Kes Siti Aishah saman Uncleseekers
Maaf, saya tak pergi kemahkamah pun hari ini atas nasihat peguam. Masa Wan Azmir dan Jeremy datang rumah saya tengahari tadi pun, saya masih membuta. He he. Nasib baik Liza dan Yaya tolong masak 'ayam masak lemak cili api, sayur bayam masak air, sambal belacan dan telur dadar' serta meraikan kehadiran mereka berdua tadi. Terima kasih Liza dan Yaya
Encik Wan Azmir Wan Majid
(Ketua peguambela)
HAFARIZAM WAN & AISHA MUBARAK ADVOCATES & SOLICITORS
"Hari ini pihak2 bersetuju untuk menangguhkan kes untuk dpt sanksi drpd insolvensi...kes akan cuba dilupuskan dgn satu pemohonan ringkas atas isu undang2..tadaaa"
(Ketua peguambela)
HAFARIZAM WAN & AISHA MUBARAK ADVOCATES & SOLICITORS
"Hari ini pihak2 bersetuju untuk menangguhkan kes untuk dpt sanksi drpd insolvensi...kes akan cuba dilupuskan dgn satu pemohonan ringkas atas isu undang2..tadaaa"
Dear Uncle.
Saya hadir di rumah uncle tengahari tadi. Cukup indah permandangan persekitaran rumah uncle.
Uncle pada masa itu sedang beradu, jadi tidak dapat untuk saya maklumkan kepada uncle apa yang telah berlaku di Mahkamah pagi tadi.
Pihak-pihak telah bersetuju untuk melupuskan kes ini dengan menetapkannya untuk hujahan atas isu undang-undang, iaitu sama ada Plaintif, berdasarkan Pernyataan Tuntutannya, mempunyai kausa tindakan terhadap Defendan. Prosiding bagi menetapkan kes ini untuk hujahan atas isu undang-undang ini akan diterajui oleh Defendan selepas peguam-peguam Plaintif dan Defendan mendapat sanksi daripada Ketua Pengarah Insolvensi, dan selepas semua suratcara adalah teratur.
Bagi tujuan memelihara status quo, Mahkamah juga telah membuat satu perintah dalam terma perintah Injunksi ex-parte yang telah dibuat sebelum ini, yang akan berkuatkuasa sehingga pelupusan prosiding hujahan isu undang-undang itu, atau perintah selanjutnya.
Mahkamah juga telah menetapkan 27.1.2011 untuk pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar bagi pihak-pihak hadir untuk mendapatkan arahan-arahan Mahkamah yang selanjutnya.
Terima kasih.
Jeremy.
p.s. Thank you for the most delicious lunch prepared by your 2 lovely assistants. The sambal belacan is unforgettable - and I got Liza to give me the recipe!
Disini disertakan senarai beberapa akhbar yang membuat liputan tentang kes ini. Terima kasih.
1. Bernama - 27 Jan depan sebutan semula kes Siti Aishah saman Uncle Seekers
2. Utusan Malaysia - Sebutan kes Siti Aishah saman Uncle Seekers
3. Berita Harian - 27 Januari sebutan semula kes Siti Aishah saman Uncle Seekers
4.Harian Metro - 27 Januari depan sebutan semula kes Siti Aishah saman Uncle Seekers
5. Mstar - 27 Januari Depan Sebutan Semula Kes Siti Aishah Saman Uncle Seekers
6. NST - Court sets Jan 27 for mention of former Queen's suit
7. The Star - Ex-queen sues paranormal researcher
Saya hadir di rumah uncle tengahari tadi. Cukup indah permandangan persekitaran rumah uncle.
Uncle pada masa itu sedang beradu, jadi tidak dapat untuk saya maklumkan kepada uncle apa yang telah berlaku di Mahkamah pagi tadi.
Pihak-pihak telah bersetuju untuk melupuskan kes ini dengan menetapkannya untuk hujahan atas isu undang-undang, iaitu sama ada Plaintif, berdasarkan Pernyataan Tuntutannya, mempunyai kausa tindakan terhadap Defendan. Prosiding bagi menetapkan kes ini untuk hujahan atas isu undang-undang ini akan diterajui oleh Defendan selepas peguam-peguam Plaintif dan Defendan mendapat sanksi daripada Ketua Pengarah Insolvensi, dan selepas semua suratcara adalah teratur.
Bagi tujuan memelihara status quo, Mahkamah juga telah membuat satu perintah dalam terma perintah Injunksi ex-parte yang telah dibuat sebelum ini, yang akan berkuatkuasa sehingga pelupusan prosiding hujahan isu undang-undang itu, atau perintah selanjutnya.
Mahkamah juga telah menetapkan 27.1.2011 untuk pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar bagi pihak-pihak hadir untuk mendapatkan arahan-arahan Mahkamah yang selanjutnya.
Terima kasih.
Jeremy.
p.s. Thank you for the most delicious lunch prepared by your 2 lovely assistants. The sambal belacan is unforgettable - and I got Liza to give me the recipe!
Disini disertakan senarai beberapa akhbar yang membuat liputan tentang kes ini. Terima kasih.
1. Bernama - 27 Jan depan sebutan semula kes Siti Aishah saman Uncle Seekers
2. Utusan Malaysia - Sebutan kes Siti Aishah saman Uncle Seekers
3. Berita Harian - 27 Januari sebutan semula kes Siti Aishah saman Uncle Seekers
4.Harian Metro - 27 Januari depan sebutan semula kes Siti Aishah saman Uncle Seekers
5. Mstar - 27 Januari Depan Sebutan Semula Kes Siti Aishah Saman Uncle Seekers
6. NST - Court sets Jan 27 for mention of former Queen's suit
7. The Star - Ex-queen sues paranormal researcher
Permaisuri Siti Aishah
Permaisuri Siti Aishah - Part 2
Permaisuri Aishah - Part 3
Permaisuri Aishah - Part 4
Permaisuri Aishah – Part 5
Permaisuri Siti Aisyah - Part 6
Permaisuri Aishah - Part 7 - The End / Tamat
"Cinta Syyhh"
Buku "Cinta Syyhh"
Buku "Cinta Syyhh" Saman 2
Buku "Cinta Syyhh" Saman 3
Buku "Cinta Syyhh" Saman 4
Aisyah Saman Uncleseekers?
Peguam Uncleseekers
Dimana Aishah?
Analisis 1 - Mungkinkah Anda?
‘Cinta Terhalang’ bekas permaisuri Aishah: Kenapa bapa “kunci pintu”-Pak Habib
Cover buku "Cinta Syyhh"
Mas Kancil
Mas Kancil (2)
Aishah Oh Aishah
Kes Siti Aishah saman Uncle Seekers
Jatuhnya Seorang Permaisuri (Update Kedua) - Siapa Sebenarnya Siti Aishah?
Divinasi Kartu Lenormand - Penghidupan Aishah Kini
Salah Siapa? 1
Salah Siapa? (2)
Buku "The Queen & I" dan "Cinta Syyhh" sudah siap
PERHATIAN - Blog Mas Kancil tak dapat dibaca di Malaysia
Permaisuri Siti Aishah - Part 8
Permaisuri Siti Aishah - Part 9
Mesyuarat Ke-223 Majlis Raja-Raja
Permaisuri Siti Aishah - Part 10
Notis Niat Pihak Untuk Bertindak Secara Sendiri Menggantikan Peguamcara
16 comments:
salam..
pepun..semoga allah s.w.t memberi rahmat kpd kita seluruh umat islam..setiap orang tidak terlepas dari melakukan dosa..
p/S: walaupun mak Som adalah seorang peniaga batik, tiadala manusia di dunia ini yg 'maksum' melainkan rasul yg terpilih..
-pemuda kulim-
menang tanpa bertanding ke?
Assalammualaikum WBT dan salam sejahtera.
Tuan,
Secara ringkasnya saya ingin mengucapkan "SYABAS!" kepada khidmat guaman yang dilantik dan, bahawasanya telah saya nyatakan sebelum ini, mereka juga mempunyai kredibiliti tersendiri dengan membuat satu permohonan injunksi untuk melupuskan kes tersebut atas kewajaranya berkaitan isu perundangan.
Tahniah diucapkan kepada Tetuan Wan Azmir selaku Ketua Peguam Pembelaan dan, Tetuan Jeremy serta, Tetuan yang mewakili pihak Defendan di atas kebijaksanaan mereka mengunakan pendekatan lebih rasional.
Mohon maaf sekiranya ada pihak kurang selesa atas kenyataan saya kerana, bukan niat saya untuk berpihak kepada sesiapa kecuali, hanya sekadar memerhati antara kebijaksanaan kedua belah pihak menanganinya dengan mengunakan pendekatan lebih mulia untuk mengendalikan kes tersebut.
Semoga Tuan/Puan/Saudara/Saudari sebagai pengunjung weblog ini juga dapat membuat kenyataan/pendapat/komen dengan penuh berkhidmah sesama insan dan, bersikap lebih profisional serta, salam hormat.
Sekian, harap maklum dan terima kasih.
Ikhlas,
wWw.LeoSabri.Co.Cc
p/s: Adalah lebih baik mengunakan kebijaksanaan dalam apa juga perkara yang dilakukan samada, dari pihak yang mengendalikan kes saman tersebut mahupun, para komentar dapat memberikan pandangan yang lebih mulia sikapnya dan, bersikap wajarlah terhadap pendapat/komen kamu. Salam terlebeh sayang untuk semua... ;-D
kenapa macam bercanggah je ape uncle taip kat sini?
aku ni budak sekolah
jadi aku tak faham!
http://episodbaru.blogspot.com/2010/12/27-januari-sebutan-semula-kes-siti.html
(ni kes betul dri blog sape entah kot?)
TEMERLOH: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 27 Januari depan untuk sebutan semula kes saman bekas Raja Permaisuri Agong, Siti Aishah Abdul Rahman terhadap pakar paranormal, Syed Abdullah Hussein Al-Attas kerana bertindak melanggar maklumat sulit beliau.
Hakim Prasad Abraham menetapkan tarikh itu dalam kamar selepas pendengaran 'interparte'.
Beliau membuat keputusan itu bagi memberi masa kepada Jabatan Insolvensi melantik peguam untuk defendan pertama iaitu Syed Abdullah atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers, memandangkan dia telah diisytiharkan muflis.
Selain itu, defendan kedua kes berkenaan iaitu Syed Hussein Al-Attas, bapa kepada Syed Abdullah, juga diarahkan untuk melantik peguam bagi kes berkenaan.
Siti Aishah diwakili peguam T. Gunaseelan, Anthony M.Sebastian dan Ikmal Hisan Idris.
Pada 3 Disember lalu, Siti Aishah memfailkan saman terhadap Syed Abdullah di Mahkamah Tinggi di sini kerana telah bertindak melanggar maklumat sulit beliau selain menamakan Syed Hussein sebagai defendan kedua.
Dalam saman itu, Siti Aishah selaku plaintif, memohon perintah injuksi bagi melarang Syed Abdullah dan Syed Hussein untuk tidak mendedahkan sama ada secara lisan atau dalam blog, surat khabar atau wakil-wakil mereka sebarang maklumat mengenai beliau.
Siti Aishah berkata pada Jun lalu, beliau meminta defendan pertama untuk membantu merawat masalah tekanan emosi yang dialaminya selepas defendan pertama mendakwa boleh mengubati masalah itu.
Beliau berkata antara persetujuan di antara beliau dan Syed Abdullah ialah Syed Abdullah akan dibayar untuk perkhidmatannya dan bersetuju untuk merahsiakan segala maklumat dan komunikasi membabitkan Siti Aishah sepanjang proses rawatan berlangsung dan tidak mengeksplotasi dirinya dalam sebarang bentuk.
Bagaimanapun pada November lalu, Syed Abdullah dalam blognya mendedahkan apa yang dikatakan sebagai komunikasi di antaranya dengan plaintif. - BERNAMA
Uncle, thanks for the update!
Kami di iAwani akan membuat liputan mengenai cerita ni, for our readers..laman blog lama di ShueQry.blogspot.com telah berpindah sepenuhnya ke www.iAwani.com
adoiyaii uncle. nak tipu semut bolehlah. esok aku nak call shhok lin & bok...tak kiraaa...nak call gak tanya si jeremy tuh.
Wah ! Hebat juga Uncle Seekers ni, boleh menambat hati Bekas Permaisuri yang cantik tuh...
Bukan senang nak tackle CT Aishah, bukan calang2 orang uncle ni...he he
Saya rasa LeoSabri tak pernah mengaku dirinya lawyer...apa yang beliau beri pendapat ialah yang adil, tak berpihak, malang sekali, ramai yang suka akan orang yang berpihak dan bersikap kasar kepada UncleSeekers.
Saya tidak bersetuju dengan UncleSeekers tapi saya ambil pendekatan untuk tunggu dan lihat kerana tentu sekali ada sebab sehingga perkara dengan Aishah terpaksa kemahkamah...
Wassalam
Kepada LeoSabri,
Saya suka cara saudara berdebat dan memberi pendapat saudara. Melalui pembacaan saya kepada komen komen yang ada disini, ternyata sebilangan besar pemberi komen disini (the ones that is picking on you) adalah jenis anti sosial dan troublemaker, jenis ini ialah jenis restless and banyak ketidakpuasan dalam penghidupan,banyak kemarahan dalam diri itu sebabnya mereka asyik suka mencari pasal dan akan bergaduh dengan sesiapa sahaja. These are troublemakers, bukannya jenis manusia yang ada pendirian.
They are not your category, orang perpendidikan kita akan kenal melalui bahasa dan komen mereka.
>>>Anonymous said...
Org educated tak semestinya kena cakap ala2 peguan gitu. ...dan seterusnya...
December 25, 2010 3:00 AM
Maklumbalas: Kalau begitu kenapa tidak dimulakan cara tersebut dari terjerit-jerit seperti Ibu ketam meminta anaknya berjalan lurus? LOL! :-D Sesungguhnya yang dikatakan "educated" itulah yang layak malah, dialah yang berhak bercakap ala-ala Peguam kerana, masakan orang kebanyakkan tanpa identiti seperti kamo dapat bercakap sedemkian rupa LOL! :-P Bahawasanya pada kenyataan diberikan itu boleh dinilai bahawa, individu itulah cuba mendabikkan dadanya maka, tidaklah salah/haram berdakwah hanya meminta mendekatkan diri pada Al-Quran sepertimana atas suruh-Nya dan, mereka yang tidak mendekatkan dirinya pada Al-Quran terwujudnya pula sikap benci membenci seperti kamo.
>>>Anonymous said...
tak perlu putar belit
KEKEBALAN LEOSABRI?
sangat terang2an perbuatan riak.
December 25, 2010 3:10 AM
Maklumbalas: Maklumbalas amat mudah dapat dinyatakan adalah; Manusia tidak sama seperti roda boleh berputar maka, manusia juga bukanlah boleh disamakan dengan spisis binatang iaitu, ular untuk membelit mangsanya dan, maksud pada "KEKEBALAN LOSABRI?" sepertimana dinobatkan telahpun dihuraikan maksudnya sebelumnya maka, berilah salam serta bertanyalah terlebih dahulu adalah cara yang terbaik akhlaknya daripada terus menerus mengangap individu lain sama riak seperti kamo. LOL :-D
Bahawasanya lebih menarik untuk dihayati sekiranya kamo kamo dan kamo bersikap lebih mulia pada setiap komen/pendapat yang hendak dikemukakan.
Sekian, salam terlebih hormat.
LeoSabri always said...
"Kita jangan mudah melatah apabila sebarang perkara dikenakan terhadap kita walaupun ianya berunsur negetif sebabnya, kita patut bersyukur walau apa sekalipun pandangan mereka atau, kata-kata mereka, kita kena sentiasa beringat bahawa, mereka tetap mengigati kita maka, kita sentiasa di dalam hati mereka dan, sebab itu kita sentiasa disebut-sebut olehnya serta, bersyukur itu adalah lebih baik amalanya..." LOL! ;-)
dah tetiba plak orang lain plak mudah melatah. dia yg dok ter'oooppsss' sana ter'LOL' sini...kihkihkih. siann de LOL!
>>>Anonymous said...
Ia bagus leo untuk berundur. semua akan terhenti jika awak berundur. Itu saja cara untuk mengelakkan lebih banyak kata2 jelek untuk awak. Sepatutnya kita muhasabah diri untuk menjadi lebih baik sebelum kita mahu menasihati orang lain.
bicara perlulah seiring perbuatan, barulah dihormati. barulah diikuti.tak gitu leo?
December 26, 2010 12:12 AM
Maklumbalas: Ayooo nyehhh... uols x paham statements iols ker? seperti berikut;
"Berkemungkinan suntingan berserta maklumbalas seterusnya ini diakhiri setakat ini kerana, dari amatan pada awalan memberikan maklumbalas sehingga kini iaitu, apabila setiap kali Nama/ID LeoSabri dinobatkan, tiada bezanya untuk diberikan maklumbalasnya dan, tidaklah sewajarnya diulang berulang kali"
Maksudnya, iols x naklah jwp dah kalo maklumbalas kepada iols sama jer & iols mana reti dok diam kalo ada benda baru sebabnya... iols tetap Ratu yer walaupun wWw.LeoSabri.Co.Cc telah merungkaikan segalanyaaa... LOL!
p/s: LeoSabri x mudah menyerah kalah occay sbb iols kebal walau uols nak ckp apa sekalipon iols tetap layankan aje selagi iols x bz & dari melayan kebosanan neyyy... sbb tu iols layankan ajeee... dah ckp byk kali kannn... layankan & layankan aje... LOL! masih x paham silalah layankan juga... LOL! Syoknyerrr... ;-)
Terima kasih juga atas maklumbalas menarik tersebut.
Secara jujurnya saya layankan atas dasar kebosanan sebabnya, semenjak mak ayah kembali dari Mekkah, saya memberikan sepenuh tumpuan terhadap mereka hinggakan masa bersama teman-teman terpaksa dihadkan buat masa ini.
Berkaitan kisah lampau saya terpaksa membiarkanya untuk menjadikanya sebagai rintitan sejarah diri saya sehingga saya sampai keperingkat mendekatkan diri pada Al-Quran lagipun, sekiranya ianya dipadamkan, ianya akan menjadi perkara lain pula yang pastinya akan wujud sepertimana laman weblog lain ada juga memaparkan kisah saya sebelum ini yang tidak dapat dipadamkan atas sebab, laman web mereka telah di "Hack" maka, tuan empunya laman web tersebut tidak dapat berbuat apa. :'(
Bukanlah saya berniat nak tulis berjela-jela tetapi atas sebab kebosanan dan keseronokkan melayan menjadikan saya gigih untuk terus menaip itupun sebab ada yang sudi melayan... TQ! ;-)
Sekiranya beranggapan saya ego taksub atau seumpamanya mahupun, tidak pernah mengaku salah, saya terima pendapat tersebut dengan hati terbuka kerana, setiap kenyataan yang saya nyatakan adalah berpandukan kenyataanya untuk diberikan maklumbalasnya pula maka, tonasinya juga perlulah seimbang walaupun ianya nampak seperti tanggapan tersebut sedangkan, tidaklah saya seperti itu kecuali sekadar layankan sahaja kenyataan tersebut dengan cara mereka. :-)
Apapun terima kasih sekali lagi diucapkan dan, tak lupa juga ingin saya membuat pengakuan bahawa, saya tahu sapa anda. :-D
p/s: Saya tahu siapa anda sebab saya tahu tapi, saya bukan UncleSeekers untuk mendedahkanya dan, bukanlah saya Maha Mengetahui. Percayalahhh... :-P
Leo...Leo... :)
u dun know me at all. seriously...we never know each other, reality or fantasy, dulu atau sekarang. tak usah ko payah2 nak fikir sebab takkan tercapai dek akal ko sepertimana tak tercapai dek akal aku orang macam ko yg dah merata maya ko pahat sejarah tapi berani bertaruh atas tiket yg ko sendiri tahu dah expired. Just, dun underestimate people next time. :)
samada tulisan ko adalah untuk suka2 atau isi masa, make sure next time ada asas dan ada ilmu yg cukup.
berhenti bercakap besar. berhenti memperbodohkan diri sendiri dalam usaha nak memperbodohkan orang lain.
;)
Mungkin sesiapa sahaja boleh beranggapan walau apa juga tanggapan namun, dengan berbekalkan ilmu Al-Quran atas kekuasaan Illahi ALLAH SWT, Insya-ALLAH segalanya terjawab. Kalaulah tidak percaya, sila-silalah dekatkan diri pada Al-Quran, pastinya segala isi alam dalam gengaman.
Bukan niat taksub atau seumpamanya dan, tidak pula memandang rendah pada sesiapa sepertimana maklumbalas sebelum ini telahpun dibuat berkaitan denganya cuma, saya hanya terkilan mempunyai ramai kenalan yang ada diantaranya berpoya-poya dengan tidak mendedahkah identiti mereka sehingga membuat kenyataan yang tidak wajar.
Sekiranya difahami dengan memperhalusi kenyataan saya, pastinya tiada sesiapa termampu memberikan pendapat sedemikan terhadap saya kerana, dengan mengunakan kebijaksaan dan, kefahaman yang mendalam, pastinya dapat menilai kewajaran pada setiap kenyataan dipaparkan.
p/s: Walaupun maklumbalas saya tanpa henti, saya tetap perhalusi setiap kenyataan diberikan walaupun terpaksa dibaca berulang kali supaya saya betul-betul faham sebelum memberikan maklumbalasnya. :-D
Post a Comment