Permaisuri Aishah - Part 4
Pada 7hb Jun 2010 ketika aku sedang menikmati nasi goring selepas “skrip reading” filem Momok Jangan panggil aku” bersama artis AF Noni, Ekin dan pendatang baru dalam dunia filem iaitu Babyfaralia sekitar jam 4 petang, aku terima panggilan dari Aishah.
“Abang dimana? Datang jumpa Aishah di Ampang Jaya…bla la bla”
Aku sengaja buka pembesar suara supaya aku boleh makan dengan tenang tanpa genggaman telefon ditangan dan semua rakan-rakan tadi mendengar dengan jelas perbualan kami berdua.
Lebih kurang 3 kali Aishah menghubungi dalam masa setengah jam. Semua yang ada dimeja makan menggeleng kepala kerana nasi goring yang aku makan tidak habis kerana melayannya.
Kalau nak tau lebih lanjut intipati perbualan kami berdua, tanyalah sendiri dengan mereka bertiga.
Dato seri amat terperanjat apabila saya berjaya keluarkan "benda" dari tubuh aisyah! Kenapa dato seri tidak mahu simpan "benda" ini sebagai kenangan atau dibawa kemakmal untuk kajian staintifik dan kongsi bersama hasil keputusannya pada umum! ha...ha...ha...
Tanpa membuang masa saya minta Baby faraliana menghantar saya keampang point kerana kenalan saya yang bernama Ah Kuat menunggu saya disana. Sebaik saja sampai ampang jaya saya hubungi aisyah semula.
“Aisyah dah ada kat wangsa majulah abang. Abang datanglah sini…”
Dipendekkan cerita aku berjumpa dato seri di kedai makan ampang jaya. Kami memesan kaki kambing dan roti boom untuk dinikmati bersama. Dato seri member amaran pada saya agar jangan menghubungi tuanku permaisuri lagi. Tetapi Allah maha kaya, ketika amaran tersebut baru disampaikan tetiba aisyah hubungi saya bertanya kenapa saya tidak datang kekondonya.
Saya beri pelbagai alasan kerana tidak mahu menyinggung perasaan dato seri. Setiap lima minit aisyah hubungi saya supaya tetap datang ke tempatnya.
“Abang tak nak datang pasal papakan? Takpe..aisyah sendiri yang akan handle this matter! Abang datang aja”
Kenangan bersama mama, aishah, saudara muzaffar dan zelmey yang mengetahui banyak rahsia "cinta syyhh" ini.
Saya mohon keizinan dato seri untuk kekondo aisyah. Saya tau dato seri kecewa dan malu dengan saya.
Saya tiada pilihan lain kerana aisyah mendesak supaya segera berjumpa dengannya. Dalam keadaan yang tersepit ketika itu saya sempat mengajak dato seri ikut bersama. Dato seri sempat berpesan agar pertemuan kita bertiga pada malam tersebut dirahsiakan dari pengetahuan aisyah.
Saya bersama Ah Kuat terus kediaman aisyah. Sekitar dua puluh minit kami berdua sampai kedestinasi.
Disinilah aisyah berlari keanakan kerana merajuk dengan saya, Tanah, langit, pokok-pokok, bunga, kayu, pasu bunga, cengkerik dan lain-lain disitu menjadi saksi.Kesnya kecil saja, saya suruh aisyah minta maaf pada ayahnya, tapi dia tak mahu. Tak gitu zelmey?
“Kenapa abang datang lambat sangat?
Adalah seperti amalan biasa, setiap kali aisyah berjumpa dengan saya, beliau akan mengucup tangan dan mencium pipi saya walaupun depan dikhalayak ramai dan disaksikan oleh mama.
Saya hanya tersenyum tanpa menjawab soalannya. Saya bawakan makanan kegemarannya iaitu sate. (lupa nama gerai yang dibeli)
“Aishah dah kenyanglah abang. Takpe, kita beri pada papa saja sate ni”
Mama yang duduk dimeja bulat hanya tersenyum memandang saya. Tetiba dato seri datang masuk kerumah aisyah seperti tiada apa yang berlaku.
Sedang aisyah berbual dengan Ah Kuat tetiba saya terpandang sesuatu disiling.
CCTV?!....
Walaupun sudah banyak kali kerumah aisyah, saya tidak perasan yang alat tersebut dipasang diruang tamu itu.
Seorang sahabat menghubungi saya ditalian bahawa nama bapa aisyah didalam kad ucapan ini tiada pangkat dato seri! Adakah pihak istana terlupa ataupun ....entahlah. dato seri x marahkan? he he
Terdetik didalam hati kecil saya kenapa kondo yang sekecil itu yang hanya hanya satu sofa, television, pemain video, satu alat senaman dan satu set meja bulat perlukan pengawasan sebegitu teruk sekali. Ini bermakna setiap pergerakan aisyah diadalam kondo akan dipantau! Sebelah kiri rumah aisyah adalah kediaman dato seri dan sebelah kanan pula kalau tidak silap didiami oleh kedua adik kandungnya. Tetiba saya teringat semula kata-kata dato seri bahawa aisyah pernah buat panggilan kepada polis bahawa dato seri mengurungnya dan apabila polis sampai dirumah (ampang jaya) dato seri maklumkan kepada anggota tersebut bahawa ini adalah masalah keluarga.
Saya terus ke bahagian depan untuk merokok (seperti biasalah!). Barulah saya sedar selama ini setiap kali saya ingin masuk atau pulang, mama yang akan buka mangga pintu depan gril!
Kediaman aisyah tak ubah macam lokap! Persoalannya kenapa?
Part 5 – Apa yang berlaku diantara aisyah dengan saya di President Suite Mandarin Oriental Hotel pada 6hb Jun 2010?
Permaisuri Siti Aishah
Permaisuri Siti Aishah - Part 2
Permaisuri Aishah - Part 3
Permaisuri Aishah - Part 4
Permaisuri Aishah – Part 5
Permaisuri Siti Aisyah - Part 6
Permaisuri Aishah - Part 7 - The End / Tamat
"Cinta Syyhh"
Buku "Cinta Syyhh"
Buku "Cinta Syyhh" Saman 2
Buku "Cinta Syyhh" Saman 3
Buku "Cinta Syyhh" Saman 4
Aisyah Saman Uncleseekers?
Peguam Uncleseekers
Dimana Aishah?
Analisis 1 - Mungkinkah Anda?
‘Cinta Terhalang’ bekas permaisuri Aishah: Kenapa bapa “kunci pintu”-Pak Habib
Cover buku "Cinta Syyhh"
Mas Kancil
Mas Kancil (2)
Aishah Oh Aishah
Kes Siti Aishah saman Uncle Seekers
Jatuhnya Seorang Permaisuri (Update Kedua) - Siapa Sebenarnya Siti Aishah?
Divinasi Kartu Lenormand - Penghidupan Aishah Kini
Salah Siapa? 1
Salah Siapa? (2)
Buku "The Queen & I" dan "Cinta Syyhh" sudah siap
PERHATIAN - Blog Mas Kancil tak dapat dibaca di Malaysia
Permaisuri Siti Aishah - Part 8
Permaisuri Siti Aishah - Part 9
Mesyuarat Ke-223 Majlis Raja-Raja
Permaisuri Siti Aishah - Part 10
Notis Niat Pihak Untuk Bertindak Secara Sendiri Menggantikan Peguamcara
Lawyer Baru
12 comments:
PANAS!!!
SEPANAS DUNIA INI..!!
X SABO NK TNGGU PART 5 NEH....
syok layan ni...hahaha...c'mon2
Kelantan Akan Keluar Dari Malaysia!!!
astafirullah
"Adalah seperti amalan biasa, setiap kali aisyah berjumpa dengan saya, beliau akan mengucup tangan dan mencium pipi saya walaupun depan dikhalayak ramai dan disaksikan oleh mama"
perlu ko bagi tau 1 dunia benda ni? Weh, maruah dia ko kene jaga jugak. Kalau betol ko sayang dia, ko takkan cerita aib bapak dia. apa kau nak buktikan sebenarnya? Kau hebat dapat bersama bekas permaisuri? Ko nak tunjuk kat dunia ko hero. Hello, this is not the right way. Berfikir cara orang matang. Sepatutnya, ko yang ada anak ni boleh fikir, seorang bapak nakkan yang terbaik untuk anak dia. apa perasaan ko kalo teman wanita/ lelaki anak ko hina ko macam ni? Apa2 masalah happen pun, ko x perlu cerita too public like this. Kalau ko iklas. Ko x kan buat macam ni.
Bekas permaisuri bagi aku wanita agung di mata setiap umat Islam di malaysia. Bila baginda mengahwini bekas sultan dengan image bertudung, kami sebagai umat Islam kagum. Walau sudah menaiki tahta, wanita itu tetap menjaga aurat. Bila ko tunjuk gambar ko dekat dekat dgn dia, gambar dia yang tak pakai tudung, ko cerita die salam cium ko yang sah sah bertentangan dengan islam, ko tak fikir ke perasaan kagum kami kat beliau selama ni?
Stop it, udah -udah lah. Malu. Kalau betol betol sayang, betol betol cinta. This is not the right way. even benar sekalipun korang bercinta.
anyway, kalau ko betol betol sayangkan dia, ko takkan sentuh walau sehelai bulu yang ada kat tubuh dia pun. Cinta adalah melindungi. Bukan bukak pekung bukak aib macam ni
nikahlah...
tak manis peluk2
http://nikah-siam-berkat.blogspot.com/
NAPELAH CETA CAM NI NAK DEDAHKAN X DPT APE..PUN ): BAHAYALAH BLOG NI OWG BOLEH TERIKUT-IKUT.DALAM CETA NI AISHAH CAM BUDAK2 X KAN LAH CAM TU..
setuju sangat! jaga maruah orang ..Allah akan menjaga kita .saya rasa betul le..awak ni sebenarnya rasa diri awak hebat ekrana bekas permaisuri suka awak(?). semoga Allah menjaga beliau. Saya sayangkan beliau.Doa saya untuk kebaikannya. cukup sini! saya tak nak baca lagi kisah awak..!!
Salam...
To Uncle..
Tahniah kerana mengegarkan Malaysia dgn ulasan berani mati dari Lu..
Memang byk org kutuk Lu pasal benda ni,Bagi gua Lu yg buat Lu yg tau akibatnya..Gua doakan Lu dapat memperisterikan Bekas permaisuri ini klu lu benar2 sayangkan dia..Tp ni soal jodoh..Klu ada InshaAllah..tp klu tak ade pun urusan Allah jugak lah..
Gua tau agenda yg Lu bikin ini bersebab dan Lu jugak yg tahu kesudahannya nanti..
Gua bkn penasihat nk bg nasihat..
sekadar nak ucapkan Semoga Allah SWT permudahkan urusan Lu Dunia & Akhirat...
p/s: Klu grouping Lu msh cari entiti lg..Gua usulkan datang ke Kg Gua
Alor Gajah,Melaka(Kg Tanjung Rimau Dalam)byk misteri di situ termasuk satu makam yg di beri nama Nek Petai.
Yang itu aku,Yang ini pun aku,
Ana Al Haq...
UNTUK APA KO DEDAHKAN SEMUA NI PADA KHALAYAK?IA TIDAK LEBIH SEKADAR MENDEDAHKAN KEBODAHAN SENDIRI
hahahaha.....
sick ker???
Salam..
amende yg ko mengarot ni paki cik sickers oii..
bek ko gi check mental ko 2..
ko lgsung xhormatkn org lain, xreti nk jaga maruah org..
ingat org heran ke ngan cite ko 2 ha??
lagi menampakkan kebodohan kau setan..
buat maksiat pn bangga!!
ko ingat die 2 sape??
bekas permaisuri agong 2, die ade drh diraja, ko ingat diri ko 2 blh senang2 ke nk jalin hbgn ngan die, silap2 kene daulat la ko..
ada berani nk lwn aku?
salam, uncleseekers kalau betul2 syg permaisuri aishah nikah je jgn pulak diaibkan, kalau dari cerita uncleseekers bpk dia yang salah bkn dia, so tak adil bagi dia dimalukan mcm tu. manusia mana yg tak buat silap yg penting sekarang betulkan keadaan. pujuk2 bawak lari je pastu nikah
Post a Comment