati iaitu ‘Tragedi kes..’ akan berlaku.
Gambar Hiasan
Adalah sebaiknya saat ini, kita sebagai manusia apatah lagi yang beragama Islam, berbaik sangkalah sesama sendiri dan ketatkanlah skru yang dah lama longgar sesama kita selama ini.
Tiada musuh yang kekal dalam hidup ini.
Seperti biasa, bagi mereka yang amat meminati tentang ramalan mimpi, selain ianya adalah mainan syaitan (seperti kata 'mereka'..ye ke?) tetapi sebenarnya ia adalah sesuatu yang ghaib kepunyaan Allah dan perkara ini harus direnungkan dengan lebih mendalam.
Kalau ramalan mimpi ini benar-benar terjadi sekalipun, anggaplah ianya secara kebetulan. Yang pandai mentafsirkan mimpi hanyalah Nabi Yusuf.
Bagaimana mentaqwilkan mimpi anda Part 1
Nota
Artikel ini di 'publish' sekitar 7.33 pagi 26 November 2011 hari Sabtu. Sudah hampir sekitar dua bulan saya gagal menyiapkan artikel ‘Bagaimana mentaqwilkan mimpi anda (Part 2)' kerana terlalu sibuk dengan tugas harian sehingga banyak janji sudah terabai. Maafkan dosa saya kerana kesilapan ini yang tidak pandai mengatur masa. Saya tidak mahu berjanji tapi akan cuba yang terbaik untuk menyiapkan artikel tersebut.
Sekiranya terdapat apa jua kesilapan dalam artikel ini, mohon teguran segera dari pembaca kerana saya hanya manusia biasa yang penuh dengan sgala kekurangan.
3 comments:
Terima kasih kerana ingatkan..
salam uncle...kalau mimpi sedang ambil gambar perkahwinan dengan seseorang dan cincin yang di pakai dalam mimpi tu patah tapi masih boleh d pakai maksud nyer apa?....Realitinya cincin tu memang sya pakai sekarang dan di beri oleh orang yang ada dalam mimpi sya.....
SY SUKA CARA AWAK...
BLINK BLINK BLINK.... ;-P
CUME SY X SUKE.. GAMBAR2 AWAK YG BEGITU.... TERSEBAR...
Post a Comment