Wednesday, July 27, 2011

Ramalan Mimpiku - Part 7A

Ramalan Mimpiku - Part 7A
Yang ghaib hanyalah kepunyaan Allah...
Pihak-pihak yang percaya kepada mimpi haruslah merenungkannya dengan mendalam


Salam semua, Ada 4 mimpi pelik, smlm (26/7 - sekitar 10 mlm sampai 11.30malam) dan baru sebentar tadi (27/7 - tidur sekitar 8 pagi sampai 2 petang). Hari ini aku cuma nak story mimpi semalam.

Yang pertama pasal Siti Nurhaliza dan yang kedua pasal semua haiwan yang disebut dalam AlQuran, ketiga pasal Mahaguru Omar Din (Part 7B) dan keempat pasal 4 orang pemimpin parti pembangkang yang akan... (Part 7C). Kenapa sampai 4? Entahlah mungkin ada kaitan dan mungkin tidak. Yang penting saya sampaikan. Pasni saya mohon padaNYA taknak mimpi buat sementara waktu…

Mimpi yang pertama - Siti Nurhaliza

Salam Siti, disini saya sampaikan amanah sepotong ayat dalam mimpi tersebut. Siti, anda harus memohon maaf pada 'orang itu' kerana kesilapan yang sengaja atau tak disengajakan beberapa tahun yang lalu sekiranya anda mahukan 'zuriat-zuriat' yang comel dari suami tercinta.

"Atau Dia menjodohkan mereka, lelaki dan perempuan; dan Dia membuat siapa Dia mengkehendaki mandul. Sesungguhnya Dia Mengetahui, Berkuasa". Surah ASY-SYURA (Perundingan) ayat 50


Mimpi kedua mengenai 26 spesis haiwan yang disebut dalam AlQuran

1. Anjing

"Dan sekiranya Kami menghendaki, tentu Kami menaikkan dia dengannya, tetapi dia cenderung kepada bumi, dan mengikuti keinginannya. Maka persamaannya seperti persamaan seekor anjing: jika kamu menghalaunya, ia menjulurkan lidahnya, atau jika kamu membiarkannya, ia menjulurkan lidahnya juga. Itulah persamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah ceritanya supaya mereka memikirkan." Surah AL-A'RAF (Benteng) ayat 176

Ada 3 lagi ayat yang menyebut tentang anjing adalah surah AL-KAHF (Gua) ayat 18, surah AL-KAHF (Gua) ayat 22 dan Surah AL-MAIDAH (Meja Hidangan) ayat 4


2. Keldai

"Persamaan orang-orang yang dibebankan dengan Taurat, kemudian mereka tidak memikulnya adalah seperti persamaan seekor keledai yang memikul buku-buku yang tebal. Adalah buruk persamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah. Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim." (62:5) = Surah AL-JUMUAH (Yang Berkumpul) ayat 5


Buruk siot suara keldai!

"Sederhanakanlah dalam berjalan kamu, dan rendahkanlah suara kamu; seburuk-buruk suara ialah suara keledai." Surah LUQMAN (Luqman) ayat 19

Ada 2 lagi ayat yang menyebut tentang keldai adalah surah AL-BAQARAH (Lembu) ayat 259 dan surah AN-NAHL (Lebah) ayat 8

3. Agas
Allah tidak malu membuat persamaan, walaupun dengan seekor agas, atau apa yang lebih rendah. Bagi orang-orang yang percaya, mereka mengetahui bahawa itu adalah yang benar daripada Pemelihara mereka; tetapi bagi orang-orang yang tidak percaya, mereka berkata, "Apakah yang Allah mengkehendaki dengan ini sebagai satu persamaan?" Dengannya Dia menyesatkan ramai, dan dengannya Dia memberi petunjuk kepada ramai, dan dengannya Dia tidak menyesatkan kecuali orang-orang fasiq (tidak mempedulikan perintah Tuhan) Surah AL-BAQARAH (Lembu) ayat 26

4. Lalat
Sehebat mana manusia tidak akan mampu mencipta seekor lalat!

"Wahai manusia, satu persamaan dijadikan; maka dengarlah padanya. Sesungguhnya orang-orang yang kamu seru, selain daripada Allah, tidak akan dapat mencipta seekor lalat, walaupun mereka berkumpul untuknya; dan jika seekor lalat merampas sesuatu daripada mereka, mereka tidak akan dapat menyelamatkannya daripada ia. Lemahlah sungguh yang mencari, dan yang dicari!" Surah AL-HAJJ( Haji ) ayat 73


5. Labah-labah betina

Omputih pandai, sebab tu dia orang tak buat filem spiderwoman. Mesti buruk punyer 'bumper' heroin! he he

"Persamaan orang-orang yang mengambil untuk mereka wali-wali (pelindung-pelindung), selain daripada Allah, ialah seperti persamaan labah-labah betina yang mengambil untuknya sebuah rumah; dan sesungguhnya yang paling lemah antara rumah-rumah ialah rumah labah-labah betina, jika mereka mengetahui." Surah (AL-ANKABUT) Labah-Labah Betina ayat 41

6. Singa

Kenapa orang Melayu suka kaitkan bini yang garang macam singa? Gambar atas singa jantan. Singa jantan cool...Muka jer garang tapi dalam hati ada taman

"Mengapakah dengan mereka, bahawa mereka berpaling daripada Peringatan, seakan-akan mereka keledai yang terkejut, yang lari di hadapan singa?" (74:49-51) = Surah AL-MUDDATSTSIR (Yang Berselubung) ayat 51


7. Semut
"Sehingga, apabila mereka datang ke lembah semut, berkatalah seekor semut, 'Wahai semut-semut, masuklah ke dalam tempat-tempat tinggal kamu supaya Sulaiman dan tenteranya tidak menginjak kamu, dengan tidak menyedari.' Surah AN-NAML (Semut) ayat 18

8. Belalang juta & Belalang

a) Belalang Juta

"Maka Kami mengutus kepada mereka banjir, dan belalang juta, dan kutu, dan katak, dan darah - ayat-ayat yang jelas; tetapi mereka menyombongkan diri, dan mereka adalah kaum yang berdosa." Surah AL-A'RAF (Benteng) – ayat 133

b) Belalang
"Menjatuhkan pandangan mereka, mereka keluar dari makam-makam mereka, seakan-akan mereka belalang-belalang yang bertaburan," Surah AL-QAMAR (Bulan) ayat 7

9. Kutu
"Maka Kami mengutus kepada mereka banjir, dan belalang juta, dan kutu, dan katak, dan darah - ayat-ayat yang jelas; tetapi mereka menyombongkan diri, dan mereka adalah kaum yang berdosa." Surah AL-A'RAF (Benteng) ayat 133

10. Katak
"Maka Kami mengutus kepada mereka banjir, dan belalang juta, dan kutu, dan katak, dan darah - ayat-ayat yang jelas; tetapi mereka menyombongkan diri, dan mereka adalah kaum yang berdosa." Surah AL-A'RAF (Benteng) ayat 133

11. Rama-rama

"Pada hari manusia seperti rama-rama bertebaran," Surah AL-QARI'AH (Yang Mengetukkan) ayat 4

12. Lebah

"Dan Pemelihara kamu mewahyukan lebah, 'Ambillah untuk kamu daripada gunung-gunung, rumah-rumah, dan daripada pokok-pokok, dan daripada apa yang mereka membangunkan. Kemudian makanlah tiap-tiap buahan, dan ikutlah jalan-jalan Pemelihara kamu yang senang kepergiannya.' Kemudian keluar dari perut mereka, satu minuman yang bermacam-macam warna, di dalamnya penyembuhan untuk manusia." Surah AN-NAHL (Lebah) ayat 68 dan 69

13. Ular

"Maka dia melemparkan tongkatnya, dan tiba-tiba ia adalah ular yang nyata." Surah AL-A'RAF (Benteng) ayat 107

Ular disebut sebanyak lima kali di dalam al-Qur'an Surah AL-A'RAF (Benteng) ayat 107, Surah THA HA (Tha Ha) ayat 20, Surah ASH-SYU'ARA (Para Penyair) ayat 32, Surah AN-NAML (Semut) ayat 10 dan Surah AL-QASHAH (Cerita) ayat 31. Kesemuanya mengenai tongkat Nabi Musa yang menjadi ular apabila dia melemparnya.

14. Beruk

Beruk, asalnya adalah manusia tetapi kena sumpah dengan Tuhan!

Apabila mereka memandang rendah pada apa yang mereka telah dilarang, Kami mengatakan kepada mereka, "Jadilah kamu beruk, menyelinap dengan melarat." Surah AL-A'RAF (Benteng) ayat 166

Ada lagi surah tentang sekumpulan manusia disumpah tuhan menjadi beruk! Surah AL-BAQARAH (Lembu) ayat 65, Surah AL-MAIDAH (Meja Hidangan) ayat 60

15. Babi
Selain beruk ada juga yang menjadi babi setelah disumpah oleh Tuhan. Mungkin kerana itu kot manusia yang makan babi mungkin ble disamakan gak dengan makan daging manusia.

Katakanlah, "Bolehkah aku memberitahu kamu, sebagai ganjaran di sisi Allah, yang lebih buruk daripada itu? Sesiapa yang Allah melaknatkan, dan padanya Dia murka, dan menjadikan antara mereka beruk dan babi, dan penyembah-penyembah Thagut - mereka itu lebih buruk tempatnya, dan lebih jauh sesat daripada jalan yang betul." Surah AL-MAIDAH (Meja Hidangan) ayat 60

Ada dua lagi ayat yang menyebut tentang babi iaitu Surah AL-BAQARAH (Lembu) ayat 173, Surah AN-NAHL (Lebah) ayat 115).

16. Biri-biri & Biri-biri betina

a) Biri-biri
Dan Allah membuatkan satu tempat rehat bagi kamu daripada rumah-rumah kamu, dan membuatkan untuk kamu, daripada kulit-kulit binatang ternak, rumah-rumah, yang kamu mendapati ringan pada hari perjalanan kamu dan pada hari kamu menetap, dan daripada bulu-bulu mereka (biri-biri), dan bulu-bulu mereka (unta atau kambing), dan daripada rambut mereka, perkakas rumah tangga dan kesenangan untuk satu waktu. Surah AN-NAHL (Lebah) ayat 80.

Ada dua lagi ayat yang menyebut tentangnya. Surah AL-AN'AM (Binatang Ternak) ayat 143, Surah AL-QARI'AH (Yang Mengetukkan) ayat 5

b) Biri-biri betina
"Sesungguhnya ini saudaraku yang mempunyai sembilan puluh sembilan biri-biri betina, dan aku mempunyai seekor biri-biri betina. Lalu dia berkata, 'Serahkanlah ia untuk penjagaanku'; dan dia mengalahkan aku dalam ucapan." Surah SAD (Sad) ayat 23

17. Kambing
Kalau kambing tu tetap kambing! Perangai dari dulu lagi suka menjahanamkan tanaman orang! Sebab tu aku suka makan daging kambing..he he

Dan Daud dan Sulaiman, ketika mereka menghakimkan mengenai tanaman, apabila kambing kaum merosakinya, dan Kami menyaksikan putusan mereka. Surah AL-ANBIYA' (Nabi-Nabi) ayat 78.

18. Lembu & anak lembu

a) Lembu

"Aku (raja) melihat dalam mimpi tujuh ekor lembu yang gemuk, dan tujuh yang kurus memakan mereka; dan tujuh tangkai bijirin yang hijau, dan tujuh yang lain kering." Surah YUSUF (Yusuf) ayat 43

dan terdapat 2 lagi ayat yang menyebut tentang lembu iaitu Surah AL-BAQARAH (Lembu) ayat 67 Surah AL-AN'AM (Binatang Ternak) ayat 144

b) Anak lembu

Bukan nampak sedap...memang sedap pun!

Rasul-rasul Kami telah datang kepada Ibrahim dengan berita gembira; mereka berkata, "Salam!" Dia berkata, "Salam"; dan sebentar kemudian, dia mendatangkan seekor anak lembu panggang. Surah HUD (Hud) ayat 69.

Terdapat 2 ayat lagi yang disebut tentang anak lembu iaitu Surah ADZ-DZARIYAT (Yang Menerbangkan) ayat 26 dan Surah AL-BAQARAH (Lembu) ayat 51

19. Unta, Unta Bunting & Unta betina

a) Unta


Renungkanlah...

"Apa, tidakkah mereka merenungkan bagaimana unta diciptakan” (Surah AL-GHASYIYAH (Yang Menutupi) ayat 17).

Terdapat 3 lagi ayat menyebut tentangnya iaitu Surah AN-NAHL (Lebah) ayat 80, Surah YUSUF (Yusuf ) ayat 65 dan Surah YUSUF (Yusuf ) ayat 72

b) Unta bunting

Besarnyer perut!

"Apabila unta-unta bunting ditinggalkan" Surah AT-TAKWIR (Yang Digelapkan) ayat 4.

c) Unta betina

Dan kepada Tsamud, saudara mereka Salleh. Dia berkata, "Wahai kaumku, sembahlah Allah! Kamu tidak ada tuhan selain daripada Dia; sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bukti yang jelas daripada Pemelihara kamu. Ini ialah unta betina Allah untuk menjadi satu ayat bagi kamu. Tinggalkanlah ia, supaya ia boleh makan di bumi Allah, dan jangan menyentuhnya dengan kejahatan supaya kamu tidak diambil oleh azab yang pedih. Surah AL-A'RAF (Benteng) ayat 73.

Lain-lain tentang unta seperti Surah AL-MURSALAT (Yang Diutus) ayat31-33, Surah AL-WAQI'AH (Peristiwa Besar) ayat 54-55, Surah AL-A'RAF (Benteng) ayat 40, Surah AN-NAHL (Lebah) ayat 80, Surah YUSUF ayat 82, Surah YUSUF ayat 65, Surah YUSUF ayat 72

20. Baghal


Baghal adalah kacukan kuda betina dengan keldai jantan. (klik)

"Dan kuda, dan baghal, dan keledai, untuk kamu menunggangi mereka, dan sebagai perhiasan;" Surah AN-NAHL (Lebah) ayat 8.

21. Kuda

Memang sifat manusia akan merasa riak kalau memiliki kuda-kuda bertanda (kereta mewah)

Dinampakkan indah bagi manusia ialah kecintaan hawa nafsu (syahwat) daripada perempuan-perempuan, dan anak-anak, dan menimbunkan timbunan emas dan perak, dan kuda-kuda yang ditanda, dan binatang ternak, dan tanaman. Itulah kesenangan kehidupan dunia; tetapi Allah, di sisi-Nya tempat kembali yang terbaik. Surah ALI IMRAN (Keluarga Imran) ayat 14

lain-lain seperti Surah SAD ayat 31 dan Surah AL-ANFAL (Rampasan Perang) ayat 60

22. Burung



"Tidakkah kamu melihat bagaimana segala yang di langit dan di bumi menyanjung Allah, dan burung-burung mengembangkan sayap-sayap mereka? Masing-masing - Dia mengetahui solatnya, dan sanjungannya; dan Allah mengetahui apa yang mereka buat." Surah AN-NUR(Cahaya) ayat 41

lain-lain seperti Surah AL-AN'AM (Binatang Ternak) ayat 38, Surah AL-MULK (Kerajaan) ayat 19, Surah AL-BAQARAH (Lembu) ayat 260, Surah YUSUF ayat 41, Surah SABAK ayat 10, Surah SAD ayat 19, Surah AN-NAML (Semut) ayat 16, Surah AN-NAML (Semut) ayat 17), Surah ALI IMRAN (Keluarga Imran) ayat 49, Surah AL-FIL (Gajah) ayat 3-4, Surah AL-HAJJ (Haji) ayat 31.

23. Burung hud-hud (klik)



Dan dia memeriksa burung-burung; kemudian dia berkata, "Bagaimanakah dengan aku, bahawa aku tidak melihat hud-hud? Atau, adakah ia termasuk yang ghaib (tidak hadir)? Surah AN-NAML (Semut) ayat 20

24. Burung Gagak


Burung Gagak adalah guru pertama manusia dimuka bumi ini. Tiada cara lainkah untuk kita hindari gagak yang banyak selain menembaknya?

Kemudian Allah mengirimkan seekor burung gagak, dengan mencakar-cakar di atas bumi, untuk memperlihatkan kepada dia bagaimana dia akan menyembunyikan mayat saudaranya yang mengaibkan. Dia berkata, "Celakalah aku! Tidakkah aku mampu untuk menjadi seperti burung gagak ini, untuk aku menyembunyikan mayat saudaraku yang mengaibkan?" Dan dia menjadi antara orang-orang yang menyesal. Surah AL-MAIDAH (Meja Hidangan) ayat 31.

25. Burung Puyuh (Salwa)

Takkan tengok jer. Pergilah beli! tak mahal sekor RM2.50 jer

Dan Kami membentangkan awan untuk meneduhkan kamu, dan Kami menurunkan manna dan salwa kepada kamu; "Makanlah benda-benda yang baik daripada apa yang Kami merezekikan kamu." Dan mereka tidak menzalimi Kami, tetapi diri-diri mereka sendiri, mereka menzalimkan. 2:57

lain-lain Surah AL-A'RAF(Benteng) ayat 161, Surah THA HA ayat 80 dan (Surah AL-WAQI'AH (Peristiwa Besar) ayat 21.

26. Gajah
Hensem macam gajah? Bini gemuk macam gajah! Gajah kalau mengamuk, saper pun dia tak peduli! (klik)

Tidakkah kamu melihat bagaimana Pemelihara kamu buat terhadap Orang-Orang Gajah? Surah AL-FIL (Gajah) ayat:1.


Orang yang tidur selalunya akan bermimpi dan ada yang tidak dan ada yang kadang-kadang. Bagi sesetengah orang, mimpi membawa maksud tertentu dan ada pula mengatakan hanya permainan tidur. Namun, pihak-pihak yang taksub kepada mimpi haruslah merenungkannya dengan mendalam

Nota : Sekiranya terdapat kesilapan atau kekurangan ayat (tidak termasuk binatang ternak) tentang spesis diatas, mohon ditegur. Terima Kasih.

Allah Disanjung!

Bagaimana mentakwilkan mimpi (Part 1) & (Part 2)

Kalau ramalan mimpi ini benar-benar terjadi sekalipun, anggaplah ianya secara kebetulan. Yang pandai mentafsirkan mimpi hanyalah Nabi Yusuf.

Part 1 - Najib, Muhyiddin & Zahid Hamidi
Part 2 - Anwar, Ali Rustam & Nik Aziz
Part 3 - Allahyarham Dato' Harun Idris
Part 4 - Mahathir & Allahyarham Dato' Harun Idris
Part 5 - Najib, Rais, Nor Yakcop, Nazri & Noh Omar
Part 6 - Tulang Rusuk
Part 8 - Rosmah Mansur
Part 9 - Muhyiddin
Part 10 - Najib & Muhyiddin
Part 11 - Azeez Rahim
Part 12 - Hishammuddin, Anuar Zain, Aznil, Azwan & Jaffar Onn
Part 13 - Najib & Rosmah
Part 14 - Najwa
Part 15 - Kematian Selebriti
Part 16 - Datuk Mohd. Jais Ahmad Jais
Part 17 - Rosmah Mansor & Raden
Part 18 - Lisa, Yusry, Anuar Zain, Zizan, Johan & Nabil
Part 19 - Juliana Evans,Marsha,Rabecca,Fasha Sandha
Part 20 - Sidek Hassan, Abu Kassim, Ismail Haji Omar,
Part 21 - Daim, Ananda, Robert Kuok, Syed Mokhtar...
Part 22 - Tragedi
Part 23 - Azalina
Masuk Hospital - Kematian Mantan Perdana Menteri Malaysia
Part 24 - Sultan Brunei & Kematian Sultan
Part 25 - Bakal pemimpin BN yang baru
Part 26 - Mama Juwie, Fatin Hanipah & Lee Kuan Yew
Part 27 - Menteri kanan di Thailand akan mati ditembak
Part 28 - Wardina, Rozita & kematian selebriti
Part 29 - Norman & Memey
Part 30 - Perebutan kuasa sebelum 21-12-2012
Part 31 - Kematian Selebriti semakin hampir
27-7-2011 – 4 orang pemimpin pembangkang

9 comments:

  1. ALLAHUAKBAR! ALLAH PENCIPTA ALAM...

    Kun Fayakun..

    ReplyDelete
  2. Ramai perubatan islam yg sudah jauh terpesong dari landasan Allah.... mambaca ayat ayat AlQuran dengan NIAT NIAT yg tertentu adalah terpesong sama sekali...

    Bukti:
    http://darulhantu.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. salam..sori mencelah bro..ada ke amalan2 sebelum di kurniakan mimpi2 sedemikian?sekadar bertanya.tq.

    ReplyDelete
  4. Salam Hang horatio,

    Disini saya nak berkongsi 8 pengalaman kepada yang berminat tentang ramalan mimpi secara ringkas saja.

    1. Kena banyak berlapar dari kenyang.

    2. Makan tidak lebih dua kali sehari selama 7 tahun. Ibarat berpuasa..(semua anggota Team PSI yang menetap bersama saya dari 2003 sehingga April 2011 adalah sebagai saksi utama termasuk pembantu rumah yang menyediakan makanan seharian kami. Hanya sesekali sajer makan 3 kali, contoh musim perayaan, bercuti dll)

    3. Mesti bersihkan diri dan memakai wangian setiap kali sebelum tido

    4. Kena banyak berkata benar walaupun pahit dalam hidup ini.

    5. Banyak memberi dari menerima

    6. Tiada sekumit ketakutan terhadap manusia dan Jin selain dari Allah. Sebagai manusia kadangkala ada juga ketakutan yang datang secara tiba-tiba tetapi abaikan dengan segera!

    7. Setiap detik jantung menyebut namaNYA

    8. Berdoalah apa saja padaNYA sebelum menutup mata. Mintalah menggunakan bahasa apa pun sebab semua bahasa dalam dunia ini DIA yang cipta. Tapi tak semestinya kita dapat ramalan mimpi. Paling banyak pun hanya 4 kali saja dalam seminggu. Sebaik-baiknya makan sekali saja sehari untuk dapat hasil yang terbaik.

    Itu sahaja.

    Selamat mencuba. (Pasti anda akan dapat 'satu kelebihan lain' selain diatas. Percayalah!)

    Yang pandai menafsirkan mimpi dalam dunia ini hanya Nabi Yusuf

    ReplyDelete
  5. agak nye uncle seeker nie kuat tdo kot tu yg ramalan bnyak sgt..suke cri prihation..klakar la

    ReplyDelete
  6. Nurul aslmkm uncle seeker sy nk tanya,sejak bpe bln yg lalu sy kerp dpt mimpi gig sy patah pastu tumbuh blik,,patah n tumbuh blik... apa makna nya.. kadang2 sy naik takut..

    ReplyDelete
  7. uncle, nk tanye ni.. sjak kebelakagan ni saya slalu je nmpk jam kul 11.11mlm. dh lbih 10x.. pastu sy ada mimpi mcm keadaan ribut taufan dan keadaan kacau bilau. dlm mimpi tu tarikh 11hb 11. apokah smua yg sy alami ni?

    ReplyDelete
  8. Siti, kebetulan sy blogwalking ke uncle seekers sy terbaca komen siti yg serupa seperti kejadian sy.. Ya Allah x tipu sgt serupa! Kebetulan juga sy slalu perasan jam dihp tertulis 11.11, setiap kali lepas sy buat kerja rmh then sy rest sy terus capai iphone kebetulan jam di iphone tertulis 11.11, bermakna pkl 11.11pg, bukan sekali tp berlaku byk kali! Sy tidak lakukan ia dgn sengaja tp perkara ini berlaku secara kebetulan!

    ReplyDelete

Salam!
Bermula 10-8-2011 semua komen akan ditapis.

1- Anonymous tak akan dilayan. Sila tinggalkan nama (nama samaran pun dah kira ok supaya senang nak sebut sekiranya ada perbincangan).

2- Tolong beri komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.

3- Komen merapu, Hit and Run akan diPADAM. Minta Maaf.