Gambar kenangan bersama aisyah, menantu, anak perempuan dan dua orang cucu uncle. Aisyah suruh anak dan menentu saya dengan panggilan bonda
Pertukaran nombor telefon mula bertukar...
Seperti yang dijanjikan dalam facebook saya beberapa hari yang lalu, part 6 ini adalah kisah “cinta syyhh” yang terakhir tetapi saya akan berikan gambaran ringkas motif sebenar kenapa kisah ini dipaparkan dalam ‘part 7’
Saya tak salahkan pembaca diatas serangan bagai peluru pandu terhadap saya kerana anda tidak tahu perkara yang sebenar. Banyak lagi gambar dalam simpanan saya tetapi saya tak akan siarkan disini. Cukuplah….
Saya memohon maaf kerana terpaksa menghentikan kisah ini kerana saya ingin bukukan tentang “Cinta Syyhh” ini untuk berkongsi pengalaman dengan peminat yang ingin tahu perkara yang sebenar cinta ini.
Saya amat yakin buku “Cinta Syyhh” akan buat pembaca mengucap panjang kerana gambar-gambar & bukti yang dipaparkan cukup ‘buas”
Saya tak salahkan pembaca diatas serangan bagai peluru pandu terhadap saya kerana anda tidak tahu perkara yang sebenar. Banyak lagi gambar dalam simpanan saya tetapi saya tak akan siarkan disini. Cukuplah….
Saya memohon maaf kerana terpaksa menghentikan kisah ini kerana saya ingin bukukan tentang “Cinta Syyhh” ini untuk berkongsi pengalaman dengan peminat yang ingin tahu perkara yang sebenar cinta ini.
Saya amat yakin buku “Cinta Syyhh” akan buat pembaca mengucap panjang kerana gambar-gambar & bukti yang dipaparkan cukup ‘buas”
Total visitor part 1 - part 6
Dalam masa 8 hari, dari 8-11-10 jam 2.00 pagi sehingga 16-11-10 jam 11.33 malam, tidak kurang setengah juta tetamu keluar masuk kerumah ini. Terima kasih!(mungkin tetamu yang sama dan tetamu yang baru).
Lebih kurang 0.1% yang telah memberikan komen (sehingga 11.33 malam bertaikh 16-11-10)dan boleh dikatakan 100% komen negatif. Anda semua berhak memberikan pendapat masing-masing. Inilah kelebihan negara aku Malaysia yang tercinta.Cuma satu saja yang saya gusar, kalau saya bersalah dengan aisyah kerana telah mengaibkannya, saya masih boleh mohon maaf padanya tetapi bagaimana pula anda yang telah memfitnah dan mencerca mahu meminta maaf dari saya sekiranya diantara kita menutup mata terlebih dahulu?
Ada juga yang menuduh saya sendiri yang memberi komen dibawah. Saya tersenyum sendiri kerana melihat sikap orang kita…he he..Adakah diri kita sudah cukup sempurna?
Banyak lagi komen sebegini yang diterima. Sudi-sudilah pusat rawatan islam menjemput saya untuk membuktikan fitnah-fitnah sebegini. Email saya uncleseekers@gmail.com
Saya menerima panggilan dari orang tua saya petang tadi sekitar 6.30 petang. “Abah akan keIran esok, raya korban disana. Waaa..cerita Habiblah (nama panggilan keluarga) sedang hangat sekarang.Agenda daily (klik) pun main cerita..”
Saya akan buat satu lagi pendedahan tentang ..... dinegara ini setelah hampir setahun saya buat kajian. Pembongkaran ini boleh mengancam nyawa saya kerana gambar dan video akan disertakan sekali bagaimana upacara..... dilakukan.
Kenangan bersama di saufiville bersama keluarga aisyah, pemiliknya Mem (anak tudung merah) dan Fini (baju kuning). Ada bersama chekri (baju hitam), zelmy (baju merah), mona (tshirt pink seluar cerah), liza(tshirt pink seluar hitam)
Dari tahun 2004 sehinggalah 2010 saya sentiasa difitnah dengan pelbagai tohmahan sehingga ada yang sanggup buat blog khusus memfitnah saya..(klik) Saya tahu ramai diluar sana cemburu dan sakit hati kerana saya suka membongkar penipuan. Disebabkan pembongkaran yang dibuat kemungkinan perniagaan mereka terjejas dan menanggung malu serta reputasi diri terjejas seperti pembongkaran bomoh palsuseperti pusat rawatan cakra alam, pameran hantu di shah alam dan seremban, mencabar bomoh hantar santau pada saya, mencabar mahaguru silat laga kebathinan dan banyak lagi. Tujuan saya buat hanyaalah semata-mata tidak mahu bangsa melayu terus tertipu. Saya tidak dibayar oleh sesiapapun untuk membuat kajian sebelum membongkar sesuatu isu.
Dirumah janda baik inilah saya membantu aisyah….gambar dalam foto adalah rakan-rakan dari singapura yang datang menziarah saya pada tahun 2009.
Seribu orang yang membenci kita seribu orang juga menyayangi kita kerana hukum imbang seperti kata saidinana ali.
Dari gaya penulisan saya tahu ramai juga yang memberi komen negative adalah dari orang yang sama. Nak buat bagaimana, bangsa kita ni memang terkenal dengan PHD seperti ketam didalam raga yang sentiasa menjatuhkan sesame sendiri . Mereka terlupa yang menaikkan atau menjatuhkan kita bukannya manusia tetapi DIA.
Sudah lama saya menunggu peluang keemasan ini untuk merayu kepada anda yang suka memfitnah saya. Sila kemukakan bukti pada setiap tuduhan yang anda yang kerap sebar dalam internet bahawa saya kaki penipu, kaki sihir dan lain-lain.
Sesiapa yang masuk kerumah saya ini, mohon beri salam terlebih dahulu.
Saya teringat kata-kata imam syafie, aku menang berdebat dengan Sembilan orang yang pandai tetapi aku kalah dengan seorang yang bodoh. Saya tidak mahu menjawab waima satupun komen dari part 1 sampailah part 6 ini kerana takut berdebat dengan orang merasakan dirinya sudah cukup sempurna atau yakin sudah ada tiket kesyurga.
Perkara yang paling mencuit hati saya adalah tuduhan yang mengatakan gambar mesra diantara dengan aisyah adalah tampalan semat-mata dan ada juga menuduh saya bahawa “cinta syyhh” ini adalah rekaan. Saya berani disaman atau dipenjarakan sekiranya cerita ini adalah rekaan dan gambar yang disiarkan adalah tampalan.
Dikesempatan ini saya memohon maaf sekiranya sikap saya kelihatan “agak buas” dimedia cetak dan media elektronik selama ini. Maafkan saya…
"Saya mengambil pendekatan untuk tidak mengakui atau menafikan perkara yang dibangkitkan olehnya…"
dato seri...berkata benarlah walaupun pahit...
Bapa aishah, Dato Seri Abdul Rahman Mohd Yatim berkata, sebaran gambar-gambar itu kerana sikap ‘syok sendiri’ Syed Abdullah atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers
Ye ke dato?....(klik)Nota
Saya akan jelaskan motif sebenar kisah “cinta syyh” didedahkan dalam isu part 7
Permaisuri Siti Aishah
Permaisuri Siti Aishah - Part 2
Permaisuri Aishah - Part 3
Permaisuri Aishah - Part 4
Permaisuri Aishah – Part 5
Permaisuri Siti Aisyah - Part 6
Permaisuri Aishah - Part 7 - The End / Tamat
"Cinta Syyhh"
Buku "Cinta Syyhh"
Buku "Cinta Syyhh" Saman 2
Buku "Cinta Syyhh" Saman 3
Buku "Cinta Syyhh" Saman 4
Aisyah Saman Uncleseekers?
Peguam Uncleseekers
Dimana Aishah?
Analisis 1 - Mungkinkah Anda?
‘Cinta Terhalang’ bekas permaisuri Aishah: Kenapa bapa “kunci pintu”-Pak Habib
Cover buku "Cinta Syyhh"
Mas Kancil
Mas Kancil (2)
Aishah Oh Aishah
Kes Siti Aishah saman Uncle Seekers
Jatuhnya Seorang Permaisuri (Update Kedua) - Siapa Sebenarnya Siti Aishah?
Divinasi Kartu Lenormand - Penghidupan Aishah Kini
Salah Siapa? 1
Salah Siapa? (2)
Buku "The Queen & I" dan "Cinta Syyhh" sudah siap
PERHATIAN - Blog Mas Kancil tak dapat dibaca di Malaysia
Permaisuri Siti Aishah - Part 8
Permaisuri Siti Aishah - Part 9
Mesyuarat Ke-223 Majlis Raja-Raja
Permaisuri Siti Aishah - Part 10
Notis Niat Pihak Untuk Bertindak Secara Sendiri Menggantikan Peguamcara
Lawyer Baru
teruskan nak...lawan tetap lawan..
ReplyDeleteKami semua sokong uncle..
ReplyDeleteBerani kerana benar..
usah berumah di tepi pantai kalau takut dilambung ombak.....
uncle mmg best,gua cadangkan lu buat satu buku,gua confirm msti laris punya...gua support lu bhai...
ReplyDeleteDear Syed, dari apa yg saya amati dari part 1 - part 6, saya dapat rasakan bhw Permaisuri Aisyah sebenarnya "kurang sihat"/ tidak normal.. Syed sebagai "perawat" sepatutnya lebih beramanah keatas "pesakit" yg di rawat, bukannya mengambil kesempatan, apatah lagi mendedahkan "kelemahan" pesakit VVIP. Kalaupun Syed bermasaalah dgn bapanya, janganlah membalas dendam & melepaskan geram kpd bapanya, dgn cara mengaibkan Permaisuri Aisyah.. kita bergaduh dgn org lain, tapi kita menyerang & menyakiti orang lain yg tak bersalah apa pun dgn kita.. be a gentleman.. jika ada masalah dgn bapa, settle dgn dia, jgn libatkan anak dia yg masih memerlukan rawatan..
ReplyDeleteAKU SOKONG KAU UNCLESEEKERS,PEDULIKAN MEREKA NI,CEPATLA HABISKAN CITER KAU NI,AKU NAK BACE..
ReplyDeleteUncle, aa.. blog uncle ni da berterabur la.
ReplyDeletekadang2 pasal paranormal, pastu pasal idup peribadi uncle. Bab memasak pun ade??
Uncle tade blog atau web site lain ke yang khas untuk dunia paranormal.
aku lihat kerana pdedahan yg anda buat ni, blog anda mnerima plawat yg ramai.
ReplyDeletekalau tidak, tak ramai yg klik masuk.
syed
tingginya lelaki bukan tletak pd namanya. bukan juga pd parasnya atau kekayaannya.
akal 9, nafsu cuma satu. kenapa anda jadi sebaliknya syed? apa pun motif anda, jgn buat benda yg anda sendiri tidak suka. tindakan anda sekarang hanya mbuktikan anda spt org lain yg anda benci.
ape y uncle buat ni mcm
ReplyDelete"menepuk air...percik ke muka sendiri"
mgkin uncle rase bangga
tp tnpa sedar uncle buka aib sndri
mgkin uncle rase uncle betul
tp tnpa sedar sbnrny apa y uncle buat tu slah
uncle xtakut tuhan ke?
mungkin uncle boleh tipu org2 y bce blog uncle ni
tp tuhan je y taw ape sbnrny uncle buat
tuhan maha adil
mgkin kt dunia ni uncle selamat
kat akhirat belum tentu
"TUHAN TU MAHA ADIL"
lela, subang
"Assalamualaikum 'Abg Long' Uncleseekers..
ReplyDeleteSudah-sudahlah Abg Long.. Apa jua problem tak akan x boleh selesaikan secara bermusyawarah? Sekarang selesai ke problem? Abg Long mungkin puashati tapi ada insan yang telah diaibkan, ada org yang sakit hati..mungkin ada dosa yang telah dilakukan!
Besar dosanya buka aib orang Abg Long..Takut tak larat kita tanggung bila Tuhan buka aib kita nanti. Dosa pahala hak Tuhan..tapi sebesar zarah baik buruknya akan mendapat balasan. Ingat kita hidup ni bukan menongkat langit..maut boleh menjemput kita bila-bila masa saja.
Musuh jangan dicari Abang Long ..berdosa dengan manusia ni perlu bermaaf-maafan..tidak kiralah siapa salah dan betul..tidak kiralah apa jua alasannya.
Kita sebagai manusia tidak lepas dari melakukan kesilapan..Janganlah khayal dengan sokongan yang membawa rebah.
Syaitan memang sentiasa mahu menyesatkan kita dan mengheret kita bersamanya ke neraka jahanam. Sudah-sudahlah dan berdamailah.. sempena hari baik, bulan baik di Hari Raya Qurban @ Aidiladha ni..InsyaAllah kita akan mendapat rahmat, hikmah dan keberkatan NYA.'
Abang Long Uncleseekers tetap sahabat saya yang dikasihi, Permaisuri Siti Aishah tetap Permaisuri saya hormati dan sanjungi.
Wassalam."
"MOMOK...Jangan Panggil Aku"'
UNCLE... TAHNIAH!! Biler nak kuar TV pasal isu nih??? Kalau Betul Uncle di pihak benar... BUktikan... drpd kami duk bg komen2@pikir mde2 yg tak mbina nih kan sia2(mdatangkan kemarahan rakyat je)tuh.. Tp cter ni mmg panas la uncle!!!! Tak sabar nk tgk kisah nih kat tv...Seriously menyokong uncle bersemuka ngan media.. Tp sori ek tak sokong uncle tunjuk pic uncle peluk2 n pic free hair PA..
ReplyDeleteda lame bc blog ni.ingat ade org cube sabotaj buat ceita palsu psl uncleseekers n QA.tp dlm paper da ngaku mmg btl lak..
ReplyDeletekalau btl uncleseekers xsuka kn QA,xperlu la aibkan dia..what past is past..biar la dia jalani hidup dia dgn gembira dan tenang..
p/s:tindakan uncleseekers xde kene mengena dgn keturunannya.jd xperlu kaitkan soal keturunan disini.
jgn la kite sme2 kite bergduh kat cni.kalau kite org yg educated.. jgn la wat perangai cmni. jge perckpan kite di tempat awm. ANONYMOUS suke ar nak ckp over2 kat cni der, cube ko tunjuk dri sket. kite jgn ar nak hukum org ngn ckp yg bukan2. DNT JUDGE BOOK BY ITS COVER. kalau betol2 uncle ni slh. bia org yg berhaK menghukum die. kite yg kat luar ni. jgn nak menmbah dose plak . ak pun panas der ble bce blog ni. spe x hangen. tp nak wat cne. kite xkenal die lg. tggu mse dan keadilan menentukan. kat cni jgn lak kite nak bergduh sesame sendiri.
ReplyDeletei prefer korng xpyh la nak comment2 kat cn. baik buruk or baik. macam kite ni menyokong uncle ni plak. yg tambah dose kutuk mcm2. apath lg. so, baik kite biar jer uncle ni.spe kite nak hukum die.
wallahuallam.
Ak anti anon!! So, pada sesapa yang banyak ceramah tp meng'anon' kan identiti sendiri, mereka pun tak da bezanya pun.
ReplyDeletecuma pada aku, kalau uncle betul salah, kita nasihatlah cara baik. kitakan negara yang beradap. melayu yang beradap. korg marah konon uncle dah jatuhkan maruah negara bagai, tp kamu sedar tak kata2, cacian korg pun turut menyumbang kejatuhan maruah yang cuba ditegakkan?
bukankan itu mengeruhkan lagi keadaan...
tak salah kita menegur, tapi biar dengan cara yang berhemah. bukan dengan cacian, sumpah seranah dan menjatuhkan air muka org lain. aku yang baca komen2 anon pun jadi nyirap.
aku tak sokong mana2 pihak, cuma pelik tgk korang maki hamun bagai.
sudahlah ya.
tak salah bukan, jika kita beradap. menegur cara baik.
kepada uncle. apa pun, motif yang cuba dilakukan, dirancang, atau sememangnya ikhlas, sudah nyata lagi jelas bahawa ramai pihak tidak berkenan dengan cara uncle. mohon dihentikan jika salah dan diperbetulkan jika benar.
jangan membenci dan mengkhianati sasama kita. rosak bangsa.
p/s: maaf, klu sy terover. tak da niat apa, cuma ingin berkongsi rasa.
salam.
saya mula2 rase mcm tipu.....x caye langsung.... tp tibe2, fmily sy ade la knl ngn org rapat istana. dieorg ckp, mmg bekas Permaisuri ni mmg ade bf. even mase dlm edah lg. cuma aku tak tau la dlm ramai2 bf die, uncle seekers ni termasuk ke tak.ni dr sumber tersebut la. aku tak tokok tambah. so kepercayaan aku terhadap kisah ini terus wujud! waallahualam~
ReplyDeletebila baca artikel & komen2 tu, ada 2 possibility yg terfikir.. ni pendapat je la
ReplyDelete1st - mmg permaisuri aishah ada feeling ngan uncle seekers naturally
2nd - dari komen2 pembaca, uncle seekers pakai ilmu guna2 kpd permaisuri
kalau yg 1st tu betul, tak nafikan manusia ni ada biological + emotional need.. kalau betul pun permaisuri dah betul2 ada feeling sama uncle seekers, tak perlu la diwar2kan kpd rakyat malaysia.. ni siap bgtau peluk cium, bawa pergi hotel bla bla bla.. plus letak gambar yg tak sepatutnya dilihat
i dont expect to see the queen with free hair. after all, she was and still wearing tudung.. cara uncle ni memberi persepsi negatif kpd permaisuri kerana rakyat malaysia mempunyai high expectation kpd permaisuri yg bertudung (boleh kata labuh la) sebelum ni.
then, tulisan uncle boleh mewujudkan spekulasi berat di kalangan pembaca. saya pasti mungkin ada pembaca yg terfikir uncle ada "ringan-ringan" dgn permaisuri.. malah lebih teruk lagi, ada yg boleh terfikir mereka mungkin lakukan benda yg "berat"..
even kalau ada masalah dalaman dgn keluarga permaisuri sekalipun, settlekan dalam2 la.. apa kejadahnya 1 malaysia kena tau? takde masalah pun kalau uncle betul2 nak kahwin ngan permaisuri. sblm ni, P. Ramlee pun pernah berkahwin dgn permaisuri perak selepas diceraikan
kalau yg 2nd tu betul, pihak yg berkata demikian perlu cari cara untuk buktikan uncle seekers guna-gunakan permaisuri. uncle pun sepatutnya tak tulis perkara2 yg menimbulkan kemungkinan ni.. dia nak cerita, permaisuri tergila-gilakan dia, call malam sampai pagi, ajak dating, bawa naik hotel.. seolah2 macam permaisuri dah hilang rasionalnya, dan jadi angau separuh mati kat dia. dari sekilas pandang, boleh kata perbuatan permaisuri ni seperti dia disihir
apa pun, tak perlu la dedahkan aib org dan diri sendiri.. sendiri2 simpan sudah la
Assalamualaikum,
ReplyDelete"Barangsiapa yang menutup aib seorang muslim maka Allah akan menutup aibnya di Hari Kiamat.”"
Tuan seekers, saya tidak kenal tuan dan juga bekas permaisuri kita.. tapi sebagai saudara seislam, saya rasa tidak patut tuan membuka aib bekas permaisuri seperti ini. Apa yang terjadi antara tuan dan beliau adalah hak dan hal peribadi masing2... Biarlah hanya Allah dan tuan berdua yang mengetahui. Jangan laah dibuka aib beliau untuk tatapan umum seperti ini.. Berdosa tuannn...
Harap dapat dipertimbangkan.. JazakAllah..
astaghfirullah.sesungguhnye rosak wanita kerana lelaki.uncle seekers,jika btol lah sume yg kau katekan tu btol,tak usahlah disiarkan kepada org ramai.jgnlah jadi seorang lelaki yg dayus.Allah tak suke hambanye yg mengaibkan hama yg lain.biarlah bekas permaisuri sendiri.sedih saya. :'(
ReplyDeleteGud Luck bro,do what you think is right...keep on blogging..
ReplyDeleteHello Syed Abdullah.
ReplyDeleteSaya James.
Itu hari saya ada buat komen dlm perasaan marah dan terkejut,
di mana saya telah cakap uncle telah santau sama Mantan Permaisuri (MP) dan ape tah lagi termasuk apa itu "cinta syhh" dan blablabla (tapi saya telah inform terlebih dahulu bhw itu hanya pendapat saya, which maybe true maybe false).
Hari ni saya nak tarik balik kata2 saya supaya saya takde kena mengena dgn cerita uncle ni dari segi komentari.
Hal uncle hal uncle, hal saya hal saya. Begitulah hendaknya spt juga yg uncle kehendaki.
Betul kata uncle, baik mintaf maaf sebelum terlambat, krn belum pasti siapa betul siapa salah selagi ceritanya belum tamat.
(Sama juga di dalam filem, orang yg disangka baik mungkin sebenarnya jahat, orang yg disangka jahat mungkin hero filem tersebut).
Walaupun saya tidak setuju dgn apa yg uncle buat setakat part 1 hingga part 6 ini, saya masih menanti part 7 di mana uncleseekers (US) ini berjanji nak menceritakan apa kisah di sebalik "cinta syyhh" antara US dan MP ini,
yg mungkin akan mengubah persepsi saya terhadap uncle semasa membaca part 1 hingga part 6 ini.
Akhiran kata, dari mana saya menulis pendapat saya tempoh hari, dari situ juga saya ingin menarik balik kata2 saya tersebut, iaitu di petak komentar ini.
Looking forward to hearing from u.
-James-
ok cm nie
ReplyDeletelau btullah bekas pemaisuri agong tuh suka cium,n pegang pp uncle,,, klu uncle xsuka knp uncle bg?
n knp uncle snggup wat cm nie
if klu btul lah uncle teraniaya
knp uncle xberserah sje kpd YANG MAHA ESA...
uncle xkesian ker kt bekas pemaisuri agong smpai uncle nk wt cm nie,,,,
fhm2,,, klu btul lh dia suka uncle n uncle suka die kawen jer,,,,
tp lau uncle xsuka die or krn die brpngkt,, uncle tros terng,,, xyah r smpai nk wt blog cm nie,,, bnda tuh mengaibkn die,,, cm ner die nk kuar rumah klu sume dh tau citer nie?
Saya ingin tahu kenapa pendedahan ini dibuat? Apa motifnya? Apa matlamatnya?
ReplyDeletesyabas uncle~~
ReplyDeletebro...banyak sgt komen pasal kes lu..so wa setuju benar la kalu bro terbitkan buku 2...apa2 pun meh kite semua sesabo dan tunggu buku 2...selamat bro
ReplyDeletesaya da bace smpai abis...tp kurang bersetuju dengan tindakan uncle seekers yg mempamerkan aib beliau..rasanye tidak perlu paparkan gambar2 yg menunjukkan aurat ataupun aib beliau.bukankah itu salahdisis islam. niat uncle untuk mempertahankan maruah keluarga uncle tapi camne lak dengan keluarga beliau. sebagai org yg bijak pandai dan berpengalaman, anda haruslah bertindak ikut akal yg waras dan bukannya emosi..tq
ReplyDeleteSiapa manusia utk menghukum manusia lain!,sedangkan yang maha mengetahui hanyalah ALLAH shj.
ReplyDeleteArtikel ini tiada apa2 yg boleh dimanafaatkan selain daripada utk mengetahui dan bahan bacaan shj.
sama ada benar atau tidak hanya tuan punya badan dan ALLAH shj yg tahu.Bagi yg tidak tahu apa2 tak perlulah melakukan apa2 yg tak perlu.
Asalamualaikum Uncleseekers... Saya memang terkejut beruk membaca blog ini.. Semua komen dan pendapat yg ditulis boleh dikatakan byk yg marah kpd uncle. Pada pèndapat saya apa yg ditulis tidaklah boleh dijadikan sebagai satu jalan utk digunakan sebagai satu kepentingan utk peribadi, seharusnya uncle harus tanya kpd diri sendiri apakah tujuan sebenarnya.? Kita sebagai orang ISLAM seharusnya tahu apakah hukum hakadnya apabila melakukan sesuatu. Sekiranya mendatangkan keburukkan atau mengaibkan sesaorang seharusnya kita perlu menutup dan merahsiakan dari pengatahuan orang ramai kerana ia boleh mendatangkan keburukkan. Ingatlah setiap kebaikkan akan dibalas dgn kebaikkan, setiap keburukkan akan dibalas dgn keburukkan... Gunakan akal fikiran yg waras dlm melakukan sesuatu. INSYALLAH Allah akan sentiasa bersama orang orang yg jujur dan benar.....Wasallam
ReplyDeletesalam..cukuplah.. ingatlah..kita semua didunia ini hanya hamba Allah... janganlah mengadu-domba sesama mahkluk..
ReplyDeleteterbaca pasal uncle ckp kalau masuk umah uncle,sila kasi salam..anyway,sory sebab xkasi salam..ader nmpk uncle kat rumah dengan pakai boxer hari sabtu ms datang kenduri rumah mmber dekat ngan umah uncle..nie pun 1st time baca blog uncle..ktorg bergambar kat taman umah uncle..lawa kawasan umah uncle..hehe..sori again and thanks sebab ader tempat untuk photoshoot yg memang menarik
ReplyDeletehrummm...kawan ngan uncleseeker ni...2 la padahnya...dia ni bila2 masa je leh guna2kan org...n menipu x tentu hala...jdi berhati2lah ngan pengfitnah dan manusia yg suka mengaibkan org lain... ingat kwn 2 la penentu siapa kita...klu kwn dgn org baik...maka baiklah alirannye...jika kwn dgn pendusta maka begitu juga lah kita...sbb 2 dlm islam suh kita berhati2 memilih kawan..k sekian..
ReplyDeletedalam entry ni pakcik ada tulis ' mereka terlupa yg menaikkan dan menjatuhkan kita bukannya manusia tetapi DIA. tp skarg ni pakcik tga menjatuh kan maruah org. nasihat sy tgk cermin dan ulang apa yg pakcik tulis tu.
ReplyDeletesalam...saya xfaham la dari part1 saya baca sehingga part6 ni, adakah aishah dan uncle pasangan yang sah..???? mereka ni dh kahwen ke?? kenapa boleh pegang2, peluk2 macm mahram je?? terlintas di hati dan fikiran saya... adakah mereka ni jahil agama atau mengenepikan agama?? masyaallah saya terkejut sebenarnya..kenapa uncle sesuka hati menayangkan dosa yang dilakukan??? setahu saya, kita xboleh berbangga atau memberitahu umum ttg dosa yag kita lakukan...cukup lah sekadar diri sendiri dan ALLAH yang mengetahui, tapi bukan bermakna maksiat itu dibenarkan...cukup lah tutp dosa yang dilakukan dan pulang kepada keredhaan Allah dengan memohon taubat..subhanallah
ReplyDeleteBagaimana kalau ibu atau saudara perempuan anda dimalukan sebegini, uncle seekers??..lelaki sejati mulut tak kan canang satu dunia macam ni.Fikir-fikirkanlah...ke liang lahad juga akhirnya kita dan diadili olehNya..
ReplyDeletecepat lah siapkan buku....semakin lama orang akan memandang cerita ini adalah membuka aib semata-mata tanpa menyingkap dari sisi yang lainnya.
ReplyDeleteThe book nnti msti best mcm s h alattas....uhmm semoga berjaya. i'm wondering mcm mana kesudahan usaha tuan.
p/s : bile the book dah siap buat lah press release, bia 1 dunia dapat info...TQ
jumpe gua la uncle,lau lu rasa ilmu lu dah tinggi try la gua,,nak tengok gak tinggi mane ilmu hitam hitam kau,,power sangat ke?kang aku seru je roh kau baru kau tau langit tinggi ke rendah,,,
ReplyDeletesalam ,sebagai seorang ayah kepada permaisuri aisyah memang wajar mnjaga perilaku anaknya...kalau kita ada anak yang dalam bahaya takkan kita nak biarkan...dalam blog ni seumpama uncle nak tunjuk biadap dekat bapa aisyah yang membesarkanya yang lebih tahu tentang aisyah...kan boleh deal cakap baik2 dengan bapak P.Aisyah settle baik2...rasanya tak perlu sampai post mcm ni dlm blog. Seolah2 tiada lelaki lain yang selayaknya utk menjadi pilihan P.Aisyah...sekiranya P.Aisyah dan uncle saling bercinta , sebagai lelaki bukanya bawak anak org kesana sini...tackle lah hati Dato seri elok2....apa2 pun P.Aisyah disebarkan tak bertudung mmg sy kecewa dlm blog ni, kalau jaga maruah wanita yang kita couple tu..even dlm facebook or mana2 laman sosial pun takkan sewenang2nya upload gambar teman wanita kita tak bertudung sekiranya dia bertudung......wallahuallam.....semoga cerita ni setakat ni je lah tak payah nak satu dunia tahu....wasalam.
ReplyDeletesepupu sy cakap, suami dia dan kumpulan syifa' pernah ubati tuanku permaisuri. ada unsur diguna2kan org. bila sy baca semua ni, ada unsur dendam. Allah tu maha kaya. kalau kita serahkan segala2nya pada Allah, tak akan ada upacara membuka aib secara besar2an begini..bagi saya Aisyah tak sihat dan tak sedar apa yang dia lakukan. kalau sy letak diri sy sbg aisyah, sy akan buat semua tu kalau saya tak waras..org yg kuat dendamnya akan buat apa saja utk mcapai maksud mrk. Semoga Allah hapuskan kejahatan dr hati kita semua..jgn aibkan org kerana dendam kita.
ReplyDeleteuncle. pe lah masalah ko? cuba belajar menerima takdir. aq rasa dua2 belah pihak ada bermasalah.cuma yg ko pg keruhkan keadaan pe ko dpt? ko hanya puas hati bila pihak sebelah derita. tp fikirkanlah jalan yg ko telah buat. sumpah semua perempuan takut kenal ko. sebab perangai ko ni memalukan dan menakutkan perempuan. kesiannye ko ni..bawalah berubah k.
ReplyDeleteWallahualam....hanya Allah SWT maha besar dan Maha mengetahui segalanya...
ReplyDelete